Assalamualaikum Readers
Makan Sedap Di MYKORI Seberang Jaya | Salah satu plan ternak lemak dengan adik ipar bongsu kat sini. Dari tahun lepas plan, 2 Julai lepas baru dapat merasa Mykori 😅 Masa tengah viral pembukaan outlet Mykori di 3 daerah di Pulau Pinang, malas nak sesak dengan orang tapi kami berdua dapat makan dengan keadaan tenang musim PKP ni. Sayangnya tak dapat selfie dengan bantal unicorn, owner simpan di kaunter 🤦🏻♀️ Aqilah lupa nak bawak unicorn sendiri. Apa yang best makanan di Mykori? First kalau pilih bahan berasaskan cheese mesti kena match dengan menu masam bukan berasaskan coklat sebab nak balancekan rasa.
|
Menu Mykori pilihan kami |
|
Siapa macam ni? Hahah |
MYKORI ni banyak dessert best-best, sebelum masuk Nina akan study dulu menu apa wajib dipilih tanpa merugikan duit 🤪 Sejenis kak ipar yang baik lagi cantik dan tak berkira 😚 Hahaha.. puji diri sendiri. Abaikan bab puji tu, untuk beginner macam kami, pilih menu simple dan tak banyak. Jarang keluar dengan adik ipar bongsu tak makan lebih dari satu. Ada saja tempat nak singgah. Meh tengok menu apa yang kami pilih dan sedap wei. Total 3 menu dalam RM 47.50 tak ada tax dalam resit.
|
Chocolate Strawberry Toast - RM 19.50 |
|
Chicken Slice & Cheese Taiyaki - RM 14.00 x 2 (paling sedap) |
|
Mont Fuji Mini - RM 14 (ada size besar juga, yang ni pun sedap, masam-masam sikit) |
|
Balik singgah pekena Padu CKT area Ujung Batu Butterworth |
|
Betoi sedap! Patut ramai orang cina mai makan. Harga hanya RM 10 (portion banyak) |
Lain kali kalau datang wajib pilih biskut ikan dan aiskrim mount fuji tu. Balik dari Mykori, Aqilah merengek mengidam nak makan CKT pulak. Lepas singgah rumah mak ambil barang, dinner CKT tapau sekali untuk mak dan family in law. Kalau merancang nak masuk Penang guna feri, boleh singgah Padu CKT ni.
Mont Fuji mmg sedap..suka rasa masam2..
ReplyDeletesedapnya food dia.. myKori antara port best untuk lepak pekena dessert dia
ReplyDeleteMmg teringin nak makan Mykori tapi takut menu mahal. Makanan kat atas sedap sedap tu.
ReplyDeleteBiskut ikan tu mengancam.. Nak cuba juga..
ReplyDelete