31 Mar 2021

McDonald’s Salted Caramel McFlurry

Assalamualaikum Readers


McDonald’s Salted Caramel McFlurry | McDonald’s kembali dengan menu-menu terliurnya untuk bulan March ini. Peminat salted caramel cuba cepat sebelum kehabisan stok. Bila McD keluarkan menu seasonal ni stok bahan habis jadi tiada lagi repeat order ya 😉 


NEW McDonald’s Salted Caramel McFlurry - RM 5.19

Sos salted caramel yang sedap


Balik dari checked up baby terus drive thru ke McD Jalan Masjid Negeri a.k.a Greenlane. Situ spot Nina kalau nak beli McD sebab tak kedekut bahan 🤣 sos salted caramel banyak di bawah aiskrim. Dapnyaa! 


Nina borong sekali dengan pie




Rasa aiskrim salted caramel ni manis dan ditoppingnya ditabur serbuk cornflakes. Sebelum makan kena kacau dulu baru aiskrim vanila bercampur dengan gula caramel. Sedap combinationnya. Jangan lupa try 😋 Antara menu yang ditunggu setiap tahun. 

30 Mar 2021

NEW Nestle Gold Cornflakes Cereal Bar

Assalamualaikum Readers


NEW Nestle Gold Cornflakes Cereal Bar | Antara cereal bar yang Nina grab masa sale shopee 3.3 aritu. Sayangnya tak dijual di pasaran Malaysia. Available dalam Shopee sahaja dan dijual dalam 1 paket (tiada kotak) 😂😂 Kenapa benda sedap harus jadi begini. Whyyyy?


NEW Nestle Gold Cornflakes Cereal Bar - RM 1.96

Rasa sedap cornflakes campur madu


Nestle Gold Cornflakes Cereal Bar ni padat dan sedap! Ada campuran madu macam makan biskut raya cornflakes madu. Sedihnya tahun ni tak dapat buat biskut raya dengan mak 😭 Nina tak suka beli biskut raya sebab tak sedap. Suka buat sendiri guna bahan-bahan ‘mahal’ 😜 Nanti nak borong lagi sebab jatuh hati 🥰


29 Mar 2021

Makan Makanan Thai Di Signature Bangkok Station, Penang

 Assalamualaikum Readers


Makan Makanan Thai Di Signature Bangkok Station, Penang | Minggu lepas MIL ajak makan luar tapi tak semua dapat ikut. Yang jadi tukang habiskan makanan hubby dan SIL No.2 sebab 2 lagi adik ipar memang diet kalau tak rugi tiap-tiap minggu pi gym 🤣🤣 Hari-hari kena perli dengan abang.


Sangkaya 👌🏻

Daging Bakar Danok 👍🏼

Pad Thai 👍🏼


Ini kali ke 2, Nina makan sini. Rasa happy sebab dapat green tea dan sangkaya serupa macam Boat Noodles 😂😋 Maceh Mama, tak bagitau teringin pun macam boleh baca apa menantu nak. 


Khao Mok Kai 👍🏼

Kerabu Maggi - Masin sikit

Green Tea & Ribena Laici (air maktok tapi tak minum, kami habiskan 🤣)

Menu-menu yang ada


Makanan kat sini so far ok tapi malam kami pi makan tu certain menu rasa masin 🤦🏻‍♀️ Tak pasti tukang masak lain atau tak, mungkin chef tukar shift kot. Nak sedapkan hati. Haha.. Menu masin pun jangan risau pinggan licin. Total makan termasuk tapau dalam RM 110 😁 Standard harga kalau makan restoran Thai. 


SIGNATURE BANGKOK STATION


82, Persiaran Mahsuri 1/3,

Bandar Sunway Tunas,

11900 Bayan Lepas, Penang.


27 Mar 2021

Senarai Kelengkapan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital

 Assalamualaikum Readers


Senarai Kelengkapan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital | Musim wabak Covid-19, ibu mengandung, ibu bersalin dan menyusukan bayi baru lahir sangat berbeza rutin harian. TAHNIAH buat ibu-ibu yang mengandung di musim PKP ni 💪🏼💪🏼 Semua kena buat sendiri dari check up hingga ke labour room. Suami tak boleh teman (duduk luar bangunan hospital, suami dapat azan tepi pintu ward) kecuali laki kaya boleh request nak bersalin di Prince Court dan seangkatan 🤪😆


Barang baby beli di Shopee + disponsor oleh mak & mama



1. Tuala mandi - MIL beli

2. Hooded Bath Towel Blanket - RM 12.22

3. Baby Romper - RM 25

4. Baju tangan panjang Tiny Button - RM 19.90 x 2 pasang (Parkson)

5. Baju tangan pendek Fiffy - MIL beli

6. Tuala muka - MIL beli

7. Barut baby (3 pcs) - RM 2.99

8. Baby Changing Mat Waterproof - RM 9.50 (free 1)

9. Mitten & Booties (2 pcs) - RM 2.27 + MIL beli (2 pcs)

10. Plastik packing (zipper bag) - RM 11.50

11. Baby Wipes (100 pcs x 2) - RM 3.38

12. Pureen Detergent with Softener - RM 23.40 (Parkson)

13. Fiffy Towel (2 pcs) - RM 13.99

14. Set pakaian baby Pureen - MIL beli

15. Kain bedung (4 pcs) - RM 17.80

16. Botol susu Pureen (2 bottles) & 2 Tier Dispenser - RM 13.30 | Botol susu Philips Avent (2 bottles) - MIL beli

17. Johnson’s Baby Mini Travel Kit - RM 9.12

18. Cotton bud - MIL beli

19. Palmer’s Nursing Butter - RM 24.90

20. Puting Philips Avent (0-6m) - RM 28.90

21. Minyak Yuyi (22ML) - RM 10.50

TOTAL = RM 441.19 (tak incl postage beli di Shopee)


Pakaian baby hanya sepasang baju, 1 pampers, 1 kain bedung, mitten & booties sahaja


Nurse dah pesan, bersalin time covid ni tak perlu nak bawa 4 5 bag macam lari rumah. Doktor Penang General Hospital takkan admit ibu dan baby berhari-hari kalau takda masalah. Menginap 1 malam saja.


Pam ni jangan bawak pi hospital pulak. Kat wad memang wajib menyusu badan sahaja tapi once dah nak kerja memang kena pam lah jawabnya

Barut bayi berpelekat - RM 2.87 x 3 pcs (beli di shopee), mudah nak pakai

Botol susu boleh guna dari usia sebulan. Philips Avent MIL beli

Set mandian dan minyak yuyi beli set travel, mudah nak bawa ke mana saja. Nursing butter untuk kurangkan kesan melecet bila bf. Cotton bud tu untuk cuci tali pusat bukan telinga.

Changing Mat beli 1 percuma 1 (boleh bawa travel), Pureen detergent tu mahal kalau beli di luar. Redeem point Parkson no hal


Pureen changing mat ni waterproof. Mudah dibawa ke mana saja

Pampers beli pek kecil sebab tak pasti size sebenar baby - RM 9.49 (beli di Shopee), Fiffy wash ni boleh basuh botol susu, puting, buahan & sayuran (bila baby dah boleh makan solid food) - RM 7.13 (100ML x 2)

Travel Mattress Set - RM 132.80 (baby baru lahir 0-3 bulan tak digalakkan tidur alas bantal). Guna tilam dan bantal panjang saja)


Pureen Manicure Set - RM 7.00

Manicure set beli macam ni mudah dan tak cepat hilang



Barang-barang baby beli dari usia kandungan 5 bulan (beli yang perlu sahaja). Semua beli online 👍🏻 Beli awal dan packing siap-siap dalam bag (usia kandungan dah masuk 7 bulan). Kalau tak nanti kesian hubby pening nak packing, kalau tiba-tiba sakit dan kena pi hospital. 


Kain bedung beli sikit, baby makin besar memang tak suka dibedung. Tali barut pun beli sikit sebab nanti makin besar kena beli yang baru.

MIL beli, balik rumah abah kata macam baju rimau 😂 Mama dah beli ambik sajalah

Baby blanket ni paling comel dan fluffy

Terikut SIL bongsu. Semua benda nak unicorn 🦄

Outlet Tiny Button London ni baru buka di Queensbay Mall. Sedap kainnya. Teringin nak beli untuk anak dari zaman bujang lagi

Nasib baik MIL beli jenis ada lubang ni. Memang prefer pakai baju masuk udara ni, kalau tak naik ruam kulit baby pakai baju kain tebal dengan bengkung, barut lagi

Beli untuk lindung baju bila anak dah start makan


Untuk barang-barang baby, Nina prepare 2 bag - 1 untuk hospital & 1 untuk balik berpantang. Baju tak perlu beli banyak sebab baby cepat besar. Lepas 6 bulan baru boleh borong baju anak. Harap mental tak down bila tiba masa nanti. Bersalin hospital kerajaan ni bukan 24jam hubby duduk celah ketiak 😌 Semoga Allah permudahkan urusan Nina. Harap entri ni boleh dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu 🙋🏻‍♀️


P/S : TQ yang komen tanya bila due date, In shaa Allah lagi 2 minggu tapi date doc bagi bukan boleh caya. Sekarang dah start tanda-tanda nak bersalin. Semoga tak kena induce (paksa bersalin). Kun Faa Yaa Kun, baby akan keluar ☺️ 


26 Mar 2021

Biskut Roma Malkist Keju Tabur

 Assalamualaikum Readers


Biskut Roma Malkist Keju Tabur | Siapa spesis travel ke Indonesia memang akan try jajan kat sana angkat tangan! Biskut-biskut keluaran Indonesia boleh tahan sedap antaranya brand Roma. Bila terkenangkan kena masuk wad nanti, ajak hubby borong makanan untuk dibawa ke hospital. Mana mau cari makanan, kalau lapar tengah malam.


Biskut Roma Malkist Keju Tabur - RM 3.70

Paket macam ni mudah dibawa ke mana saja


Banyak taburan keju


Sambil cari snek tu terpandang biskut ni sebab di rak hanya tinggal 2 paket. Terus grab sebab nampak menarik dan tak pernah jumpa lagi. Kalau stok laku keras ni mesti sedap. Pek mudah dibawa dan sedap dimakan, lepas kunyah sekeping baru terasa taburan keju tu. Yang sukakan keju boleh cari dan try. Worth it!


25 Mar 2021

BAHARU Koko Krunch Maxx

 Assalamualaikum Readers


BAHARU Koko Krunch Maxx | Masa sale Shopee 3.3 lepas, sempat grab sekotak, nampak macam aumphhh sedap 😂😂 lepas makan sebiji sangkaan kami laki bini merembes, apa punya bahasa merembes 😂 Baik order Koko Krunch yang biasa tu lagi sedap! Rasa pelik coklat di dalam tak dapat digambarkan, nak makan kena rendam biar semua sebati dengan susu baru rasa nice. 


 Koko Krunch Maxx - RM 9.90


Rendam sehingga sebati baru sedap dikunyah


Koko Krunch Maxx ni hanya available di dalam Nestle Shopee sahaja. Mungkin masih di peringkat 'tester' . Rupa macam keropok coklat tetapi di dalam ada krim coklat. Sesiapa yang nak cuba beli untuk anak-anak boleh order ya. Mungkin taste orang tua macam kami tak sedap, tapi lain orang lain citarasa. 


24 Mar 2021

Sambut Birthday Maktok Di Maritime Luxury Suites Apartments, Penang

 Assalamualaikum Readers


Sambut Birthday Maktok Di Maritime Luxury Suites Apartments, Penang | Birthday maktok yang ke 78 tahun pada 3 Mac lepas, disebabkan masih PKP, maka kami sambut 6 Mac. Staycation 2 hari 1 malam saja di Jelutong. Kalau boleh rentas negeri pun FIL takkan bagi sebab risiko Covid. Sokay janji maktok happy dikelilingi anak, menantu dan cucu-cucu. 



Tunggu kondo ni buka, nak stay, nampak pool best

Maritime Block A


Maritime Luxury Suites ni best sebab di bawah ada banyak restoran termasuk Starbucks & Family Mart. Lokasi di Persiaran Karpal Singh. Nak cari makan tu jangan risau. McD pun dalam 1 km saja. Homestay kami menginap ni menghadap laut tapi tak boleh mandi. Keluasan apartments tak besar sangat, dah macam rumah flat pun ada 😂😂


Buka pintu terus jumpa dapur

Tetiba ada tilam bujang kat situ

Almari cermin tu di dalamnya tengok gambar bawah ni




Bilik bawah menghadap dapur

Bilik bawah muat 3 orang


Tandas pun sempit, menghadap dapur


Bezanya Maritime ni dalam rumah ada tangga nak ke bilik atas. Semua tingkap tak boleh buka, no balcony, arah kiblat pun salah kedudukan, WiFi disediakanbilik air sempit, agak panas juga bila tak dapat udara luar. Tak sesuai untuk family yang ramai dan saiz badan besar.


Bilik utama di atas


Style apartments 2 tingkat

Bilik air utama


Cucu-cucu lagi besaq dari maktok

Tak pasti kek flavour apa


Bilik utama di atas pun sempit, muat untuk 4 orang saja. Untuk parking hanya disediakan 1 tempat parking untuk setiap unit kondo. Ada juga parking berbayar. Buat masa sekarang, nak mandi pool ditutup. Untuk lebih info boleh tengok 'Maritime Luxury Suite' website. Kalau ada yang bercuti ke Penang boleh stay sini tapi Nina suggest better menginap di kawasan pantai lebih best 😍😎 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com