29 Aug 2012

Bekas Teman Lelaki Datang Kembali


Salam semua.
Semoga kalian sihat sahaja hendaknya.
Cuaca hari ini baik sahaja, maka aku lebih gembira daripada biasa.
Tetapi gembira aku tak lama pabila melihat mesej dari orang yang tak disangka.
Setelah sekian lama, bertahun-tahun dia datang kembali..
Untuk apa cari aku semula??


17 Aug 2012 - Tiba2 adik dia IM dan bertanyakan khabar aku. Memang pelik jugak time tu sebab lepas putus dengan abang dia, kami lost contact. Tapi adik dia dengan ramah bertanyakan aku macam2 sampai terkantoi rupanya dia yang menyamar jadi adik dia, guna fesbuk adik dia semata-mata nak tau kisah hidup aku. Sebelum aku bagi no fon lebih baik aku BLOCK dulu.


Dia memang kekasih pertama, kami mula kenal masa sama-sama study kat Kolej Poly-Tech MARA Alor Star dulu. Tapi tak lama, makin lama kenal perangai sebenar dia mula aku nampak. Aku sedar time tu masih lagi budak-budak baru nak kenal cinta sampaikan aku tersalah pilih orang sebenarnya. Belum terlambat rupanya untuk aku kembali ke pangkal jalan sebelum hanyut dengan dia. Alhamdulillah, 2 bulan sebelum putus, aku dapat tau dia kaki botol, kaki pompuan bila aku ternampak video dia tengah mabuk di fon bersama housemates dia. No wonder dia kena buang dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam course IT.







Syukur, keluarga selamatkan aku dari lelaki tak guna nie. Aku sanggup berhenti dan sambung belajar tempat lain, tukar no fon supaya dia takkan dapat cari aku sampai bila-bila. Sebulan lepas masuk belajar kat Ipoh, aku dapat tau dia dah ada awek baru dari Dungun. Aku pun tak kisah sampai dia marah bila dapat tau aku couple dengan si Azrie tu. Tak ke gila namanya.


Walaupun mak ayah dia baik tapi tak semestinya anak pun akan baik. Sampai bila pun aku takkan pergi dah Melaka. Aku takot terjumpa dia kat sana. Aku dah lupa semua kisah-kisah dengan dia. Aku dah benci bercakap tentang orang bernama Mohd Nurhafizi B. Johari nie. Semoga aku dilindungi dari segala bahaya. Aminnn....



20/8/2009-20/04/2010 (END)


26 Aug 2012

Review Filem The Expendables 2


Hujung minggu ini keluar dengan si dia menonton wayang di Pacific Megamall Prai. Kali nie movie siri kedua The Expendables. This is what I called a great movie! The Expendables 2 memang penuh dengan aksi yang sudah lama ditinggalkan. Nampaknya otai otai bergabung dan filem ini penuh dengan aksi.. aksi dan aksi. Cukup sekadar duduk melihat aksi otai bergaduh. That's it! Hebat bukan untuk menonton di pawagam. 




Inilah sebuah filem Stallone. Rambo 4, jika masih ingat filem yang mengekalkan formula yang sama. Aksi yang cukup ganas dan juga letup sana letup sini. Yang penting, penonton dapat lihat bagaimana kesemua bintang bintang otai beraksi dalam satu filem seperti sebuah reunion. Kali ini, Jet Li memegang watak yang agak sikit dan pelakon seperti Chuck Norris, Bruce Willis dan Arnold Schwarzennegger bukanlah aksi yang besar dalam filem ini. 





Mereka-mereka diatas hanya bertindak sebagai orang yang menggerakkan cerita. Banyak dialog yang bercakap antara Stallone dengan Statham. Totally full of action. Serius filem nie cukup lasak. Seperti kita tonton The Expendables yang pertama kali dengan dua, maka jadilah The Expendables 2. Aku meluat tengok watak Van Damme yang jadi ketua penjahat. Mungkin The Expendables 3 aku tak tengok kot. Hehehe. Sebab jalan cerita yang hampir sama. Nasib baik ada pelakon hensem. Boleh cuci mata kan..



Kali nie Mr A belanja makan Bihun Sup. Aku pun dah taktau nak order apa. Hehe.. Baru harini bagi hadiah besday dia aritu. Aritu la sangatkan, bulan Jun pun dah lepas cik nina. Sekarang dah masuk bulan Ogos. Itulah aku memang suka buat pekasam dalam almari. Haihh. 


6 Aug 2012

Review Filem Total Recall (2012)






Selamat berhujung minggu dan berbuka puasa buat semua umat Islam. Harini berbuka diluar saja la. Tak sangka bulan puasa pun si dia ajak tengok wayang plus berbuka bersama. Dia teringin nak makan kat Kayu Nasi Kandar. Sebelum tu, kita tengok wayang dulu di Queensbay dengan harga tiket RM 22. Tak rugikan.. Serius filem nie boleh tahan jugak walaupun ia cuma film remake dari filem asal pada tahun 1990 lakonan Arnold Schwarzenegger. Wah, aku baru lahir kot. Haha..       



Di tahun 2084, Bumi telah mengalami Perang Dunia III dan telah terbahagi kepada 2 badan iaitu United Federation of Britain dan The Colony. Total Recall, kisah mengenai Douglas Quaid (Colin Farrell), seorang pekerja fabrik yang berasa kehidupan rumah tangganya bersama isteri, Lori (Kate Beckinsale) sedang mengalami gangguan akibat mimpi buruk setiap malam.






Kerana ingin tahu, Doug datang ke Recall, sebuah khidmat yang menawarkan sebuah memori buatan yang ditanam ke otak dan mampu merasa pengalaman bahawa mereka telah melakukan semua kegiatan yang telah diprogram dalam memori itu. Doug memilih kehidupan sebagai seorang agen rahsia. Paling best, Doug berlawan dengan isterinya sendiri, Lori, seorang agen UFB. Superb la Kate dapat buat macam2 aksi dengan pakaian hitam ketatnya untuk kalahkan Doug. 





Walaupun filem nie about masa depan, tapi tak terlalu banyak alien yang menjijikkan tapi still ada kereta terbang, alat transport yang boleh membawa penumpang menyeberangi bumi kurang dari 1 minit, telefon yang tertanam di tapak tangan and etc. Walhal filem nie hanyalah guna serum untuk menghilangkan, menukar dan kembalikan ingatan seseorang. Paling syok dapat tengok wanita2 seksi berlawan. Not bad Jessica dan Kate. Fuhhh... Rasanya korang kena tengok sendiri. 







Nak tau best ke tak boleh tengok trailernya oke. Habis saja movie, kami rushing mencari kedai nasi kandar tu walhal aku ingat dengan tak ingat jalan. Cari punya cari tak jumpa sampai la waktu berbuka. Aku tau dia marah, boleh tengok dari perbuatannya. Drive balik pun bebal saja. So sorry awak sebab tak ingat jalan. Aku faham dia lapar, lain la aku cuti. Ajak dia berbuka kat Subaidah Sg.Nyior. Nasib baik marah tak lama. Sebelum keluar dari kereta tu ingat nak cari tandas Esso sebelah Subaidah plus nak beli Cadbury. Nak pujuk punya pasal. Hehee.. Tengs sebab belanja makan eh mee goreng mamak. Ini la pengalaman di bulan puasa untuk tahun ini.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com