29 Apr 2022

The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee

 Assalamualaikum readers


Sedap Ke The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee | Lama tak minum air ni, ini antara minuman boba yang pertama Nina minum sebab masa tu SIL bongsu belanja (baru lepas tunang) bertarikh 25 Ogos 2019 😂 Suatu ketika dulu sebelum covid datang air ni viral sebelum Xing Fu Tang sampai Malaysia. 


The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee

RM 14 satu cup


Bukan sejenis peminat boba! Kalau minum Tealive (orang belanja) boba mesti buang minum susu saja. Tapi air ni memang sedap! Suka apa saja yang berasaskan creme brulee. Masa SIL ajar minum pun rasa teruja. Cucuk straw sampai ke dasar cawan, then sedut dulu pearl dengan air yang suam-suam kat bawah tu. Wallawehh, sedap! Lepas tu baru la kacau air tu. 


Setakat ni layan Tealive sahaja. Yang lain owner cina


Tapi kan Nina dah insof sekarang ni tambah-tambah dah ada anak. Nak makan sesuatu tu pastikan halal toyyiban. Kadang di Penang ni, pekerja melayu tapi owner cina. Tak boleh terjah gitu. Apa pun support lah bisnes orang kita.


Kelonggaran SOP COVID-19

 Assalamualaikum Readers


Kelonggaran SOP COVID-19 | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah umumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022. 




1. TAKBIR HARI RAYA

• Dibenarkan buat di masjid dan surau.

• Dibenarkan rumah ke rumah TETAPI perlu sentiasa memakai pelitup muka.

• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.

• Digalakkan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi untuk menyertai.


2. SOLAT SUNAT HARI RAYA

• Dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti 100%.

• Semua Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam masjid atau surau termasuk semasa sedang solat.

• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


3. KAWALAN PENULARAN DAN JANGKITAN

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau atau rumah terbuka dan majlis hari raya.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


4. ETIKA JEMAAH

• Elakkan 3S

• Amalkan 3W

• Galakkan wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.

• Masuk ikut giliran untuk mengelakkan kesesakan.

• Bersurai dengan tenang.


5. JAMUAN SELEPAS SOLAT DI MASJID ATAU SURAU

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


6. PROGRAM ZIARAH

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka ketika ziarah.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


7. ZIARAH TANAH PERKUBURAN

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan melakukan ziarah tanah perkuburan.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


8. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (INDOOR)

• Dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Baca juga Imbasan kod QR MySejahtera tidak wajib bermula 1 Mei, 7 fakta mengenainya




9. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (OUTDOOR)

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.


Jadi, sama-samalah #kitajagakita walau di mana sahaja berada. Beraya, ziarah-menziarahi, ingat juga diri sendiri ya!

28 Apr 2022

Pengalaman Pertama Naik Firefly

Assalamualaikum readers


Pengalaman Pertama Naik Firefly | Last naik flight lepas balik dari Taiwan tahun 2018, nak masuk 4 tahun tak naik flight. Terima kasih aunty sponsor tiket flight balik dari training di KL. Macam biasa harga tiket waktu pagi dan malam akan mur mur. Harga RM 129. Ini pengalaman pertama naik penerbangan Firefly dari Subang ke Penang sekali gus di bulan puasa.


Skypark Subang Airport, banyak yang dah berubah


Sebelum naik kena buka face mask dulu


Agak awkward nak check in luggage, macam orang yang tak pernah naik flight sebelum ni. Nasib masih ingat macam mana nak cari departure, masukkan beg untuk di scan. Seawal 6.30 pagi dah gerak ke Skypark Subang Airport. Flight pukul 7.10 pagi. 





8.15 dah selamat sampai Penang. Suasana airport sunyi sepi, tak crowded macam dulu

Pramugara suruh ambil makan selepas berbuka. Dia ingat Nina tak nak ambil


Agak jauh juga nak berjalan dari pintu keluar ke pesawat. Bertambah pelik naik di ekor (pintu belakang) dan turun pun sama. Sewaktu penerbangan, penumpang diberikan snack dan air botol (tak ambil). Jangan risau SOP dijaga, setiap seat hanya seorang sahaja. Yang best free luggage 30KG. Next time boleh naik lagi selain Malindo.


Makan Di BKE Corner Batu Maung Penang

 Assalamualaikum readers


Makan Di BKE Corner Batu Maung, Penang | Entri basi makan sebelum puasa, hehe. Belek-belek dalam phone banyak lagi yang tak publish. Kalau ikutkan BKE Corner ni ada cawangan sekitar Pulau Pinang dan Kedah. First time makan di BKE Corner ni. Nampak ramai orang makan, terus ajak laki makan. Tau tak apa si Hussain tu cakap?? jeng jeng 😂


Seafood Carbonara RM 14. Portion banyak, seafood pun banyak.
 
Teh Tarik Madu sedappp tapi tak boleh minum 2 gelas sebab manis dan pekat tehnya

Akan datang lagi sebab air ni. Tak payah ke Kelantan


Dia kalau bab makan kedai western ni mak terus jadi ghisauuuu. Expectating tinggi melampau. Bagi Nina asalkan secukup rasa sudah, bukan makan western di hotel 6 bintang kan. Sebenarnya kami ni dah pobiaaa bila makan kedai western orang melayu, harga yahudi tapi makanan hampeh 😌 tak semua tapi ada! 




So far Lamb grill boleh lah cuma overcooked dan tak berapa juicy tapi Hussain habiskan jugak. Gambar pun tak sempat snap 😂 Mau tak habiskan, 1 plate RM 19. Nina macam biasa mesti pilih spaghetti di hatiku. Mur mur sikit tapi portion untuk makan berdua. Mungkin Hussain takkan teman bini dia makan kat sini dah. Korang nak makan, boleh cuba menu-menu lain. Kalau grill tu tak digalakkan.


26 Apr 2022

Bath And Body Works Magnolia Charm Body Mist

 Assalamualaikum Readers


Bath & Body Works : Magnolia Charm Body Mist Wangi! | Lama tak beli produk BBW sejak ada anak ni. Ahad lepas, adik-adik ipar bawa Harraz pi Aeon cari baju raya. Tinggal nak buat songkok untuk dia. Terus teringat BBW ada sale, suruh sil belikan. Nina akan avoid masuk BBW sebab nafsu memang tak tahan, semua nak beli, semua wangi. Berjam-jam dalam tu. 


Bath & Body Works Magnolia Charm Body Mist

Wangi dan bau soft. Sesuai di pakai hari raya


Into the Stars, Sunshine Mimosa, Into the night sangat wangi!

Dark kiss & A thousand wishes antara yang kerap soldn out


Tipsnya, kena lah cuba pakai satu-satu jenis body mist BBW baru lah tahu yang mana wangi, yang mana hanya keluar semasa krismas sahaja. Bukan semua Nina nak tu ada. Ikut seasons. Rasanya, untuk hari raya pun ada seasons juga, sebab jarang nampak. Rambang mata nak beli, last-last ambil yang ini.


Bakal blogger ganti mama kot nanti


Ini kalau beli shower gel atau body scrub mau habis sebelum raya. Nanti-nanti la Nina explore untuk baunya. Nak beli tak boleh bawa Harraz, nanti dia pun sibuk nak pegang, nak bau 😂😎


25 Apr 2022

Misi Cari Baju Raya!

Assalamualaikum Readers


Pejam celik 2 tahun dah kita raya tak dapat balik kampung. Tahun ni alhamdulillah dapat nikmat raya tu. Alang-alang ada di KL, aunty ajak cari baju raya, Nina sejenis akan cari baju dalam socmed, once dah confirm terus ke butik dan beli. Nooo fitting sebab rimas dengan orang.


J.Labella Atelier 1st time beli brand ni

Butik di bawah, untuk pick up di level 3

Baru tahu kedua-dua brand ni order kain dari Taiwan

Sepupu hubby yang ke 3

Hampa rasa lawak? Guna untuk ukur badan


Penat lelah nak beli baju raya sampai depan butik, mak ai beratur panjang macam dapat baju free 🤣🤣 Nasib baik tak salah pilih size. Aunty suruh pi cari measurement tape. Bagus butik J.Labella Atelier, boleh order on9 dan pickup.


Butik Tudung People di IPC. Tak terima cash, nasib ada kad

Suka betul kain brand ni. Beli sampul duit raya sebab cantik! 


Menuju ke E-Curve

Boleh tengok gelagat laki-laki orang kat sini melayan bini, tunggu bini yang tak jumpa jalan pulang (kesian tengok, siap dukung anak)

Ingatkan dapat jumpa Fazura. Baru beberapa hari launching

Macaron ni comel tapi manis sangat
 

Gigih Aufa drive ke One utama-IPC-e curve cari tudung. Dah dekat dengan rumah. Banyak booth tapi tak kena dengan baju raya. Mostly kalau baju plain susah nak cari tudung, tak macam tudung plain.


Yang penting sila shopping sesama perempuan, lama pun tak ada hal 😆🤣 Scenario di One Utama, semua laki tunggu bini sambil jaga anak depan butik Poplook, tapi bini tak jumpa jalan keluar. Bahaya tu. Tak kuasa la nak shopping tempat-tempat crowded ni dari zaman single sampai sekarang.


24 Apr 2022

Resepi Meatball Bersama Sos Cheesy Brown

Assalamualaikum Readers


Resepi Meatball Bersama Sos Cheesy Brown | Bulan puasa ni awal-awal puasa berselera makan nak dekat hujung-hujung macam seminggu lagi nak puasa tu mood dah ke raya, makan pun tak berselera, nak masak pun dah kering idea.




Tup tup MIL kata masak meatball, baru teringat Nina beli sebelum puasa tak sentuh pun maka jadi lah resepi ni. Kawan shared, mana tau ada yang nak cuba. Cara masak pun mudah. 




Bahan-bahan :


1 ulas bawang besar merah

3 keping cheese

Meatball (ikut suka)

3 tangkai daun sup

Gula & garam secukupnya

3 sudu stok ayam (guna kiub pun boleh)

3 sudu tepung gandum

3 sudu mentega

1 sudu sos tiram

1 sudu serbuk lada hitam

Mozarella cheese (optional)






Cara-caranya :


1. Tumis bawang bersama butter. Selepas garing masukkan tepung gandum dan kacau.


2. Masukkan chicken stok dan kacau hingga tepung gandum tak berketul.


3. Masukkan sos tiram dan lada hitam, garam, gula.


4. Akhir sekali masuk meatball dan biarkan sebati, tabur cheese dan daun sup. Dah siap!


*masak bulan puasa ni, bab sedap tu tolak tepi sebab tak boleh rasa 😅🤣

21 Apr 2022

Berbuka Puasa Di Gossip Cafe, Tropicana Gardens Mall

 Assalamualaikum Readers


Berbuka Puasa Di Gossip Cafe, Tropicana Gardens Mall | Restoran Makanan Melayu Di Petaling Jaya | Hari khamis minggu lepas, habis kursus awal, tetiberrr teringat Pika (kawan baik masa study) dulu ajak berbuka. Setahun lebih tak jumpa, banyak cerita rumahtangga yang kami kongsi gitu. Aunty pun bagi green light berbuka dengan kawan. 


Gossip Cafe, Tropicana Gardens Mall, Level 3

Nasi Lemak Aromatic Fried Chicken - RM 17.90 (signature) . Nasi lemak sedap, suka sambal 

Sirap Bandung - RM 5.90 & Ribena Lychee - RM 7.90 bersama air suam - RM 0.70


1st time masuk Tropicana Gardens ni, besar dan part kelakar cari parking. Part sedih rupanya banyak restoran-restoran tak buka lagi. Takkan nak berbuka makan restoran non-halal pulak. Pusing satu mall, jumpa lah yang ini. 




10 tahun dah berkawan, dah faham peel masing-masing

Terima kasih sebab staff tolong ambikkan gambar, sanggup ubah meja

Layannnn sesekali mak tak ada anak nak selfie


Ada banyak booth jual baju raya, tudung, biskut raya


Tak perlu booking pun, boleh terus walk in untuk berbuka puasa. Layanan staff pun baik, cuma kitaorang dapat makanan lambat sikit, dalam 15 minit. Masih boleh tunggu. Alhamdulillah buat kami, dapat jumpa jalan pulang. Keluar dari parking nak ke jalan kena pusing satu mall. Agaknya nak pi lagi tak? 😂😂

18 Apr 2022

Berbuka Puasa Di Syed Bistro Penang

 Assalamualaikum Readers


Berbuka Puasa Di Syed Bistro Penang | Restoran India Muslim Penang | Balik dari training baru dapat berbuka dengan hubby dan si gendut. Sebelum ni makan di Olive Tree Hotel tak pernah singgah pun walaupun hanya berjiran. First time makan di sini. Di sebabkan puasa dapat habiskan nasi beriani. Memang banyak betul nasi tu.


Nasi Beriani Daging

Nasi Beriani Kambing, isi kambing seketul besar


Bersebelahan dengan Olive Tree Hotel


Boleh tahan sedap, mostly hubby akan order kambing untuk dia dan daging untuk Nina. Banyak lagi makanan-makanan yang patut dicuba. Harga makanan tak pasti berapa tapi standard macam makan nasi kandar. Kalau singgah ke Penang, jangan lupa terjah sini. Waze Syed Bistro confirm sampai!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com