31 Jan 2013

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia



Korang dah dapat kad diskaun siswa nie? Aku tak dapat lagi sampai sekarang. Sob.. sob. Siapa yang dah dapat dia tersangat la untung. Untung la dah dapat kan.. Sah untuk pelajar IPTA dan IPTS. Kad ini wujud adalah kerana nak membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar IPT. Nampaknya siapa yang jadi student nie mesti miskin, miskin sebab tak cukup duit nak beli itu, nak beli ini.





Kelebihan kad nie ialah pelajar bakal dapat diskaun sehingga 60% untuk pelbagai produk apabila menggunakan kad ini. Kad nie dapat free dan hanya pelajar yang mengikuti pengajian jangka panjang 1 tahun ke atas sahaja yang layak. Lepas nie boleh shopping, cuma perlu tunjuk Kad Diskaun Siswa dengan kad pengenalan sahaja. Kalau hilang kena buat kad lain dengan caj RM 2.00. Sah sehingga tamat pengajian. Huwaaa lepas tu dah tak boleh guna. Yang masih student tu, kalau tak dapat lagi tak perlu risau. Yang perlu risau student last sem macam aku nie. Nama anda semua telah dihantar ke Kementerian. 


Contoh:

Kementerian                        Contoh IPT

KPDNKK             Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
KPT                     Universiti Malaya (UM), Politeknik
KSM                    Institut Latihan Perindustrian (ILP), 
                            Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC),
                            Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
KKLW                  Kolej Poly Tech MARA (KPTM), UniKL, 
                            Institut Kemahiran MARA (IKM),
                            Kolej Professional MARA (KPM), 
                            Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),
                            German-Malaysian Institute (GMI), GIATMARA
KPM                    Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


Senarai Kedai Yang Boleh KADS1M Digunakan


Buku & Alat Tulis

1. MPH Bookstores
2. Imlaq Book Centre
3. Borders
4. Rona
5. Kiang Trading
6. Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad

Kelengkapan Sukan / Peralatan / Pakaian

1. BATA
2. Texline Lino
3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
4. Prominent Million Sdn Bhd (Mizi Sports)

Klinik Kesihatan / Optometri / Cermin Mata

1. Qualitas Health
2. Focus Point
3. Menara Optometry

Makanan / Minuman

1. KFC
2. Daily Fresh
3. A&W
4. Coffee Berry
5. The Chicken Rice Shop
6. Restoran Kenny Crab
7. Sweet Chat
8. Legend's Claypot Briyani House
9. Dubu Dubu Seoul Food
10. My Java Coffee
11. Pancake House International
12. Station One Product
13. Gloria Jean's Coffees
14. Bangi Kopitiam

Penginapan / Pengangkutan

1. Ancasa Hotel & Resorts
2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
4. Jerejak Rainforest Resort Penang
5. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
6. Leo Express Hotel
7. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
8. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
9. Rakyat Travel Sdn Bhd
10. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL)

Salun / Pusat / Produk Kecantikan

1. Foot Master
2. Paris Hill
3. Proactiv
4. Clara
5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT

1. Koperasi Celcom Berhad
2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
3. IFamily

Lain-lain

1. BKZ Bikerz
2. Roller Star Arena
3. Double Site


28 Jan 2013

Perlukah Peluang Kedua?


Perlukah peluang kedua dalam perhubungan? Tak kira bagi pasangan bercinta atau suami isteri, perlukah diberi peluang setelah ditinggalkan tak kira atas sebab apa sekalipun? 
Ditinggalkan oleh pasangan. Mungkin kerana orang ketiga. Tup tup tup si dia tiba2 menghubungi korang dan pujuk rayu untuk kembali padanya. Tidak kisahlah pada waktu itu dah ada pengganti atau belum. Apa korang buat? Waktu taknak senang2 buang korang dari hidup dia, bila luka kat hati agak2 dah nak sembuh, dia datang lagi.. Amboi banyak cantik!! Apa respon? Terima kerana hati masih sayang @ belum ada pengganti atau reject walaupun masih ada perasaan padanya?




Bagi sesetengah orang memang sukar untuk memberikan peluang kedua seteleh kepercayaan dikhianati sewaktu peluang pertama diberikan. Agak sakit juga perasaan aku nie tapi bila fikirkan semula aku tak pernah mintak perkara nie terjadi dalam hidup. Mungkin seseorang tu perlu diberi peluang kedua. Harap2 dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan.. Aku bukan tuhan yang ada kuasa untuk menghukum dan aku yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan.


Tak kiralah dalam hubungan apa sekali pon, keluarga, sahabat, suami isteri atau anak kepercayaan lebih penting dari segalanya. Tapi tiada lagi peluang ketiga, keempat, kelima kerana peluang kedua telah disia-siakan. Tiada maaf bagimu. Cewah melalut pulak aku nie. Me and my partner, wawa.. berada dalam situasi yang sama dan susah nak memberi peluang kedua kepada hati sendiri untuk terima sebarang cinta dari orang yang sama.



Kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang, hargailah pasangan anda sebaiknya kerana peluang kedua belum tentu ada!


P/s: Penghulu Ahmad syok pulak nyanyi lagu Kassim Selamat.. Wakaka ~ "Dimana kan ku cari ganti..serupa denganmu"


26 Jan 2013

Review Filem Hansel And Gretel : Witch Hunters




Dihujung minggu kali ini aku keluar tengok wayang lagi. Memang kalau ada duit, kalau ada masa memang hobi aku tengok wayang. Janji movie tu best dan rating tinggi konfem wajib tengok. Tambah2 pulak kazen keja kat GSC, memang dia menjadi bahan rujukan movie apa yang best. Kang rugi duit pulak tengok ceta tak best kan3..



Memandangkan aku sakit mata tengok budak2 sekolah beratur panjang semata-mata nak tengok Juvana, aku pon mengambil kesempatan beramah mesra dengan abang tiket buat2 macam bengong sekejap bertanya dia dah tengok Juvana ke belom tapi jawapan dia hampeh. Last2 aku pilih nak tengok movie pemburu ahli sihir nie. Abang tiket pon sokong sangat2 tengok movie tu. Mesti ada something nie?



Masuk dalam wayang tu terus movie start tak payah nak tengok iklan datok dengan ayam kuning tu. Wah memang ramai jugak yang ton..ton..ton. Lawak time tengok setail pemburu lawan dengan ahli sihir. Gelak kuat2 dalam wayang tu nina oii.. Buat macam rumah sendiri ya. Tak payah segan-segan. Duduk sebelah lelaki pun aku gelak kuat. Lantak la.


Hansel dan gretel menyelamatkan seorang ahli sihir baik yang hampir dibunuh.


Mengisahkan dua orang saudara yang ditinggalkan ayah mereka didalam hutan dan mereka sesat kemudian mereka masuk ke dalam rumah yang diperbuat dari gula2. Rupanya itu rumah ahli sihir. Hansel dikurung dan Gretel di jadikan hamba. Sehingga hansel dan gretel membunuh ahli sihir itu dengan membakarnya. 


Budak ni jadi assistant untuk buru ahli sihir


Selepas itu, 2 beradik ini telah bertekad untuk menjadi pemburu ahli sihir sepenuh masa dan bergerak dari satu kampung ke kampung lain. Mereka berdua kebal kepada jampi. Yang best tu hansel tu pesakit diabetes rupanya. Patut lah nak berlawan dengan ahli sihir kena cucuk dulu. Itu saja storynya. Nak tau kisah selebihnya kena la tengok. Serius lawak dan best. Tak tipu punya laa. 





And..and tak sangka ada adegan romantik pulak antara Mina, si ahli sihir baik dengan Hansel. Budak2 18 tahun ke bawah dilarang tengok taw. Patut la abang tiket tu suruh tengok rupanya ada babak geli2. Aww.. hahaa. Malu pulak titew tengok babak tu.


24 Jan 2013

Pengorbanan Seorang Wanita/Kekasih

Assalammualaikum.. tak jawab dosa tau
Salam Maulidur Rasul wahai pembaca sekalian



Dihari yang mulia ini, aku rasa bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan dapat melihat perasaan kawan baik yang sanggup bersusah payah berkorban hanya semata-mata untuk mencari baju perkahwinan beliau. Kenapa aku cakap macam tu??





Seminggu terlantar di hospital kerana otot tisu kaki dan urat hampir putus gara2 jatuh di opis. Wahh, baru petang tadi aku tengok dia dengan kaki berbalut tapi tetap jugak cari baju untuk wedding nanti. Sanggup berkorban dengan kaki kiri yang masih lagi sakit. Kalau korang sanggup tak?? Baik berehat kat rumah je dari tahan sakit kan.


Semoga cepat sembuh buddy.. Tak sabau nak makan nasi minyak nanti. Can't wait (bila dengar dia tempah dj, nanti boleh karok dengan ayah). Aku kagum dengan ketabahan dia, masalah family yang selalu dia kongsi dengan aku, berkongsi kasih sayang mak. Sesungguhnya aku tak pernah rasa dengki bila mak jugak sayangkan dia macam anak sendiri.






Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar.


Ramai yang berubah kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. Ada yang langsung tak percaya cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Namun, cinta yang pergi tak semestinya akan pergi selama-lamanya. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. 



Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan. Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya.


23 Jan 2013

Cara Timbang Berat Badan Dengan Betul


Selamat tengahari semua penduduk bumi.
Dah lunch ke? Kalau belom cepat2 pegi makan. Harini perut meragam jadi aku takda mood nak keluar lunch. Minum jelah air milo ais yang abang cafe buatkan. Punya manis tahap glukosa. Boleh dapat kencing manis kalau begini. Apa boleh buat ini semua mesti gara2 muka aku yang selalu monyok macam cekodok bila mintak ayaq/air. 




Well, harini aku timbang berat badan lagi then aku pelik bila tengok penimbang tu. Rasa nak hentak2 dengan kaki tapi kang rosak pulak hak kerajaan. Hahaa.. Mana tak geram, minggu lepas berat badan aku naik 3kg minggu nie turun 4kg plak. Aikk.. peliknya. Kesudahannya aku dapat terima kenyataan berat aku memang tak berubah. Asyik 45kg saja. Bila tak tau nak gemok. Sesapa yang ada lemak lebih tu bak sikit kat aku. Kita buat derma lemak pulak.


Jadi bila hati rasa tak puas hati, aku pon search pasal penimbang nie. Rupa-rupanya ada sebab penimbang berat badan tu tak betul. Antara sebab-sebabnya adalah:


  • Untuk perempuan, waktu yang sesuai timbang adalah Seminggu Selepas Period. Jangan dok gatai timbang masa period, konfem terbeliak biji mata tengok jarum, sebab badan kita retain banyak air masa period. Ohhh patut laa. Hihi

  • Kalau boleh masa menimbang tu pakai baju yang paling ringan dan seeloknya setiap kali timbang pakai la baju yang sama. Ala aku timbang pakai baju kurung je.

  • Jangan timbang berat selepas makan @ setiap hari. Timbang seminggu sekali dan kalau boleh pada hari yang sama. Jumaat dan Sabtu adalah hari paling ideal.

  • Timbang berat waktu pagi iaitu selepas keluar dari bilik air.

  • Berdiri tegak atas penimbang dan jangan bergerak. Mintak tolong kengkawan/wife/hubby/anak tengokkan..

21 Jan 2013

Tiada Lagi Teman.. Al-Fatihah

Assalamualaikum


Ketika ini aku sedang berkongsi kesedihan bersama adik angkat tersayang. Aku berharap dia dapat tabah menjalani hidup selepas ini. Aku hanya dapat memberi kata2 semangat untuk dia dari jauh. Jikalau dia disisi, akan aku peluk dia seerat-eratnya. Bersedih di atas pemergian kekasih yang telah pulang menghadap si penciptanya malam semalam akibat lemas selepas pergi berkelah bersama kawan2 di Teluk Senangin. 


Paling sedih bila dia tak sempat meminta maaf kepada arwah. Semasa bersama, arwah tidak pernah menghiraukan dia. Dia amat terkilan dan tak percaya arwah dah tinggalkan dia buat selama-lamanya. Betapa sedihnya aku text dengan dia dari pagi tadi. Bila col dengar suara pon dah tak kenal. Aku tahu dia menangis terlalu lama..




Kalau aku ditempat dia, hanya Allah saja yang tahu. Aku berharap orang yang aku sayang dapat maafkan segala salah silap aku. Aku tak mahu menyakiti hati orang2 yang aku sayang dengan kata2 yang akan buat kita menyesal suatu hari nanti. Kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Hanya dapat berdoa semoga Allah panjangkan umur. 


Al-Fatihah Shahril Azmi dan buat Nor Liyana, tabahkan hati bunny :'(



Lagu nie memang sedih..takkan ada penggantinya jika sayang seseorang itu sentiasa berada di dalam hati 




19 Jan 2013

Baucer Rebat Telefon Pintar 3G


Selamat petang semua pembaca kacak dan cantik..
Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 3 di tahun baru nie. Baru harini aku dapat berukline sekejap. Sejak jadi kakitangan kerajaan nie aku dah agak malas nak melayan fb, twitter. Rasa seronok bekerja pulak. Btw semua dah daftar rebat telefon pintar RM 200 tu ke? 
Kalau belum sila pergi portal SKMM.. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan daftar. Klik kat sini





Walaupun dah daftar dan print permohonan tu tapi masih lagi konfius dengan cara nak tebus rebat nie. Sesiapa yang dah daftar tu, diberi masa selama 1 bulan untuk tebus rebat telefon pintar RM 200 anda. Kalau gagal, kena daftar lepas 2 bulan dari tarikh permohonan terdahulu tamat. 


Prosedur Langkah Demi Langkah Pendaftaran Rebat RM200

  1. Satu bulan masa diberikan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. Pendaftaran boleh di lakukan di halaman portal NBI SKMM Malaysia.
  2. Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta di NBI SKMM Malaysia. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus seperti yang kami senaraikan di paparan imej di atas
  3. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan ialah seperti Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera @ Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
  4. Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar 3G yang menjadi pilihan anda dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon 3G (smartphone) tersebut.
  5. Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat RM200 ini.
  6. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat (rebate) RM200 ini jika anda telah melanggan pakej jalur lebar sebelum ini.

untuk pengguna Celcom.. maxis belum keluar lagi ya!


Nampak gayanya kena pakai prabayar dan tak payah topup lepas nie.
Fikir dulu sebelum memilih.. Banyak duit kena keluarkan..kan..kan

18 Jan 2013

Jenis-Jenis Kawan


Kawan.. senang nak dapat, senang nak dibuang, senang nak dibenci dan senang nak disayangi. Keliling kita ada bermacam jenis kawan. Walaupun mereka tergolong dalam kategori yang berbeza, tapi masing2 mempunyai ciri2 yang menawan dan senang tertarik. Bila kita perlukan pertolongan mereka, tak kira kawan kita tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Ada tak kawan yang tak pernah nak tolong time susah, bila senang bersepah? Kalau ada, baik angkat kaki pergi jauh2, kerana mereka sikit pon tak pernah nak hiraukan kita. Sedihkan macam tu :(
Disini ada beberapa jenis kategori kawan yang perlu ada dan mengapa.





Si Pendengar

- Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan pula mereka sangat bagus menyimpan rahsia.


Si Jujur

- Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur saja tak kira anda suka atau tidak perkara yang anda dengar. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau kasut yang anda pakai tak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.


Si Penggemar Fesyen

- Bercerita pasal kasut atau baju mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo ataupon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalam jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi. Paling menarik, sila tengok almari beliau. Hebat bukan? Macam cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang :)


Si Diva

- Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka bukan 'drama queen' tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa, comel dan tiada musuh. Yang pasti suka berlagak diva dan tahu semua perkara.


Si Lasak

- Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang bolh menolog anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangkan malah mereka sangat boleh diharap.


Si Pengambil Berat

- Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak2 dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan beberapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!! Ya, aku tergolong dalam kawan yang baik hati sampaikan ada kawan tak pulangkan kasut wedges yang aku bagi pinjam, ada yang sanggup mencuri baju aku semata-mata nak dressing. Ohhh KAWAN..

12 Jan 2013

Tips Menjalani Latihan Industri


Tak sampai 24 jam saja lagi aku akan menjadi intern Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Seram bulu roma bila dengar abang2 senior cakap kalau dapat government nie. Pishang la aku jawabnya sampai bulan May nanti. But itu semua perlu dihadapi dan paling penting aku berada di negeri sendiri. Ohsem bila ingat dekat dengan mak ayah. 





Apa pon aku kena jugak bekerja disana tapi tak tau under department apa. Sama2 la kita nantikan pagi Isnin nanti ya. Btw nak bagi tau sikit tips2 nak menghadap hari pertama latihan industri. Nak kongsi dengan kawan2 seangkatan. Ada jugak yang dah start LI lebih awal dari aku. 


Tips-tipsnya ialah:


1. Rehearsal dulu sebanyak mungkin skrip2 yang bakal ditanya oleh supervisor di tempat kerja anda nanti. Kalau nak cari pasal try tanya soalan pulak kat supervisor tu. Haha


2. Buat2 selamba badak, buat muka seposen, relax, tenang dan bersahaja featuring professional. Bila ditegur, respon dan gaya yang bersahaja. Wah gitu..


3. Pakaian hendak lah sopan, bergaya dan tutup aurat. Rasanya baju kebaya aku reject kot. Kalau hasrat nak pakai seluar yankee berkaki ayam ke, kain pelikat bersama cap ke, baik terjun sungai. Kalau kawasan bandar yang takda sungai tu boleh terjun laut, longkang ataupun terjun dari tingkat 1.


4. Pastikan membawa dokumen2 yang berkenaan semasa nak berjumpa dengan supervisor. Jangan bawak mesin rumput kang bertukar jadi tukang kebun. To kengkawan jangan lupa bawak (Report of Duty Notification & Log Book)


5. Selesakan diri anda ditempat kerja dan pastikan diri anda betol2 sibuk, kalau boring pon berlakon jadi sibuk. Baru tak nampak skema sangat.


6. Bersembang dengan staf2 yang lain agar dapat menaikkan status sosialisme anda. Kalau takda orang nak cakap, cakap dengan makcik cleaner pon jadi la.


7. Last sekali dan paling penting, pastikan tengok jam selalu. Kalau tak pakai jam tengok jam dinding, jam phone, jam kat meja ke kalau ada tapi jangan sesekali tengok jam tangan supervisor kang tak pasal2 kena overtime. 


p/s: terima kasih tok guru atas kata2 nasihat dan juga tips2 #Nadd #Raff #Fafa


6 Jan 2013

Jatuh Cinta


Orang atas nie namanya abang Jacob tapi dia takda kena mengena dengan entry kali nie.. Jatuh Cinta.. Yeah memang perasan tapi bukan aku nak cerita pasal manusia tapi pasal kenderaan..haaa!! kenderaan, for what?? entry aku suka hati aku lah kan.. Hee




Anyway, selalunya dalam blog nie dah banyak kali aku cerita asyik balik ke Ipoh naik bas, so kali nie aku jatuh cinta dekat sebuah syarikat bas, nak kemana ja memang pilihan pertama kau kenderaan, bas kedua yang aku jatuh cinta mesti Mara Liner. Selalunya kalau pegi kaunter, abang tiket tu cakap "adik belajar kat kolej mara, elok sangat adik naik bas mara". Itu semua ayat nak membodek aku tapi kalau lambat sikit mesti nak tinggal aku, terpaksa pulak melambai-lambai dekat pakcik drebar, nak korek hidung pon segan sebabnya ada cctv. Hihii.. 






So kalau dah jatuh cinta susah nak bertukar, dah dekat 2 tahun setengah naik bas tapi tak tau plak syarikat Sri Maju nie milik keluarga Datuk Michele Yeoh. Ala yang suka silat2 dalam iklan susu Anlene tu. Kalau nak pegi KL, Hadyai, Alor Star, Johor Bahru & Singapura boleh naik bas nie. Dulu ia menjadi syarikat bas ekspress tertua di Ipoh yang menjadi nadi penduduk Ipoh untuk ke Pulau Pinang, KL & Singapura.


Paling penting selamat, cepat dan drebar bas pon dah kenal. Nak perasan lettew kononnya aku nie fames. Well, dah tiap2 minggu asyik tengok muka yang sama opcos la kenal. Tapi sayangnya hari rabu ini aku tak dapat naik bas balik Ipoh sebab takda tiket pukul 3. Jadi terpaksa naik bas Konsortium. Apa boleh buat, daftar sem 6 punya pasal. 


5 Jan 2013

Cinta Sejati? Percaya Atau Tidak



Assalamuaikum semua.. Entah kenapa sejak beberapa malam tidoq aku asyik tak lena. Macam dalam mimpi pon ada. Asyik mengigau seseorang tapi ada petanda ke kalau kita asyik mimpi orang tu? Ermm nak tanya ustaz Azhar Idrus tapi dia busy pulak. Haha.. Oke aku dah merepek bukan2. Lagi sekali aku nak post entri berkaitan cinta. Maklum la ada permintaan dari kawan2 yang tengah sakit terkena penyakit 'angau'.. Seronoknya semua asyik text aku pasal angan2 nak jadi Puan. 



Cinta sejati? Aku tak boleh nak cakap apa2 sebabnya tak pernah alami sendiri. Mesti bahagia kan orang yang dapat cinta sejati. Banyak kisah yang terjadi bila seseorang tu ingat takdirnya bersama dengan si dia tapi akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Bunyinya agak menakutkan bagi aku tapi sampai bila nak hilang rasa takut tu. Sampai tua kerepot kot. 



Cinta Sejati? Percaya atau tak wahai manusia di luar sana



Cinta adalah perkara yang sukar untuk diramal. Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang ada dihati. Oleh itu, apabila kita terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja. Pernahkah anda terkejut dengan cinta yang hadir? Rasa macam dah jumpa dengan prince charming.


Cinta sejati tak perlu dipupuk atau berpura-pura. Cinta ini boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri, cinta ini hadir dengan tiba2, janganlah anda menerima cinta dari seseorang yang tidak boleh memberi cinta sejati jika terpaksa memilih antara dua. Jadi nilailah keinginan cinta anda dan cari 'chemistry' antara kamu berdua. Berapa banyak cinta daa.. Naik loya jugak tekak aku bila baca balik. Hee...


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com