Assalamualaikum Readers..
TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH, VIETNAM 2016
1. Botol mineral
Orang Viet lebih kurang Cina, jenis main lap-lap buang. So, kalau naik AA, sila beli air mineral botol kecik comel dan simpan botol. Untuk kegunaan isi air nanti senang nak membuang. Boleh juga bawa wipes tissue.
Btw, air minuman di HCM boleh tahan mahal. Nak jimat? Boleh beli kopi susu di Ben Thanh RM 3 atau bawa milo, nescafe, ribena bancuh siap-siap di hotel nanti time nak p makan order nasi je. jimat !
2. Jajan, Maggi
Kalau stay 4 hari elok bawa makanan macam roti, jem, maggi, sambal ikan bilis, etc sebab boleh simpan di hotel. Ada fridge. Malam-malam boleh makan, tak pun bawa bekal masa otw ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel atas faktor perjalanan selama 2 jam.
Kemungkinan kena bawa biskut kalau nak order makanan, dorang masak lama dalam sejam juga nak tunggu. Jangan mengamok pulak.
3. Penarik Beca
Hati-hati dengan penarik beca, jangan sesekali naik. Nak bergerak dalam bandar HCM, seeloknya naik teksi. Takut korang kena tipu, penarik bawa pergi lorong pau duit haa.
4. Hati-hati melintas jalan
Part ni kena berani, nak lintas tu jangan teragak-agak. Orang Viet bawa moto memang laju. Jenis jalan slow, anda akan ada masalah dilanggar. Macam kami, main lari.
5. Teksi VINASUN
Jangan naik apa-apa teksi selain VINASUN. Teksi ni paling murah dan pakai METER. Korang tak kena tipu la dan hak milik kerajaan Vietnam. Ada 2 jenis van dan kereta. Jangan risau bersepah, cuma kena make sure sebelum naik tengok dulu. Teksi Malaysia mana ada RM 3 bai 😆
![]() |
Teksi Vinasun |
Driver teksi kesemuanya tak reti cakap BI. Kalau nak balik hotel, tunjuk kad hotel senang. Tak payah cakap bahasa itik ayam. Kalau naik teksi lebih dari pukul 12 tengah malam, dorang akan cas lebih dalam RM 1 sebab kesian laa tunggu rakyat Malaysia gila shopping.
6. Luggage
Di ingatkan, buat kaki shopping sebelum ke airport, timbang beg dulu jangan lebih 30 KG! Kemungkinan akan dikenakan tax airport. Yang tak berapa shopping macam Nina pun beg dah 9.9 KG.
![]() |
Tak boleh pecaya juga, timbang 8.7kg bila di airport 9.9kg |
Sediakan matawang dollar USD sebelum balik kerana kaunter check out tak terima duit RM atau Dong. Kemungkinan terlebih bajet di Vietnam sangat tinggi. Sebab tu perlu timbang siap-siap muatan takut kena caj.
6. Shopping
Sebelum shopping, jangan terus beli kalau pada korang harga tu dah murah. Jalan dulu dan survey harga barang dan list kedai-kedai yang jual murah + diskaun. Jangan buat perkara ini, dah pilih-pilih barang tiba-tiba taknak pulak, memang kena MAKI dengan peniaga-peniaga Viet. Rasional ok? Dorang bukan jahat sangat.
*tips tawar menawar : pura-pura tanya harga, dorang mesti letak harga tinggi dulu, lepas tu pegang-pegang tangan peniaga / peniaga pegang tangan kita. Minta harga yang nak berkali-kali. Kalau tak bagi pura-pura jalan percaya peniaga akan panggil balik. Tapi kalau still berkeras tawar harga tu terus BLAHH
8. Elakkan pakai beg niaga
Beg niaga macam guni tu. Untuk selamat di airport, sila pakai beg luggage kita yang biasa-biasa tu. Cara lipatan adalah gulung. Bukan macam lipat baju masuk almari. Lebih jimat ruang beg.
9. Buang plastik pakaian
Di ingatkan, kalau beli pakaian or telekung yang berplastik, sila buang plastik tu. Motif? Tak nak imigresen syak kita shopping melampau di Vietnam. Buat peniaga tu kantoi la nanti. Nina campur baju-baju yang dibeli dengan baju-baju kotor isi dalam beg. Janji lepas. Sampai Malaysia beli yang baru kalau barang tu untuk niaga lah.
10. Memahami matawang Vietnam Dong (VND)
Buat kami yang ambil tour guide, duit memang di bayar dalam RM. Kalau korang ambil tour lain, kebanyakkan akan ambil duit USD. Rugiiii. Shopping dalam RM atau Dong beza sikit. Mungkin kalau RM jatuh teruk, Vietnam takkan terima dah duit kita. Who knows?
![]() |
Matawang Vietnam |
Senang je nak shopping dalam Dong ni. Duit dorang kan banyak kosong. Buang jelah telur ayam tu. Tak payah pening kepala. Contoh 100.000 VND = 100 Dong 😎
![]() |
Vietnam Dong (VND) |
11. Beg jaga-jaga
Seeloknya bawa sling bag, kalau bawa beg galas, galas di sebelah depan nanti takda kes kena ragut. Isi duit dalam poket seluar, pakai selipar, buat selekeh confirm sapa pun tak jadikan kita sasaran. Heee