18 Sept 2015

Review Filem Maze Runner : The Scorch Trials

Salam Readers..

Review Filem Maze Runner The Scorch Trials | At last dapat juga tengok Maze Runner : The Scorch Trials, movie yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak tau kesudahan cerita dari novel ke 2 siri The Maze Runner . Siapa yang belum tengok 1st movie boleh baca sini 'Film Review : The Maze Runner' . Filem ke 2 agak scary tapi yang first lagi best ! Scene kena kejar dengan 2 jenis zombie memang buat kami menjerit. Jerit sakan tak ingat orang. AMARAN : Pesakit jantung dan kanak-kanak dilarang menonton.


Keseluruhan cerita The Maze Runner dalam 5 buah novel. Kalau rajin boleh baca novel ye. Jangan sedih peminat Newton dan Teresa kerana mereka akhirnya akan mati akibat Flare dan Thomas akan diburu/dibunuh oleh Group B. Movie ke 2 ini juga box office sebanyak $124.2 million.


The Scorch Trials Movie Poster


Sinopsis :

Setelah terselamat dari ujian Maze, Thomas dan Gladers yang lain telah dibawa ke suatu tempat bernama Scorch oleh Mr. Janson. Tempat yang lebih mencabar iaitu padang pasir. Organisasi ini kononnya melindungi mereka dari WICKED, virus Flare dan Cranks, menyediakan mereka pakaian dan makanan dimana semua mangsa yang terselamat dari MAZE berlainan juga ada.


Thomas curiga tentang aktiviti mereka dengan bantuan Aris Jones, yang terselamat dari maze berlainan. Kehilangan Teresa juga menjadi tanda tanya kepada Thomas dan Gladers lain. Selepas terbongkar rahsia ketua Wicked, Ava Paige masih hidup dan Mr. Janson bekerja untuk WCKD, kerana mereka buat eksperimen ke atas Gladers yang mempunyai imun yang tinggi. Thomas dan Gladers lain nekad melarikan diri dan mencari kumpulan The Right Arm, musuh Wicked di pergunungan.


Thomas menemui bilik rahsia

Setiap malam 10 orang akan di jadikan eksperiment

The Gladers melarikan diri



Thomas dan Gladers menemui bangunan dan mereka mencari barang yang boleh digunakan sehingga secara tak sengaja Minho menghidupkan bekalan kuasa dan mereka dikejar Cranks (manusia zombie dijangkiti virus Flare) . Winston dijangkiti virus dari zombie dan mereka menyembunyikan diri sehingga pagi. Jangkitan Winston semakin teruk, memaksa Gladers meninggalkannya dan menembak dirinya dari menghalangnya menjadi zombie.


The Gladers meneruskan perjalanan sehingga satu malam, ketika tidur ditengah-tengah padang pasir, Thomas mengejutkan mereka dan melihat ada bangunan. Ketika itu, ribut petir muncul dan mereka berlari dari ribut hingga Minho dipanah petir, dia terselamat.


The Scorch

Winston dijangkiti virus dari Cranks

Menyelamatkan diri dari ribut petir


Mereka berjaya memasuki tempat itu dan dipenuhi oleh Cranks yang dirantai. Kumpulan itu bertemu Brenda dan Jorge, ketua kumpulan berbahaya yang terselamat dan menggunakan Cranks sebagai anjing pengawal mereka sendiri. Apabila Brenda dan Jorge tahu Gladers dari Wicked dan sedang mencari Right Arm, mereka bersetuju untuk membantu.


Kemudian, mereke diserang hendap oleh Wicked diketuai Janson sebelum tempat itu diletupkan oleh Jorge. Thomas dan Brenda tertinggal di belakang, yang lain telah melarikan diri dengan Jorge. Thomas dan Brenda berjaya melarikan diri dari Cranks, tapi Brenda dijangkiti. Jorge mengugut Marcus, orang yang bekerja dengan Wicked untuk tahu lokasi Right Arm.


Di gantung oleh Jorge sebelum mereka melarikan diri selepas diserang Wicked

Di Zone A, dimana ada disko dan operasi mencari The Right Arm

The Right Arm


Kumpulan itu akhirnya tiba di lokasi Right Arm, di mana semua Gladers berada dan disambut oleh Vince, ketua kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan sama ada mereka boleh kekal atau tidak. Jangkitan Brenda menjadi teruk, Vince ingin menembak dan dihentikan oleh Mary Cooper, bekas saintis WCKD yang mendedahkan Thomas adalah pemberi maklumat mereka.



4/5*


Mary menyuntik enzim di badan Brenda. Dia menjelaskan enzim ini hanya dapat dituai dari badan yang imun dan menjadi penawar kepada Flare semasa dia bekerja dengan Wicked. Teresa menghubungi WCKD dan memberitahu lokasi, yang membawa kepada serangan hendap Wicked. Ava dan Janson tiba dan WCKD menangkap mangsa untuk uji kaji termasuk Minho. Janson menembak Mary.


Thomas mahu letupkan dirinya


Selepas Thomas mengugut utnuk letupkan dirinya. Ava, Janson dan Teresa meninggalkan mereka. Dengan sebahagian kecil yang terselamat, Thomas merancang menyusup masuk ke dalam Wicked dan menyelamatkan kawan-kawannya demi tamadun manusia. Newton, Jorge, Brenda dan The Right Arm bersetuju membantu Thomas dan bersedia untuk melawan Wicked. 


Scene yang buatkan anda menjerit, rasa sedih, kecewa :


  • Mereka dikejar sekumpulan zombie yang kelaparan dan seriau tengok Winston hampir ditarik untuk dikerjakan beramai-ramai.
  • Kesemua mangsa yang tiba di Scorch bakal menjadi bahan uji kaji. Setiap malam 10 orang akan masuk ke dalam bilik dan tiada siapa keluar selepas itu. Seramm..
  • Dalam bilik itu, kesemua budak dengan imun kuat akan di tuai. Bermakna mereka dikoma dan badan mereka di 'perah' untuk dapatkan enzim.
  • Minho dipanah petir dan masih mampu tersenyum. Dalam siri ke 2, badannya nampak susut sikit, dah tak tough.
  • Menjerit bila banyak Cranks dirantai dan dijadikan anjing pengawal oleh Jorge.
  • Thomas dan Brenda dikejar oleh Cranks yang menghuni terowong, zombie jenis ada rumpai di badan. Boleh bayangkan pakai macam 'flower girl'.
  • Thomas ingat semula bila dia dan Teresa bekerja untuk Wicked, dimana Thomas cuba beri amaran kepada Teresa plan WCKD.
  • Betapa kecewanya Thomas bila Teresa mengkhianati mereka bila dia menghubungi tentera Wicked. Rasa nak bunuh perempuan tu. 

Kejamnya Ava Paige. Mampukah Thomas dan rakannya membunuh WCKD?


Nantikan sekuel ke 3 Maze Runner : The Death Cure yang bakal ditayangkan pada 17 Feb 2017

16 comments:

  1. baik reviewnya., gmbr movie pon chantek xde watermark dpt dr internet ke ;p

    ReplyDelete
  2. Lagi mebuatkan saya membuak-buak nak tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  3. tunggu suami donlod jela nanti. tak merasa nak ke wayang bila dah ada anak ni. mana pulak nk tinggalkan anak. lagi pun tak sampai hati kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. dop pahe citer ni.. yang first pun dak tengok ehehe..

    ReplyDelete
  5. kat youtube ada trailler je ke ... my anak buah suka benor cerita mcm ni ...

    ReplyDelete
  6. Nak cari DVD lah nanti. Macam best jer.

    ReplyDelete
  7. dapat tix free utk tgk filem ni tp x g pun ;-)

    ReplyDelete
  8. macam syok la ... rasa thrill ajer bila baca entry nina ni :)

    ReplyDelete
  9. kena tunggu setahun dua lagi ... tunggu sampai masuk youtube baru leh tengok ;p

    ReplyDelete
  10. abe k.el tgh download maze ni..yg hat maze dulu dah tgk..best ke cite ni

    ReplyDelete
  11. x buat keje k.el nina woi
    dok wat keje mengomen ja hahaha
    nina..lau x timbul nama k.el
    k.el bagi bom atom kt sini haha

    ReplyDelete
  12. nina nti ada star war baru
    jom pi tgk hujung dec ni

    ReplyDelete
  13. Assalam nina,
    best benor yer citer ni
    ghamai yg dok berceritera he3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com