26 Sept 2013

Selamat Tinggal Dunia Blog

Assalammualaikum.


Bersemangat pagi kelmarin nak godek2 coding. Nak ubah kotak komen tu bagi nampak kemas dan senang nak reply komen. Sayangnya entah dimana silap, coding lari entah kemana. Apa pun nak minta maaf sebab tak sempat nak blogwalking dan singgah komen2 macam selalu. Kesedihan melanda sekarang T_____T 


Kebelakangan nie blog selalu berubah wajah. Walaupun kekalkan kaler "Pinky" tu sebab dah taktau nak pakai tema kaler apa lagi. Ini la padahnya bila tangan dah gatal sangat nak edit. Ya Allah, rasa dah putus asa nak edit. Huuuu... Boleh tak sesiapa sudi tolong nina? Kalau takda nampaknya blog nie akan sepi dan selamat tinggal semua. Terima kasih selama ini sudi singgah ke blog nina dan komen anda amat dihargai.


Tahun nie blog macam2 masalah. 
Sayangnya 3 tahun dah :(

24 Sept 2013

Sinopsis Drama Fira Ayuni (Samarinda TV3)

Assalammualaikum.


Harini bermulanya drama baru bersiri 15 episod. Peminat Azlee kena tengok la. Fira Ayuni mengisahkan perjalanan hidup anak tunggal dan manja berusia 21 tahun dalam keluarga ahli perniagaan, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak kecil, Fira sudah menunjukkan minat pada bidang muzik. Fira boleh bermain piano sangat aktif dalam penciptaan lagu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan seperti ayahnya dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. 






Di kolej, Fira (Faralyna Idris) mempunyai seorang musuh iaitu seniornya, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi suka mencari pasal dengan Fira dan ikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitator. Selepas orientasi, Fira berubah menjadi agresif dan melawan. Duqqi, 23, berasal dari keluarga berada yang memiliki perniagaan peralatan muzik di dalam dan luar negara disamping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming. Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal. 




Kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia kerana kanser. Papanya tak dapat terima hakikat dan menyalahkan dirinya kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Fira merantau untuk mencari ketenangan dan merawat kembali hatinya hingga terjumpa bekas pengasuhnya dulu, Acik Hasnah. Fira menceritakan segala perkara dan menawarkan Fira untuk tinggal bersama dengannya serta membantu Fira mendapatkan kerja di Nusantara Holding milik Hadi Herwan, abang Duqqi. Pertama kali melihat Fira, telah terbit rasa cinta di hati Hadi. Perhatian Hadi sering dilebihkan pada Fira berbanding pekerja lain. Ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita. 




Rozita sukakan Hadi tapi cintanya tak terbalas. Oleh itu, Duqqi dan Fira ditangkap khalwat di studio jamming. Ketika itu, barulah Fira tahu Duqqi itu adik Hadi. Mereka dipaksa kahwin dan masing2 hidup berasingan kerana tiada cinta diantara mereka. Hadi terpaksa melepaskan cintanya. Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, perasaan Hadi terhadap Fira tak berubah. Dia tahu Fira tak bahagia, dia juga tahu layanan adiknya terhadap Fira. Apakah yang akan jadi seterusnya. Tak sabar nak tengok :) 


Paling suka dalam drama ni ialah 2 lagu temanya dari penyanyi baru Mafa (Vokal Bukan Sekadar Rupa). Kalau tak sempat tengok drama ni korang boleh tengok kat TONTON ! Paling tersentuh bila heroin drama ini di dalam dunia realiti, Faralyna telah kehilangan ibu kandungnya sejak berumur 14 tahun. Realitinya, dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Sedihkan..

Lagu Tema : Mafa - Tiba Mafa - Pintu Hati 


Fira Ayuni

setiap Isnin - Rabu pukul 10 malam hanya di TV3

19 Sept 2013

Gambar Hantu Loker

Assalammualaikum.


Bila ada orang search pasal hantu dalam google mesti nuffnang tunjukkan bukti. Terasa macam nak transform blog aku nie menjadi blog berhantu. Tak boleh bayangkan blog pinky jadi hitam legam dengan cerita-cerita seram dan gambar model rambut panjang yang tak reti nak salin baju. Korang nakkah? Terasa rugi pulak aku tak beranikan diri snap gambar hantu yang duduk dalam loker kat asrama dulu. Rugiiiinyaaaaa... rugi! Haha.. Nak turun dari katil time tu pun dah mengigil ada hati nak jadi macam Uncle Seekers. Rasanya tiada lagi orang jumpa hantu loker, tak dapat nak dipastikan "makhluk" apakah yang suka duduk dalam loker pelajar di asrama. Maybe toyol? Yang nak selongkar duit syiling atau pakaian sensor wanita. 


Ini rupanya hantu loker! haha


18 Sept 2013

Sinopsis Dalam Setiap Sujud – Azlee Khairi Dan Nur Fathia

Assalammualaikum.


Baru malam nie habis marathon drama Dalam Setiap Sujud arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin (director kesukaan). Walaupun drama dah lama tamat dari bulan Februari tapi baru sekarang dapat tengok full episod kat Tonton. Maklum la masa tu, aku baru start intern. Jadi sibuk dengan LI sampai tak tengok tv. Drama yang disiarkan pada 8 Jan lalu di TV9 itu. Tengok dengan khusyuk memandangkan hero heroinnya Azlee Khairi dan Nur Fathia. 




Seriusly, bila tengok drama ni baru aku tau siapa Keith Foo, yang menjadi sepupu kepada Irham dalam Love You Mr Arrogant. Rupanya, dia pelakon Malaysia yang sudah 10 tahun menetap di Indonesia. Jadi tak hairan la dalam drama ni, Keith fasih cakap indon dan terkejut kot tengok Keith solat dalam. Eh.. dia Islam ke?


Sinopsis :


Mengisahkan Hendra (Keith) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogjakarta. Kehadiran Jannah (Fathia), sukarelawan dari Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihat kelembutan Jannah melayan anak kecilnya, Ilah.




Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah, bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee).




Sweetkan? Ohh melting.. haha



Malangnya, Fareez yang suka berfoya-foya tak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan nya lebih setaraf.


Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima piihan ibunya. Jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu, Fareez berjanji akan membuatkan Jannah terseksa hidup bersamanya. Sedangkan Hendra tak pernah melupakan Jannah. 


Bila tengok keseluruhan drama ni, segala persoalan terjawab. Jeng..jeng. Antaranya, status agama Keith. Lakonan Azlee dan Keith yang best dalam drama ni hingga mereka bergandingan dalam drama LYMA. Cayalah.. Kalau tengok watak Fareez dalam drama ni mesti rasa geram sebab dia sangat jahat dengan Jannah time honeymoon kat Indonesia. Ego yang tinggi. Last sekali, rindu juga kat bini. Rasa sejuk mata memandang masa scene solat tu. Berapa kali menangis sambil berdoa. Lastly, pura2 sakit. Hehe.. Kalau tak tengok lagi, boleh tengok di TONTON ! :)

17 Sept 2013

Tips Keluar Dari Hutang


Assalammualaikum.


Semua orang berhutang. Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan.


Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Yang penting, berhutang ikut kemampuan dan bukan berhutang mengikut kata orang. Apabila berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang yang berpanjangan. Bagi aku bila berhutang dan tak jelaskan hutang mesti hati tak tenteram. Hati takkan rasa senang selagi tak bayar hutang. Duit takkan datang dengan sendirinya selepas kita membaca doa. Namun Nabi s.a.w telah mengajar cara untuk keluar dari beban hutang. Iaitu 5 langkah yang perlu kita buat:

Tips Keluar Dari Hutang



1. Hilangkan perasaan susah dan sedih



Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana, ada di mana-mana hutangnya. Hutang sudah keliling pinggang.



2. Tanam sifat rajin


Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.  Harus rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.




3. Menjadi berani dan banyak bersedekah


Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika gaji anda tidak mencukupi untuk keperluan hidup, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Yang paling penting, mesti berani dalam bisnes. Namun kebanyakan kita tidak berani sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.

Dan pada masa yang sama, banyakkan memberi sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang.. Jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Give first, earn later.



4. Bayar hutang secara sistematik


Apabila kita telah membuat 3 langkah awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat. 3 langkah sebelum ini menjadikan kita ada pendapatan lebih.

Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang dengan cepat.



5. Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang


Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya, bertawakallah dengan berusaha. 



Sumber: FB

14 Sept 2013

Cantik Doodle Dari Deno

Assalammualaikum.


Berminat nak tempah doodle? Tengok sini "Tempahan : Doodle Niena". 1st time tempah kat Deno dan hasilnya tetap cantik. Harga pun berpatutan hanya RM 10. Murah dan deno akan buat seperti yang diminta. Nak tempah boleh pm di fb Blog Dayang Deno . Doodle deno dah upgrade tau. Dulu tempah doodle pegang bunga lepas tu lupa nak beritahu nina dah bank in. Small matter jelah deno :) 


DAHULU




SEKARANG

Klik pic untuk tengok tempahan doodle lain


PEMBERITAHUAN:
Tengah bercadang nak beri doodle buat 10 Top Komentator. Jeng..jeng. Terima kasih blogger sis Kathy yang sudi memberi idea dan tunjuk ajar ;) 

3 Sept 2013

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama D


Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com




Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;


Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)

Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad.
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)


Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

2 Sept 2013

Mengapa Lelaki Sukar Lafas Sayang?

Assalammualaikum si kacak.


Selamat pagi semua! Selamat bekerja juga buat yang bekerja. Bagi tuan tanah, hanya mampu membuat peta saja. Haha.. Tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba saja tajuk pasal lelaki. Yea.. kaum lelaki bermacam jenis. Umpama kumbang yang bermacam jenis dan nama. Erkk.. tiada kaitan langsung. No heart feeling guys ! (Kalau nak emo pun tak kesah).


Kalaulah lelaki macam LEMBU rasanya dah lama kena sembelih. Haha



Sejak aku duduk di rumah, aku telah mengkaji perangai dan pe'eel terbaru ayah. Seumur hidup tak pernah langsung dia cakap sayang kepadaku. Akceli ada la 2 3 kali juga. Aku pun membuat kajian mengapa kaum lelaki sukar sangat nak lafazkan 'sayang' pada wanita kesayangannya. Bukan lah niat wanita ingin kata sayang tu beribu kali diucapkan dalam sehari, cuma kadang kala kaum wanita hairan kenapa susah sangat nak lafaz? Yeke?



Bagi aku pulak, kalau ada lelaki yang tiba-tiba panggil sayang walhal aku dengan dia tak ada hubungan apa-apa itu dinamakan 'syok' sendiri kot. Apa lah nasib kau Nina oii kena handle lelaki macam tu dalam hidup T_____T Itu sebab aku malas nak on WeChat atau pun bapak segala chat. 




Mungkin lelaki memang kurang mengeluarkan kata-kata berbanding wanita. Lelaki juga bercakap hal yang penting saja dan berbeza dengan wanita yang suka bercakap hal benda remeh kan? Wanita jangan ambil hati tau jika boyfriend dia tak selalu lafaz sayang. Mana mungkin kaum lelaki tak sayangkan orang-orang yang dia sayang. Lelaki melahirkan perasaan sayang melalui pandangan, sentuhan, kucupan, senyuman, perhatian dia pada kita. 



Kasih sayang itu datang dari hati, bukan dari mulut. Kalau lelaki Kaki Perempuan memang lah mereka asyik ucap LOVE YOU beribu kali sebab nak jerat hati kamu, tapi nak ke lelaki jenis mudah ucap sayang pada semua orang? Jadi fahami hati lelaki, fahami sifat lelaki kesayangan kita. Bila kita faham mereka kita akan terima kekurangan dan kelebihan dia dengan hati terbuka. Kalau ayah cakap sayang kat orang lain maka akan adalah orang yang mengamuk nanti. Hahaha.. *Bergurau saja. Mereka setia hujung nyawa ^______^ 


1 Sept 2013

Bye August, Hello September ! :)

Assalammualaikum.


Bulan Ogos sudah pun menutup tirainya. Sedihnya bila teringat bulan lepas bermacam-macam kenangan yang ada untuk tahun nie. Harap-harap bulan nie juga memberi kenangan seperti bulan-bulan yang lepas. Maaf kalau lama tak blogwalking ke blog-blog kesayangan. Sibuk dengan test dan line internet rumah meragam. 





Oke lah, nanti nina terjah sorang-sorang. Mesti blogger tu geram komen banyak-banyak. Hehee.. Bulan nie agak FULL dengan aktiviti. Cewahhh.. dah kena buat schedule pulak. Hidup kalau tak ada jadual macam tak lengkap. Mungkin lepas nie dah jarang dapat belai blog. 



5/9 - Praktis drive bersama cikgu Mama 
6/9 - Test JPJ Kereta 
13/9 - Test JPJ Moto
17/9 - Hari lahir ayah ! :) 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com