25 Jun 2014

Wordless Wednesday #18 : Hot Wheels Flag

Salam Readers..

Tiada kata yang mampu diucapkan. Dah macam hari kemerdekaan pulak tengok orang dapat bendera sempena hari Quality ! Saya Sayang Hot Wheels. Hihi



Ada macam2 bahasa. Siam, Vietnam, Tamil, Nepal. Hahaa

24 Jun 2014

Biodata Amar Baharin Hero Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan


Sejak mengikuti setiap episod drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) di Slot Akasia TV3, nama pelakon yang memegang watak Tajul Razin ni semakin fames dan bergandingan dengan Izreen Azminda. Boleh ikut jejak langkah Azlee Khairi kan..kan. Seorang lagi graduan UiTM berjaya dalam bidang lakonan.



Biodata Hero Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan :


Nama penuh : Amar B. Mohd Baharin


Tarikh lahir : 1 Julai 1985 (Cancer Team!)


Umur : 30 tahun (2015)


Tempat lahir : Kajang, Selangor


Menetap : Kuala Lumpur


Keluarga : Anak ke 2 daripada 3 beradik (2 Lelaki 1 Perempuan)


Kerjaya : Pelakon & Model


Pendidikan : SMK Bukit Bandaraya

Sekolah Menegah Teknik Tengku Ampuan Afzan

Diploma Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam


Pencapaian : Finalis program Anak Wayang 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (Tercalon - Pelakon TV Lelaki Popular & Gandingan Serasi Di Layar bersama Izreen Azminda)

Anugerah MeleTOP Era 2015 (Tercalon)





Drama : Kau Dan Aku (2009-Astro Ria), Geng Surau (Astro), Mayang Mengurai (TV9), Kau Dan Aku Musim 2 (Astro), Janji Kekasih (TV3 - 2010), Laila Manja (TV3), Mimi Mencari Cinta (Astro), Kelaaas Kau Maria (Astro), Darling (Astro - 2011), Khurafat The Siries (Astro), Naziha (TV3), Geng Surau Musim 2 (Astro), Atas Nama Cinta (TV3), Teksi Merah Jambu (TV1 - 2012), Demi Dia (TV3), Sehangat Asmara (Astro), Bangkitnya Seorang Perempuan (TV3), Tanggang Ayu (Astro Prima), Tanah Kubur Musim 6 : Episod 7 (Astro), Mencintaimu (TV2 - 2013), Kerana Terpaksa Aku Relakan (TV3), Pelangi Petang (TV1), Kalimah Jiwa (TV3), Dan Calonnya Adalah : Ep 20 (TONTON), Kristal Maya (TV3), Tanah Kubur Musim 12 : Ep 11 (Astro Oasis), Suamiku Encik Sotong (Astro - 2014), Bila Hati Telah Hitam : Ep 4 (Astro Oasis), Ketika Cinta Merintih, Mr London Ms Langkawi, Cik Bunga Dan Encik Sotong (2015)    


Telemovie : Ekspress Dania (Astro Ria), Prebet Jamilah 2 (Astro Ria), InsyaAllah (Astro Oasis - 2011), Patah Seribu (Astro), Tribute P.Ramlee : Getaran Jiwa (TV1), Mencintaimu (TV3), Kerana Dia Anakku (TV3), Jambatan Ke Syurga (Astro Oasis), Pontianak Masih Beraya Di Kg Batu (Astro), Pelesit (Astro Ria - 2012), Ramadhan Jangan Ambil Nyawaku (TV1), Anugerah Dendam yang Terindah (Astro), Aku Bukan Malaikat (TV3), Jihan Tak Nak Balik Beraya (Astro - 2013), Cinta Kapcai (TV1), Abang Samseng Jemur Kain (TV3), Nur Syuhada (TV Al-Hijrah), Alahai Abah (TV1), Sesuci Cintamu (TV1), Kerana Terpaksa Aku Relakan Raya (TV3 - 2014), Shopaholic (Astro BoxOffice), Bila Hujan (TV2 - 2015)  


Filem : Tanda Putera (2013)





22 Jun 2014

Film Review : Pengantin Malam


Salam Readers..


Review Filem Pengantin Malam | Petang yang redup dan hujan renyai-renyai membuatkan tubuhku seram sejuk. Rupanya nak tengok cerita hantu. Ditambah pula aircond di sana di sini dalam mall tu. Sebab itu la aku terlewat masuk wayang. Menyeludup Subway memang kerja jahat aku harini. Kelaparan deh. 


Bukan nak story pasal makan tapi siapa dah tengok filem terbaru Nora Danish dan Farid Kamil ni? Tengah makan pun sempat lagi tutup muka dengan 'Spicy Italian' . Ini la filem melayu pertama yang aku tengok selepas filem 'Lagenda Budak Setan 2 : Katerina' setahun yang lepas. Lamakan?



Poster Pengantin Malam



Sinopsis Pengantin Malam:


Mengisahkan tentang Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Maya sering diganggu oleh lembaga berpakaian pengantin dan membawa patung. Razif (Farid Kamil) tidak mempercayai apa yang menghantui isterinya dan percaya ia cuma halusinasi Maya sahaja. Oleh itu, Razif membawa Maya keluar dari rumah mereka dan kembali ke villa keluarga Razif yang dijaga oleh Mak Anom (Rashidah Jaafar). Walaupun tinggal di villa, Maya tetap diganggu malahan lebih teruk lagi keadaannya dan ini sangat merunsingkan Razif sehingga memilih membawa Maya berjumpa dengan Doktor Dina (Ellie Suriaty). Keadaan lebih meruncing lagi apabila ianya ada kaitan dengan Laila (Nina Iskandar).


Amboii sweetnya


Lawa kan nora ni?

Hantu sebelum mati

 Bagaimana keadaan Maya selepas menemui Doktor Dina? Kenapa keadaan Maya semakin teruk apabila berada di villa? Adakah Razif akan mempercayai lembaga yang mengganggu Maya selama ini? Siapakah Laila dan apa kaitan Laila dengan mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem "Pengantin Malam" ! 


Seram tak tengok hantu?

Maya suka merayau
Bukak pintu hantu keluar

Maya makan cacing kot?


Yang bestnya filem ni, penonton takkan tau bila scene seram tu, tiba2 korang menjerit je. Kali ni jangan risau, hantu tak la terlalu menakutkan. Siap cantik lagi dan rambut tak putih atau mengerbang. Hantu Pengantin Malam tetap ayu dengan dress putihnya dan veil yang meleret. Aww.. Paling tak boleh blah tengok perangai doktor Dina tu. Dia macam takda perasaan dan Mak Anom yang ada masalah mata sembab. Tak cukup tidur lettew bila Mak Anom kena jaga Villa. Hihi.. Paling suka dialog ni "Aku tak mati lagi masa kau tanam aku bodoh!" Hahaa.. Lain kali sebelum tanam tu check nadi dulu. 




 3/5*


p/s: Jangan lupa nyanyi lagu ini..

Air pasang pagi surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Sila sambung sendiri. 


18 Jun 2014

Kek Hari Bapa

Salam Readers..

Sempena hari bapa aritu. Ada sedara post pic gambar kek ni dalam WhatsApp group family. Aku je tak sempat letak dalam blog. Hihi. Nampak sedap kek dari Secret Recipe ni tapi tak boleh makan banyak nanti muak.


Kek Hari Bapa


p/s : Cer abang Yon tambah bini. Kita tengok jadi apa? Haha
Bapa 3 hero malaya tu konfem setia hujung nyawa.


16 Jun 2014

Film Review : Clash of The Titans (2010)

Salam Readers..

Filem Review Clash of the Titans (2010)|Bila ada kesempatan, dapat tonton movie yang belum sempat nak tengok sebelum ini. Semalam keluar tengok wayang dan dapat juga membelek2 DVD. Clash of The Titans adalah filem remake dari tajuk yang sama sekitar tahun 1981. Fuhh belum lahir lagi. Tak sesuai untuk kanak-kanak, takut terpesong ajaran agama. 


Clash of the Titans Poster


SINOPSIS CLASH OF THE TITANS : 


Berkisar tentang anak dewa Zeus yang menentang Hades. Clash of The Titans juga ada manusia yang tidak mempercayai tuhan. Perseus adalah anak separuh manusia dan dewa Zeus, God of Mount Olympus. Cerita dimulakan apabila seorang nelayan menjumpai keranda di tengah lautan. Apabila Perseus meningkat dewasa, dia selalu tertanya dari manakah datangnya dia sehingga suatu hari dia dan keluarga angkat melihat patung Zeus di tumbangkan ke laut dan Hades membunuh keluarganya.



Ibu Perseus yang mati dibunuh oleh rajanya. Hanya dia yang hidup

Ibu bapa angkat Perseus
Perseus tak dapat menyelamatkan keluarga angkatnya
Hades


Sehingga Perseus ditangkap oleh tentera Argos dan di bawa ke istana. Semasa dibawa mengadap Raja. Si Permaisuri terlalu mengagungkan kecantikan puterinya hingga Hades muncul dan menyumpah mereka. Barulah Perseus tahu ayahnya ialah Zeus. Seorang dewa bernama Io berjumpa dan menceritakan segalanya tentang Perseus. Dia selama ini menjadi pemerhati Perseus sejak dari bayi hingga dewasa. Menjadi penjaga kepada Perseus. Bayangkan umurnya 100 tahun masih kelihatan muda. 




King of Argos

Puteri raja disumpah oleh Hades

Hades menyedut kecantikan permaisuri yang angkuh

Jika ingin menyelamatkan Argos dari Kraken mereka haruslah mencari Medusa. Maka, Perseus, Io dan angkatan tentera Argos memulakan perjalanan mencari Medusa yang dapat membunuh Kraken. Semasa dalam perjalanan mereka dikejar kala jengking dan macam-macam halangan yang ada. Zeus memberi pertolongan kepada anaknya Perseus dengan memberi pedang, pegasus dan duit syiling untuk upah duit perahu ke tempat Medusa yang terletak di dunia orang mati. Seram bunyinya kan.. 



Perseus dapat pedang dari bapanya

Diselamatkan dari kala jengking


Dalam perjalanan mencari medusa


Zeus memberi duit syiling. Hehe

Menaiki sampan ke dunia orang mati

Memancung kepala medusa

Oh ya kaum lelaki yang pandang tepat pada mata Medusa terus disumpah menjadi batu. Kawan yang sejati, sanggup mati untuk menyelamatkan Puteri dan hanya Perseus yang berjaya keluar dari tempat Medusa bersama kepalanya. Kesemua tentera Argos mati menjadi batu. Sayangnya Io dibunuh oleh King apa entah (suami kepada ibunya).


Beliau menjadi penyelamat manusia di Argos apabila menyelamatkan Puteri Andromeda daripada dimakan oleh Kraken, ciptaan si Hades iaitu dewa di neraka yang ingin merampas takhta abangnya, Zeus secara diam-diam tetapi tak menjadi sebab Perseus berjaya membunuh Kraken dengan menunjukkan kepala Medusa kepadanya.

Puteri Andromeda dijadikan makanan Kraken

Makhluk ciptaan Hades

Mata medusa dapat musnahkan Kraken

Perseus menyelamatkan Andromeda selepas jatuh ke dalam laut


 So the ending of the story, Zeus berterima kasih pada Zeus dan menghidupkan balik Io sebagai pasangan hidupnya. 

I gave 8/10 for the action and thriller. I need to find "Wrath of The Titans




12 Jun 2014

Apa itu GST - Goods and Services Tax?

Salam Readers..


Apa itu GST - Goods and Services Tax? Bersediakah untuk GST tahun depan? Bila tengok resit shopping mesti dah ada total GST. Apa itu GST? Sejenis cukai di mana apa saja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itu juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Asasnya jauh lebih luas dari Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. Cukai GST sebanyak 6% akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.



GST - Good and Service Tax


Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara2 ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - Value Added Tax (VAT) seperti di Eropah) dan Filipina 10%. Lebih dari 160 negara telah melaksanakan GST dan menunjukkan sistem cukai yang "telus, berkesan dan adil".



GST berdasarkan setiap barang dan peehidmatan


Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tak boleh lari. Contohnya, McD jual burger, jika jualan tahunan RM 500 k, baru boleh kenakan GST 6% kepada pelanggannya.



Barangan & Perkhidmatan yang dikecualikan GST

GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Barang yang dikecualikan adalah barangan makanan asas (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu & belacan), Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna, perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan (pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah), perkhidmatan pengangkutan (bas, keretapi, ETS, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya), Jual beli dan sewa rumah kediaman dan beberapa perhidmatan kewangan terpilih.



p/s: Makan pizza sekarang dah kena gov. tax 6%



8 Jun 2014

Tema Dan Trend Warna 2014 / 2015

Salam Readers..


Tema Dan Trend Warna 2014 / 2015 | Rasanya belum terlambat nak update tema dan trend warna tahun 2014 dan 2015 untuk pilihan baju raya, pengantin dan untuk hiasan bilik. Untuk tahun ni trend colournya agak menarik. Boleh tengok tema color gaun untuk pengantin. Pada yang taktau nak pilih colour tu, meh nak tempek sikit, Nanti boleh dapat idea kan :)

Boleh jatuh cinta tengok warna2 soft dan pastel ni ❤. 



Trend Warna 2014 dan 2015



1. Cayenne

Cayenne


2. Dazzling Blue

Dazzling Blue


3. Sand

Sand


4. Celosia Orange

Celosia Orange


5. Placid Blue

Placid Blue


6. Freesia

Freesia


7. Hemlock

Hemlock


8. Radiant Orchid

Radiant Orchid


9. Paloma

Paloma


10. Violet Tulip

Violet Tulip



Over excited bila tengok ! Colour2 2014 dan 2015 sangat cantik. Para pengantin boleh pilih colour yang sesuai dengan kulit dan tak menyakitkan mata tetamu. Hehee.. Tema warna baju raya tahun ni tak decide lagi warna apa. Warna raya tahun ni nanti update lain.  



5 Jun 2014

Tak Sabar Nak Kahwin!!


Salam Readers..


Gedix sungguh tajuk entry aku ni. Siapa yang tak nak kawin kalau tengok kad kawin dan ternampak nama pengantin sama macam kami ! Masuk harini dah 2 kali aku tengok nama kami dah jadi pengantin. Ini semua gara2 lepas my twin kawin dan dia pos "status" yang membuatkan aku jeles. Hahaa.. and now dah nak dapat baby. Menci mak tau. 



Petunjuk arah ke rumah pengantin
Jumpa di luar skolah aku pulak tu. Masa kawin nanti aku yang akan tampal petunjuk macam ni. Perasan kan?



Bukan main seronok Azrie bila aku whatsapp gambar atas ni. Siap tanya asal aku tak pi kenduri. Soalan agak poyo ! Walaupun masih berkawan baik. Selalu contact tapi kami jauh dan rasa hubungan tu nak kembali macam dulu agak susah kot. Yelah, ada kawan2 suka tengok kami, ada cakap tak payah layan tapi aku tak boleh nak buat donno sebab dia pernah ada dalam hati. Eh..eh menjiwang pulak. Haha



Kad jemputan kahwin
Ni yang tak sabar nak kawin (-_-)
auwww!!




Hakikatnya tuan blog ni masih lagi tak bersedia nak tamatkan zaman bujang. Banyak benda kena fikir.. fikir n fikir. Masak pun tak pass lagi. Nak kena upgrade skills dulu. Ada jodoh ada kad kawin nanti. Hihi


Suka quotes :


"Bercinta dan tunang bukan benda yang wajib untuk dihebahkan." - Diana Amir


"Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia datang jua. Itulah namanya jodoh." - Ashadi Zain


  "Jangan pernah menyesal mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran dan yang terbaik ingat sebagai kenangan." =)



4 Jun 2014

Beli Kotex

Salam Readers..


Ini la paling kelakar sekali, itu pun kawan shared kat fb. Siapa yang tak pernah suruh kawan lelaki/bf/ayah tolong beli? Hahaa... Relax la time macam ni nak pau diorang tolong belikan. Senget punya iguana !




Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com