Cool Ghost Museum tempat tarikan terbaru dan best di Penang. Peminat hantu? berminat dengan hantu atau pemburu hantu kini boleh buat research pasal hantu di Cool Ghost Museum. Tempat untuk melihat dan merasai kepercayaan masyarakat tentang hantu. Sebelum masuk mesti rasa takut tapi bila berada di dalam selfie sakan sampai rasa tak mau keluar. Haha
JANGAN BACA PADA WAKTU MALAM JIKA ANDA SEORANG YANG PENAKUT !
 |
Cool Ghost Museum Entrance |
Belum cuba belum tahu apa yang ada di dalam. Muzium ini tak seperti rumah hantu, tak menyeramkan selepas korang masuk dalam ni. Ada banyak hantu versi Melayu, Cina, Jepun dan Eropah. Peluang kecemasan keemasan kerana pihak muzium menjemput geng #bloggerutara untuk meneroka keseronokkan di Ghost Museum. Percaya lah bulu roma takkan berdiri dengan adanya tour guide seperti Encik Rizal *promote
Cool Ghost Museum
57, Lebuh Melayu, 10010 Georgetown, Penang
*10 minit dari Komtar
 |
Bayaran masuk Cool Ghost Museum |
Bayaran yang dikenakan (MyKad) :
Dewasa : RM18
Kanak-kanak 7 tahun ke atas : RM8
Warga Emas : RM8
Pelajar : RM10
Kanak-kanak 7 tahun ke bawah : PERCUMA
 |
Mumia |
 |
Bersama tour guide kami Encik Rizal. Memang sporting habis layan kami |
 |
Hantu Penangal. Pernah nampak jadi memang masih wujud lagi penangal ni |
 |
Hebat tandas Cleopatra |
 |
Cleopatra Made in Penang, Malaysia *bajet |
 |
Tengkorak di lantai. Fuhh |
 |
Tengkorak ni sengih kat aku. Gigi siapa lagi cantik? Hihihihi |
 |
Firaun mesti ada kala jengking tak dapat dipisahkan |
Di Cool Ghost Museum, korang boleh memilih untuk berselfie dengan hantu dan costum yang disediakan seperti Dracula, Mumia / Firaun / Cleopatra dan juga Holloween / Witch. Boleh juga tengok hantu masyarakat Melayu seperti orang minyak, pontianak, langsuir, toyol, penangal dan banyak lagi.
Jadi apa tunggu lagi, musim cuti sekolah nanti boleh berkunjung ke Ghost Museum dan banyak lagi muzium yang menarik di Pulau Pinang. Jadi boleh masukkan nama muzium ini dalam list cuti-cuti korang nanti.
 |
Abaikan muka tahan berak tu |
 |
Vampire cute? Haha |
 |
Do you miss me Mr. D |
 |
Tak sure hantu apa tapi memang takut tengok mata Arz |
 |
Hantu Jepun kini di Malaysia. CP memang dah tumbuh rambut baru. Haha |
 |
Halloween. Pumpkin everywhere |
Terima kasih tak terhingga buat pihak pengurusan Ghost Museum kerana sudi menjemput #bloggerutara untuk meriahkan muzium mereka. Kita boleh melihat dan mengetahui tentang hantu tetapi untuk mempercayai tidak sama sekali. Terpulang kepada individu. Buat kami semua, Alhamdulillah tiada kes histeria ataupun mengigau.
 |
Nampak muka-muka ceria selepas sesi melawat hantu. Hehe |
 |
#bloggerutara happening |
 |
Kami sudah, anda bila lagi? |