17 Mar 2025

Majlis Perkahwinan Atikah Dan Khairi

Assalammualaikum readers


Majlis Perkahwinan Atikah Dan Khairi | Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan terkejut sil no 2.  Ingat tak Nina pi Kelantan, sebab nak bincang majlis kenduri dan pi KL untuk cari baju melayu. Persiapan majlis dalam 2 bulan setengah sahaja. Biar betik 😅



Goodies terakhir borong kurma Ajwa di Yusuf Taiyoob. Alang-alang nak puasa

Bunga dada tempah dari sepupu

25 Dis 24 - tempah baju, custom made warna Teal Blue. Nak design simple dan minimalist, kang ter-over dari pengantin

1 Feb 25 - datang fitting baju, alhamdulillah baju ngam tak perlu alter.

Untuk lace, Nina bagi contoh sebab shared untuk 3 baju (sil bongsu & anak buah). Lace siap dengan beads.


Disebabkan barang-barang goodies semua bakal pengantin dah beli dan siap di pack, hanya dapat sponsor bunga rewang sajalah. Request sepupu tolong buatkan, sepupu juga memerangkap kawan kepada sepupu hubby. Negeri kecik macam tulah, pi mai pi mai tang tu juga.


Disebabkan ramai nak lukis inai, kami panggil 2 designer

Inai di kuku sebelum dan selepas touch up


Majlis nikah dan sanding di adakan pada hari yang sama, hari Sabtu. Masing-masing tak cukup rehat, malam sebelum tu, geng laki sibuk transfer kotak-kotak goodies dan barang-barang lain ke dewan, yang geng perempuan pulak sibuk masing-masing nak berinai. Tersengguk-sengguk menahan mengantok sambil menadah tangan, tukang inai tolong oterkan inai di kuku. Baik sangat!! Inai dah kering, tetamu pun dah balik, kena kemas rumah pula dengan sil bongsu.



Disebabkan tak nikah di masjid, ruang bilik ni kecil dan agak crowded


Esok pagi lepas subuh, mula bersiap, akad nikah diadakan di masjid USM. Kenapa nikah disitu?? Sebab kedua-dua pengantin bertemu di USM. Habis akad nikah terus balik rumah, qada tidur sebab sebelah petang nak check in hotel. Ngam-ngam pukul 4.30 petang, senior sekolah datang makeup. Last minute minta datang awal sejam takut jammed. Majlis mula lepas maghrib.



6.30 pm sampai dewan, dewan menghadap view terminal feri


Photographer punya kerja, banyak ambil gambar candid

Tema Songket Moden warna Ice Blue


Maksu, Safiya (sepupu) & Harraz, behave pulak 2 orang ni


Asalnya dewan ini adalah Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Penat tapi lega majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semua sepupu-sepupu hubby ringan tulang dalam majlis. Semoga ikatan yang dibina berkekalan. 

16 Jan 2023

Selamat Pengantin Baru Sepupu

Assalamualaikum readers


Family sebelah bapalah paling tak banyak kerenah. Nak kawen ke nak cerai ke, we don't care. But gossip is a must 😂 Dalam masa yang sama, we love our Pak Su so much, sebab dia akan selidik siapa hantu bakal menantu anak-anak sedara. Bukan apa, tak nak lah keluarga tak bahagia kalau tersalah pilih. So kalau dapat result, bercinta dengan laki orang etc, say bye bye. Sebelum nikah, Nina dah inform siap-siap kat hubby. I ada spy untuk siasat background you 😎


Tahniah sepupuku, Wazzer dan isteri


Tiada ribut tup tup tengok cousin share, adik dia dah selamat nikah di pejabat agama. Alhamdulillah Pak Su dah dapat menantu, buat kenduri or tak itu terpulang. Janji jadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Nina dan cousin membesar bersama. Umur pun tak jauh beza. Tapi yang perasan cousin start badan berketul-ketul dan rajin pi gym. Confirm ada awek sebelum PKP. 


Majlis tunang pun buat secara tertutup


Raya tahun ni harap ada gathering, dah 4 tahun kami tak bersama di hari raya gara-gara PKP 😞 Nasib tak ada yang pregnant. Tiada pertambahan anak buah. Fuhh, bagi laluan untuk newly bride 😂

19 Sept 2022

Pengalaman Menginap Di Hotel M Summit 191, Penang

Assalamualaikum readers


Pengalaman Menginap Hotel M Summit 191, Penang | Kereta parking naik lif | Hotel terbaik di Penang sebab ada banyak jenis bilik dan dewan kenduri di sini sangat cantik uollsss.. Tumpang selfie kenduri SIL bulan 7 lepas. Baru ada masa nak update. FIL book 4 bilik sebab dapat diskaun dari management. Alhamdulillah, selesai majlis sesi petang dan malam. Lokasi memang strategik, depan KOMTAR, 1st Avenue Mall. Interior design nampak moden dan minimal.



Hotel 23 tingkat ini mempunyai 96 bilik suite eksekutif yang terdiri daripada 6 jenis bilik. Jadi boleh pilih bilik yang mengikut bajet, citarasa dan keperluan masing-masing. Meh nak shared bilik yang kami 3 beranak stay. Dewan tingkat 20, bilik kami di tingkat 17. 


Contoh sanding di glass house


6 Jenis Bilik Di Hotel M Summit 191

  • The Deluxe Suite
  • The Splendor Suite
  • The Classic Business Suite
  • The Serene Suite
  • The Baroque Suite
  • The Razzle Business Suite


Berapa kali snap gambar sebab semuanya tak menjadi

Anak cousin hubby ni jadi tukang makeup Nina. Masih muka yang sama bukan tukar jadi Izreen Azminda

Tahniah SIL Aida & Syukri



Nina stay di bilik Deluxe Suite. Sesuai sangat kami 3 beranak ni. Boleh la Harraz main sorok-sorok walaupun demam on off masa kenduri tu. Harga setiap bilik berlainan dan pada pendapat Nina harga sangat berpatutan dengan pelbagai kemudahan yang ada kat dalam bilik tu. 


Sarapan pagi tak termasuk sekali dalam penginapan kecuali atas permintaan. Kena order kalau nak sarapan, tapi di area hotel berselerak kedai makan kalau nak breakfast. McD pun dekat! Untuk maklumat lanjut tentang hotel ni, boleh tengok website rasmi di bawah.



8 Dec 2020

Menginap Di Banglo Milik Restoran Sahara Tent Ampang

 Assalamualaikum Readers


Menginap Di Banglo Milik Restoran Sahara Tent, Ampang Kuala Lumpur | Dalam budaya masyarakat Arab, mereka mengutamakan tetamu dan melayan tetamu sebaik mungkin. Alhamdulillah syukur, rezeki kami sekeluarga tanpa disangka. Malam kejadian tu, Nina dengan family in law baru sampai Pandan Indah, singgah rumah saudara yang menyambut kedatangan kami. Sambil tu MIL kenalkan menantu dia 😃😂 Dah makan, tuan rumah ajak makan lagi nasi arab di Sahara Tent, Ampang. Bini owner tu kawannya. Meh layan gambar-gambar deco banglo 99% dari kayu jati original Indonesia. Memang cantik. Jangan tanya harga menginap 1 malam sebab semuanya FREE.


Restoran Sahara Tent, Ampang

Makan sampai sengkak

Muat park 3 kereta


Cantik kepala katil ni dari rotan


Ngantok adik ipar ni main snooker sampai ke pagi. Permaidani semuanya dari Iran (antara negara pengeluar carpet yang bagus dari Turki)

Kerusi tu sultan dan menteri-menteri pernah duduk

Cantik deco dari kayu jati dan semua carpet dari Iran

Ada patung buaya dari kayu

Rumah ini berharga 3 juta


Yang excited sampai dulu, Nina, hubby dan 2 orang adik ipar. Borak punya borak sampai berjam-jam termasuk makan, FIL bagi tau bini owner restoran, kami semua termasuk family uncle tak dapat tempat menginap. Last minute, homestay yang kami book tu cancel booking disebabkan covid 😅😒 Lepas tu owner, Mr. Ala (warganegara Iran, menetap di KL dan berkahwin dengan Chinese) suggest kami semua tinggal di banglonya. Macam orang mengantok disorongkan bantal. Haha.. Ini gambar-gambar di tingkat 2. 


Ruang atas untuk beriadah dan terdapat 3 bilik tidur include tandas dan ruang dapur

Menuju ke bilik Nina. Dah siap packing, boleh snap gambar

Pandai pak arab ni design rumah

Bilik tidur satu malam. Selesa

Deco tandas bilik

Ruang tandas di bilik. Setiap bilik ada design tersendiri dari pemilik banglo


___________________________________________________________________________



Design untuk bilik yang adik-adik ipar tidur pun berbeza. Mana tahu boleh jadi ilham, hubby pun peminat kayu jati. Sangat fall in love dengan setiap design di banglo owner ni.


Bilik adik-adik ipar

Almari dari buluh + kayu jati

Design tandas berlainan dari tandas bilik Nina

Pencahayaan dari luar. Rumah banglo ini menggabungkan kayu jati, buluh dan rotan


____________________________________________________________________



Cermin ni tak ada bayang hubby kecuali pokok-pokok

With SIL. Selfie puas-puas sebelum balik

Di belakang rumah ada tempat berehat dan pool

Tak berapa clear. Kedalaman pool dari cetek hingga 8 meter

Macam istana pintu masuk ni


Mungkin muka-muka kami semua 'baik' dan amat 'peramah' buat owner rasa kesian dan percaya kami semua orang baik-baik. Seronok bukan main, malam tu semua tidur lambat sebab tak habis-habis explore rumah banglo 2 tingkat (sambil buat ig story) dan main snooker. Sebelum pandemik melanda, rumah banglo ni disewa ahli perniagaan dari China.


Restoran Sahara Tent


Selamat pengantin baru Sakinah! (kenduri sepupu hubby) 30/8/2020

Goodies bag - Tak sangka style orang Rawang bagi telur masin bukan telur ayam . Walaupun parents pengantin dari Penang



Sebelum gerak ke Rawang pagi esoknya, kami semua jumpa owner di restoran. Sangat terhutang budi dengan keluarga Mr. Ala & Mrs Safiya Ang yang baik dan rajin melayan kami sambil tengok anak lelaki tunggal, Ahmad Riyad, 8 tahun (konfem besar hensem). Berpisah dengan keluarga uncle yang bercuti di Melaka. Otw gerak ke rumah pakcik di Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk attend kenduri sepupu hubby kereta yang kami naik tayar kena paku. Nasib lah ada kedai tayar yang buka di Rawang waktu cuti merdeka. Rupanya ini cuti-cuti terakhir kami sekeluarga sebelum seluruh Pulau Pinang dikenakan PKPB 😂😁


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com