17 Nov 2025

Dapat Ole-Ole Dari Anies

Assalammualaikum readers


Dapat Ole-Ole Dari Anies | Ini bukan pertama kali dia turun Penang balik hari 😂 sudah lebih dari 6 kali sejak kenal. Haha kadang tu dapat barang tapi jasad tak berjumpa. Nina naik segan, banyak gift dari Anies. Semoga murah rezeki, seronok Harraz makan roti yang dia tak pernah makan.

Al kisahnya ada komen di entri review roti-roti dalam blog Anies, Kesemuanya tak ada rezeki nak cuba lagi. Bukan tak pernah jumpa tapi yang dapat rak kosong (Econsave, 99 Speedmart dan Shell), mungkin Nina kena beli pada waktu pagi. Perasan brand Sunshine lagi laku dari Gardenia.




Royal Butter Corn - Roti versi "limited edition". Ada rasa butter tapi tak terlalu kuat, sedap dan inti penuh.


Chocolate Hazelnut - Roti lembut dan rasa gabungan coklat dan hazelnut yang berlemak dan tidak terlalu manis. 


Summer Berries - Sekali ngap terus Harraz makan tak tengok kanan kiri, dah separuh roti dia cakap "sedap roti kawan mama beli ni, mama nak sikit?"

Lepas ni kena cari buat stok untuk anak. Sedap bau berries tu, ngam dengan roti Hokkaido Milk ni. Di packaging ada tulis "made with real fruit puree" .


Cream Cheese - Sekali makan terus rasa sedap, memang kena dengan tekak, tak rasa manis sangat dan bau susu sikit saja. Krim roti diperbuat daripada keju dan susu Hokkaido. 


Uji Matcha - Peminat matcha harus cuba, rasa pahit matcha tu ada tapi disebabkan 1st time Nina makan roti inti matcha, cannot go haha kena cicah dengan susu. Matcha ni kalau air atau ice cream sekejap habis. 


Shiro Chocolate - Menggunakan coklat putih Jepun tanpa pewarna. Tidak terlalu manis. Overall kesemua roti Sunshine menepati selera.



Kenapa roti Sunshine lagi sedap? Sebab rotinya lembut, mungkin kurang gluten atau gluten-free, yang pasti kesemua rotinya inti penuh dan tak terlalu manis. Lepas buka bau roti tu wangi, paling suka Cream Cheese dan Shiro Chocolate. Nak kena cari sampai jumpa ni.

Bau kedua-dua inti durian dan strawberi tak terlalu kuat, rasa pun tak terlalu manis. Memang tak manis macam inti perisa coklat, jagung dan yang lain.


Sedap coklat ni, nak carilah sebab kena bahagi dengan Harraz macam scene kira duit syiling emas dalam filem Ali Baba Bujang Lapok 



Selain tu ada juga kurma dan coklat dari Mekah. Fridge magnet pun tak terkecuali, budak tu pantang nampak terus berlari tuju ke fridge 🤣  Terima kasih Nis, InshaAllah nanti ada rezeki boleh balas.


Autopublish

13 Oct 2025

Swiss Thomas Chopper Blender Dari Blogger CCL

Assalammualaikum readers


Swiss Thomas Chopper Blender Dari Blogger CCL | Alhamdulillah rezeki komen secara berjemaah pukal bulan ogos lepas selain dapat hadiah tudung, dapat blender ni dari blogger CCL atau Lyana. Semoga murah rezeki CCL. Baru ada masa nak publish dalam blog.


Swiss Thomas Chopper Blender


Sebenarnya dah lama Nina aim nak beli chopper blender dari Swiss Thomas ni, dah masuk cart tapi tak ada rezeki, dalam TikTok kerap sold out. Selepas 2 hari, bagi details thru email pada CCL, hubby terima parcel dan dia terus buka. Pelik soalan dia, "Bila u beli blender ni? Tak bagitahu pun nak beli" 😂 Confius nak jawab sebab tak jangka CCL nak bagi hadiah blender.


Terima kasih CCL. Semoga murah rezeki



Tak sabar nak buat green tea blended guna chopper ni. Untuk kisar bahan masakan dalam kuantiti sedikit sesuai lah guna chopper blender ni. Sesuai juga blend makanan bayi. Nanti kalau dah guna Nina review ya.

30 Sept 2025

Hadiah Top Komen Ogos 2025 Di Blog Roziah Muhammad Nor

Assalammualaikum readers


Hadiah Top Komen Ogos 2025 Di Blog Roziah Muhammad Nor | Rasa lama betul tak blogwalking, Nina memang suka balas komen secara pukal dan terus dapat komen dari Cie, rupanya Nina termasuk dalam list top komen bulan Ogos di blog Roziah Muhammad Nor. Terima kasih Cie, semoga murah rezeki selalu.




Siap email kan semua details yang Cie minta, dalam 3 hari terus terima parcel. Pelik juga bila mama (MIL) serahkan parcel sebab alamat pengirim dari Zoe Arissa (ZA) sebab Nina tak beli pun.


Code bawal Blue (Inayah) & Brown (Rosemary)


Bila buka, hati berbunga terima 2 helai tudung bawal bidang 50 warna coklat dan mint. Lembut material tudung ZA. Dah siap basuh, boleh terus pakai.

26 Apr 2024

Hadiah Dari Khairani

Assalamualaikum readers


Entri peram dari bulan Januari 2024, sebenarnya parcel ni diterima lepas Nina kembali bekerja selepas berpantang tahun lepas. Sapa Khairani tu?? Haaa dia lah yang suka bagi hadiah pada orang. Semoga murah rezeki. Aaminnn



"Assalamualaikum, 1st & foremost, terima kasih & tahniah sebab jadi top commentator kat blog saya. I really appreciate it! ☺ Ni adalah tanda terima kasih saya. Maaflah kalau ia tak seberapa. BTW, telekung & tudung-tudung ni saya dah basuh dan iron kan. So nanti Nina boleh terus pakai or simpan. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak dan selamat tahun baru 2024." -Anies-

P/s: lepas dapat ni WA saya eh!


Khairani ialah owner "Anies The Great" lah ☺ Itu pun sebab dulu masa mula-mula travel, tengok tiket flight nama lain. Terima kasih banyak Anies, semoga dapat pahala bila guna telekung dan tudung-tudung yang diberi. Speechless sebab setiap kali dapat parcel mesti ada macam-macam gift. Kamsahamida..

30 Dec 2023

Hadiah Dari Kak Ret

Assalamualaikum readers


Alhamdulillah, Nina dah mula kerja pada 20 Disember lepas, maka berakhir cuti bersalin selama 98 hari tanpa anak. Sedih tu hanya Allah yang tau. Survive dan bangkit dari kehilangan anak sebab hidup kena teruskan, Harraz perlukan mama dia. Masuk kerja nampak parcel, terus tersenyum bila tengok nama si pengirim.


Souvenir dari Korea


Sebenarnya Nina pun dah lupa pasal hadiah ni. Tersenarai sebagai pemenang GA Uyum. Orang kata kalau ada rezeki tak kemana. Sejak ada anak memang blog dah perlahan tapi kalau ada kesempatan tu mestilah nak join kalau blogger ada buat giveawaykan. Lama jugak tak buat GA untuk blog sendiri.


Terima kasih banyak dan semoga murah rezeki Kak Ret sekeluarga. Semoga terus berblog dan share cerita-cerita Uyum. Ada masa boleh singgah blog kak Ret. 

13 Mar 2023

Anies Belikan Baju Untuk Harraz

 Assalamualaikum readers


Tak ada rezeki nak bersua muka atau jumpa disebabkan kesibukan masing-masing. Sedih tu ya, sebab lama tak menyembang. Dah tahu peel mek sorang ni, dia kalau turun Penang memang sekejap. Kadang-kadang fikir tak penat ke habiskan masa dalam train atau bas? 😅 


Terima kasih Anies! Ada souvenir Mesir, walaupun sebelum ni dah dapat fridge magnet


Dan lagi satu dah masak dengan perangai Anies dan hadiah berpisah tiada ni. Kalau dia tak belikan untuk Nina, dia belikan untuk Harraz. Eh mana nak dapat mak angkat sebaik ni 😘


Semoga Allah murahkan rezeki buatnya dan semoga cepat-cepat naik pelamin. Terima kasih belikan baju lagiiiiii buat Harraz. Memang seronok kalau nampak baju sebab boleh melaram. 

15 Mar 2022

Blogger Anies Dan Hadiah

Assalamualaikum Readers


Hamba Allah ni kalau turun Penang, benda wajib dia buat ialah SURPRISE!! Tup tup dah sampai depan kilang, tup tup dah ada depan mata, begitulah dan ulang setiap tahun 🤣🤣 


Awal Anies bagi hint nak baby girl pulak 😂


Punya lama HK ni minta Anies tolong belikan, 3 tahun dalam simpanan


Tak dilupakan, botol besar dibelinya . Boleh share laki bini 🤣


Unexpected Anies ni kalau jumpa tangan, bahu mesti ada barang. Semoga Allah murahkan rezeki buatnya. Terima kasih belikan baju lagi buat Harraz 💋 Boleh jadi fav aunty! Baju-baju sebelum ni dah tak muat, simpan untuk 'adik' di masa hadapan 🤣 

9 Jul 2021

Hadiah Dari Anies

Assalamualaikum Readers


Bak kata pepatah jauh di mata dekat di hati. Sesuai lah dengan relationship kami yang PJJ ni 😂 persahabatan jarak jauh gituu. Petang tadi, dengar posmen hon then sebut nama Nina. Turun bawah adik ipar bagi parcel. Tengok nama tak lain mek Anies ler.


Bagi tumbler ni kena rajin minum air. Hehe.. comel pen unicorn! Bertabah lah Anies tak boleh balik Melaka raya haji ni


Sebelum ni pos baju Harraz diam-diam sampai. Memang full of happiness surprises 🥳🎉🎉 Terima kasih di atas ingatan tulus ikhlas ni. In Shaa Allah boleh rentas negeri akan disambut dengan tangan terbuka 😆 Tengah fikir birthday Anies bulan ni jugak, nak beli hadiah apa. 


7 May 2021

Blogger Anies Belikan Baju Harraz

 Assalamualaikum Readers 


Bila ada kawan yang jauh dimata dekat dihati dan sentiasa buat surprise tanpa jemu itulah Anies ❤️ Terima kasih belikan hadiah baju untuk Harraz dan shawl untuk Nina. 


Terima kasih aunty Anies


Minggu ni selesai Nina mengurut (sedap sangat) di rumah mak. Tetiba dapat whatsapp dari hubby, tengok parcel nama yang kenal mendarat di rumah MIL. Cantik semua baju-baju yang Anies belikan. Tak sabar tunggu Harraz besar dan boleh melaram sakan 😘 Semoga murah rezeki Anies, in shaa Allah suatu masa nanti kita jumpa ya ☺️☺️

19 Feb 2021

Hadiah Top Komen Dari Siti Yang Menaip

 Assalamualaikum Readers


Hadiah Top Komen Dari Siti Yang Menaip! | Lama rasanya tak jadi top komen kat blog. Dah tak seaktif dulu walaupun hari-hari publish entri tapi semua autopublish. Nina akan arrange siap-siap untuk seminggu. Terima kasih yang drop komen. Jangan lupa singgah blog SYM. Macam-macam entri ada 😍


Hadiah Top Komen Dari Siti Yang Menaip!

Facemask case dengan mask dan extender + pensil Aussie + Sanitizer holder dengan 2 botol kosong + Coklat


Hari Isnin lepas terima parcel. Terima kasih SYM! Nina antara yang tersenarai dalam top 10 untuk tahun 2020. Dah lama tak jumpa Siti sejak pindah Bangi. Harap boleh lepak macam dulu sambil ternak lemak. 


29 Jan 2021

Menjadi Pengunjung 1,355,000 ! Blog Syaz Eym

 Assalamualaikum Readers


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa pun tak tau kecuali tuan empunya blog 😁😄 Malam kejadian tu, balik dari menternak lemak rumah MIL, baru perasan tak off PC. Nak buat peta dunia, perut masih kenyang jadi layan blog dulu. Buka blog Syaz Eym nampak pageviews dah hampir sambil komen sambil screen shot.




Seperti yang dijanjikan, Syaz ada kirim hadiahnya rabu lepas sampai. Rupanya dihadiahkan sehelai tudung bawal. Cantik corak bunga-bunga putih purple. Terima kasih banyak-banyak. Rajin-rajin singgah blog Syaz 😍

9 Dec 2020

Terima Kasih Blogger Arysha Fayyadh

 Assalamualaikum Readers


Terima Kasih Blogger Arysha.Fayyadh untuk hadiah yang tak disangka-sangka. Jumaat lepas tersenarai dalam 2 orang pemenang LIVE unboxing GILER GILER SALE @mygreatcookingstory . Blogger Sha ni antara yang kerap jumpa bila ada job review. Dia sekarang tengah cari team untuk video masakan secara live untuk bulan seterusnya. Yang berminat boleh contact ya. Komisyen dan hadiah menarik yang menanti.


Maceh mai hantaq sampai rumah





Hadiah yang dimenangi Nina antara barang-barang yang blogger Sha dapat dari join aktiviti masakan dari My Great Cooking Story dan undian dibuat secara cabutan oleh anak lelakinya, Boboy (nama manja). Teringin nak join tapi mengenangkan diri yang tak berapa terer masak ni, bagi peluang kepada yang lebih layak 😂 Hanya layak untuk menonton secara live di instagram saja. Alhamdulillah untuk gifts ni, nanti boleh guna untuk celebrate anniversary tahun depan. Konfem kena celeb di rumah atau di tepi-tepi pantai yang private/sunyi untuk suasana lebih romantik. Haha..


28 Dec 2019

Terima Kasih Blogger Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai, banyak lagi entri tahun ni yang tak ter-publish. Hehee.. But I'll try my best. Ini antara entri bodek penghargaan untuk Blogger Anies kita bagi siapa yang mengenali memang akan kenal dia amat bermurah hati pos bermacam jenis gift untuk peminat pembaca dan pengomen tegar blognya. Apapun terima kasih tak pernah lupa orang di utara ni. Bertambah koleksi pemberian Anies.



Bestnya kalau jadi penulis. Kenal ke budak dalam gambar ni
 
Gifts penghargaan sebab sumbangkan ayat. Cewahh
 
 

Al-kisahnya, ada bulan berapa lepas, dah tak ingat bila, Anies ada wassap minta bagi satu pendapat issue untuk diterbitkan dalam buku majalah. Jadi, dah siap karang ayat bagai tup tup masa kami pi Unicorn Run tu, dia berikan gift ni. Sebenarnya tak mengharapkan apa-apa pun, bukan buat essay beratus patah perkataan pun. Semoga murah rezeki si pemberi.  

19 Jan 2019

Card From Adelaide, Australia

Assalamualaikum Readers
 
 
Orang kata, kalau kita berbudi, orang berbahasa. Sesuai lah untuk sorang kawan ni. Tak ambil masa yang lama untuk kenal dan jadi rapat. Tak sangka terima postcard dari May (budak intern di company lama dulu). Finally cita-cita dia dari nak menjadi Engineer bertukar ke pemandu pelancong. Pulang ke Adelaide dan menetap di sana. Balik kerja sekejap di JB (katanya boss fussy, ye faham sebab sejenis tak reti nak cakap Cina). Di ofis dulu kena pulau je, eh pelik bangsa sepet ni. Nak cuti-cuti ke Aussie boleh jumpa. 
 
 
Comel Koala, nak pos FM harga postage mahal katanya.


2 Feb 2018

Hadiah Top Komen Blog Mrs A

 Assalamualaikum Readers


Dah tertulis rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah ada rezeki Nina termasuk dalam top komen blog Mrs. A sepanjang tahun 2017. Tahniah buat 6 orang lagi, semoga ukhwah berpanjangan. Terima kasih banyak Mrs. A sudi pos jauh dari negeri 9. Lembut warna tudung instant Naelofar. Nanti rajin-rajin singgah blog Mrs. A 💟😄 



24 May 2016

Top Komen Blog Anies

Salam Readers..


Ini bukan pertama kali tersenarai dalam top 10 pengomen tegar blog Anies The Great ! Alhamdulillah tuan blog beri masa di overseas. Hehe.. Terima kasih awak. Rajin juga Anies komen di blog, well dah tak ada hutang hadiahkan Nis? Kosong-kosong ye. Bertambah koleksi tudung Adijuma (AJ). Tahniah juga buat yang tersenarai. Mood travel tak boleh move on apatah lagi nak buat entry. Rasanya lepas raya pun tak update. Wuuuu..



Suka corak ni !!

25 Oct 2015

Terima Kasih Blogger Pha Is

Salam Readers..


Tersenarai dalam top 10 pengomen tegar blog Budak Pening. Alhamdulillah, buat pertama kali Pha Is nak bagi hadiah :P Mestilah suka ! Berbaloi komen di blog pening, tipu lah kalau setiap kali komen tak rasa pening. Hahaha


Top 10 Pengomen blog Pha Is


Tahniah buat 'Pengomen Pening Suku ke-3 (2015)' terutama 5 ahli blogger utara. Kerlass tau bagi hadiah dalam Seoul Garden siap selfie lagi. Terima kasih si Pha Is yang kuat membahan. 


Penyampaian hadiah dari blogger Pha Is . Muka bangga gila. Hahaha

Hadiah siap berkipas

Ferrero Rocher yang keemasan.. Jeng.. jeng selamat masuk perut :P


6 Jul 2015

Top Komen Blog Deanna Morni

Salam Readers..


Siapa kenal blogger Deanna? Alhamdulillah pertama kali jadi top pengebom di blog D or Deanna ni. Jadi pengebom Top 20 bulan Feb-Mei di blog D tak payah pakai peluru pun. Hehe.. Terima kasih D sebab poskan ole-ola yang comel ni. Ada masa Nina datang boom blog lagi sambil layan lagu Boom Clap ! :)


Bertambah souvenir dari blogger Deanna

28 May 2015

Poscard From Germany

Salam Readers


Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga poscard kiriman sis Aisya dari Germany ! Kali ke 2 dari GA yang berbeza, terima kasih daun keladi. Tahniah buat semua pemenang JINDRISSKA Blog Anniversary GA. Bertambah koleksi dari blogger. 



Poscard from Germany


6 Apr 2015

Terima Kasih Blogger Zumal

Salam Readers..


Tak terjangka blogger pasang surut macam aku pun boleh tersenarai Top 10 komen bulan Februari di blog Zumal. Terima kasih sudi pos jejauh. Tuan blog pun belum pos lagi hadiah kat Zumal. Pemalas + busy memanjang. Harapan sebelum hujung bulan dapat pos ke Perlis. Blogger DZ ni memang peramah dan suka lemparkan bom bertubi-tubi. Jemput terjah ke blognya :)  



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com