31 Jul 2022

Makan Di Lagenda House & Cafe Penang

Assalamualaikum readers


Makan Di Lagenda House & Cafe Penang | Alhamdulillah genap usia 32 tahun pada 4 Julai lepas. Terima kasih hubby balik kerja culik bawa ke sini. Sebelum tu tanya nak makan di mana. Cliche punya soalan. Salah satu cafe tumpuan local mahupun foreingers. Ownernya sama dengan Irama Dining.


Nasi Goreng Bujang Lapok - RM 20
(Pilihan Nina - sedap hingga licin, satay pun besar)

Entrance Lagenda Cafe



Masakan berasaskan malay cuisine dan masa kami sampai tinggal 1 meja saja, yang lain dah full. Rezeki kami dapat dinner berdua celebrate birthday bini dan anniversary (walaupun dah lepas) 😂 Gabungkan sekali, jimat duit.


Prawn Tenpura - RM 12.00 & Ice Bandung - RM 8
(Menu wajib order)

Nasi Ayam Percik - RM 24
(Pilihan hubby - kalau makan pedas, tak galak order sebab tak rasa pedas langsung)

Air Saloma Delight - RM 12
(air rare gabungan buah segar apple & cranberry)


Harga berpatutan, setanding dengan harga cafe di hotel. Total makan untuk 2 pax dalam RM 83.60. Support bisnes orang kita sekali sekala. Kat sini boleh jumpa minuman rare. Tempat lain di Penang tak pernah jumpa lagi. Lokasi area town, confirm tak sesat. Waze saja nama cafe okay. 

29 Jul 2022

Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke?

Assalamualaikum Readers


Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke? | Teringat dulu zaman-zaman bercinta bagai nak rak. Asal dating tengok wayang lepas tu ternak lemak sampai ada list JJCM. Salah satu resto yang termasuk ialah Boat Noodle sebab dekat dengan pintu keluar lepas habis wayang. Heh heh


Ayam Legend Rice Set - RM 16.89

Thai Iced Green Tea - RM 8.96 (Fav teh hijau, kalau masuk BN wajib order)


Semenjak jadi SAH, nama boat noodle hanya tinggal kenangan buat kami. Yang kami makan hanya bowl maggi 😂 Sebab tu malas betul kalau kena godek cari makanan dalam Food Panda. Berjam-jam cari makanan sebelum buat keputusan nak order apa sebab sekarang caj delivery harga yahudi! Jarak dekat tapi caj yarrubbi. Dengan adanya code promosi dapat Nina menikmati menu baru dari Boat Noodle. 


Sos cili sedap! Ada rasa masam manis tapi sikit. Tak puas makan, portion sikit


Tadaaaa.. korang patut cuba menu baru ni sebab sedap! Kepingin nak makan di Thai tapi apa kan daya belum mampu lagi nak bawa anak travel obersea. I is tak kuat, nanti food hunting lupa daratan dan lautan. Kalau ada kesempatan, cuba la ke BN dan rasai sendiri.

28 Jul 2022

Pengalaman Ujian Pap Smear

 Assalamualaikum readers


Pengalaman Ujian Pap Smear | Hai hai semua, tenggelam timbul bulan julai ni, busy kerja, blog pun terabai. Nak buat ujian pap smear ni 50/50 takut tapi nak buat sampai Harraz dah setahun lebih baru buat ujian. 12 Julai lepas, ada appointment cucuk anak dan nurse pujuk suruh buat sebab dia kata sepatutnya lepas habis pantang dah kena check. Dah kahwin sahaja perlu buat. Tipuuu laaaa kalau tak segan, dah la nurse yang sama pernah check luka bersalin 😂😂


Mulut itik tu buat vagina rasa tak selesa selama 3 hari


Nurse pun tanya buat 'ehem' tak, Nina kata puasa, so let's buat! haha.. (nak buat ujian ni tak boleh bersama nanti result tak valid). Jangan dengar pengalaman orang kata sakit, berdenyut, bleeding etc lah, itu semua propa lebih. Cuma mulut itik tu rasa sengal sikit, bila masuk broom (ambil sampel sel) lagi lah tak selesa. Surprisingly, nurse boleh kata bersih saja vagina puan. Tak perlu risau. Tapi kalau nak lebih details kena buat ujian HPV (kena caj). Untuk ujian pap smear di Klinik Kesihatan Ibu & Anak hanya dikenakan bayaran RM 1. 


Lepas buat ujian, keputihan turun dengan banyak. Macam tak abnormal dalam 4 hari dan baru back to normal. Kalau ikutkan next year, bulan 7 baru buat ujian lagi. Sekarang ni, penyakit tak nampak simptom tu yang bahaya dalam diam. Marilah kita jaga pemakanan. Kalau ada perubahan pelik di badan, cepat-cepat check. 


27 Jul 2022

Nestle Musang King Ice Cream

 Assalamualaikum Readers


Nestle Musang King Ice Cream | Benda dah lapuk baru nak rasa. Nak makan benda manis, mana boleh tayang depan Harraz 😂 Asalkan tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sesuailah dengan peribahasa orang zaman dulu. Dalam hati, nak beli dalam tapaware tapi kesedaran tu terus tukar plan beli stik dulu takut tak sedap.


Nestle Musang King



Patutlah orang panggil aiskrim kayangan, rupanya harga pun kayangan sebungkus RM 6.40. Mungkin sebab bahan utama dari Musang King sebab tu harga mahal. Tapi mana puas makan stick saja. Eh kemain Nina tapiiii bau aiskrim dalam bekas lagi wangi dari stick! Ahhh jangan marah, ini kenyataan. Harga dalam bekas lagi kayangan, standard macam makan aiskrim Baskin Robbins, Häagen-Dazs tak pun Inside Scoop. Kalau nak makan sendirian berhad, digalakkan beli stick pun cukup. Hehe..

2 Jul 2022

Wonda Kopi Tarik

Assalamualaikum Readers 


Wonda Kopi Tarik | Lama tak minum kopi Wonda. Terpengaruh dengan iklan yang menari-nari di blog dan TV. Nina beli di 7E. Nampak laku keras sebab tinggal 5 tin saja 😅😂 Tangan pun terus grab sambil mata bersinar tak sabar nak minum. Nasib tak bawa Harraz, kalau tak berebut 2 beranak.


Wonda Kopi Tarik


Wonda kopi tarik ni rasanya light dan sedap kopinya walaupun tak rasa kopi tarik sebenar, lebih kurang macam pokka. Kalau minum confirm boleh tidur juga kecuali nak stay berjaga malam digalakkan minum 3 tin. Banyakkan? Lebih baik tak payah, risau pulak gula banyak dalam badan.


1 Jul 2022

Resepi Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Readers


Resepi Nasi Daging Utara | Lama tak share resipi kan. Walaupun sekarang masak on off tapi niat di hati nak jugak masak menu-menu baru. Lama resipi ni dalam draft sejak dari tahun 2019 😂😂 Ambil dari mak sambil tu belajar cara-cara masak nasi daging ni. Harap-harap bila masak sendiri menjadi lah.


Resipi Nasi Daging Utara Mudah


Usahlah percaya dengan portion nasi ni


Nak masak nasi daging ni tak lama, yang lama tu part nak merebus daging sampai lembut dan empuk. Nina jenis tak makan daging yang ada urat saraf bagai. Suka yang isi semata-mata. Bila makan terasa sooo juicy. Meh nak share cara-cara. 




Bahan-bahannya :


1/2kg beras basmathi

2 sudu besar rempah kurma

1/2 cawan susu cair

1 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 tangkal daun pudina

1 helai daun pandan

Sedikit halia, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga


Caranya :


1. Rebus daging sehingga empuk dan lembut dan asingkan.


2. Tumis bawang bersama halia, bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga naik bau.


3. Masukkan daun pandan, daging bersama air rebusan dan beras yang telah dibasuh.


4. Masak sehingga nasi mendidih. Masak di dalam rice cooker amat mudah.


5. Nasi sudah masak, taburkan daun pudina. 




Resepi Air Asam Tomato :


2 biji tomato (dipotong)

1 biji bawang besar (dipotong)

2 sudu kerisik

2 sudu sos cili, sos tomato, kicap cair dan susu cair

Sedikit garam dan belacan

2 batang cili merah


Caranya :


1. Cili merah dikisar bersama belacan.


2. Gaul bawang bersama kerisik hingga sebati dan masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga sebati.



Selamat mencuba. Kalau ada yang nak tambah bahan lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com