29 Jul 2020

Ika & Izzani MCO Solemnization | 17.07.2020

Assalamualaikum Readers



Majlis Pernikahan Ika & Izzani Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan | Alhamdulillah, satu lagi pasangan pengantin memerangkap bff hubby Nina, selamat mendirikan rumah tangga pada 17 Julai lepas. Ini semua gara-gara kami percepatkan nikah dan depa pun nak ikut sekali. Sepatutnya majlis bulan Oktober. Dah ada duit, buat apa tunggu lama-lama, tak pasal jadi PKP balik apa pun tak boleh. Tak semudah negara nak bebas dari Covid-19. Layan gambaq-gambaq 2 hari kenduri. Serius double letih bila buat kenduri.



Pengantin kecik molek orangnya

Pukul 8.30 pagi dah ready depan rumah

Akad nikah di Masjid Batu Uban, Gelugor (SOP)

Sengih pengantin sebulan lebih

Lawa mummy nak dapat menantu bongsu



Kami laki bini juga lah yang guide pasangan ni dari borang nikah sampai selesai kenduri kedua-dua belah pengantin. Jadi supir dan pengapit 🤪 Lega penat lelah 3 hari berturut-turut selesai. Tercapai juga hayat mummy (mak pengantin lelaki) nak buat kenduri anak bongsu dia. Apa nak dikata, 2 hari kenduri hujan turun. Sabar saja, hujan kan rahmat. Yang penat tu sebab jadi pengapit, kesana kesini iring pengantin. 



Rare bunga tangan ni

Ini kerja kami laki bini

Cantiknya pelamin


Layan, pengantin ada isu rumah tangga. Pengapit tak boleh bagitahu


Pengantin baru vs pengantin baru sebulan lebih

Teman photoshoot sebelum hujan

Kami tunggu pengantin habis photoshoot masa hujan lagi

Goodies sejadah mini (sangat berguna)



Majlis kenduri di rumah pengantin lelaki pun meriah walaupun tak ada DJ macam kenduri side perempuan. Janji meriah, makanan sedap, dapat berkumpul dengan bini-bini gengster (hubby ada group kawan ramai, antara semua tinggal sorang lagi tunggu hari nak menikah). Majlis sempena PKP ni hanya sekejap saja. Risau jugak kalau tiba-tiba ada pihak berkuasa serbu, tak pasal kena saman 😌😌 



Ika kata bunga ni berat

Reception sebelah lelaki

Beletiaq tak habis-habis

Sedap nasi minyak Zulirah ni

Bini-biniku gangster

Kawan-kawan hubby (semuanya dah kawen kecuali hujung sebelah kiri)

Welcome to the club Ika!

Settle duty kami laki bini jadi pengapit



Semoga perkahwinan yang dibina kekal dan betul dalam rumah tangga ni kena banyak sabar dan sabar. Selepas kawen lagi banyak duit nak pakai dan haruslah seronok sikit sebab dah boleh ke sana ke sini dengan laki sendiri. Dah ada halal gap 🤭😅 Jadi pengantin PKPP ni hanya satu, tak jadikan kluster Covid baru pun dah syukur alhamdulillah. Selamat pengantin baru buat Mohamad Izzani & Nor Atiqah Amira.


22 Jul 2020

Amanina & Hussaini CMCO Solemnization | 18.06.2020

Assalamualaikum Readers


Amanina & Hussaini CMCO Solemnization | Pengantin PKPP @ Pejabat Agama Daerah SPU Butterworth, Penaga | Alhamdulillah, dah sebulan lebih jadi isteri. Semua urusan nikah sehingga ke hari pernikahan dipermudahkan Allah. Terima kasih kepada kedua ibu bapa kami. Tanpa restu dan doa, takkan bersatu. Tak pernah terfikir akan jadi pasangan pengantin PKPP. Nikah di pejabat agama dan ambil masa 20 minit dah selesai. Feeling nak nangis, sebak tu kami semua tak alami 😂😂 Rasa macam tengah jawab exam.



Dah sah jadi isteri orang, terus rasa lapar



Gagak bising, macam ni lah nikah kami


Parents Nina


Izreen Azminda in the car


Mr & Mrs. Masa ni otw nak pi McD Bertam


Rare pengantin makan McD



18 Jun 2020 - Dinikahkan dengan Ahmad Hussaini di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Butterworth), Penaga pada jam 11.35 pagi dengan hanya sekali lafaz. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Majlis yang sepatutnya diadakan pada 26 September 2020 hanya angan-angan. Tempoh PKP mengajar erti kesabaran dan rindu. Tak jumpa dalam tempoh PKP jadi rindu lain macam 😅 Kami takut habis tempoh PKP, buat maksiat dan lebih bagus benda baik dipercepatkan bak kata abah (FIL). Tambah pula, mustahil dapat buat kenduri dengan status Nina yang menganggur, siapa minta diberhentikan kerja 😭😭 Nak simpan duit hantaran pun tak mampu. Lastly duit hantaran yang ada tu habis untuk beli barang-barang kami berdua dan rumah.




Kat sini lah kami photohoot . Tempat ala-ala Bali


Suka cincin nikah Habib Jewels ni


Dapat juga abadikan kenangan di kampung agong (homestay ala-ala Bali)


Kalau tenung lama-lama muka laki macam Randy Pangalila . Serius ada iras-iras


Photoshoot ni kena ada feel. Nasib kawan kelas masa study yang ambilkan gambar



We did it!! Tak sia-sia ajak suami jumpa balik lepas 8 tahun tak jumpa



Buat pembaca, side Nina tak diadakan kenduri dan itu pilihan parents yang malas nak fikirkan bab kenduri, letih layan tetamu sebab majlis kenduri dalam tempoh PKP dan warga emas lebih berpotensi dijangkiti Covid. Pilihan di tangan masing-masing. Parents tak nak jadi penyebab Kluster baru. Ramai keluarga dan kenalan yang terkejut bila upload gambar nikah di instagram. Kami percepatkan nikah bukan sebab dah terlanjur atau termengandung 🤪😝 Yang penting dah SAH. Nak pi ke sana ke sini, pagi atau malam no problem. Nak romantik, sweet pun dah tak haram 🥰




Family hubby . Jadi menantu perempuan tunggal


Adik-adik ipaq Nina, 3 perempuan kesemuanya . Macam-macam peel ada


Posing macam mana pun asalkan cantik. Haha


Collagemate to roomate




Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis, yang mencantikkan pengantin



Seronok dia naik buaian


Bukan senang nak dapat dukung



Kenduri kendara dah tak penting, yang penting apa kami kena buat lepas dah ada tanggungjawab baru. Belajar benda baru, ubah diri masing-masing. Belajar jadi suami isteri yang baik dan bakal ibu bapa. Nak kemana bukan senang, semua kena mintak izin, bincang dulu. Kena banyak SABAR! Kalau tak boleh gadoh hari-hari 😬😌 Semoga kami dapat menjadi keluarga yang bahagia.



The solemnization of
Nor Amanina Ahmad & Ahmad Hussaini Abdul Azim
18/6/2020 (Thursday)
26 Syawal 1441H 💕



16 Jul 2020

Starbucks Choco-choco Nutty Frappuccino

Assalamualaikum Readers


Starbucks Choco-choco Nutty Frappuccino | Untuk bulan julai ni, Starbucks keluarkan 3 menu baru termasuk yang Nina try. Sehari sebelum nikah Izzani dan Ika, alang-alang nak pickup bride bawak pi hotel, singgah Starbucks beli. Dia punya rasa tu, perghh penuh coklat ditambah kekacang diatasnya. Starbucks pun salah satu spesis macam McD, tiap-tiap bulan keluarkan menu baru. Rabak duit kalau minum 2 atau 3 kali sebulan 😂😂 Minum banyak gerenti boleh potong kaki. 



Starbucks Choco-choco Nutty Frappuccino RM 20.65


Tambah krim di atas lagi lah manis kaw. Selalunya minum sampai habis sebelum cair, kalau tidak rasa tak sedap


Paling suka Seriously Orange ! Perisa lain belum try



Siapa peminat coklat dan kekacang, harus cuba. Rasa lemak-lemak kacang tu bila sedut, nikmat betol 🤭😆 Walaupun kadang-kadang harga rasa macam cekik darah. Tutup mata bayar jelah. Dah janji dengan hubby sebulan sekali minum Starbucks. Yang belum try boleh pi terjah 😝



15 Jul 2020

Review : Vanish Oxi Action

Assalamualaikum Readers



Review Vanish Oxi Action | Mungkin lepas ni, entri blog bertukar 180 darjah jalan ceritanya mengikut jalan hidup tuan empunya blog. Masih aktif blog, hubby pun tak halang nak jadi blogger ni. Apa yang bini suka haruslah ikut 😚 Melalut pulak, ni first time basuh baju guna Vanish. Kat rumah mak suka pakai Clorox, tambah-tambah untuk baju putih. Hubby banyak koleksi baju putih, nak menjaga tu leceh jugak la bila baju terkena kotoran degil.



Vanish Oxi Action


Putih bersih itu pasti



Bila takut rosak baju, maka dia belikan set Vanish untuk baju putih dan warna. Senang kerja mencuci pakaian kami lepas ni 🥰🤭 Tak perlu guna Clorox kecuali kalau kotoran tu degil. Sejak duduk rumah berdua ni, kerja Nina mesti akan basuh baju sebab lain nak hilangkan bulu-bulu kucing yang sedia ada. Maklum lah rumah parents kami ada kucing. Nak hilangkan bulu kucing bukan senang, selain guna roller.



Vanish untuk pakaian berwarna


Akan tambah sedikit dalam mesin bersama sabun


Vanish Crystal White


Berkesan menghilangkan kotoran


Comel packaging Vanish ni



Apa yang best Vanish ni? Guna sikit sahaja bila nak rendam pakaian atau campurkan dalam mesin basuh dengan sabun. Nanti akan tengok warna air bertukar kelabu asap. Nak rendam dalam baldi letak serbuk Vanish ni pun digalakkan. Boleh tengok perubahan air rendaman lepas tu. Sesuai untuk baju-baju dan memudahkan kerja suri rumah ☺️ Selamat mencuci.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com