Salam Readers..
Senarai Hadiah Idaman Lelaki | Hadiah Untuk Suami/Boyfriend | Siapa cakap tak boleh beli hadiah buat kaum tak sejenis. Nak beli untuk crush/kawan lelaki pun boleh. Yang tengah pening meh nak tolong korang pilihkan hadiah apa nak beli tu.
8 hadiah istimewa buat lelaki moden. Tukar dari parfume, kemeja atau dompet yang seolah-olah jadi 'hadiah wajib' buat lelaki. Memandangkan bulan Ogos ni birthday bf maka Nina nak kongsikan tips-tips untuk simpanan di masa hadapan
1. Handphone
 |
iPhone 6 |
Ikut trend semasa, tak salah untuk hadiahkan smartphone seperti iPhone buat jejaka istimewa di hati. Jika si dia tak kedekut belikan hadiah barangan mahal buat korang.
2. Jersi Bola Sepak
 |
Jersey MU |
Jika teman lelaki fanatik bola sepak. Pancing ikan hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kegeramarannya. Kalau tak cukup bajet, boleh je beli jersi tiruan. Pastikan bf jenis spesis tak kisah atau demand. Asalkan kita ikhlas memberi.
3. Permainan Video
 |
Play Station 5 |
Seperti kanak-kanak, majoriti lelaki sukakan permainan video. Dari video Sony PS1 hingga model PS5 terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.
4. Sport Rim
 |
BMW M6 SE Sport Rim |
Jika si dia seorang peminat kereta, suka upgrade aksesori kereta boleh hadiahkan sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin. Buat mereka yang termampu saja.
5. MP3
 |
Portable Mini Mp3 Player |
Fenomena muzik tiada batasan. Teknologi muat turun lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Apalagi download sekali lagu kegemaran si dia!
6. Kasut Futsal
 |
Nike 5 Elastic White Blue |
Perlu bagi seorang wanita 'mencintai' apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut berjenama kegemarannya boleh menjadi hadiah paling sesuai. Ini membuktikan korang sokong minatnya.
7. Kejutan Majlis Hari Jadi
 |
Siapa tak kenal couple Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina |
Kalau ada bajet lebih, aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh membuatkan kenangan dalam hidup. Amacam?
8. Jam Tangan
 |
Casio G Shock MTG-S1000D |
Rata-rata lelaki suka pakai jam, kena lah up to date tahu brand apa yang dipakai selalu si dia. Nanti senang nak pilih. Hehe
Tambahan Hadiah Budjet
9. Set Tali Pinggang + Dompet
10. Kasut Jalan (Sneaker ke)
11. Topi/Baju T-shirt or Kemeja
p/s: Sesiapa kat sini lelaki, boleh tambah hadiah apa sebagai panduan bagi gegadis mencari hadiah