Assalamualaikum Readers
Family Gathering Di Dusun Durian | Alhamdulillah, dapat juga berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik. Rinduuuu sangat nak bersama keluarga besar sebelah bapa. Hari ahad lepas, kami 3 beranak join makan durian dusun Kg. Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Seronok Harraz jumpa budak-budak, 1st time dia masuk dusun. Yang penting alhamdulillah ok walaupun makan durian tak ingat dunia.
 |
Buah duku petik terus ngap dalam mulut |
Malam sabtu, Paksu call bapa jemput kami sekeluarga ke dusun, makan-makan sambil tunggu buah durian gugur tapi sayang bapa baru baik demam, tak dapat join. Sejak kahwin sampai anak dah setahun lebih, hubby tak pernah jumpa lagi separuh ahli keluarga side bapa. Keciknya Penang ni, makcik (adik bapa) kenal hubby dan fam in law, anak sepupu Nina pula junior sekolah 😂😂 Itu baru separuh.
 |
My one and only makcik. Satu-satunya adik perempuan bapa. Muka ganas tapi hati baik |
 |
Ada banyak jenis durian, tak pasti nama janji makan puas-puas. Durian ni kena rajin letak baja kalau tak, durian separuh masak separuh lagi masam |
 |
Durian bukit memang sedap la |
 |
Nampak tak buah durian? Sila zoom |
Kami datang awal dalam 12 tengahari dah terpacak. Call sepupu minta wasap location sebab Nina tak pernah pi dusun durian sebelum ni. Memang tiap tahun, tak dapat nak join, so ini 1st time dapat join, siap kena perli dengan mak cik sebab Nina datang terus cuaca berubah dari hujan ke panas terik. Alhamdulillah nikmat.
 |
Ini makanan batch 1, yang kedua nina tak snap, sibuk suap anak makan. Berselera Harraz makan nasi gulai ikan masin |
 |
Pokok nangka yang kesemuanya tinggi |
 |
Pokok rambutan tinggi betul sebab tak ada orang nak pangkas dahan |
 |
Pakat sembang macam-macam maklum la 2 tahun tak dapat gathering |
 |
Yang kuning tu buah setoi. Buah legend ni. Nanti Nina buat entri lain |
Nasib baik paksu dah retired, dapat dia jaga dusun dan tidur di sana. Kalau tak habis hasil orang curi tambah-tambah musim durian ni. Rupanya tanah dusun ni hasil pemberian dari pihak airport sebab tanah asal rumah dan bendang di ambil untuk pembinaan airport tapi setiap tahun kena bayar cukai tanah jugak.
Merasa dapat makan durian bermacam jenis. Selain pokok durian ada juga manggis, petai, setol, duku, cempedak, nangka dan rambutan. Walaupun arwah tok dah tak ada tapi anak cucu, cicit boleh makan hasil berkebun.