30 November 2017

Wall's Choco Nutty Crunch

Assalamualaikum Readers 🙌

Wall's Choco Nutty Crunch | Aiskrim Wall's | Yeahh.. review makanan lagi dan lagi. Kekeringan idea atau malas nak taip panjang-panjang. Kekeke.. Inilah aiskrim penyebab Nina rajin taip sebab manisnya dimulut gitu. Harga cuma RM 11.75 sen sajaaa 

Banyak serpihan almond dalam ni. Terasa macam BR

Wall's Choco Nutty Crunch

Sebelum dirasmikan.. banyak almond tau


Siapa tak suka aiskrim? Semua suka. Selain makan begitu saja, boleh makan dengan roti, kenyang sikit atau buat aiskrim goreng. Meleleh di mulut. Belum ada lagi resepi baru berasaskan aiskrim. Kena gali otak lagi 😏😏 


29 November 2017

Resepi Bingka Labu Berkismis


Assalamualaikum Readers 😄

Resepi Bingka Labu Berkismis | Morning everibadi, at the end Nov 😅 Nak share resepi baru, mak Nina rajin pi kelas masak setiap khamis dapat lah makan benda baru 😆😆 So this one dah buat testimoni sebab sedap dan jadi fav pulak. Officemate 'mata sepet' makan sampai licin. Hahah


Lembut tak keras. Bingka kalau keras kematu tak makan

Bingka Labu Berkismis siap


Cuti direct sampai ahad nanti boleh la korang cuba. Bahan tak mahal, sendiri mau masuk perut. Haha.. 


Bahan-Bahan :

500g Labu Kuning (1 Biji)
2 Cawan Santan Pekat
2 Cawan tepung gandum
2 Sudu Marjerin/Butter
4 Biji Telur
1 Cawan Gula
Secubit Garam
1 Kotak Kismis


Cara-Caranya :

1. Rebus labu sehingga empuk. Masukkan sedikit garam. Toskan.


2. Lenyek labu dalam bekas bersama margerin (akan cair sebab labu masih panas).


Labu lenyek

Putar telur


3. Pukul telur di dalam bekas lain, kemudian tuang ke dalam adunan labu.


4. Masukkan santan, gula, tepung gandum.. Pukul lagi menggunakan hand hingga sebati.


Sudah siap bahan. Ada saja tukang pengacau. Pantang bau makanan ada marjerin. Memang suka

Ready untuk dibakar


5. Tuang adunan ke dalam loyang 8"×8" / 9"×9" yang telah disapu sedikit marjerin. Nak letak minyak zaitun pun boleh.


6. Tabur kismis secukupnya.


7. Bakar selama 1 jam menggunakan suhu (180c).



SELAMAT MENCUBA ! TAK CUBA TAK TAHU 😃😃



28 November 2017

Samyang Hot Chicken Ramen


Assalamualaikum Readers 😃

Samyang Hot Chicken Ramen | Meleleh air hidung tau, air mata je tak mengalir lagi. Kalah tengok drama sedih. Haha.. Manusia jenis tak ikut trend viral, bila teringin baru try makan. Kadang-kadang viral pun belum tentu makanan sedap 😎😎 Don't trust media.


Beli di Sam's Groceria RM 5.95

Sos cili pedas


Hairan tengok Samyang challange di IG, ada cakap pedas, tak pedas langsung, makan sambil menangis. Rasanya depends sos cili tu nak letak banyak atau sikit. Nina letak half saja, 3 kali suap ok, masuk ke 4 dah pedas then makan sampai habis baru minum air atau susu untuk hilangkan pedas 😢😢


Samyang Hot Chicken Ramen macam maggi biasa tapi tekstur tak sama

Makan dengan Ayamas sosej perghh dap suka biji bijan tu


27 November 2017

Lunch Texas Chicken @ 1st Avenue Mall, Penang


Assalamualaikum Readers 😃

Texas Chicken | Adakah ayam ini dari Texas? Atau company US 😃 Banyak songeh bf, kalini my turn pulak belanja. Takkan asyik nak bf belanja, bukan laki 😆😆


Texas Chicken. Kesian Nafis dah celup sos kena letak semula haha

Chocolate Volcano tu nampak sedap

Lunch for 2 :

2 Tex Sampler Combo - RM 31.10
1 pc Biscuit 2
2 pc Nugget 2
1 pc Tenders - Spicy 2
Coke 2
Coleslaw 2
BBQ 2

Sub Total incl GST (6%) : RM 31.10


Compare to ayam Mcd dan KFC, Mcd sedap lagi, Texas Chicken jatuh no 2. Bab roti bun tu paling sedap, ayam panas-panas digoreng ranggup. Kalau dulu nak makan kena p KL. Tahun ni syok habis orang Penang. Hehe.. Oder macam stail Subway kena ambil air sendiri, sos. 



24 November 2017

Macadamia & Almond From Macau


Assalamualaikum Readers 😀

Macadamia And Almond From Macau | Dua benda ni paling ketagih kalau dapat. Awal bulan ni, executive manager fly Macau. Rupanya, trend di ofis baru, kalau officemate travel dorang tak beli souvenir FM, baju tapi makanan. Haha..


Macadamia Nuts fresh. Anies kalau baca diam-diam jelah haha

Harga convert ke RM tahu lah. Walaupun hitam dan keras tapi lemak masin

Almond fresh

Gini rupa Almond. Selalu beli dah dibuang kulitnya


Kalau di ofis lama, tahu pergi travel je nakkan kebendaan tapi tak pernah tunaikan. Hahaa.. Di Malaysia, jarang dapat makan snack fresh-fresh ni. Kalau ada yang fly tu, nak kirim beli 😅😅


Beli di Sam's Groceria - Tong Garden RM 8.40 (11 biji), Gourmet Nut (Aussie) RM 24.80 (175gm) tak berapa best sebab mixed madu

Sedap kunyah kacang ni tak puas makan


Di Lazada, Sam's Groceria ada jual juga. Sapa penah makan tahu la harganya. Hee..


23 November 2017

Lunch Date Nando's @ Gurney Plaza


Assalamualaikum Readers 😉

Makan Nando's | Nando's Gurney Plaza | Lunch date sehari selepas Penang banjir. Tak semua tempat banjir, walaupun banyak pokok tumbang tapi jalan still ok. Ada orang dapat gaji, syok ternak lemak, tak kira banjir ke tak.


Nando's familiar dengan ayam dan sos peri-peri

Tunggu makanan dan selfie tiada kesudahan. Haha..


Selain ayam pari peri2, burger Nando's pun sedap jugak. Sementara tak jadi mak budak boleh makan itu ini. Dah berkeluarga nanti 2 bulan sekali pun belum tentu dapat 😂 Take noted bofren.


Lunch for 2 :

1 1/2 Chicken - RM 27.50
1 Peri Wedges
1 Chicken Burger - RM 18.90
1 Peri Wedges
2 Ice Lemon Tea @6.25 - RM 12.50

Sub Total : RM 58.90
Service Charge : RM 5.89

TOTAL : RM 64.80

(murah lagi dari makan udang sampai beratus kat Pahang tu 😃)


Tukang perabis air dan baju macam pekerja Starbucks. Kena bahan haritu


Korang perasan tak? Masuk blog Nina asyik lapar, terliur, kempunan, mengidam dan seangkatan. Tuan blog pun kalau belum makan, tengok blog sendiri lapar jugak 😂😂 Dah jadi blogger KAKI MAKAN.


22 November 2017

Penang Avatar Secret Garden


Assalamualaikum Readers 😃

Penang Avatar Secret Garden | Tarikan Terbaru Di Penang | Sapa tengok movie Avatar? bila jejak kaki rasa macam berada di dunia Avatar. Alhamdulillah rejeki, sampai pukul 11 malam, nasib baik guard/apek bagi masuk walaupun extend masa kena RM 2 😅😅😂 actually FREE ! Park cuma bayar RM 5.


Penang Avatar Secret Garden

Fav spot

Penang Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

Lawa !!

Sebiji macam movie Avatar



Dulu tempat ini hanya sebuah tokong tapi sejak ada lampu-lampu dan tempat selfie di pantai, terus jadi secret garden, photoshoot wedding la. Kaki selfie habis masa berjam-jam. Memang tak puas. Nasib angkut tukang spotlight dan kamera, hasilnya gambar cerah 😂😂


Verangan ada di The Hague


Gambar cerah dengan lampu fon

Selfie gaya berenang atau tengah tidoq sambil senyum

Kalau dah nama tokong mesti ada patung2 ni


Habis masa sejam setengah jugak lah, hujan renyai terus balik 😪😪 Time keluar ada yang patah balik sebab apek tak bagi masuk. Nak datang kena awal.


Alamat (masak ke dalam kawasan rumah orang) :

336, Jalan Tokong Thai Pak Koong,
Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang. 


14 November 2017

ROCKSTARZ BURGER @ Sungai Ara, Penang


Assalamualaikum Readers 😁

Rockstarz Burger, Sungai Ara | Tempat makan best | Kali ke 3 ternak lemak di sini. Dah lama plan nak bawak bebudak ni makan. Setiap kali mai sini mesti order burger lain. Yelah harus rasa semua. Boleh tengok entri burger di sini dan sini 


Just 3 of us menikmati dinner burger. Sengkak perut

Pilihan Sha - burger baru ni


Rockstarz Burger ni bisnes orang kita tapi lepas makan kami omong kosong, asal sos rasa lain, masam, meatball pun dah lain. Takkan bebudak ni nak review gitu sebab depa tau Nina blogger 😅😂 tak pasal aku tinggal tepi jalan. Maybe terlebih bahan kot even patty dan cheese leleh tetap sedap. Kedai tak pernah tak sunyi. 


The Wings - mine.. cheese leleh tangkap syahdu

Meatball 4 biji, sos blackpepper sedap. Adik pilih The Santanaz. Kemain laju makan.

Romantik rasa. Boleh pilih nak makan kat dalam atau lepak luar kedai


Datang Penang singgah ler. Murah lepas tu tak kedekut bahan, makan puas 😁


Alamat : 

118, Taman Tunas Muda, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Penang.

5.00pm - 1.00am
(Isnin - Ahad)


10 November 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung


Assalamualaikum Readers 😃

Resepi Sotong Goreng Tepung | Lama tak share resepi. Ada main masak-masak tapi lupa nak snap gambaq. Sabtu lepas, pagi sebelum hujan lebat selama 15 jam tu, sempat ke Pasar Awam Seberang Jaya borong ikan kucing, stok ikan dan sayur. Nampak sotong terus beli sebab dah lama tak makan.


Sotong goreng tepung



Asyik makan kedai, buat sendiri pun boleh. Makan panas-panas ranggup, dah sejuk tak best, liat nak kunyah. Nak makan kena rajin ler 😆


Sotong gemok sebab ada telur


Bahan-Bahan : 

Sotong
Garam
Telur
Serbuk Paprika (nak lebih pedas)
Tepung Adabi Goreng Ayam
Sedikit Lada


Cara-Caranya :


1. Potong sotong kepada bahagian kecil


2. Rebus sehingga kembang, jangan lama sangat (supaya masa goreng, minyak tak neletup)


3. Pukul telur. Ikut suka berapa biji


4. Sediakan tepung goreng, garam dan lada. Gaul kesemuanya


5. Celup sotong dalam telur, celup tepung dan goreng.. Dah siap !


Tepung goreng ayam Adabi. Semua benda boleh goreng

Celup tepung dan telur baru goreng


SELAMAT MENCUBA 😀

8 November 2017

Johnny Rockets @ Gurney Paragon Mall


Assalamualaikum Readers 😉

Makan di Johnny Rockets, Gurney Paragon Mall | Makan dan Nina tak dapat dipisahkan tapi badan tak gemok-gemok pun. Alhamdulillah janji sihat dari sebarang penyakit fizikal dan mental 😆😆


Set apa entah . Burger 2 tingkat kongsi 2 orang

Burger Johhny Rockets boleh tahan sedap


Ajet minah salleh lunch makan burger walhal rushing sebab movie dah nak start 😅 Burger ni cepat kenyang kalau sorang makan confirm tak habis.


1 Rocket Double - RM 31.90
& Chicken Patty, Fries
1 Strawberry Fanta - RM 12.90
1 Coca Cola - RM 7.90

Sub-total incl GST - RM 52.70
Service Charge (10%)  - RM 5.27
Total Sales - RM 57.97
Incl. GST (6%) - RM 3.29

Total = RM 57.95



Tengah bahagi sorang sikit. Janji orang belanja 

7 November 2017

Gardenia Pizza Mania

Assalamualaikum Readers 😊

Gardenia Pizza Mania Baru | Lama tak tengok blog tapi banyak entri a.k.a bukan krik krik di rumah je. Btw yang tanya keadaan Nina, Alhamdulillah daerah Butterworth tak banjir dan kawasan tinggi 😅 Petang Sabtu hampir stuck dalam banjir 😂 Scary drive cari jalan shortcut balik rumah.


Gardenia Pizza Mania

Sedap dan kucing pun suka cuma RM 2.30


Ok melalut pulak, roti ni accidently terbeli sebab lapar dan nampak sedap macam roti Bread History 😂😂 Balik rumah, sekor kucing pun suka makan sebab ada taburan cheese. Kemain buka plastik pun hidung dah bau 😅 Try beli


Loc : Mereput di office, sunyi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com