21 Mar 2013

Resepi Pavlova Yang Mudah

Assalammualaikum.


Resepi Pavlova | Finally pagi nie my pavlova selamat sampai ke opis dan tengah berehat dalam freezer. Hehe. Petang jap lagi baru korbankan pavlova aku beramai-ramai. Bunyi macam aku buat majlis korban pulak kan. Biasa la bila dapat banyak pujian hatiku berbunga-bunga, kembang macam morning glory. Kenal morning glory tak? tak kenal pi bukak kamus. Oke, berjaya jugak aku cuba buat pavlova sendiri. Rasa seronok dan rasa nak buat lagi lah. Harap-harap pavlova aku tak manis sangat dan taknak orang-orang opis dapat kencing manis. Memandangkan whipping cream aku tawar jadi gula letak banyak sikit dalam meringue. Maybe ramai dah tau bahan-bahan dan cara membuatnya tapi nak bagi tau lagi shekali la. Hee. 



Strawberi


Bahan-bahannya:


Nona Castor Sugar
Kiwi Italy
Emborg Whipping Cream
 Strawberi Korea
Tepung Jagung
Telur
Cuka makan
Esen Vanilla



Cara-caranya:


  • Sebelum pecahkan telur tu, basuh dulu dan asingkan telur putih dan kuning. Mak tolong buat part nie sebab aku tak reti. Takmo ada satu pun kuning telur walaupun setitik.

  • Pukul putih telur tadi menggunakan mixer sampai kembang berbuih-buih sambil tu masukkan gula caster, tepung jagung, cuka dan esen vanilla. Aku guna esen strawberi sebab bau lagi wangi tapi ikut suka kalau nak guna esen lain tapi mesti perisa buah. 

  • Pukul hingga kembang dan lepas tu try angkat, kalau tak jatuh atas muka maknanya menjadi meringue tu. 

  • Buat ukuran bulat kat atas kertas minyak dan letak dalam acuan dan siap dibakar. Bakar ikut suhu oven korang oke. Aku bakar dalam masa setengah jam saja. Pastikan acuan lagi besar dari meringue tu. Kes aku yang semalam ialah, meringue banyak dan dibakar dalam acuan yang sederhana so jadi lah bunga rafflesia mekar dalam oven. But, it's oke sebab aku baru 1st time try dan belajar benda baru jadi lepas nie mesti meringue tu tak jadi macam bunga rafflesia dah. 

  • Untuk topping, pukul whipping cream sampai pekat, letak dalam freezer bagi sejuk baru boleh letak atas meringue. Kesalahan yang kedua, aku pi beli whipping cream jenis botol.. huhu, jadi memang cepat cair ler. Bila meringue dah sejuk boleh la hias dengan buah sesuka hati. Nak lagi best letak dalam peti ais kat bahagian beku tu. Haha 


Pavlova !


Sebenarnya kes pavlova nie memang aku take serius. Bukan apa pantang dicabar bila mak angkat bagi resepi dan suruh try buat mesti aku akan buat. Menyahut cabaran dan di opis dia selalu tengok blog Cik Epal. Amboihh jangan memain. Lepas nie resepi apa pulak Puan Ruziah nak bagi kat aku. Hehee :)



P/s: Tadi 1st time kite tengok adik perempuan Irma Hasmie. Wah, memang cantik orangnya seperti kakaknya jugak. Adik angkat kawan dengan adik Irma siap melambai-lambai lagi.. Wah, jauhnya belajar sampai matrik pulau pinang. Alhamdulillah, kazen aku dapat 5A. Seronoknya harini Ya Allah :)


41 comments:

  1. macam sedap..nak sikit boleh??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. wahhhh dear, sedapnyaaa pavlova yg awak buat tu...tak pernah try lg buat, macam susah je..hhuhu...post laa kt kte sikit dear..hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try la buat dear..memang confirm jadi :)
      akan dipos masa kita jumpa oke dear

      Delete
  3. yummm..sedapnyer...
    x pnh buat kek bagai...

    ReplyDelete
  4. tahniah kerana berjaya membuatnya.. :D

    ReplyDelete
  5. Sedap.. Resepi ni senang tp cheq maleh nk buat..hhee

    ReplyDelete
  6. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. the fresh fruit as a topping, oh my! faint!!!!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah :)

    btw , pav tu sangat menggoda. teringin nak mencuba :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. pavlova memang menggoda pun. rasa terliur
      tia try la buat

      Delete
  8. Sedap pavlova tu, pandai nina buat ya...

    ReplyDelete
  9. Sepertinya enak nih....rasanya.
    Bagi doooong? :-)

    ReplyDelete
  10. sedapnya...blh tempah ke..heheheh

    ReplyDelete
  11. bila la nak rasa pavlova ni.tp org ckp manis gilaa yeke.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang manis tapi kalau buat sendiri boleh agak gulanya :)

      Delete
  12. Sedapnya tengok di gambar, itu belum lagi tengok di depan mata, agaknya kalau makan hantu lalu depan mata pun tak nampak....

    ReplyDelete
  13. bestnya kalau dapat buat.tapi xde masa nak cuba buat..btw,thanks share resepi (:

    ReplyDelete
  14. Pernah merasanya ketika berada di Australia. Memang sedap.

    ReplyDelete
  15. he3...smlm remy puas mkn pavlova....... byk pulak tu..... tunggu entry minggu depan lah kut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ala, tak jeles pon. nak baca entry tuu!

      Delete
  16. Waa.. sedapnya! Nak juga ^^"

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com