23 Feb 2022

McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg

Assalamualaikum Readers


McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg | Musim covid mengganas ni, nak keluar beli makan untuk lunch pun takut sebab kedai makan yang selalu pi tu crowded dan tutup (syak kena covid). Pilihan yang ada nak tak nak bawa bekal, order FP atau puasa 😌


McDonald's Spicy Sesame McChicken With Egg - RM 15.85


Makan panas-panas sedap!



Pejam mata order McD jelah. Ada hari Harraz ok ada hari mood dia nak jadi koala tak dapek mak nak masak 😂 Menu terbaru dari McD. Ada pilihan nak telur atau tak. Boleh tahan pedas sos burger. Telur dan patty pun besar. 


Overall puas hati dengan rasa gabungan McChicken dengan telur. Tak rasa pelik. Kalau ada orang nak belanja pasti nak lagi 😅

19 Feb 2022

Kellogg's Mueslix Harvest Fruit

Assalamualaikum Readers


Kellogg's Mueslix Harvest Fruit | Cereal Untuk Diet | Brand Kellogg's ada keluarkan bermacam jenis cereal untuk kanak-kanak hingga orang dewasa. Bukan sahaja sesuai untuk kaki 'diet' tapi ibu mengandung pun boleh sebab ada bijirin yang bagus untuk badan.


Kellogg's Mueslix Harvest Fruit - RM 15.50
 



Selalunya akan makan untuk breakfast. Letak sedikit susu atau milo dan bila kunyah terasa kesedapan campuran bijirin. Mengenyangkan perut. Betul-betul buat orang sihat dari ambil makanan berminyak, berlemak setiap pagi.




Bila kawan sekerja terjebak nak makan jugak, minta tolong belikan sebab tak semua store ada jual dengan tumbler



Sesuai untuk semua, nak sihat boleh cuba ya. Harga agak pricey tapi sekali sekala apa salahnya. Harga di setiap store tak sama ya. Nak beli borong boleh beli di Shopee.


17 Feb 2022

Selamat Hari Lahir Suamiku, Hadiah Kasut Adidas

Assalamualaikum Readers


Selamat Hari Lahir Suamiku | Beli Hadiah Kasut Adidas Dari Website | Genap usia 30 tahun buat hubby harini. Tiada sambutan sebab kami dah masuk fasa 30'an ni nak hidup sederhana asalkan bahagia walaupun dugaan rumahtangga tu sentiasa ada. Harap laki pakai kasut ni, jangan buat hiasan dalam kotak sebab sayang nak pakai.


Beli Hadiah Kasut Adidas Dari Website




1st time beli kasut adidas terus dari website. Guna apps Adidas, daftar jadi ahli terus guna code diskaun yang diberi. Disaat-saat akhir Nina order sebab stock tinggal 1. Alhamdulillah rezeki dapat juga beli 😅 




Diskaun 30%


Hubby sejenis nakkan sesuatu dia bagi hint, screen shot dan wasap bini. Senang lah nak buat kejutan. Semoga murah rezeki Nina sekeluarga. Nanti ada masa nak pos hadiah untuk top komentar 2021.


Selesai Cucuk Vaksin Booster

Assalamualaikum Readers


Selesai Cucuk Vaksin Booster | Alhamdulillah selesai cucuk vaksin Pfizer. Harap simptom seperti biasa terutama bapa. Disebabkan bapa dah reject temujanji sebelum ini kerana klinik yang sepatutnya beri vaksin sesuka hati tunda masa, jadi Nina bawa sekali untuk walk in. Orang melayu boleh kira dengan jari, sikit sangat yang datang.





Selesai bawa bapa vaksin


Tak sampai 30 minit dah selesai vaksin untuk kami 2 beranak. Ramai yang tak setuju untuk terima vaksin booster. Kita sedia maklum untuk penerima vaksin Sinovac, akan ditukar status tidak fully vaccinated bermula March. In Shaa Allah semoga kita dilindungi.

10 Feb 2022

Lactel Temptation Strawberry

Assalamualaikum Readers


Lactel Temptation Strawberry | Tahun ni betul-betul nak lupakan blog. 90% life anak dah konker 😅 Bila dia tidur, ingat nak hupdate blog tapi tertidur jugek. Harraz paling suka duduk dalam troli sambil tengok Nina pilih barang.


Lactel membantu proses pencernaan - RM 5.90


Dah anak suka pegang barang sejuk, maka terambil minuman ni. Walhal masa tu dah berjangkit batuk dari anak. Sebelum minum kena goncang dulu. Betul-betul creamy yogurt ni. Sedap berlemak 🤤 Sesuai sangat dengan nama. Minuman yogurt brand Lactel tak macam yakult, calpis etc sebab pekat bukan cair. Nanti try lah kalau jumpa.


9 Feb 2022

Domino's Pizza Signature Quattro Chicken

Assalamualaikum Readers


Domino's Pizza Signature Quattro Chicken | Dah lama mengidam nak makan pizza ni, tengok pulak FP ada diskaun 35% OFF terus order. Apa yang best sebab dalam 1 pizza ada 4 jenis topping. 


Domino's Pizza Signature Quattro Chicken 

Prawn Sensation

Aloha Chicken


Chicken Pepperoni

Simply Cheese


Domino's Pizza signature quattro ada 2 jenis pilihan iaitu ayam atau daging. 1 kotak pizza boleh habiskan seorang 😅😅 Nina order untuk size large lunch/hi tea. Ok lah.. kalau DP ni memang akan order menu yang sama kecuali Pizza Hut. Puas hati dapat makan. Sesuai untuk seisi keluarga.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com