30 Nov 2022

Makan Nando's Di Sunway Carnival Mall

Assalamualaikum readers


Lamanya tak makan Nando's dan tak jejakkan kaki ke Sunway Carnival Mall sejak kahwin. Adalah dalam 2 tahun lebih tak masuk mall ni. Salah satu tempat dating, mostly kami pi tengok wayang. Minggu lepas cuti 3 hari (Harraz pi Perth-Lis). Dapat 'me time' berdua hari sabtu lepas. Alhamdulillah dapat release penat bila anak tak ada ni 😂 Ada saja program bapaknya. Tiket wayang semua sold out lepas makan balik begitu saja. 


Makan Nando's untuk 2 orang RM 74.50 termasuk air dan nasi tambah

1/4 Chicken (Mild), Mediterranean Rice, Peri Wedges & Coke - RM 35.80 (pilihan Nina)

1/4 Chicken (Hot), Mediterranean Rice, Peri Wedges & Minute Maid Orange (RM 8.90) - RM 29.80 (pilihan Hubby)

One of my fav restoran tapi tak boleh makan kerap nanti bankrup. Minggu gaji masyuk, boleh la makan. Ada pembaharuan dari segi menu Nando's. Nampak dalam menu macam meriah. Pilihan menu untuk kanak-kanak pun mengenyangkan dan portion medium. Rasa masih sama, walaupun harga naik sikit 👌👍


Kami makan hingga sengkak perut, sebab boleh tambah nasi dan air berkali-kali

Nak masuk bulan 12 ni, sana sini pokok Krismas


Mall ni dah makin besar. Nama pun under company Sunway. Macam-macam brand ada dalam tu. Tak perlu nak shopping harus pi KL. Masih boleh beli barang branded kalau duit banyak. Cumaaaa di Penang ni tak banyak kasut kanak-kanak. Tak ada size kaki Harraz. Ada aunty-aunty sudi belikan 😢

Jenis-Jenis Kacang

 Assalamualaikum readers


Siapa paling suka makan jenis-jenis kacang dalam dunia ni, dia lah manusia kategori paling sihat sebab dapat banyak khasiat dari kacang. Nina dari kecik suka semua jenis kacang hingga pregnant dan sekarang Harraz segala jenis kacang dia nak makan. Terus jadi mak kau hijau 😤 Agaknya sedap kot kacang-kacang yang dia makan sejak dalam perut 😂 Seeloknya beli kacang asli bukan yang diproses letak garam


Jenis-Jenis Kacang



Secara umum, terdapat lebih 40,000 jenis kacang yang didaftarkan di dunia. Terdapat 9 jenis kacang paling popular di dunia dan harganya agak mahal. Nina amalkan sejak mengandung dan alhamdulillah nampak khasiat tu pada anak, tak ada penyakit kulit setakat ini. Bijak pun ya. 


#1 Kacang Badam


Kacang badam berasal dari Timur Tengah, tetapi AS kini menjadi pengeluar terbesar dunia. Badam mempunyai rasa lemak yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kolesterol.


#2 Kacang Gajus


Berasal dari pokok gajus - pokok tropika dari Brazil. Kacang ini dijadikan makanan ringan atau makanan yang diproses.


Khasiat kacang gajus ialah ia mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan sistem imun dan bagus untuk kesihatan gigi dan tulang.


#3 Kacang Pistachio


Berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Merupakan keluarga pokok gajus. Satu fakta menarik ia dinikmati oleh manusia sejak 7000 SM lagi.


Manfaat kacang pistachio mengurangkan paras gula dalam darah, meningkatkan kolesterol baik dalam badan dan melancarkan sistem penghadaman.


#4 Kacang Macadamia


Berasal dari kacang pokok di Australia, kini ditanam di pelbagai negara Barat. Kacang ini digunakan untuk masakan, bakeri dan pastri. Ia dicincang sebelum dijadikan topping. 


Kacang macadamia kaya dengan vitamin, mineral, serat, antioksidan dan lemak sihat. Mampu melindungi seseorang dari penyakit diabetes dan jantung.


#5 Kacang Pecan


Pecan ialah spesis kacang yang berasal dari Mexico utara dan Selatan AS. Sama kategori dengan kacang walnut tetapi lebih ranggup. 


Digunakan dalam bakeri dan topping. Boleh dijadikan snek atau kudapan. Kaya dengan kalsium, magnesium dan kalium yang baik. Membantu menurunkan tekanan darah.


#6 Kacang Walnut


Sama seperti kacang pecan. Berbanding pecan yang rasanya manis, walnut agak pahit, namun masih enak dinikmati sebagai kudapan.


Banyak jumpa di dalam kek dari makan begitu saja. Manfaat kacang walnut ia boleh meredakan keradangan, mengurangkan risiko kanser dan menurunkan tekanan darah. 


#7 Kacang Brazil


Pokok tertua di hutan Amazon, memang eksklusif! Tak pernah jumpa atau makan. Teksturnya yang halus serta rasanya yang berkrim, enak dimakan mentah atau dikisar.


Kebaikan kacang ini mengurangkan keradangan dan melindungi jantung, otak, serta imun badan.


#8 Kacang Hazel


Hazelnut, sejenis kacang yang berasal dari pokok Corylus. Kebanyakann kacang hazel ditanam di Turki, Itali, Sepanyol dan AS. 


Khasiat kacang ia membantu menurunkan kadar lemak dalam darah, mengawal tekanan darah dan mengurangkan keradangan.


#9 Kacang Tanah


Kacang tanah yang ditanam di negara kita digunakan untuk kegunaan segar, macam kacang rebus dan kacang goreng. Selain itu, dijadikan minyak masak dan mentega kacang (spread) untuk roti.


Sumber lemak, protein dan serat yang sihat. Mampu melawaskan sistem penghadaman an sesuai dijadikan sumber tenaga. 


Dalam banyak-banyak kacang, hanya kacang Brazil tak pernah makan. Tak jumpa di pasaraya pun. Conclusionnya, kesemua jenis kacang menurunkan kolesterol dan tekanan darah.


29 Nov 2022

Frozen Yogurt llaollao in Black (lIB)

 Assalamualaikum readers


llaollao in Black (lIB) Edisi Terhad, Topping Sedap Di IIaoIIao | Ini entri aiskrim bukan filem Men In Black (MIB) 😆 Selasa minggu lepas, tunggu loading blog, nampak iklan llaolla tukar hitam sempena black Friday. Terus ajak hubby pi terjah nanti. Maaflah pembaca sekalian, hanya satu hari sahaja iaitu pada Jumaat, 25 Nov. Kesian sebab bini tak pernah makan, hubby pun layan 😉 (Sebutan : Yao Yao)


Frozen Yogurt llaollao in Black (lIB) - RM 20 (Size large 3 toppings - Pistachio sauce, Almond Crocanti & Granola)

Rasa masam manis yang seimbang

Beratur panjang tak sampai 30 minit


Jenama yogurt asli dari Sepanyol itu sudah dapat sijil halal dari JAKIM. Kalau nak tahu Black Friday, ialah hari dimana negara-negara yang menyambut Krismas akan adakan sale di merata-rata tempat. Jadi, lepas maghrib, kami berdua pun keluar ke Gurney Plaza Mall. Sampai tu memang dah beratur panjang, sambil beratur dengar orang lalu lalang kata gila 😂😂 Like I care. Hubby dah potpet, tapi beratur jugak. 



Beratur panjang tapi servis laju apadahal kannn.. Selalunya pewarna hitam pada makanan ni datang dari arang, ink sotong, serbuk koko dan lain-lain. Nina paling suka makan spaghetti hitam. Memang tak ramai chef pandai buat guna ink sotong. Alhamdulillah dapat rasa. 

28 Nov 2022

Review Thai Cave Rescue (2022)

Assalamualaikum readers


Review Thai Cave Rescue (2022) | Awal bulan Nov, berjaya habiskan tengok siri sepasukan bola sepak Thailand yang menggemparkan dunia pada tahun 2018. 



Sinopsis :


Berdasarkan kisah benar, Thai Cave Rescue mengisahkan 12 ahli pasukan bola sepak Wild Boars bersama jurulatih mereka, Eak pergi meneroka gua Tham Luang selepas tamat perlawanan bola sepak pada pagi tersebut.



Selepas sejam berada di dalam gua, mereka terperangkap dan tak dapat keluar kerana paras air naik mendadak dan menutup jalan keluar gua. Coach Eak tiada pilihan apabila dia perlu menenangkan kesemua anak buah dalam masa yang sama cuba cari jalan keluar dari situ.


Noon

Kelly & Pim


Noon, merupakan pelatih di Jabatan Meteorologi cuba memberitahu tentang ribut yang melanda bahagian Laos yang boleh membawa hujan luar biasa di kawasan utara Thai namun Noon tak dapat memberikan fakta yang tepat kerana sistem radar mengalami gangguan dan bos dia tak nak ambil risiko mengeluarkan amaran hujan lebat di kawasan tersebut.


Noon cuba memberikan amaran hujan luar biasa kepada Pim, ranjer hutan di kawasan terbabit. Dengan amaran yang lambat dikeluarkan, Pim menyedari ada orang yang terperangkap di dalam gua Tham Luang apabila menemui basikal dan barang milik pasukan Wild Boars di luar pintu masuk gua.



Gabenor Narongsak yang mengetuai misi pencarian pasukan Wild Boars berusaha menenangkan ahli keluarga mangsa dan memohon bantuan dari pasukan tentera laut Thailand (SEALS). Tapi pasukan SEALS tak mempunyai pengalaman menyelam di kawasan gua yang sempit dan arus yang kuat.


Hal ini menyebabkan Gabenor Narongsak terpaksa memohon bantuan sukarelawan dari negara luar yang mempunyai pengalaman. Selepas 9 hari, mereka berjaya menemui 12 ahli pasukan Wild Boars bersama coach dalam keadaan selamat.


Cabaran utama bagaimana untuk membawa kesemua mangsa keluar kerana tiada jalan keluar lain kecuali pintu gua dan masalah kebanyakkan remaja lelaki tidak tahu berenang. 


Sedih waktu petani-petani sign borang kebenaran untuk lepaskan air dalam gua ke sawah padi mereka. Sangat touching


Kehadiran Kelly (Urassaya Sperbund) yang merupakan hydrology engineer, menyedarkan Gabenor Narongsak yang mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengeluarkan kesemua mangsa. Ditambah dengan cuaca buruk, gua ditenggalami air sepenuhnya.



Jika mereka tidak mengeluarkan mangsa dengan segera, terpaksa menunggu 3 bulan untuk gua terseut kering sepenuhnya dan masalahnya mangsa tidak mempunyai bekalan oksigen yang cukup dan boleh menyebabkan mereka mati sesak nafas. Kematian seorang pesara tentera bernama Sam, juga memberi kesan dalam misi tersebut.


Bukan mudah nak jadi cave diver, selepas menyelam mesti ada kesan-kesan luka 


Sejujurnya filem ni dapat menceritakan secara jelas kaedah penyelam dari Amerika dan Australia gunakan dalam misi menyelamat ni. Banyak ilmu tentang rescue, perubatan dan menyelam dalam siri Netflix ini. Sangat beremosi, tiba-tiba air mata mengalir.

27 Nov 2022

Hershey's Creamy Milk Chocolate With Whole Almonds

Assalamualaikum readers


Hershey's Creamy Milk Chocolate With Whole Almonds | Lama betul rasanya tak makan coklat Hershey's sampai lah nampak coklat ni di Giant. Menariknya setiap kepingan coklat ada sebiji almond. Patutlah harga dalam RM 5.20. Berbaloi dengan 5 biji almond di dalam 😋😅



Kalau nampak try beli sebab ada banyak flavour dan Nina ambik almond sebab peminat kekacang. Nampak tak dia punya almond? Puas hati kalau dapat makan. Hehe.. 

26 Nov 2022

Cetak Lesen Di JPJ, UTC Pulau Pinang

Assalamualaikum readers


Salah satu idea kerajaan dahulu ialah buka UTC (Urban Transformation Centre) di beberapa negeri. Pertama kali pergi untuk cetak roadtax di JPJ UTC Pulau Pinang (bawah komtar). Wah, ramai betul, tambah-tambah hari Sabtu. Paling ramai di kaunter imigresen. Masuk dan kaunter JPJ sebelah kanan. Urusan pembayaran hanya guna kad kredit/debit sahaja. 



Urusan hanya ambil masa 10 minit dari dapat no giliran hingga print roadtax. Lagi mudah sebab hubby dah renew dengan tokey kedai moto, dalam RM 600++. Kereta pun dah pakai 4 tahun. Murah la sikit, kalau tidak 1k lebih termasuk insurans cermin. 


Dah siap print. Bayaran yang dikenakan hanya RM 20

Klinik gigi tak ada orang. Mungkin kena buat temujanji dahulu dan tak boleh terus walk in


Sangat efficient datang UTC. Klinik gigi pun ada. Plan nak check gigi pulak 😅 Polish apa yang patut, cavity pun banyak. Dah tua-tua ni gigi kena jaga juga, bukan badan saja.

25 Nov 2022

Review Army of Thieves (2021)

 Assalamualaikum readers


Review Army of Thieves (2021) | Salah satu filem spin-off dari filem Army of the Dead (2021). Lebih kurang jalan ceritanya tapi ditambah baik dari segi penceritaan dan view dalam filem ini. Harap ada part 2 sebab last part Gwen di tangkap dan dipenjarakan atas semua kesalahan kru-krunya.



Sinopsis : 


Sebastian seorang pekerja bank yang cuba mencari keseronokkan dan kebahagiaan dalam hidupnya. Sehinggalah beliau di rekrut oleh Gwendoline Starr (Nathalie Emmanuelle) yang ingin memecah masuk tiga dari empat peti besi rekaan Hans Wagner yang menakjubkan. Buka sebarangan peti besi. Bersama 3 lagi kru, Sebastian dan Gwen berjaya dalam rompakan di Paris. 




Bermulanya kisah cinta 3 segi, Brad yang merupakan kekasih Gwen sejak remaja mula cemburu. Mereka ke Prague, dimana peti besi kedua berada. Diekori oleh Delacroix, ejen Interpol yang obses untuk menangkap Gwen dan krunya selepas Brad menembak di buntot.



Bersama-sama ahli rompakan yang lain, Sebastian menunjukkan kebolehannya dan menjadi pakar terhebat dalam pemecah peti besi. Mereka berdua akhirnya berjaya buka peti besi yang terakhir di Austin sebelum di tangkap Delacroix. Akhirnya Sebastian lari bersama bot. Apa yang terjadi pada Gwen?


Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 10

Assalamualaikum readers


Buat masa sekarang hanya berdoa semoga umat Islam di Malaysia dalam lindungan Allah S.W.T. Dalam TikTok ramai anak muda buat content berkenaan sejarah dan isu politik di Malaysia dengan berjaya sekali. Nina akan tengok dan baca dengan penuh minat. Yelah, hal-hal sejarah kena tahu jugak. Di Permatang Pauh sekarang ni anak-anak muda dah ada pasukan berkuda 😂 Orang melayu kaya ohh.. boleh beli kuda. Nanti nak bawa Harraz naik ponny lah kat Permatang Pauh. Selamat bercuti 3 hari nanti ya.



Setuju! Nak cari pekerja pun kena hantar maklumat untuk vetting polis & KDN dulu



Entah lah nak, kalau fikirkan, bekerja dalam sektor keselamatan ni, nak cari pekerja wajib lulus vetting PDRM/KDN dahulu. Semoga Malaysia ditakbir dengan baik seperti janji-janji sebelum ini yang dicapatikan. Bukan mudah berada dalam ahli keluarga yang rata-rata kuat parti BN/PN. Hari-hari tengok status sedih 😕 Sabar sajalah. Ini semua dugaan. Aku tau hampa penat pi berkempen.

24 Nov 2022

Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

 Assalamualaikum readers


Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan | Semalam keluar beli barang, hubby ambik cendawan masuk dalam troli. Tengok dia dan mak, emang kaki cendawan. Yelah jodoh kita ni sedikit sebanyak akan sama dengan parent gitu. 




Cendawan ni suka goreng tepung ratah gitu saja sambil tengok tv. Banyak dijual cendawan atau kulat dari luar negara seperti Jepun. Bukan semua cendawan boleh di makan. Ada jenis beracun. Meh nak kongsikan cendawan yang pernah dimakan dan di masak kecuali di tanam sendiri 😎


1. Cendawan Kukur



Cendawan kukur ini dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Ia tumbuh meliar di atas kayu mati dan senang dijumpai. Kalau pi ladang getah banyak cendawan ni. 


2. Cendawan Taugeh/Tali atau busut




Cendawan berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan. Biasanya di makan secara goreng atau rebus.


3. Cendawan Tiram


Nasi goreng cina pagi ini, letak cendawan tiram celup tepung. Salah satu fav hubby


Satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dulu lagi. Digunakan dalam masakan Cina dan Jepun.


4. Cendawan Butang/Shitake



Cendawan ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, kini ia cendawan paling banyak ditanam di seluruh dunia. Nina suka masak letak dalam pasta atau masak ayam kicap shitake.


5. Cendawan Enokitake



Ia berbentuk panjang berwarna putih seperi tauge. Enokitake dikenali sebagai cendawan musim sejuk atau pinang emas.


6. Cendawan hitam


Ia lembik dan berwarna coklat, tapi bila dikeringkan jadi warna hitam. Cendawan ini sedap dimasak sup bersama suhun dan fucuk. Pernah makan di restoran cina muslim.


Ini sajalah cendawan-cendawan yang pernah Nina makan. Cendawan yang tumbuh meliar tu jangan lah sebarangan kutip dan makan.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com