21 Dec 2025

Elianto Year End Sale

Assalamualaikum readers


Elianto Year End Sale | Hujung tahun semua kedai, butik buat sale sana sini tapi kalau betul-betul sales murah tunggu time raya Cina, sebab ekonomi di Penang majoriti Chinese, krismas sendu sikit, ini pun Nina tolong promote kawan kerja part time di Elianto.



Katanya sales sebulan kena capai 18k 😪 Allah keja dengan cina begitu lah. Bos suruh jual produk kecantikan atau jual rumah/kereta ni. Confuse kejap. Sesiapa yang memang suka atau baru berjinak-jinak nak try brand Elianto boleh terjah di mana-mana kiosk/mall berhampiran rumah.



Elianto adalah brand local ya, Nina dah jumpa solution untuk gantikan brand Bath & Body Works, masih buat jihad kecil buat saudara di sana. Jadi kalau dapat gaji tu boleh cepat-cepat grab sebelum promosi habis.

12 Feb 2025

The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Assalamualaikum readers


The Raw Daily Ceramide Moisturiser | Tertarik dengan packaging The Raw dan ia produk local dan dihasilkan oleh ahli farmasi, orang melayu sendiri. Banyak review yang bagus dan sangat sesuai untuk jenis kulit kering. Moisturiser ini bebas dari alkohol dan pewangi.


The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Beli di TikTok - RM 36.55 (30 ml)


The Raw ciptakan moisturiser yang mencegah dan memperbaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembab, lembut dan anjal. Tekstur moisturiser ini gel cream yang sangat mudah untuk absorb dan finishing agak lembab. Ada bau medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama, lepas tu hilang.


Packaging sangat eksklusif




Hasilnya bila dah lama pakai boleh nampak kulit makin baik, berkilat, improved skin barrier serta lebih lembab secara keseluruhan kulit muka. Sebelum makeup pakai moisturiser ini dan muka tak kering, makeup tak bercapuk. Packaging bentuk tube dengan flip cap supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja tanpa risiko tertumpah. Satu tiub boleh pakai beberapa kali dalam sehari dan tahan selama 2 bulan. Sangat recommended kecuali untuk oily face :)

26 May 2024

Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick

Assalamualaikum readers


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick | Finally jumpa mask yang jenis stick! Kecik dan mudah dipakai. Mask skintific ini ada 2 jenis, untuk pores dan jerawat. Jadi untuk kulit muka Nina yang tak ada jerawat boleh guna yang ini. Menarik betul siapa yang cipta clay stick macam deodorant.


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick - RM 26.40 



Skintific Alaska Volcano ni sesuai untuk kulit yang ada pori besar, blackhead dan whithead kecuali berjerawat. Tekstur clay mask ini agak lembut dan disapu ke wajah. Ia tidak terlalu pekat atau cair. Bau mask ini agak seperti tanah liat tapi tidak menusuk ke hidung.



Guna dari 28 April 24, 2 kali seminggu dan bilas guna air suam.

Guna hingga 26 Ogos 25, saki baki mask tak boleh guna, 1st and last, takkan beli dah. Tak mesra pengguna, nak kena korek sapu guna jari, lebihan mask jatuh ke bawah.


Apabila disapu ke wajah, clay mask ini rasa sejuk. Ia tidak menyebabkan iritasi atau rasa pedih pada kulit. Selepas guna, kulit terasa lebih segar dan bersih. Mask ini berjaya menyerap minyak berlebihan di T-zone, pori-pori di kawasan hidung dan pipi kelihatan lebih kecil. Sangat recommended dan mesra travel.

16 May 2024

Review Seborin Aktiv Hair Tonic

Assalamualaikum readers


Review Seborin Aktiv Hair Tonic Untuk Rambut Gugur | Simptom rambut gugur lepas bersalin anak kedua tahun lepas, terus cari alternatif. Maka jumpa ramai review kata best hair tonic ni. Alhamdulillah bangun tidur dah kurang rambut gugur.


Seborin Aktiv Hair Tonic - RM 20.90 (300ml). Beli di Shopee lebih murah, beli spray di Mr.Diy


Produk ini merupakan produk import dari Jerman. Seborin aktiv hair tonic dari Schwarzkopf ni sangat sesuai kepada yang mempunyai rambut nipis dan mudah putus (weak hair). Kesan pemakaian dalam masa seminggu dan nampak pertumbuhan anak rambut.


Kebaikan hair tonic ini ialah :


- Dirumus untuk bantu pertumbuhan anak rambut baru.

- Formula yang menyihatkan kulit kepala.

-  Dapat kurangkan masalah kelumumur.

- Sesuai untuk berambut nipis dan botak.

- Boleh tahan sehingga 5 bulan bergantung kepada penggunaan.



Tonic ini digunakan selepas mandi. Pastikan rambut kering dahulu, baru spray ke kulit kepala. Biarkan dalam 1-3 minit sambil urut kepala dan rambut supaya ia meresap dengan baik. Tak perlu bilas. Nina guna 3 kali seminggu sebelum tidur. Ada bau macam ubat sikit tapi bila spray di rambut rasa sejuk.

30 Apr 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum | Nak jimat duit dari beli makeup, laburkan duit beli serum. Kenapa? Sebab bila dah makin berumur ni nak makeup keluar rumah pun jadi malas. Last-last pakai serum, moisture dan sunscreen terus settle!


RM 41.40 untuk 20ml


Sebelum ni ada share beli moisture Skintific kat sini. Pakai sebelum tidoq, esok pagi bangun pi kerja muka lembab nak. Setakat ni dah consume pakai produk ni selama sebulan lebih. Ingat senang nak repair muka hang Nina oii kalau tak rajin ke laut lah misi flawless tu.



2 pam untuk seluruh muka (pagi dan malam)


Apa yang best serum ni? Botol boleh dibawa ke mana saja, 1 pam dah cukup untuk cover separuh pipi dan cepat meresap. Kelebihan serum ini adalah :


  • Memperbaiki skin barrier yang rosak. Berfungsi mengembalikan kulit yang sihat dan melindunginya.
  • Mencegah jerawat dari naik di muka dan mengatasi masalah kulit kemerahan.
  • Menjadikan tekstur kulit lebih halus.
  • Tiada bahan alkohon, paraben, pewarna dan mineral oil.
  • Tiada bau yang tidak menyenangkan.
  • BFL Probiotic membantu menhalang pembentukan jerawat dari naik. 

Beli di TikTok, kena rajinkan diri join live untuk dapat harga murah. Kalau di drug store, harga lebih mahal. Alhamdulillah serasi dengan muka, jarang naik jerawat bila datang period.

28 Mar 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel | Lamanya tak update tapi alhamdulilah pageview setiap hari 5-6k++ ❤ Haritu ada share pasal produk Skintific especially cleanser. Tup tup terbeli 2 set pulak - serum dan moisturizer. Grab masa ada sale ya. Kalau di Watson's mahal banget.


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel - RM 46.92 


Skintific ni kiranya sebagai penganti kepada Kiehl's sebab bagi Nina lah, lebih baik laburkan duit untuk skincare dari beli make up full set yang harganya boleh capai beribu tapi tujuan untuk tutup cela di wajah. 


  • Melembabkan kulit dan cepat meresap, efeknya bangun pagi still muka nampak lembab dan pipi terasa lembut.

  • Tidak mengeringkan kulit, sesuai untuk kulit kombinasi dan kering.

  • Suka pakai setiap pagi dan malam sebab teksternya sejuk di muka.

  • Mengurangkan warna kemerahan di muka. Kadang tu ada jenis kulit macam ni.

Best sebab ada spatula

Dah pakai 2 minggu. Mungkin boleh tahan dalam sebulan lebih untuk 30 gram



Siapa pernah ada jerawat batu siap nanah time study tu dia akan rasa betapa malunya setiap kali masuk ke kelas, boleh nampak lah muka pelajar-pelajar lelaki. Untunglah bukan taste aku nak dijadikan boyfriend. Haha.. Eh dah lari dari tajuk.

10 Mar 2024

SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser

Assalamualaikum readers


SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser | Sebelum ni pernah tukar skincare ke brand skintific sebab brand pencuci muka sebelum ini dah kena boikot. Lepas guna trial set muka nampak makin elok. Setiap minggu ada sale di TikTok, memandangkan cleanser dah habis. Nina pun try beli jenis gel cleanser pulak.


SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser - RM 35 (after sale)


Panthenol ni memang gentle dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagus untuk repair atau maintain skin barrier kita. Dalam produk ni ada ceramide, amino acid dan centella, sangat sesuai untuk kulit sensitif. Walaupun dia gel cleanser tapi banyak buih tau. Membantu untuk mencuci muka tanpa mengeringkan kulit. Bila kulit tak kering dan cukup hydration baru kulit tak breakout.



Overall sesuai dengan kulit muka Nina, memang lembut selepas digunakan. Kena rajin tengok TikTok, Skintific kerap buat sale murah-murah. Untuk sebotol katanya boleh tahan sehingga 3 bulan. Sangat jimat!

24 Jan 2024

Kinoki Foot Patch

Assalamualaikum readers


Kinoki Foot Patch | Suatu masa dulu pernah guna foot patch brand D'Herbs Terlajak Laris - Herbal Detox. Memang best guna sampai lah Aliff Syukri stopkan production. Tak pasti sebab apa. Memang sekarang banyak brand foot patch. Pilihlah yang mana korang suka sebab fungsinya sama menyedut toksik dari badan melalui kaki. Hasilnya bila bangun dari tidoq memang badan rasa segar dan ringan.


Kinoki Foot Patch - 1 kotak RM 1.45


Kinoki foot patch ni ada 2 jenis - original dan ginger + salt. Harga pun mampu milik, mur mur saja. Dalam 1 kotak ada 10 pieces. Nina dan hubby guna seminggu sekali tambah-tambah hubby seorang perokok tegar. Memang kena buang toksik-toksik yang ada dalam badan tu.


Yang sebelah kanan tu hasil patch di kaki kanan


Nina beli di Shopee sebab compare harga kedai di luar atau farmasi harga mahal sikit. Lagipun busy dengan kerja ni lebih suka beli online. Once tampal di kaki sebelum tidur memang rasa suam-suam macam patch tu betul-betul buat kerjanya semasa kita tidur. Recommended untuk beli.  

24 Dec 2023

Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelumumur

 Assalamualaikum readers


Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelumumur | Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak shampoo untuk masalah kelumumur dan rambut gugur bagi rambut Nina ya. Memang berbaloi dan hasilnya kepala dah tak gatal langsung dari pertama kali guna. Tapi jangan pakai hari-hari pulak. Seminggu sekali atau dua kali saja. Shampoo ni ada 3 jenis semuanya.


Selsun Blue Shampoo (Itchy Scalp) - RM 19.89
Beli dari bulan 10, masih belum habis



Bab bau tu tak adalah hodoh sangat macam sesetengah review tu cakap. Tapi masa shampoo rambut terasa sejuk dan lepas guna, rambut akan agak kasar sikit. Lepas letak serum rambut, rasa legaa sangat, pakai tudung berjam-jam pun tak gatal dah. Shampoo ni jangan lah beli di Watson dan seangkatan memang mahal harga yahoooodi. Yang penting ialah kena kenal pasti jenis rambut dan cari shampoo yang bersesuaian. 



Tak digalakkan shampoo sambil pakai barang kemas sebab ada efek kimia disitu. Dia tak macam shampoo lain tau sebab dia punya ubat tu kuat. Antara kesan sampingan penggunaan Selenium Sulfide terlalu kerap akan menyebabkan :


  • Oiliness or dryness of hair and scalp.
  • Hair loss.
  • Hair discoloration.
  • Scalp irritaton.
  • Skin irritation.

Oleh sebab itulah Selsun Blue ni mempunyai Selenium Sulfide 1% sahaja. Shampoo ni boleh taan sehingga 3 bulan bergantung pada penggunaan. Memang jimat sebab tak guna hari-hari pun tapi rasa setakat ini sangat ok sebab sekarang Penang memang kerap tak ada air. Jadi pernah lah nak masuk seminggu lebih tak shampoo rambut tapi masih tak rasa gatal. Hahaa.. 

9 Nov 2023

Skintific Best!

Assalamualaikum readers


Skintific Best! | Kalau dulu zaman single boleh lah pakai skincare harga beratus, ini dah ada anak totally stop terus even dapat email dari Kiehl's sebab lama tak shopping, ignore jelah. Memang muka glowing, tak payah make up pun cantik.


Skintific Barrier Repair - RM 51 (beli di TikTok)


Skintific ni mostly viral dalam TikTok dan harga mampu milik. Blogger Fiza pun dah pernah try masknya, memang terjebak ler 😂 Dengan isu kini yang panas dan sensasi berkenaan ramai rakyat Malaysia boikot produk Isra** mendorong Nina untuk setia dengan produk skincare dari China ni.


Suka guna soothing toner dan moisture gel sebab sejuk di muka!


Rasa berdosa tau pernah guna produk-produk yang menyumbang beli booommmm. Beli mercun ke bunga api ke tak apa jugak. Ok yang bestnya skincare ni ada travel set, ala macam tester set, lepas pakai seminggu nampak hasilnya. Kulit accept produk ni, gaji nanti boleh beli set besar sikit dan harga dalam RM 104 gitu lepas diskaun. Jimat!


29 Mar 2023

Gel Mandian Good Virtues Co

 Assalamualaikum readers


Gel Mandian Good Virtues Co | Finally jumpa sabun mandi yang sesuai dengan kulit badan Nina. Sebelum ni ada masalah gatal-gatal di badan, ingatkan alergik dengan seafood tapi tak makan pun still gatal. Sedih tengok parut sana sini, kalau time berpeluh lagi tak tahan. Nasib baik tak ke klinik kulit socka lagi sebab teringat pesanan doktor, kalau kulit gatal tanpa sebab mungkin dari penggunaan sabun mandi yang tak sesuai.


Good Virtues Co. Lightening & Hydrating Shower Cream - RM 15.29 (beli di Lotus)



Habis sabun mandi Johnson&Johnson terus beli Good Virtues Co. Alhamdulillah kulit beransur pulih. Dah tak gatal lagi, makan seafood pun ok unless seafood tak fresh barulah start gatal. Hasil pembacaan dari review-review, produk Good Virtues Co. ni ramai peminatnya. Di ingatkan ini adalah brand bukan Islam di Selangor. 



First try botol kecil yang ini dulu. Beli di Watson RM 9.90


Untuk pengetahuan semua produk Good Virtues Co ni ada 3 kategori, iaitu :


1. Penjagaan wajah

  • CC Cream
  • Facial Wash
  • Toner
  • Facial Scrub
  • Cream
  • Make Up Remover
  • Masks

2. Penjagaan rambut
  • Shampu
  • Conditioner
  • Serum
  • Tonic

3. Penjagaan badan
  • Shower Cream
  • Hand & Body Lotion
  • Body Scrub
  • Deodorant
  • Feminine Wash
  • Body Perfume
  • Hand Sanitiser
  • Hand Wash


Kebaikan produk :

  • Rangkaian mandian Good Virtues Co. wangi dan teksturnya berkrim dan memberi kelembapan pada kulit selepas mandian.
  • Packaging menarik dengan botol yang bercorak ceria.
  • Setiap shower cream lengkap dengan kebaikan minyak habbatussauda. Membersihkan kulit disamping menyihatkan sel-sel kulit.
  • Bebas dari minyak mineral, SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan serta 100% tanpa ekstrak haiwan.
  • Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-penuaan, anti-radang, anti-oksida, memperbaiki keadaan kulit (sesuai untuk semua jenis kulit), melembabkan, menyegar dan menyuburkan kulit.

12 Mar 2023

Mary Kay Timewise Moisture Renewing Softener

Assalamualaikum readers


Mary Kay Timewise Moisture Renewing Softener | Lama terperam dalam draft sejak azali mengandung lagi. Start guna selepas bersalin. Memang sesuai digunakan tanpa was-was. Bila guna softener ni baru tahu perbezaan ketara dengan toner. Hasil dari penggunaan pori-pori muka nampak kecil.


Mary Kay Timewise Moisture Renewing Softener


Dalam Mary Kay skin care regime, dipanggil Toner sebagai Softener. Di US, mana-mana produk yang tinggi kandungan alkohol akan di panggil Toner. Tapi MK punya sangat rendah kandungan alkohol. Nina guna bersama MK Cleanser. Hasilnya memuaskan. Lepas guna make up remover, ramai ingat muka dah bersih dari sisa make up tapi sebenarnya tidak. Lepas cuci guna MK cleanser dan diikuti dengan MK softener ni, hasilnya masih ada kotoran di kapas. Tak nak lah upload. Hehe..


Harga RM 99 . Boleh tahan selama 6 bulan




Kelebihan Mary kay Softener


  • Membantu kurangkan keteraan pori-pori di muka

  • Kulit lebih lembut, halus dan licin

  • Bagi kelembapan cepat dan tahan lebih lama di kulit. Bila kulit hidrat, tak nampak kering.

  • Membersihkan baki sisa kotoran pada wajah

  • Menyerap lebihan minyak pada kulit dan mengecilkan pori

  • Anti penuaan

  • Tidak memedihkan kulit dan sesuai untuk kulit sensitif

6 Feb 2023

Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser

 Assalamualaikum readers


Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser | Lama terperam review ni. Bila tengok dalam pendrive, haa penuh satu folder gambar dengan cerita sensasi tersendiri. Nina guna start bersalin. Memang sesuai digunakan tanpa was-was sebab tiada bahan kimia. Nak order pun mudah, setiap bulan ada saja sale. SIL jadi ahli MK.


 Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser



Mary Kay Timewise ni membantu mengatasi tanda-tanda awak penuaan. Sangat jimat walaupun hanya guna 127gm/tub. Dalam masa yang sama, sesuai untuk semua jenis kulit. Harga dalam RM 115.00 sahaja. Sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak. Fungsinya sepert :




  • Pembersih multi-tasking
  • Menghilangkan kotoran dan kulit kusam
  • Membersihkan makeup dan melembapkan kulit
  • Menjadikan kulit kelihatan cerah, bersinar dan berseri
  • Meninggalkan kulit halus, lembut dan selesa
  • Tidak mengeringkan kulit selepas basuhan
  • Tidak menyumbat liang-liang pori di muka
  • Tidak berminyak
  • Tidak mengandungi haruman dan selamat untuk digunakan. 


30 Jan 2023

Alpecin Caffeine Shampoo C1

 Assalamualaikum readers


Alpecin Caffeine Shampoo C1 | Nampaknya pencarian shampoo yang sesuai perlu diteruskan. Sebenarnya shampoo Alpecin ni memang berkesan suburkan rambut dalam masa seminggu tapi masalah keguguran rambut masih berlaku. Bila check kandungan bahan ada SLS (Sodium Laureth Sulphate). Kalau boleh nak stop terus penggunaan produk yang ada SLS.


Alpecin Caffeine Shampoo C1 - RM 25 (beli di Shopee, pastikan yang ori)


Alpecin Caffeine Shampoo C1 antara syampu terbaik untuk rambut gugur. Dirumus dengan bahan penting seperti kafein, zink dan niacin, ianya meresap jauh dan menyuburkan rambut secara efektif. Meransang pertumbuhan rambut baru dan melegakan kulit kepala. Memang best guna sebab rasa sejuk di kepala. 



Ramai tak tahu kesan dos kafein yang tinggi dalam syampu ini. Digunakan ramai atlet untuk melawan rasa mengantuk, meningkatkan daya tahan dan meningkatkan bina badan. Walaupun kafein telah dibuang dari senarai World Anti-Doping Agency (WADA) sebagai bahan terlarang pada tahun 2004, ia terus dipantau untuk memastikan tiada penyalahgunaan.



Dr Kurt Wolff memasukkan amaran pada setiap botol bagi memaklumkan para atlet yang Alpecin Kafein boleh dikesan dalam folikel rambut. Amaran itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk para atlet dan mengelakkan kejutan atau akibat yang buruk.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com