14 Sept 2012

Jamuan Raya Kolej ♡ 2012

Hye, Assalamualaikum semua..
Lamanya tak update blog, agak busy plus agak rindu nak berblogging tapi disebabkan ada cerita baru, gambaq baru boleh story mory kan?



In Shaa Allah.. One day :)



Semalam ialah hari jamuan raya bagi beberapa buah kampus KPTM Ipoh
Jadi semua orang melaram sakan terutama budak2 sem 5 macam aku nie
Masing2 punya makeup sampaikan ada yang terlebih makeup, so faham2 jelah
Janji tak kena gelak dengan budak2 laki sudah, buat malu ja
Biaq la nak jadi macam datin pun sebab kami semua dah last sem untuk makan di jamuan raya lepas nie tunggu dinner sem 6 pulak. InsyaAllah kalau umur panjang.




Beberapa hari sebelum jamuan raya nie, ada sorang junior sem 1 mengepost status berani mati dia di twitter, so dah pandai post pandai la terima akibatnya. Tweet yang membuatkan senior2 dari sem 2 hingga 6 marah dengan dia. Lain kali tolong jangan cakap kami dressing macam orang kampung, nak sepak muka senior2 la. Sengaja nak cari publisiti murahan kot. Bila fikir2 balik semua orang menganjing budak yang masih lagi tak matang dan baru keluar dari kepompong. Silap besaq la adik carik pasai dengan senior2 mai dari utaqa. Kena ayat pedas2. Kesian kat adik tapi akak senior nie malas nak ambik tau pasal fenomena #ILYSM. Akak fikir nak praktikal je. Cuti sem nanti mungkin dia tenang kat Segamat noh. Harap2 naik sem baru nanti orang dah tak booooooo kan?



Oke lah kita stop pasal benda tu tapi apa pun jamuan raya kali nie meriah sebab aku dapat rasa semua makanan. Dapat bergambar puas2 dengan junior, kawan tapi sayangnya housemates aku 5 orang ja yang datang yang lain awal2 lagi dah balik :(
Tapi aku tak kisah, dapat try tudung style Tasha Manshahar.. Aww jadi jugak dengan muka aku yang tak berapa nak membulat. Hehee. Nie gambar2 kami yang agak excited sebenarnya. Walaupun kasut wedges aku terkeluar tapak tapi nasib baik ada spare lain bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan" lepas habis majlis hujan pon turun :)



Ready nak pi dewan and makan!

Kak Yong dengan bonzer2 tapi kami orang Utaqa

PEACE no kutuk2 dari kakak2 senior

Adik angkat shaye.. heee

With my Junior! Ana dan Farah

Azeem.. Junior lelaki yang peramah

Skodeng rupanya mamat tu.. jamuan raya tahun nie baru nampak muka, tu pun sebab dah break dengan makwe kedua. Kahkah

Kami senegeri

Bersama photographer aku nie

Course lain-lain tapi kami tetap mesra

Ketayap putih sapa pulak dia pinjam tu. Alimnya ex aku? hahaha


Jamuan raya yang happening kali nie walaupun aku teringat time dulu2. Entah bila lagi dapat join junior2 nie, agak sedih jugak tapi still boleh berhubung right?


p/s: Kalau kita nak orang respect kita jadi terlebih dahulu respect la orang itu.


9 Sept 2012

Review Filem : The Possession (2012)






AMARAN! Bagi pesakit jantung, ibu mengandung dan juga kaki penakut dilarang tengok movie nie. Sebabnya aku sendiri asyik terkejut dan menjerit secara spontan ditambah ada tangan suka tutup mata bila scene menakutkan. Hahaha.. Banyak orang tengok movie nie di Sunway. Mereka agak berani lettew. 



The Possession, Kisah Nyata Sebuah Kotak Iblis yang Memangsa Jiwa Pemiliknya... 





Mengisahkan pasangan suami isteri yang telah bercerai, Clyde (Jeffrey Dean Morgan) dan Stephanie Brenek serta 2 anak mereka, Hannah dan Emily. Kedua-dua anak mereka bergilir untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Ketika tinggal bersama bapa mereka di pekan, Clyde mengajak anaknya pergi ke Yard Sale, dimana Em (Natasha Calis) tertarik untuk membeli sebuah kotak kayu antik dan sikapnya berubah setelah membuka kotak itu. 







Ternyata, kotak itu dihuni syaitan yang boleh merasuk pemiliknya dan mengambil alih tubuh badannya. Em yang selalunya cergas dan ceria kini berubah menjadi aneh. Em hanya obses pada kotak itu. Ketika makan malam secara tidak sedar Em mencucuk jari ayahnya. Semakin cemas, Clyde bersama bekas isterinya berusaha menyelamatkan anak mereka dari syaitan yang menghuni tubuh gadis itu selepas melakukan ujian di hospital dan menemui ada tubuh orang di dalam badan Em. Ayahnya berusaha mencari paderi yang pandai menghapuskan syaitan itu dengan. 







"The Possession" merupakan filem horror yang berinspirasikan laporan surat khabar tentang sebuah keluarga yang melawan iblis yang terkenal dengan sebutan "Dybbuk". Dalam cerita rakyat bangsa Yahudi. Roh dalam kotak Dybbuk tersebut mampu merasuki tubuh manusia dengan tujuan untuk melahap mereka. Paling seram bila scene nak mengeluarkan iblis tu dari badan Emily, last2 ayahnya pula yang terkena. Serammm tengok muka iblis tu. 
Lebih baik korang tengok sendiri trailer The Possession nie eh. Paling seram tapi best. Hoho.. Baru perasan dia pakai baju hadiah besday aritu. Hehe. Nampak hensem :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com