31 Mar 2013

Hukum Menyimpan Anak Patung

Assalammualaikum.


Hukum Menyimpan Anak Patung | Selamat berhujung minggu bersama keluarga wahai pembaca. Pagi tadi aku menyambung kerja kemas mengemas bilik dan terpandang Cik Ted yang comel-comel tu. Rasa sayang nak buang, semuanya hadiah pemberian orang, mesti nak simpan kan. Rasanya memang takkan dibuang walaupun rumah aku takda budak kecik. Apa salahnya simpan untuk anak main pulak nanti. Oppsss gatai! Oke la..sebenarnya salah simpan Cik Ted tu. Ada hukumnya bagi sesiapa yang tak tau lagi. 




Perempuan dan anak patung memang tak boleh dipisahkan. Dari kecik memang selalu main anak patung tapi sejak besar sikit dah tak minat langsung. Dulu, aku selalu dengar, rumah, bilik atau kenderaan yang ada anak patung memang takkan didatangi malaikat. Jadi, kalau kita beribadah, macam mana malaikat RAHMAT nak mendoakan untuk kita jika dia tak masuk pun tempat kita?? Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk?? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so pilihlah nak siapa masuk dalam rumah..pilihan ditangan anda. (Macam slogan nak pi mengundi..hehe)



Para ulama berkata, anak patung digunakan untuk tujuan menyembah jadi aku fikir-fikir balik sepatutnya aku simpan Cik Ted yang ada atas almari tu ke tempat lain. Menyimpan patung berupa manusia dan binatang (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan adalah haram. Jika patung itu digunakan untuk permainan anak-anak, ianya dibenarkan. Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yang sudah baligh simpan dalam bilik sebagai hiasan. 


Sumber: UstazLove


29 Mar 2013

Review Filem Gangster Celop Memang Kelakar!

Assalammualaikum.


Minggu nie dihabiskan masa tengok movie dengan wawa semput. Gelak sakan tengok Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Walaupun takda sangat scene gaduh2 tapi memang best. Paling penting dapat tengok blogger fames si Hanis Zalikha yang boleh berlakon dengan baik la. Yang kesiannya keluar penjara tak siapa pun yang jemput 2 gangster ni. Haha..


Kisah mengenai 2 orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal) dan Adam (Syamsul) yang baru keluar penjara selama 5 tahun dan bertekad menjadi insan yang baik. Mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu, seorang  ketua gangster yang pernah melindungi mereka dulu a.k.a bodyguard. Kalau tak bukan Suzana (Hanis) yang baru pulang dari overseas. 




Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang menjadi musuh tradisi. Rasanya movie nie kelakar la, tak sampai 5 minit dok bantai gelak ja. First time Yus Raja Lawak berlakon as one of the main character dalam filem nie. Memang sesuai dia jadi ayahanda gangster. Azad Jazmin memang terbaek kalau jadi gangster. Gila sungguh dia tu. Gangster Penang cakap ala-ala Jepun. Ending yang tak disangka-sangka. Hahaha.. Kena tengok movie ni taw.


Paling suka scene release tension kat dangdut tu. Haha.. Gangster layan dangdut la. Lawak tengok Kamal nyanyi lagu dangdut. Suara dia boleh tahan sedap la.  





Antara dialog yang aku suka :


"Ini pelakon extra, sudah biasa berlakon extra.. Gelak.. Haha"

"Kita ni gangster apa celop nak jadi babysitter ni, tak gangster langsung"

"Man, ni semua kau punya pasal la man, spa halal la spa haram la.. Panas siot"

"How are you Mr Queen Inglish.. Yes it's isn't. Haha"

"Bang.. Inilah kali pertama kami merasai kenikmatan air ni bang.. Sedaap! (air Slurpee)

"Yelah memang orang tak tahu kita gangster, orang ingat kita ni bapok, gay"

"Eh jeles la tu kecik2 mak tak belikan Hello Kitty kan"

"Semakin lama dia berkuasa, makin lama saya tak merasa"


26 Mar 2013

Tengkuk Ayam

Assalammualaikum.


Selamat tengahari dan selamat berlunch. Apa yang tengaharinya, dah masuk petang la. Mengigau pulak. Dalam bulan nie aku dapat penyakit baru. Entah berjangkit dengan siapa pun taktau. Setiap hari dah ketagih nak makan tengkuk ayam. Halamak teruk la camni. Sikit-sikit tengkuk ayam, meratah saja pun boleh. Mak-mak angkat diopis dah larang aku jangan makan tengkuk tu tapi hang makan jugak nina. Buat tak endah dengan teguran orang tua. Balik rumah tak mengidam pun. 


Nasi bersama tengkuk ayam. Nyumm


Kata orang tua dulu kala "kalau makan tengkuk ayam, bila kawen nanti kepala teleng". Sejak orang tu marah, aku dah kurang sikit nak fikir pasal kawen-kawen nie. Kat rumah kalau suruh mak beli tengkuk ayam memey tak dapat ler. Dibelinya dada, goreng garing-garing bagi aku makan. Yelah, aku pun taknak nanti bila tengah bersanding kepala teleng. Macam mimpi ngeri je, kesian my hubby kan. 


Tapi setahu aku, sebelum nie tak makan tengkuk ayam pun memang kepala suka teleng, kalau korang perasan setiap gambar dalam blog nie mesti kepala aku teleng, memang faveret suka teleng atas bahu orang.. Opsss bahu siapa ya? Hehee. So, lepas nie tak boleh makan kat cafe sebab ada tengkuk ayam. Takmo nanti ada orang mengata aku masa tengah bersanding :P Kalau nak teleng jugak, pengantin lelaki pun kena teleng sekali, teleng sama-sama, baru orang cakap "so sweet". Ngeh ngeh :) 


Eh..eh, kenapa bila baca lagi shekali, kite rasa macam entry pasal kawen. Kenapa perempuan saja yang kena? tak adakah lelaki yang mengidam tengkuk ayam? Haha. Soalan cepumas nie.. Jom teleng ke kiri, teleng ke kanan ~~ lalala


24 Mar 2013

Review Filem Mama


Siapa yang bergelap selama 1 jam tadi memang aku respect la! Bukan senang nak menyokong earth hour nie kan. Tahun nie aku tak tutup lampu rumah sendiri tapi tutup lampu bilik kat rumah mak saudara. Haha.. apa aku buat dirumah itu, biasa la tengok wayang dalam bilik. Kami bertiga buat wayang sendiri, tutup lampu then tengok movie Mama yang dibeli di kedai DVD.


Tak sempat nak tengok kat wayang, yelah siapa nak pi tengok wayang dengan aku kan. Nampak tak penyokong setia earth hour nie, dah la tengok movie seram lepas tu tutup lampu siap berebut bantal dengan chikenet tu. Menjerit dalam rumah, penakut jugak aku nie. Nasib baik bukan malam jumaat, haaa takda kena mengena dengan malam tu. 



Sinopsis :


Mama mengisahkan seorang perempuan lari dari hospital bersama bayinya. Kemudian perempuan itu jatuh ke dalam tasik bersama bayinya yang tersangkut di ranting pokok. Dari situ bermula kisah seram dimana seorang lelaki bersama dua anak perempuannya mengalami kemalangan dan lelaki itu meninggal.




Kedua orang kanak-kanak itu dibela oleh hantu mama di sebuah rumah kabin selama 5 tahun sebelum dijumpai oleh pak cik mereka dan dibawa pulang ke rumah. Pakcik dan gf terpaksa membesarkan dua budak ni yang berperangai macam haiwan. Stop sampai situ, aku seram nak cerita. Lagi seram kalau aku pegi tengok dalam wayang kan. Fuhh meremang bulu roma den. 



Oke la, aku sebenarnya buat earth hour dari pukul 10 malam sampai pukul 12 pagi. Hamboii punya lama. Kononnya nak seram tengok dari start sampai habis movie tu baru bukak lampu. Rasanya aku kena tidur dulu, esok nak pegi serbu Kedah. Makan nasi minyak. Hew..hew :)


Gudnite para pembaca.. Sweet dreams. Jom layan chikenet nie nyanyi dulu




21 Mar 2013

Resepi Pavlova Yang Mudah

Assalammualaikum.


Resepi Pavlova | Finally pagi nie my pavlova selamat sampai ke opis dan tengah berehat dalam freezer. Hehe. Petang jap lagi baru korbankan pavlova aku beramai-ramai. Bunyi macam aku buat majlis korban pulak kan. Biasa la bila dapat banyak pujian hatiku berbunga-bunga, kembang macam morning glory. Kenal morning glory tak? tak kenal pi bukak kamus. Oke, berjaya jugak aku cuba buat pavlova sendiri. Rasa seronok dan rasa nak buat lagi lah. Harap-harap pavlova aku tak manis sangat dan taknak orang-orang opis dapat kencing manis. Memandangkan whipping cream aku tawar jadi gula letak banyak sikit dalam meringue. Maybe ramai dah tau bahan-bahan dan cara membuatnya tapi nak bagi tau lagi shekali la. Hee. 



Strawberi


Bahan-bahannya:


Nona Castor Sugar
Kiwi Italy
Emborg Whipping Cream
 Strawberi Korea
Tepung Jagung
Telur
Cuka makan
Esen Vanilla



Cara-caranya:


  • Sebelum pecahkan telur tu, basuh dulu dan asingkan telur putih dan kuning. Mak tolong buat part nie sebab aku tak reti. Takmo ada satu pun kuning telur walaupun setitik.

  • Pukul putih telur tadi menggunakan mixer sampai kembang berbuih-buih sambil tu masukkan gula caster, tepung jagung, cuka dan esen vanilla. Aku guna esen strawberi sebab bau lagi wangi tapi ikut suka kalau nak guna esen lain tapi mesti perisa buah. 

  • Pukul hingga kembang dan lepas tu try angkat, kalau tak jatuh atas muka maknanya menjadi meringue tu. 

  • Buat ukuran bulat kat atas kertas minyak dan letak dalam acuan dan siap dibakar. Bakar ikut suhu oven korang oke. Aku bakar dalam masa setengah jam saja. Pastikan acuan lagi besar dari meringue tu. Kes aku yang semalam ialah, meringue banyak dan dibakar dalam acuan yang sederhana so jadi lah bunga rafflesia mekar dalam oven. But, it's oke sebab aku baru 1st time try dan belajar benda baru jadi lepas nie mesti meringue tu tak jadi macam bunga rafflesia dah. 

  • Untuk topping, pukul whipping cream sampai pekat, letak dalam freezer bagi sejuk baru boleh letak atas meringue. Kesalahan yang kedua, aku pi beli whipping cream jenis botol.. huhu, jadi memang cepat cair ler. Bila meringue dah sejuk boleh la hias dengan buah sesuka hati. Nak lagi best letak dalam peti ais kat bahagian beku tu. Haha 


Pavlova !


Sebenarnya kes pavlova nie memang aku take serius. Bukan apa pantang dicabar bila mak angkat bagi resepi dan suruh try buat mesti aku akan buat. Menyahut cabaran dan di opis dia selalu tengok blog Cik Epal. Amboihh jangan memain. Lepas nie resepi apa pulak Puan Ruziah nak bagi kat aku. Hehee :)



P/s: Tadi 1st time kite tengok adik perempuan Irma Hasmie. Wah, memang cantik orangnya seperti kakaknya jugak. Adik angkat kawan dengan adik Irma siap melambai-lambai lagi.. Wah, jauhnya belajar sampai matrik pulau pinang. Alhamdulillah, kazen aku dapat 5A. Seronoknya harini Ya Allah :)


20 Mar 2013

Cara Buat Pavlova

Assalammualaikum.


Today and this tonight I will teach you all how to cook pav****. Hahaa. Guess what? mesti semua orang tau kan aku nak buat apakah ini. Esok pagi baru aku postkan keseluruhan entrynya. Dah ready nak pukul 4 biji telur putih sebagai medium utama. Oke adunan tu aku dah masuk dalam oven jadi sambung benda apa yang nak aku taip nie. Lepas balik keja petang tadi terus pegi beli bahan-bahan dan balik rumah buat pulak kira-kira bajet 2013. 



Nona Castor Sugar - RM 2.50 
Kiwi Italy - RM 7.14 (7 biji)
Emborg Whipping Cream - RM 13.99
 Strawberi Korea - RM 12.88
Tepung jagung, telur, cuka makan, esen vanila free dari rumah :)


Step by step


Membaking bahan

Siap buat bahan pav


Alamak, terlebih gebu pulak aku punya pav tu. Boleh nampak gebunya dari dalam oven. Nampak macam volcano putih sedang meletop! Oke, aku tak tipu memang dah melimpah krim tu. Sekali tengok macam bunga rafflesia. Haha ~~


Gebunya


P/s: Esok result SPM keluar.. Good luck semua candidate, semoga mendapat result yang cemerlang. Buat kazen aku malam nie hang tak tidoq lena. Haha. Esok pagi kena bangun awal untuk sapu whipping krim and bawak pegi opis :) Percubaan miss nina 50% menjadi. Ingat tak pandai masak ke?


18 Mar 2013

Souvenir From Korea

Assalammualaikum.


Baru harinie aku dapat menatap souvenir dari Korea, itu pun ayah baru free tolong ambilkan di pejabat pos. Pemberian dari Cik Ili Fazrin atau Elie, siapa kenal dia angkat kening cepat! Haha, blogger fames memerangkap rakan tweet. Terus terang aku cakap, kami memang tak pernah berjumpa cuma berhubung dalam blog dan tweet. First time dengar suara time dia poskan video pegi Nami Island. Siap dapat main salji, tengok mulut kecik molek dia keluar asap bila bercakap. Aku pun teringin nak macam tu jugak. So, kena simpan duit dari sekarang. In Shaa Allah, tahun nie merupakan tahun aku melancong. Rasanya nak mengacau kazen aku Singapore cukup kot. Hehe.. 



Terima kasih banyak-banyak, ada jugak orang teringat nak belikan souvenir kat nina. Akan ku simpan dalam plastik, takmo bagi habuk hinggap. Tunggu turn aku melancong, akan ada souvenir untuk blogger ya. Adioss ~~ mau melelapkan mataku yang redup nie. Gudnite semua :) 



Souvenir from Korea

ElieFibresz

17 Mar 2013

Masakan Ibu Tetap Nombor Satu

Assalammualaikum.

Harinie terjaga dari tidur yang nyenyak gara-gara terbau masakan dari dapur bonda. Wow! Terus bangun dan mandi. Cuba teka aku bangun pukul berapa tadi? Haha. Opss, kang kantoi pulak. Memandangkan harinie hari lahir mak, jadi aku tak sempat nak celebrate, cuma hari seorang ibu nie dia tetap akan masak makanan feveret anaknya walaupun hubby takda dirumah.


Jadi boleh aku makan tambah berkali-kali tanpa risau berebut dengan ayah. Memang aku suka makn di rumah, memang licin pingan sampai nampak muka. Oke, tipu sebenarnya. Kalau pasal masakan memang semua anak-anak seluruh dunia akan cakap masakan mak, ibu, mama, umi la yang paling shedap kan. Memang tiada tandingan, McD pun boleh kalah macam nie.   



Ini namanya nasi minyak bersama daging kurma


Sebenarnya memang dari kecik lagi aku asyik makan masakan mak je, bila umur 5 tahun baru kenal apa itu ayam KFC, bila umur 11 tahun baru kenal apa itu McDonald. Ohh sangat shedih tapi satu-satunya cara nak ajar anak supaya tak terlalu makan fast food, western dan tak nak anak asyik nak makan kat restoran je. Begitu la cara aku di didik, tak nampak kejam sangat. Cuma dulu gemok dan bila dah besar kurus pulak.


Mungkin ibu-ibu moden sekarang nie kena pantau pemakanan anak-anak. Budak-budak Malaysia banyak obesiti. Kesiannya.. Tunggu entry seterusnya pasal masakan aku pulak, nak rest dulu, penant membayar hutang 70 komen dari pagi tadi. Thanks para pembaca :)

13 Mar 2013

Handphone Tetap Dihati

Assalammualaikum.


Sementara menunggu keadaan line menjadi betul semula, aku pun mencari ilham nak mengarut lagi dalam blog. Rasa macam lama tak update walhal baru 2 hari. Amboi kemain lagi bila layan blog mesti line laju je kalau bukak yahoo macam labi-labi. Line tolong lah laju macam biasa, letih mak nak tunggu kalau macam nie. Entah-entah jiran tumpang sekaki wifi aku?? Siap hampa semua.. 



Oke, dah terlebih simpang dari tajuk asal. Alkisahnya nak bercerita pasal yang pertama nie. Apa-apa jelah yang pertama selalunya akan mendatangkan kesan di hati. Cinta pertama ke, pertemuan pertama ke, kereta pertama ke, gaji pertama..bla..bla.. Henfon pertama yang melekat kat hati nie opcos la Nokia. Aku guna dari form 4 sampai sekarang. Henfon lain ada jugak tapi guna untuk 3G. Ala dulu-dulu kan semua fon ada 3G. Curang hanya sekejap tapi kesetiaan aku berpanjangan. Sometimes nak cuba guna henfon brand lain pun aku tak reti. 




Koleksi handphone yang pernah di gunakan


1) Dah lupa..

Masuk form 4 baru aku kenal apa itu henfon. Itu pun mak beli sebab senang nak col. Kemain gembira terlompat-lompat. Dulu aku takda boipren pun tapi mesej jugak.. Hehee.


2) Nokia 7110 Supernova

Masa nie aku tergedik-gedik sangat nak fon nie sebab apa entah. Sebabnya, kalau ada mesej or miscol pada waktu malam, akan ada lampu kelip-kelip kot. Dah start gila bergambar.


3) Sony Ericsson k770i

Dapat loan mara terus aku beli fon nie. Memang best kalau snap gambar, siyes cantik dan tak payah edit. Kalau ada kredit lebih konfem aku 3G. Ohh syok time nie. Last-last hilang kat surau kolej, orang curi..sob3.


4) Nokia Asha 305

Memandangkan aku terpandang fon nie kat kiosk jadi agak tekejut sebab murah sikit. Paling best boleh pakai 2 sim dan dapat free memory 4GB. Sekarang guna fon nie. Maybe guna sampai rosak kot.


5) Nokia N73 

Akceli fon nie aku penah guna tapi bukan aku punya. Aku dengan ownernya dulu suka tukar fon. Kami guna sampai berminggu. Cewahh tak perlu ceritakan. Button fon nie kalau sentuh sikit dah pegi tempat lain. Lagu memang kuat tapi clear.


Sekarang henfon yang dah rosak aku jadikan pameran dalam kotak kasut. Haha.. Kalau la henfon boleh recycle, senang kan. Jagalah alam sekitar kita :)


11 Mar 2013

Duit Bukan Segala-galanya

Assalammualaikum.


Bercakap pasal DUIT, di zaman moden sekarang nie, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama "duit". Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa kertas ini kita tak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia lupa diri, buat perkara yang diharamkan, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah sanggup membunuh kerana duit. Kejayaan orang juga diukur dengan duit. Tetapi masih ada benda yang tak boleh dibeli dengan duit. Nampak macam serius.. ini serius.  




Masa. 

Duit tak dapat kembalikan masa yang dah berlalu. Gunakan masa yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang kepada orang yang disayangi dan cintai, sebelum waktu itu berlalu. 



Kebahagiaan. 

Memang dengaq pelik tapi itulah kenyataannya. Duit memang boleh buat kita rasa senang dan hidup mewah tapi duit tak boleh bagi kebahagiaan dari lubuk hati kita. Bila duit banyak, bersedekah la sikit. PEACE!


 Persahabatan. 

Untuk diterima dalam pergaulan, tak perlukan duit. Jadilah teman dalam suka dan duka. 


Kesihatan. 

Kita perlukan duit untuk biayai rawatan dan ubat, tapi duit tak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Lebih baik mencegah daripada mengubati. 


Sikap yang baik. 

Bersikap baik dengan semua orang walaupun mempunyai segunung harta. Jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang. 


Cinta. 

Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, pengalaman. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tak mampu bertahan lama dan tak bahagia.


 Kedamaian. 

Bila duit boleh beli kedamaian, mungkin tiada lagi perang. 



Sebenarnya malu nak cakap dapat duit poket sikit dari Nuffnang. Hehee.. bulan nie dah ramai blogger dapat BE. Tahniah diucapkan dan terima kasih ya wahai follower baru. Dalam waktu terdekat, nina akan balas komen dan follow korang balik eh. Wish me luck untuk presentation pagi esok :)


10 Mar 2013

Review Filem Jack the Giant Slayer




Selamat berhujung minggu dan selamat pagi.. Pagi nie terjaga awal pulak. Baru teringat semalam lepas balik dari Queensbay terus aku tidur tak sedarkan diri. Ada orang ajak pi tengok wayang. Hehe.. Sesapa yang tak tengok lagi movie nie cepat-cepat la tengok. Memang best dan tak rugi. Jom kita beradventure. Wee ~~ 




Ceritanya bermula apabila seorang budak bernama Jack suka baca kisah dongeng Raja Eric menyelamatkan Albion dari raksasa. Di istana Cloister, Putri Isabelle juga seperti Jack suka kisah moyangnya sendiri. Awalnya manusia terjumpa biji kacang yang telah disihir. Jika biji terkena air, ia akan tumbuh besar hingga ke langit. 


Manusia pertama yang panjat pokok itu dan menemui negeri yang dihuni raksasa pemakan manusia. Raksasa turun ke bumi dan Raja Eric membunuh ketua mereka dan mengambil jantungnya dibuat mahkota. Mahkota itu dapat mengawal raksasa yang dihukum kembali ke tempat asal. Pokok ditebang supaya raksasa tak kembali ke bumi hingga raja mati, mahkota dan biji kacang dikubur bersama. 




10 tahun kemudian Jack dan Isabelle bertemu di sebuah pertunjukan drama Raja Eric. Di dalam istana, seorang sami mencuri biji kacang dari tempat Lord Roderick yang berniat menguasai kerajaan Cloister. Sami itu kemudian menukar biji kacang dengan kuda Jack. Sebiji kacang jatuh ke lantai rumah jack dan ketika itu Isabelle lari dari istana dan terjumpa rumah Jack. Air hujan yang terkena biji membesar dan membawa rumah dan Isabelle. 


Bermula misi menyelamatkan Isabelle. Overall movie nie memang best. Aku suka kalau ada babak adventure + lawak. Scene paling lawak time salah sorang chef raksasa nak masak Isabelle dengan Elmont. Dia cincang sayur sebijik macam style chef hotel tapi yang gelinya raksasa tu korek hidung siap garu-garu punggung. Hahaha.. 



Raksasa pertama Jack bunuh..tertikam dengan pisau


Raksasa nie pulak kena kacau dengan lebah..kesian mati terjatuh



Fee-Fi-Fo-Fum = Apakah itu? Jadi kena tengok movie nie. Baru dapat jawapannya :)



Tengs kat si dia sebab belanja tengok wayang. Tak rugi duit tengok. Malangnya aku pening dan muntah pulak. Hadoii macam-macam hal nak jadi. Nasib baik pagi nie kepala dah tak sakit macam semalam tapi mak pulak dikejarkan ke klinik kerana pipi membengkak lepas demam :(  


🌟🌟🌟🌟


9 Mar 2013

Kisah Hantu Di Asrama Kolej

Assalammualaikum.


Tetiba saja rasa seram. Nak dijadikan cerita masa sampai lab pepagi buta semalam, aku macam biasa bukak lampu. Tapi pagi tu, budak sorang pun takda. Jadi aku masuk toilet dan keluar lepas tengok ada orang dalam toilet. Seramnyaa. Rupanya makcik cleaner, patut la tak nampak dia sapu kat tangga macam biasa. Lepas tu boleh pulak cerita kisah hantu kat dalam lab tu, ada kisah-kisah seram yang aku dengar. Hish meremang bulu roma kami berdua.. 



Balik keja terus aku cerita kat mak. Last-last mak pulak bukak cerita anak jiran nampak penunggu masa hantar anak dia balik asrama di Kelantan. Lagi seram ler. Aku ingat lagi, masa zaman kena duduk asrama. Punya la takmaw dok asrama last-last kena jugak masa sambung belajar kat Ipoh. Masuk bulan julai setiap tahun mesti ada kes histeria dan rasuk kat asrama. Aku rasa dorm kami punca jadi macam tu. Time tu syok sangat main tepung, start lepas tu semua dorm kena kacau. Susah nak lupa, kiri dan kanan bilik kami tiap-tiap malam ada orang menangis, menjerit, meracau, rasuk dan paling seram dengar budak gelak mengilai. Setiap malam Jumaat, aku tengok sendiri budak kena rasuk tu dengan suara yang lain bercakap, gelak dan setiap Jumaat ada ustaz datang asrama buat bacaan Yassin dan tabur lada hitam keliling kawasan asrama. 



Bertujuan untuk pagar kawasan asrama dari dimasuki makhluk-makhluk halus. Aku sendiri pernah kena tindih masa tidur, hanya bacaan surah beberapa kali dalam hati barulah "benda" tu lepas. Nak baca tapi suara tak terkeluar dari mulut. Dengar ada benda duduk dalam loker sedang cuba untuk menakut-nakutkan kami dan ada termimpi sepasang kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi. Mungkin bangunan asrama kami kot. Buktinya, budak bilik terakam gambar "benda" secara tak sengaja di tingkap. Setiap kali petang Jumaat, mesti aku balik rumah. Tak sanggup rasanya kena kacau sampai habis sem. Cukup lah setahun kena kacau sebelum dibenarkan keluar dari asrama.  






Hantu perempuan di luar tingkap asrama
Gambar bertarikh 27/9/10, 10:47 malam.. Kat tingkap tu kami panggil "Isabel"



Alkisah masa belajar di Kedah, rumah sewa sendiri ada hantu raya. Housemates selalu dengar bunyi kat siling rumah, aku saja yang tak rasa apa-apa. Benda tu memang tak kacau aku. Masa otw pi kolam air panas di Baling, aku nampak orang tanpa kaki dok tepi pokok. Time tu pukul 3 pagi dan kawan aku si driver nie nak turun bertanya sebab kami sesat jalan. Memang macam-macam benda aku nampak tapi itu semua peringatan supaya mulut tak celupar. 



Yang terbaru, masa kursus di Langkawi hujung tahun lepas. Dapat bilik bawah dan mengadap jalan memang tak takot tapi ada sekali tu masa tengah mandi, wap air panas buat cermin jadi kabur tapi aku nampak bayang putih lepas tu tengok balik dah hilang. Jadi relax saja. Kawan sebilik pulak jumpa rambut uban panjang dan dia tertanya mana hilang sabun mandi dan gelang kaki dia. Patut la si pelayan, Nazirul tu takmo bukak mulut. Buat adik-adik yang dok asrama or yang satu hari nanti tinggal kat asrama..kuatkan semangat! Rajin solat dan amalkan baca Al-Quran.. In Shaa Allah kita akan dilindungi selalu..


8 Mar 2013

Hari Wanita Sedunia 2013



Salam Jumaat buat para kaum Adam yang segak bergaya memakai baju melayu takpun memakai baju kemeja dan Selamat Hari Wanita. Patut la pagi tadi radio asyik berkumandang lagu wanita seluruh dunia by Projek Pistol. Aku taktau pun harinie hari apa sampai kawan wish pagi tadi. Nampak tak aku jenis tak amek kisah pasal hari-hari penting, kedai pakaian hari-hari aku tau la. Haha.. Bercakap pasal wanita. Ya, aku dah jadi seorang wanita yang belum berumahtangga dan belum pernah mengundi. Rasanya aku tak dapat nak faham lagi erti hari wanita sedunia nie. Tanpa wanita mungkin akan sunyi hidup seorang lelaki. Oke dah start merapu..



"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan atau bagaimana ia menyisir rambutnya tapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada"



 Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita dibelakangnya. Sangat bererti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Jadi nak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada mak, mak-mak saudaraku dan kepada semua kawan-kawan wanita saya termasuk blogger wanita. Meh nak kiss sikit. Muahh :)


7 Mar 2013

Bila Rindu

Assalammualaikum.






Minggu merindu datang lagi. Mengapa merindu sedangkan baru bertemu? Mengapa rindu datang sedangkan selalu berhubung dengan si dia? Itulah cinta..itulah fitrah bagi mereka yang sedang berkasih sayang. Berkasih sayang tak salah tapi jangan sampai melekakan dan memudaratkan diri. Kadang kala kita rindu tapi takkan nak bergayut di telefon 24 jam. Kita semua banyak tanggungjawab pada Allah, diri sendiri dan urusan kerja seharian. Takkan nak berkepit 24 jam sedangkan kita punya urusan peribadi sendiri kan? 



Kadang kala bila merindu gambar jadi penghubung antara kita dan dia. Bila merindu biasanya gambar jadi ubat sebelum tidur. Gambar adalah kenangan antara kita dan dia. Namun bukan semua benda mampu kita potretkan dalam gambar. Cuma kadang kala text dari dia mampu memberi sedikit kegembiraan di saat hati merindu. Kalau rindu jugak tengok profile facebook dia pun jadi. Bukan aku sorang macam tu ada ramai lagi yang seangkatan. Hehe.. 


6 Mar 2013

Biasakan Memberi SALAM

Assalammualaikum.


Aku bukanlah baik sangat tapi masih lagi ada kesedaran nak berubah menjadi lebih baik. In Shaa Allah masih dalam proses belajar. Semalam ada orang berjawatan tinggi menegur aku dengan cara baik. Ya, aku boleh menerima teguran tapi dengan cara yang baik tanpa perlu menengking atau marah-marah. Sekarang nie baru aku perasan memberi salam kepada semua orang lebih elok walaupun orang itu tak menjawab salam kita. Berada di kalangan kakitangan kerajaan kena lebih menjaga tatasusila. 


Jadi aku kena ajar diri supaya memberi salam setiap hari. Tak salah bukan. Especially dengan mereka yang lebih tua. Apabila kita tunjukkan hormat pada orang, nescaya diri kita juga akan dihormati. Jadi biasakan diri untuk memberi salam kepada orang dan sampai di kawasan tanah perkuburan pun kita wajib memberi salam kepada ahli-ahli kubur.




5 Mar 2013

Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jiran Gatal

Assalammualaikum. 


Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jiran Gatal | Pagi selasa ini mood aku tiba-tiba menjadi spoil. Dah berminggu-minggu aku sedaya upaya taknak jumpa orang tua tu tapi pagi tadi jumpa jugak. Orang tua gatal tu memerangkap jiran aku dan bininya sangat baik dengan mak gua. Dah lama aku geram bila tengok perangai orang tua tu mengacau anak jiran-jiran yang lain, ada kena raba, kena kejar sampai budak-budak takut dengan dia. Aku jugak la selalu jadi sasaran utama. What the hulk betoi..




Makin rimas kalau pepagi sebelum pegi keja mesti dia akan tunggu aku keluar rumah dulu. Jadi kalau nak cepat kena la keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Ohh letih la aku macam nie. Dah bertahun-tahun aku buat bodo dengan orang tua tu tapi tak jugak insaf. Makin menjadi-jadi adalah. Mak dengan ayah tau perangai orang tua tu tapi jangan harap la nak buat benda bukan-bukan. Jadi tips aku nak mengelak dari dikacau lelaki gatal yang sudah senja ialah:



1. Kena mengendap rumahnya sebelum keluar, takut dia tengah lepak kat luar rumah.
2. Gunakan tangga blok lain untuk turun (rumah bertingkat). Takda masa tunggu lif. 
3. Jangan pakai baju seksa seksi 
4. Jangan sesekali masuk rumah orang gatal itu walaupun bininya ada. 
5. Untuk orang yang berani, sila ugut orang gatal tu kalau dia nak buat sesuatu.


Sebenarnya jiran aku nie dia lupa kot satu perkara, dia ada anak perempuan. Kalau suatu hari nanti ada lelaki lain buat perangai yang sama macam mana dia buat kat anak orang baru kena batang hidung sendiri. Dalam hati nie hanya Allah saja yang tau, betapa bencinya aku tengok perangainya. Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cuba bayangkan kalau orang perempuan takda rasa malu? Renung-renungkan... 


3 Mar 2013

Tips Lupakan Bekas Kekasih

Assalammualaikum. 


Sila baca tajuk berulang-ulang kali.. Khas untuk kawan kesayangan aku yang susah nak melupakan bekas kekasihnya. Alahai.. Putus cinta ! ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat dapat melalui saat-saat meroyan. Haha. Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang dihati. Jadi mizz nina nak bagi tau sikit tips-tips nak melupakan ex dengan cara sendiri. 


Jangan simpan GAMBAR dengan bekas kekasih. 


Kalau dah putus, lebih elok delete semua gambar kenangan. Jangan simpan satu gambar pun. Tak kiralah di dalam bilik, facebook, twitter dan sebagainya. Cukuplah korang menatap mukanya suatu ketika dahulu... Seperti aku cuma tinggal story dalam blog dan itu dah jadi sejarah. 


Jangan hubungi lagi bekas kekasih dalam waktu terdekat selepas putus cinta dan jangan bergaul bersama kawan-kawannya.


Selagi korang still contact, memang susah nak lupakan dia. Dulu lepas break aku terus tukar no fon, remove dia dari facebook dan lepas tu jangan kutuk-kutuk ex korang dalam fb pulak ye. Haaa, kan senang dah takda gangguan. Dan jangan gatal-gatal bagi no fon baru kat kawan-kawan ex taw. Jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawannya. Jika mempunyai kekasih baru dan mengetahui anda masih berhubung dengan ex mesti cemburu kan? Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tak terluka.






Usah pergi ke tempat yang akan mengingatkan kenangan cinta kamu dan dia. 


Memang tempat tu banyak kenangannya.. Tapi kalau asyik berkunjung ke tempat selalu dating sampai bila-bila pun susuh nak lupa kan? Jadi, buat diri ini.. semua kenangan telah ditinggalkan kt Ipoh. Fullstop! 


Jangan pakai/simpan barangan dan pakaian yang bekas kekasih bagi. 


Masa bercinta mesti ada beli barang yang sama, simpan hadiah dia bagi kan? Seelok-eloknya, barangan itu tak usah dipakai lagi dan relakan hati untuk membuang kesemuanya. Kalau sayang, simpan ditempat tersembunyi atau sedekah saja. 


Luangkan lebih banyak masa dengan keluarga dan rakan-rakan dan elakkan bersendirian, cuba untuk sibukkan diri. 


Buat sesuatu aktiviti yang boleh buat rasa gembira dan takda masa untuk mengingati bekas kekasih.  Silap-silap orang sekeliling kamu pun boleh lupa. Hehehe 






Cuba ingat perkara yang menyakitkan hati yang pernah dilakukan oleh bekas kekasih. Jangan simpan dendam.. 


Senang je kalau kita ingat yang buruk-buruk tentang ex memang terus rasa sakit hati. Automatik ingatan tentang dia makin berkurang malah semakin meluat. 


Cari pengganti bekas kekasih dan percaya pada jodoh


Segeralah kamu mencari pengganti. Sekurang-kurangnya terubat sikit perasaan kecewa kamu. 
Tapi haruslah diingat.. 
"bukan pengganti yang main tangkap muat saja"
Carilah yang betul-betul untuk dijadikan bakal suami atau isteri kamu. 
Kalau untuk bersuka ria, bersepah di mana-mana (mungkin memakan masa sedikit) 
Jangan sesekali tutup pintu hati. 
Bukalah hati untuk mereka yang ikhlas menyayangi. 
In Shaa Allah kamu akan bahagia dan terima hakikat bahawa dia bukan lagi jodoh anda.


Kenapa Berblogging?

Assalammualaikum. 


Selamat berhujung minggu semua. Dengan cuaca yang hujan aku cuma menghabiskan masa dirumah seperti biasa tanpa aktiviti dan tanpa menonton tv cuma melayan blog kesayangan nie. Ada  kawan-kawan yang dah faham dengan perangai aku, aku memang suka berblogging.


Kenapa berblogging? 


Aku tak pernah terfikir nak menjadi seorang blogger. Mulanya minat nak buat blog nie cuma untuk aku tulis kisah hidup saja. Tak sangka usia blog dan mencecah 2 tahun lebih. Mula start berblogging pada 16 Oktober 2010. Kalau baca entry dulu-dulu semuanya pasal kisah cinta aku. Euwww agak geli bahasa yang aku tulis. Maklum la baru start berblogging mana pandai sangat pun. Cuma sekarang penulisan semakin baik kot. I guess so :)


 Kenapa berblog? 





Kerana blog ini seperti diary yang akan menjadi satu tempat tinggalan Sejarah. Merangkumi suka duka, memori, gambar-gambar untuk dikongsi bersama anak cucu nanti dan mereka tahu how much I Love them. Kerana aku tahu suatu hari nanti orang dapat membaca apa yang aku tulis dan dapat sebar atau share segala info tanpa terhad tak macam fb, limit frens cuma 5k saja. Jadi dengan blog sesiapa saja dapat baca. Sharing is caring.


Semakin lama berblogging aku rasa seronok pulak. Dapat baca bermacam cerita dan rasanya cerita yang blogger lain sampaikan lagi cepat dari berita atau newspaper. Paling selamat blog bukan tempat untuk menggatal dan seangkatan dengannya. Dan seronok dapat kawan blogger, sama-sama blogging dan sama-sama berkawan tak kira dalam Fb ataupun Twitter. Teringin jugak nak jumpa dengan diorang semua. In Shaa Allah satu hari nanti. Kawan-kawan blogger pun bukan calang-calang orang, bakal engineer, doktor, cikgu dan macam-macam lagi. Jadi kita jangan la pandang rendah dengan blogger nie.


Ada jugak yang menjadikan blog nie sebagai pendapatan. Aku tak buat income dengan NUFFNANG tapi kalau dapat banyak itu rezeki. Hehe. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com