30 May 2014

Film Review : Maleficent


Salam Readers..


Masih ingat lagi kisah dongeng Sleeping Beauty? Finally dapat tengok filem ni, aku excited nak tengok sebab ada pelakon comel2 termasuk Angelina Jolie and she is EXTREMELY BEAUTIFUL in this film! Filem Disney konfem tonton bersama kanak2. Visual effects dalam movie ni sangat cantik especially di tanah lapang tempat tinggal pari2 tu. Jalan cerita movie ni memang unexpected. Maleficent tak sejahat mana pun.


Maleficent Poster



Sinopsis Maleficent :



Mengisahkan Maleficent seorang pari2 penjaga Tanah Lapang yang bebas dari kerakusan manusia dan kehilangan ibu bapanya sejak kecil. Suatu hari, sorang kanak lelaki, Stefan telah sesat dan masuk ke dalam kawasan ajaib itu dan mereka berdua menjadi kawan sehingga 16 tahun dan jatuh cinta. Hubungan Stefan dan Maleficent renggang kerana Stefan mengejar pangkat dan kemewahan. Pada suatu hari, seorang raja bertindak menyerang Tanah Lapang untuk menakluk dan mengambil harta di situ telah menimbulkan kemarahan makhluk di Tanah Lapang dan mereka berperang. 



 Young Maleficent and Stefan

Kan bagus kalau takda tanduk.. Curi tanduk Hellboy ye



Selepas Raja perang dengan tentera Tanah Lapang dan kena penyepak dengan Maleficent, raja tersangat marah, cedera dan sebelum mati, dia meeting dengan semua pegawai termasuk Stefan. Jika sesiapa dapat bunuh Maleficent, orang itu dapat jadi raja dan kahwin dengan anak perempuannya. Stefan buat keputusan nak tipu Maleficent, dia pegi jumpa awek lama, pujuk2 sampai Maleficent cair pastu bagi minum ubat tidur. Stefan nak bunuh tapi tak sampai hati jadi dia potong sayap Maleficent bagi kat raja. (Stefan dah tak hensem, dapat awek lawa tak hargai pulak.. bodoshh).



Sedihnya Maleficent bila tengok sayap dah takda

King Stefan and his wife

Maleficent bersama PA a.k.a Diawal, si gagak yang baik




Sedih bila Maleficent bangun dari tidur dan tengok sayap dah takda. Meraung terus. Semenjak hari tu dia tak percaya dengan cinta dan bertukar jadi jahat. Time tengah sedih dia terjumpa burung gagak yang kena tangkap dengan petani dan selamatkan burung tu. Sebagai balasan gagak sanggup jadi hamba Maleficent. So apa2 update mengenai Raja Stefan kat istana si gagak akan bagi tau Maleficent. Bila Princess Aurora lahir, Raja Stefan buat majlis untuk raikan kelahiran puteri dia. Ramai yang datang bagi hadiah termasuk 3 ekor pari2. Bila Maleficent dapat tau, dia jadi marah sebab Raja Stefan tak jemput. Tanpa diundang, Maleficent dengan selamba datang ke majlis tu.



Maleficent ke istana

Aurora telah disumpah



Berbekalkan dendam yang masih membara, Maleficent sumpah baby Aurora untuk tidur selama-lamanya apabila jarinya tercucuk jarum mesin jahit pada hari lahir yang ke 16. Kenapa 16? maybe sebab hubungan cinta Maleficent dengan Stefan ni terpisah bila usia mereka 16 tahun kot. Dengan gelabahnya Raja Stefan merayu untuk kurangkan curse dia, Maleficent pun letak syarat, kalau ada orang yang dapat beri ciuman cinta sejati kat Princess Aurora sumpahan tersebut serta-merta akan hilang. Nak tau dengan lebih details kena pi tengok oke =)




Yang bestnya ada banyak scene lawak dari baby tu kena sumpah sampai besar. Aurora panggil Maleficent as Fairy God Mother (Ibu Pari2) so sweet :) Baby Aurora masa kecil sangat comel.



3 pari-pari yang menjaga Aurora

3 orang pari2 yang menjaga Aurora ni lawak. Aurora lapar susu dia bagi makan carrot. Hahaa

Maleficent bawa Aurora masuk dalam Tanah Lapang

Cantikkan !


Aurora suka bermain di Tanah Lapang



Sepanjang tengok movie ni aku rasa kesian kat Maleficent. Dia sebenarnya manusia yang paling baik oke. Walaupun dah sumpah Aurora tapi Maleficent dan P.A setia mengawasi pagi petang siang malam Princess Aurora dalam hutan dari dia baby sampailah umur 16 tahun, dah dalam hutan, duduk pulak dengan 3 ekor pari2 yang super bodoh dan tak reti jaga baby. Maleficent sanggup tarik balik curse time Aurora tidur tapi tak berkesan sebab umur Aurora belum cukup 16. Dan bukti paling nyata yang Maleficent berhati mulia bila curse pada Puteri Aurora tu hilang bukan sebab ciuman putera raja (putera tu pun Maleficent yang bawa) tapi sebab ciuman kasih dan sayang Maleficent pada Aurora!


Bila tiba umur yang ke 16 tahun
Bertemu dengan putera raja yang dikenalkan Maleficent

Cantikkan Elle ni. Adik kepada pelakon Dakota Fanning !

Ini la Aurora semasa kecil . Anak Angelina rupanya




Vivienne Jolie-Pitt . Sangat comel oke




Dalam banyak2 scene, paling suka scene ni, sweet sangat bila tengok budak tu peluk Maleficent sambil suruh angkat dia sambil cakap Up.. Up, budak kecik tu sebenarnya anak Angelina Jolie, Vivienne Jolie-Pitt namanya. Comel je tengok dia pegang tanduk maknya dan berlari-lari kejar rama2. Baru 5 tahun kot. 




Baby ni lawak, sebab Maleficent takut-takutkan dia pun boleh gelak2 lagi

Baik hatinya sampai nangis lah

Bahagia tengok Maleficent dapat sayapnya



Memang best dan rasanya akan ada ulangan kali ke 2 pi tengok. Meh tengok trailer kalau tak pecaya ;)



5/5*

 

21 May 2014

Film Review : Godzilla (2014)


Salam Readers..


Review Filem Godzilla (2014) | Hari rabu memang best kalau tengok wayang sebab tiket murah. Ngeh.. Ngeh. Kali ni aku dan Nana pilih nak tengok Godzilla. Sangkanya binatang ni menyerang manusia rupanya dia adalah penyelamat dan aku tak tau langsung heronya HENSEM ! dan kami sebaya. Hihi


Oke, stop merepek. Untuk pengetahuan, dari tahun 1954 lagi filem "Godzilla" di filemkan di Jepun. Sebab itu lah cerita ni sangat popular di sana. Godzilla (2014) ialah versi ke 2 selepas Godzilla (1998). Filem kali ini bukan sekuel tapi reboot atau dibikin semula. Orang Jepun lebih suka panggil "GOJIRA". 




Godzilla (2014) Movie Poster




Sinopsis Godzilla (2014):


Filem ini bermula dengan sejarah kononnya pada tahun 1954 selepas ujian bom Hidrogen oleh askar Amerika di sebuah pulau, sirip seekor 'raksasa' telah kelihatan muncul di permukaan laut. Di tahun 1999, 2 saintis iaitu Dr. Ishiro Serizawa dan Dr. Vivienne Graham diarahkan untuk memeriksa penemuan aneh di bawah tanah sebuah lombong di Filipina.


Letupan bom nukleur di Jepun

Tengkorak raksasa di lombong Filipina



Di Tokyo pula, seorang jurutera dan pakar fizik sebuah pusat kuasa nuklear iaitu Joe Brody diarahkan untuk memeriksa gegaran yang dikhuatiri sebagai gempa bumi. Isterinya, Sandra Brody diarahkan memeriksa kebocoran bahan nuklear dari gegaran itu dan akhirnya isteri Joe mati terperangkap.



15 tahun kemudian, anak tunggal Joe dan Sandra iaitu Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) seorang tentera pakar pemati bom mendapat panggilan telefon untuk menjamin ayahnya yang ditangkap oleh pihak polis kerana menceroboh kawasan larangan kuarantin iaitu perumahan mereka di Jepun dahulu.



Ford Brody melihat gambar anak dan mendiang isteri

Mereka ditangkap kerana menceroboh

Muto tengah membesar

MUTO sejenis raksasa boleh terbang



Akhirnya mereka masuk ke kawasan larangan dan kembali ke rumah untuk mengambil beberapa barang kepunyaan Brody dan ditangkap oleh orang Dr Serizawa. Rupanya tapak nukleur yang runtuh itu telah dibangunkan semula dan terdapat seekor raksasa MUTO (Massive Unidentified Terrestial Organism) sedang membesar.



Malam Joe dan Ford ditangkap itu, MUTO telah keluar dari sarang dan membunuh ramai pekerja tapak nuklear itu dan mengorbankan ayah Ford.  Kemudiaan, muncul Godzilla bersama sepasang MUTO setelah sekian lama bersembunyi di dalam tanah. Dapat tahu dari mana datangnya 3 raksasa ini kerana lokasinya di Filipina, Jepun dan US. 



MUTO mengganas

Godzilla sebagai penyelamat




Salah seekor MUTO betina telah bunting dan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur dan mencari radiasi nuklear untuk anak-anaknya nanti di Jepun dan Amerika sebagai makanan. MUTO jantan mampu terbang dan ada kuasa yang boleh menyebabkan seluruh bandar black out, kehilangan sistem komunikasi dan kenderaan. 


Manakala Godzilla mempunyai kuasa mengembalikan tenaga elektrik dan komunikasi. Godzilla seakan tak peduli dengan serangan pihak tentera kerana ia ada misi yang lebih penting untuk survival dirinya. Jadi banyak bangunan musnah sebab ia sedang memburu dan bertempur dengan MUTO. Ford sebagai hero ialah cuba mendapatkan nuklear yang dirampas oleh Muto dan dia berjaya musnahkan telur2 dari menetas.



Ford Brody 

Ford dikehendaki bawa bom untuk letupkan telur2 MUTO

Elle Brody dan anaknya

Terselamat dalam misi meletupkan telur MUTO

Barisan pelakon Ford & Elle Brody bersama anak, Jack. 
Aaron Taylor-Johnson & Elizabeth Olsen (adik kembar Ashley & Mary-Kate Olsen)



Boleh bagi 3/5* ! Hehe
Meh tengok.. 




Kucing Comel

Salam Readers..


Kite seorang pencinta kucing dan juga ais krim dan banyak lagi.
Geramnya tengok gambar kucing2 ni. Hehe.. Memang dari kecik dibesarkan dengan kucing-kucing. Semuanya bela sampai meninggal atas-atas sebab tertentu.



15 May 2014

Dating Bersama Interns @ Kenny Rogers Roasters, Sunway Carnival Mall

Salam Readers..


Dating Bersama Interns Di Kenny Rogers Roasters, Sunway Carnival | Bestkan kalau dapat kawan2 baru walaupun kami tak lama stay together di office. Memandangkan esok last day 2 budak interns jadi Nina dan Suji sepakat nak belanja Dini dan Sunil makan2 di Kenny Roger, Sunway Carnival. Haih kan best kalau 2 orang future engineer ni kerja terus di Mattel memang tak boring la aku. Hihi



Kaki selfie jugak minah ni. Haha

Dengan Dini, gudluck future engineer



Dini dan Sunil bukan dari satu tempat study tapi maybe sebab suka menyakat jadi rapat. Sunil Nayar dari MMU Cyberjaya dan Nur Dini dari UniKL Bangi. Walaupun singkat perkenalan kami sebagai kawan, tapi dorang berdua baik dan caring. Umur pun lebih kurang sebaya jadi boleh sekepala. Hehe.. Lepas ni Nina dan Suji dah takda kawan nak mengusik. Hanya WhatsApp menjadi penghubung. Meh layan gambar2 selfie kami berempat 😏



Suji dan Sunil . Berdating dengan hero Tamil


Ayam Kenny Rogers yang buat aku cirit dan muntah


4 May 2014

Film Review : The Lone Ranger (2013)


Salam Readers..


Review Filem The Lone Ranger (2013) | Weekend dan menjelmakan diri mengikuti kisah abang Johnny memang layan habis. Yelah tak sempat tengok bulan Julai tahun lepas sibuk dengan Internship. Orang lain dah khatam movie ni aku baru nak tengok ulangan buat kali ke 2. Itu lah untungnya beli DVD. Hihi.. Serius lawak tengok Johnny dan kuda putih tu. Itu yang bestnya filem kalau ada Johnny Depp! Terasa ada aura Pirates and the Carribean.


The Lone Ranger movie poster

Sinopsis The Lone Ranger :


Pada permulaan cerita, ada sorang budak ni datang ke fun fair dan tengok Tonto (Johnny Depp) tengah pegang kapak. Agak seram bila budak tu tengok mata Tonto ni bergerak-gerak, maka dari situ bermula kisahnya... Tonto menceritakan semula kisah 2 orang Lone Ranger ketika dulu.


Filem yang berlatarbelakangkan zaman Wild West (Barat Bebas) dalam usaha pembinaan landasan keretapi merentasi benua dan pengaruhnya ke atas pembangunan US semasa zaman Red Indian. Apatah lagi dengan penemuan lombong perak di kawasan puak Comanche yang membolehkan perak dibawa keluar dan dijual dengan harga tinggi di pasaran.


Texas Ranger menunggu keretapi

Konco2 Butch nak larikan dia

Tonto dan John


John Reid a.k.a The Lone Ranger (Armie Hammer) yang baru habis belajar dalam jurusan undang2 dan dalam perjalanan pulang ke Texas. Gerabak yang dinaiki turut membawa penjenayah paling merbahaya/jahat dan suka makan jantung si Butch Cavendish. Pada masa yang sama, Tonto turut ada sekali atas gerabak tu sebab nak menangkap Butch yang dah bunuh puak dia, Comanche. 


Nasib mereka berdua baik sebab ada abang John. Kemuncak perubahan The Lone Ranger apabila semua Texas Ranger termasuk abangnya, Dan Reid diserang hendap oleh konco2 Butch dan dibunuh kejam. Butch mengambil jantung abang John. Adanya mastermind disebalik kejahatan Butch. Sakit pula hati kite bila teringat datuk bandar gatal tu.

 
Kuda bernama Silver ni memang kelakar

Mereka dalam perjalanan mencari konco2 Butch
 
The Lone Ranger letupkan landasan keretapi


Kemudian John diselamatkan oleh Tonto. Dah hampir nak kena tanam boleh pulak pegang tangan Tonto. Jadi kepala John kena lempang. Nasib baik kuda putih bernama Silver tu datang. Kalau tak, dah jadi mendiang si John. Mereka berdua ni memang bergaduh macam anjing dengan kucing. Gaduh2 pun kelakar.


Kalau nak bunuh Butch Cavendish kena guna peluru dari perak kena tepat di jantung. Ada macam sumpahan dari puak Comanche. John juga perlu selamatkan isteri mendiang abangnya dan anak saudara yang diculik datuk bandar. Dia dan Butch rupanya adik beradik. Banyak scene lawak yang buat aku tergelak banyak kali. Hehe..


BBQ arnab gurun. Hehe

Terima rasuah datuk bandar

Kena tanam dengan red indian

Ibu ayam dengan kaki yang kena potong dengan Butch


Antara scene lawak dalam movie ni rabbit gurun yang karnivor! Kuda Silver tu tetiba ada atas bumbung bangsal. Haha.. Si john ni boleh tahan banggang jugak lah. Boleh tanya kuda tu memang terbang ke? Sekali kena 'Don't be stupid' dengan Tonto, lepas diorang lari dari lombong dan terjun sungai sampai naik ke darat nampak pula Silver tu dok atas pokok tengah makan daun siap pakai topi John. Nak cerita lebih, toksah. Baik korang pi download. Heheee...


5/5*


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com