Assalamualaikum Readers
Review Vanish Oxi Action | Mungkin lepas ni, entri blog bertukar 180 darjah jalan ceritanya mengikut jalan hidup tuan empunya blog. Masih aktif blog, hubby pun tak halang nak jadi blogger ni. Apa yang bini suka haruslah ikut 😚 Melalut pulak, ni first time basuh baju guna Vanish. Kat rumah mak suka pakai Clorox, tambah-tambah untuk baju putih. Hubby banyak koleksi baju putih, nak menjaga tu leceh jugak la bila baju terkena kotoran degil.
|
Vanish Oxi Action |
|
Putih bersih itu pasti |
Bila takut rosak baju, maka dia belikan set Vanish untuk baju putih dan warna. Senang kerja mencuci pakaian kami lepas ni 🥰🤭 Tak perlu guna Clorox kecuali kalau kotoran tu degil. Sejak duduk rumah berdua ni, kerja Nina mesti akan basuh baju sebab lain nak hilangkan bulu-bulu kucing yang sedia ada. Maklum lah rumah parents kami ada kucing. Nak hilangkan bulu kucing bukan senang, selain guna roller.
|
Vanish untuk pakaian berwarna |
|
Akan tambah sedikit dalam mesin bersama sabun |
|
Vanish Crystal White |
|
Berkesan menghilangkan kotoran |
|
Comel packaging Vanish ni |
Apa yang best Vanish ni? Guna sikit sahaja bila nak rendam pakaian atau campurkan dalam mesin basuh dengan sabun. Nanti akan tengok warna air bertukar kelabu asap. Nak rendam dalam baldi letak serbuk Vanish ni pun digalakkan. Boleh tengok perubahan air rendaman lepas tu. Sesuai untuk baju-baju dan memudahkan kerja suri rumah. Selamat mencuci.
pernah guna dah yes so far berkesan
ReplyDeleteSaya pun suka pakai vanish, tapi kadang2 guna clorox je
ReplyDeleteBerkesan eh untuk hilangkan kotoran pada baju putih..
ReplyDeleteMacam nak cuba juga lepas baca review Nina nie..
Nanti hendak cuba juga lepas baca pos Nina ni. Saya selalu tukar-tukar pencuci baju.
ReplyDelete