31 Jul 2014

Film Review : Guardian Of The Galaxy

Salam Readers..


Selamat hari raya ke 4! Harini nak rest kejap sebelum start kerja keesokkannya. Macam tahun lepas, keluar tengok wayang di hari raya. Filem yang ditunggu-tunggu dah pun keluar. Right on time! Nasib baik tak terserempak dengan kazen aku yang tengok movie sama di panggung yang sama. Aku tengok awal 30 minit dari dia. Hahaa.. 



Jadi sementara tunggu movie start. Kami lepak makan di OldTown, sambil makan boleh guna WiFi update apps Samseng. Haa.. line laju pulak. Kepada yang tak tengok lagi Samseng Galaxy. Cepat terjah wayang. Memang kelakar start cerita hinggalah ending. 







Guardian of the Galaxy ni nampak macam The Avangers. Jauh bezanya ialah karakter dalam filem ni tak datang dari filemnya sendiri. Filem yang lengkap dengan history setiap karakter, cerita setiap karakter. Yang bestnya, filem ni jadi rojak dengan style Star Wars / Star Trek dan sentuhan 80'an. Ohsem kan? 



Mengisahkan sekumpulan penjenayah antara galaksi yang disatukan. Pada mulanya, atas dasar kepentingan masing2. Menyaksikan superhero si Peter Quill ala Star Wars dan digelar 'Lord Star' . Gamora pula jadi hijau macam The Hulk, Rocket si rakun dan Groot si pokok yang tak ubah macam belangkas. Drax pula asyik teringat wife dan anak yang dah mati kena bunuh. Akhirnya menjadi sebuah team yang menjaga galaxy dan mereka suka buat lawak di angkasa. 







Cerita bermula di bumi dari hospital bila ibu Peter meninggal dan Peter berlari keluar melarikan diri sambil menangis dan diculik oleh Yohan, askar upahan. 26 tahun kemudian, Peter Quill menjadi seorang pencuri yang dikenali sebagai Star Lord. Scene lawak bermula bila Peter masuk dalam istana yang ditinggalkan sambil dengar lagu, menari-nari boleh pulak ada tikus serang dia semata-mata nak curi Orb yang Gamora, anak angkat Thanos mahukan.




Peter berjaya mendapatkan artifek bernilai Orb tanpa tahu Orb mempunyai kuasa luar biasa yang mampu memusnahkan galaksi jika berada di tangan pihak tak bertanggungjawab.




Orb tu kemudian dijual kepada orang tertentu dan time itu Gamora ekori Peter untuk dapatkan Orb. Tengah berlawan dengan Gamora, datang pula Rocket dan Groot. Jika sesiapa dapat tangkap Star Lord akan diberi ganjaran. Sibuk berlawan, last2 polis kepung dan semua masuk penjara. Paling suka watak Groot ! sampai kesudah dok cakap I'm Groot. Haha






Dalam penjara pun sambung gelak lagi. Tengah2 plan nak cabut lari, Groot siap ambil senjata. Beberapa minit lepas melarikan diri, datang team musuh iaitu saudara perempuan Gamora, Nebula dengan niat jahat atas arahan Ronan dan ayahnya, Thanos. Kree juga mencari Orb untuk memusnahkan planet Xandar yang dilindungi oleh Nova, polis galaksi. Dalam perjalanan ke planet apa entah untuk melihat benda yang berada dalam Orb tu. Boleh pulak semua main judi biawak? Erkk...






Suddenly, Drax mabuk dan kerana terlalu marahkan Ronan kerana membunuh keluargnya, dia hantar isyarat kepada Ronan. Bila tiba team jahat, berebut nak Orb tu. Malangnya, Gamora dan Peter tak dapat nak selamatkan Orb. Rocket tersangat marah dengan Drax, nasib baik ada Groot tolong pujuk memujuk. Aloloo sweet.




Ada juga scene dimana Peter menyelamatkan Gamora. Kononnya dah fall in love. Siap ajak Gamora menari. Macam la dia tau menari. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk menyelamatkan Xander dari di musnahkan oleh Ronan and the gang. Semangat persahabatan tu penting. Kalau nak tengok macam mana Guardian of the Galaxy selamatkan planet Xander jangan lupa tengok eh. 



Dah masuk dalam kapal Ronan. Drax cakap gelapnya dan Groot dengan baik hati keluarkan cahaya. Woooww




Last scene buat penonton terharu dan sedih bila Groot dah tak ada. Rocket paling sedih. Bila Groot ada asyik buli ja, bila dah tak ada menangis teringatkan Groot. Overall, best juga dan ketawa memanjang dalam wayang dan tertanya2 dari mana datangnya penjenayah2 galaxy ni. Akan ada part 2, maybe dapat jawab semua soalan. Especially, ayah Peter yang berasal dari galaxy dan berkahwin dengan ibunya dari bumi. 






Teknologi rekabentuk CGI dalam movie ini membuatkan pesawat2 galaxy semuanya nampak hebat dan koreografi peperangan galaxynya sangat mengujakan penonton.



p/s: Aksi penjenayah2 menyelamatkan galaksi
* 4/5 * 




26 Jul 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Readers..



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 


Buat kawan2 blogger dan juga pembaca setia blog. Disini nina ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terkasar bahasa, menguris hati atau pun perasaan ketika nina drop komen di blog korang ya. Berhati-hati semasa pulang beraya di kampung ya, ingatlah orang2 yang tersayang. 



Ikhlas dari   
Nor Amanina Ahmad Sekeluarga :')
Pulau Pinang

24 Jul 2014

Biodata Zul Ariffin Hero Drama Rindu Awak 200%


Salam Readers..


Siapa dah tengok drama Rindu Awak 200% mesti jatuh cinta dan melting tengok hero kan? Semua demam Rindu Awak ! Kali ke 3 tonton drama lakonan Zul lepas Nora Elena & Cik Paris Diva Kampung. Dia memang sesuai jadi pilot dengan tubuh tegap dan tinggi. Tertanya-tanya, pandai family Zill Faezrul cakap bahasa utara dengan fasih. Kalau baca novel memang senyum sorang2. Sweet tengok Zul dengan Mia Ahmad yang jadi tunangnya. Nak tau pasal Esyana. Nantikan drama terbaru bersama Ayda dalam Lokum Untuk Mama !
 




Biodata Zul Ariffin

Pelakon Drama Rindu Awak 200% 



 
Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin


Nama Komersial : Zul Ariffin



Umur : 32 Tahun (2018)



Tarikh Lahir :  25 Oktober 1986



Asal : Taiping, Perak (*patut ler cakap utaqa)


Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)



Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki &

2 Perempuan - Hanim & Rahayu Ariffin)



Kerjaya : Model, Pelakon & Duta



Cita-Cita : Sejak dari kecil ingin menjadi Leftenan Tentera




Bekas Teman Wanita : Gayatri Su-Lin Pillai (Chindian) & Zahirah MacWilson (Pelakon)



Pencapaian : Pelakon Harapan Lelaki #Festival Filem Malaysia Ke 26



Profil Rasmi Insta : http://instagram.com/zul_ariffin


Profil Insta Fans 1 : http://instagram.com/zulariffinlovers



Profil Rasmi Insta Supporter Zul Ariffin : http://instagram.com/supporter_zul_ariffin


http://instagram.com/zulariffinfc 


Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242


Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/zul_ariffin86


Drama : Walau Sedetik Cuma (2014, TV Al-Hijrah - Sheera Iskandar), Kasih Bersulam Daun Palas (2013 - Nasha Aziz), Janji Adam (2013, TV3 - Elfaeza Ul Haq), Aira Airil (RTM1 - Hanez Suraya), Sangkar (2013, TV9 - Nabila Huda), Gerak Khas, Hati Untuk Siapa (Siti Saleha), Mr. Feminin (Yasmin Hani), Luluhnya Sebuah Ikrar (Ratu TV9 - Sara Ali), Nora Elena (TV3 - Siti Saleha), Cik Paris Diva Kampung (Liyana Jasmay), Kemaafan Terindah (Raya 2014 - RTM1 : Fauziah Ghous), Habibah VS Baby (TV9 - Faezah Elai), Rindu Awak 200% (Ayda Jebat) , Lokum Untuk Mama (Ayda Jebat & Adeline Tsen), Istikharah Cinta (Akasia TV3 - Faye Kusairi), Mr London Ms Langkawi (Astro Prima), M.A.I.D., Uda Dan Dara (2016)


Telemovie : Kabin Do Tepi Tasik, Mr. Feminin, Mendongak Ke Langit, Hatiku Di Kinabalu, M.A.I.D Pun Nak Raya, Rindu Awak 200% Raya



Filem : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental



Hero Drama Istikharah Cinta
Pelakon Harapan Lelaki #FFM26
Adik beradik Zul Ariffin... Siblings

Zul bersama arwah mak dan kakak



Last Updated : 6/6/2018

22 Jul 2014

Ayda Jebat Dan Zul Ariffin


Salam Readers..

Semakin menjadi-jadi demam Rindu Awak 200% . Demam Zill Faezrul dan Armel Aisya merebak dari rumah hingga ke tempat kerja. Agak parah, semua pakat nak balik awal semata-mata nak tengok drama ni. Hebat penangan Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Meh nak belanja korang tengok pasangan serasi. Sweet kan? Episod yang paling suka masa majlis bertandang di kampung Faez. Mesti episod 6 paling lawak !




Tak sabar nak tengok scene Faez dan Mel berhoneymoon di Istanbul dan sesi photoshoot gambar perkahwinan mereka selepas setahun berkahwin :)

21 Jul 2014

Majlis Iftar Pertama Team Mattel

Salam Readers..


Salam Ramadhan hari yang ke 23. Korang dah berbuka dengan officemate? Harini baru pertama kali join dan dalam sejarah berbuka bersama rakan sekerja, kalau dulu bersama housemate.



Selamat berbuka semua :)


*Autopublish

20 Jul 2014

Armel Aisya Dan Zill Faezrul Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat



Salam Readers..

Drama Rindu Awak 200% membuatkan orang mencari Armel Aisya dan Zill Faezrul. Tak lama lagi jadi trending macam Abang Zen dan Indah. Nantikan demam Rindu Mel & Faez ya. Tak sabar nak tunggu scene Zill menyakat isterinya Mel dan honeymoon di Istanbul. Kita layan gambar2 abang Pilot dengan wifeynya. Sweet tengok Zul Ariffin dan Ayda Jebat AF9 (seiras Wawa Zainal) . Saksikan mereka lagi dalam Telemovie Lokum Untuk Mama !














Sweet Like Candy !
Tak sabar nak tunggu endingnya.. 

17 Jul 2014

A Gift From Neil

Salam Readers..

Hadiah dari Intern India


Thank you so much for this gift Neil Banerjee
Have a safe journey to Mumbai, India :)


Lilin aromaterapi gituw


Yeah.. Ini la pemberian sebagai tanda ingatan dari intern India.
Tamat sudah 3 bulan praktikal di Malaysia. Btw buat semua blogger yang sudi singgah sini dan drop komen. In Shaa Allah ada masa nina akan terjah sorang2 ya. Harini dapat BW beberapa blog je. Nak bercuti panjang kena siapkan semua kerja. See ya !


16 Jul 2014

Puma vs KFC

Salam Readers..


Dipost dalam whatsapp group family. Ini sebahagian gambar lawak time puase.
Janji bukan ayam KFC kan? Hihi


Baju Puma 
Ayam KFC


Comelkan? Kena cari kucing hitam. Pinjam kat Sabrina the Teenage Witch la camni.


*Autopublish

15 Jul 2014

Zul Ariffin Dan Ayda Jebat Bertemakan Baju Pilot


Salam Readers..

Tajuk sesaja suspens lepas layan episod pertama Rindu Awak 200% harini dan my instinct mengatakan drama ini akan buat penonton dilanda demam. Yes.. maybe it would be Fever Pilot Zill Faezrul atau demam abang Zill ! Hensem tengok Zul dengan uniform pilot. Melt depan tv. Terasa nak kawen dengan pilot juga. Hihi.. Rindukan Armel dan Faez boleh tengok insta http://instagram.com/armel_faezrul 





Kalau dah baca novel mesti korang rasa watak hero dan heroin sangat sesuai. Yelah abang pilot kawen dengan isteri muka keanak-anakkan. So sweet :) Meh nak belanja gambar pasangan Mr dan Mrs Faez . Tahniah Team RA200% dan gambar2 dari IG Zul & Ayda.



Kehebatan lakonan Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200% tiada siapa jangka. Watak sebagai juruterbang dengan susuk tubuh tegap menjadikan dia kegilaan ramai terutama peminat wanita. Demi menghidupkan watak Zill Faezrul Iqbal, Zul sanggup mengeluarkan belanja sendiri semata-mata untuk uniform pilot. Sanggup tempah sorang tukang jahit supaya baju padan dengan tubuh. 









Tak sia-sia usaha Zul sebab watak itu hidup dan beri kesan kepada penonton. Berlakon dalam slot Akasia memang sasaran Zul sejak dulu lagi walaupun tahu ia agak sukar memandangkan cerita itu perlu ada sambutan. Mungkin sekarang dapat kepercayaan lebih ramai pengarah. Tak sabar nak tengok drama Istiqarah Cinta dalam slot Akasia dan shooting bermula September ini. 






Teruskan menonton drama Rindu Awak 200% sure akan demam 200% jugak. Haha.. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com