29 Mar 2022

Itik Salai Masthar Sungai Merab

Assalamualaikum Readers


Itik Salai Masthar Sungai Merab | Entri basi bercuti di KL time raya cina tahun ini. Baru ada masa nak publish, simpan dalam draft berbulan 🤣 Hari ke 2 di KL, ibu (ibu angkat hubby) bawa kami lunch di sini sebab hubby kerap makan itik salai. Tahun lepas waktu masih kerja site, kalau hantar tender di KL, wajib singgah makan itik salai Masthar.


Itik Salai Masthar . Rasa itik lebih kurang macam makan ayam, cuma bentuknya comel sikit

Kuahnya tak pedas dan tak pekat sangat so so jer tapi masih sedap


Area KL/Sel bersepah branch itik salai ni cuma setiap branch tu rasa kuahnya berbeza. Ada yang sedap pekat ada yang tak. Yelah tukang masak berbeza. Bagi Nina branch Sg Merab ni tak umphhh macam di Shah Alam 😅 Kuahnya tak pedas sangat. 



Expectation hubby pun meleset. Pujuk dia next time turun KL, kita pi makan lagi. Macam pujuk budak-budak gituw 😂 Sapa pernah pi makan branch lain dan sedap, tolong komen 😄

28 Mar 2022

Kopi Saigon Penang

Assalamualaikum Readers


Kopi Saigon Bandar Perda | Kopi Jalanan Pulau Pinang | Kopi ni mengimbau kenangan sewaktu di Ho Chi Minh, hari-hari pekena kopi bersama blogger Anies 😄 selagi tak balik orang kata. Bila jadi fenomena setiap minggu officemate order, Nina curious sedap sangat ke? 


Kopi Saigon Bandar Perda

Matcha (sedap dan pekat, tak rasa pahit teh hijau)

Kopi Karamel (rasa sedap juga campuran kopi dan karamel. Rasa sebati)

Kopi Vanilla pilihan hubby lagi sedap! Nina tumpang sedut pun banyak
Cawangan baru Kopi Saigon di Bayan Lepas


Manfaatkan minggu terakhir bekerja di company sebelum resign dan puasa, pi lah cari kedai kopi tu sambil video call kawan sebab cari tak jumpa-jumpa 😅 Not bad, ada macam-macam flavour rupanya, tengok dalam Food Panda kurang pilihan.







Harap ramai anak muda boleh berjaya dan peniaga bumiputra dapat bertahan cari rezeki. Area bandar perda (UiTM Permatang Pauh) memang lubuk peniaga. Kalau terlajak kaki, singgah-singgah la ya.

25 Mar 2022

Nivea Repair Lip Balm

Assalamualaikum Readers


Nivea Repair Lip Balm | Sejak jadi ex pesakit covid ni, kerap dahaga dan kulit cepat kering. Baru pakai lip balm dah rasa bibir kering dan mengelupas. Habis kuarantin ajak hubby pi Design Village, pau duit dia 😂 





Nivea salah satu brand paling Nina suka. Dah bertahun pakai lip balm warna biru, nampak yang ini terus grab. Harap betul lah repairnya tu. Repair bibir ni haa. Hubby hari-hari kata itulah malas minum air bla bla. Dah bergelen air tapi masih mengelupas bibir ni. Adakah disebabkan faktor usia atau cuaca? 🤭

24 Mar 2022

Naught'y John Penang Sedap

Assalamualaikum Readers


Naught'y John Penang Sedap! | Roti John Inti Banyak Dan Keju Meleleh Di Penang | Makan Sedap Di Penang | Akhirnya penantian sebagai ex mak buyung tercapai. Anak dah setahun baru dapat makan 🤣😂 Sedih asyik ramai orang. Lastly order thru Grab Food!


Daging Cheese Moza - RM 21.40


Ayam Cheese Slice - RM 15.90



Terliur tengok iklan menari-nari di IG roti john ni. Ada macam-macam jenis. Adik ipar suka sangat. Makan sampai muak 🤤😅 Paling best dan surrr makan semasa panas, cheese meleleh di mulut. Ahhh nikmatnya. Walaupun harga agak mahal tapi berbaloi sebab sedap dan penuh cheese. 


Boleh usha menu


Kalau singgah Penang, jangan lupa masukkan nama roti john ni dalam list untuk ternak lemak. Hehe.. marilah gemok bersama-sama, sambil cuti sambil jalan-jalan cari makan sebelum puasa ni.

23 Mar 2022

Lipton Milk Tea Brown Sugar

Assalamualaikum Readers


Lipton Milk Tea Brown Sugar | Lamanya tak minum tea Lipton, kalau dulu, di rumah mak akan ada sebab setiap pagi akan minum sambil cicah biskut. Alang-alang singgah Petronas nak beli roti terpandang tin ni. Rupanya produk Lipton dah beranak pinak. Macam-macam flavour dan ini antara yang laku keras.




Minum sejuk best, rasa teh susu bersama gula perang. Terasa walaupun tak kaw. Boleh diterima tekak dan tak bau kuat. Ada sesetengah orang tak boleh bau teh susu. Kalau nampak cuba lah try.

21 Mar 2022

McDonalds Spicy McCrispy Chicken

Assalamualaikum Readers


McDonalds Spicy McCrispy Chicken | Sebagai duta tak rasmi, kan dah bagi tahu McD tiap-tiap bulan ada menu baru. Nina tak sempat try air matcha, semua tempat sold out/end of stock. So kita try burger baru ni.



1 set RM 12.97


Rasanya boleh tahan, tak pelik tapi spicy tu ada dan patty betul-betul crispy. Kena makan semasa masih panas. Sesetengah McD memang letak sos melimpah ruah. Comot betul bila makan 😅😂 Cuba try sebelum kehabisan stok. Jangan kata Nina tak payung. 

15 Mar 2022

Blogger Anies Dan Hadiah

Assalamualaikum Readers


Hamba Allah ni kalau turun Penang, benda wajib dia buat ialah SURPRISE!! Tup tup dah sampai depan kilang, tup tup dah ada depan mata, begitulah dan ulang setiap tahun 🤣🤣 


Awal Anies bagi hint nak baby girl pulak 😂


Punya lama HK ni minta Anies tolong belikan, 3 tahun dalam simpanan


Tak dilupakan, botol besar dibelinya . Boleh share laki bini 🤣


Unexpected Anies ni kalau jumpa tangan, bahu mesti ada barang. Semoga Allah murahkan rezeki buatnya. Terima kasih belikan baju lagi buat Harraz 💋 Boleh jadi fav aunty! Baju-baju sebelum ni dah tak muat, simpan untuk 'adik' di masa hadapan 🤣 

14 Mar 2022

Top Komen 2021 Blog CikSukaTaip

Assalamualaikum Readers


Baru ada masa sikit nak war-warkan. Terima kasih kerana sentiasa meriahkan blog Nina. Sangat hargai semua yang drop komen di blog ni. Adanya mereka, blog masih wujud walaupun hubby suruh bersara jadi blogger demi rumahtangga. Alhamdulillah mood masih ada.













 

Jemput baca blog dorang. Ada juga antara nama-nama yang masih setia menjadi top komen setiap tahun berturut-turut termasuk blog-blog baru. Nina ada kiriman tanda penghargaan. Minta jasa baik kengkawan yang tersenarai untuk email nama, alamat dan no.fon ke namanina0504@gmail.com . Untuk pengetahuan, parcel mungkin agak lambat untuk di pos dan secara berperingkat.

11 Mar 2022

Resepi Baked Chilies Chicken & Garlic

 Assalamualaikum Readers


Resepi Baked Chilies Chicken & Garlic | Cerita edisi minggu ini, 1st day as covid patient 😅 kuarantin bersambung maka krik krik di rumah. Mil kata masak lah apa pun jadilah ayam ni. Senang saja nak buat. Boleh baked dalam oven ataupun AF. Nina guna air fryer saja. 





Virus ada dalam badan asyik lapar. Selang 3 jam lapar 🤣🤣 kalau buat BBQ pun best ayam ni. Makan dengan nasi kosong panas-panas nikmatnya. Selamat mencuba!




Bahan-bahan :


Ayam (guna thigh)

3 sudu chilies flakes (add on ikut suka)

3 sudu gula

1 ½ sudu garam

1 biji perahan lemon

2 labu bawang putih (belah tengah)

Maggi cukup rasa (knorr pun boleh)

2 sudu minyak


Cara-caranya :


1. Gaulkan ayam bersama gula, garam, chilies flakes, maggi cukup rasa.


2. Bila dah sebati, baru letak bawang putih, perah lemon dan minyak.


3. Marinated 1 ½ jam sebab tak sabaq nak makan 😅 lagi lama lagi sedap.


4. Baked dalam suhu 180°c selama 20 minit.


10 Mar 2022

Woodward's Gripe Water Legakan Kembung Perut Bayi

Assalamualaikum Readers


Woodward's Gripe Water Legakan Kembung Perut Bayi | Jadi mak ni, anak merengek kena tahu dia sakit atau dia saja gedik nak suruh dukung 😅😂 bila makin besar ni, akal pun kemain. Menjadi kebiasaan, Harraz kalau travel, bawak jalan memang susah nak berak. Ini lah ubatnya!





FIL dah guna dari hubby lahir, bapa anak 4, banyak lah pengalaman. Apa rasa air? Jangan risau air manis, bayi akan suka cuma jangan biasakan anak minum air manis tak elok untuk kesihatan terutama gigi. 


Boleh diberi ikut dos yang dicadangkan. Nina pun guna sejak Harraz lahir, kesian tengok dia menangis tak henti-henti kalau tak berak lebih dari 2 hari. Harga RM 15.80, boleh cari di farmasi. 

8 Mar 2022

Super White Coffee Hazelnut

Assalamualaikum Readers


Super White Coffee Hazelnut | Tuan blog dah insof sikit sebab hubby tiap-tiap bulan pesan, jangan minum Starbucks sangat kita bukan orang kaya 😅 Ni haa bini cari kopi tak have-have tapi bayar RM 12.60 jugak la. Nina try minum di ofis sebab pelik asal kopi ni 'laku keras' sampai bos beli 4 bungkus.






 

Rupa-rupanyaaa lagi bertambah sedap bila minum sejuk. Time bancuh sambil kacau pun perghh aroma kacang hazel tu naik juling biji mata. Kalau beli Nescafe, serbuk kopi macam sikit tapi kalau kopi Super puas hati minum.

7 Mar 2022

Calpis Chewy Nata De Coco

Assalamualaikum Readers


Calpis Chewy Nata De Coco | Calpis ni memang setiap bulan ada saja perisa keluaran baharu di pasaran. Kali ini ada 2 perisa baru iaitu original dan mango dalam versi nata de coco. Tak pasti harga berapa, hubby beli di 7E.




Sebelum minum pastikan goncang terlebih dahulu. Memang rasa minum susu calpis dengan nata de coco. Perisa mango macam pelik sikit, Nina tak review 😅. Minum calpis sambil kunyah-kunyah nata de coco dalam bentuk kecil. Cuba lah kalau nampak.

3 Mar 2022

KFC Golden Egg Burger

Assalamualaikum Readers


KFC Golden Egg Burger | Alang-alang beli makanan untuk anak, si mak ni pun terorder burger jugak. Semua ter ter 🙈🤣 Lama betul tak makan KFC. Itu pun beli whipped potato untuk Harraz makan dengan nasi. Anak sekarang makan macam-macam, semua benda dia nak rasa.


KFC Golden Egg Burger - RM 13.99




Golden egg burger ni rasanya spicy dan berempah gitu. Seperti ayam digoreng bersama rempah ratus. Rasa Nina macam pelik sikit tapi rare untuk dicuba. Tak pasti mana datang nama golden egg tu sebab tak ada rasa telur pun 😅😅 Well bukan nama Nina lah kalau tak cuba benda pelik-pelik.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com