30 Apr 2018

Philips Dry Care Hairdryer

Assalamualaikum Readers 😃


Philips Dry Care Hairdryer HP8108/00 | Holla, bertambah seronok ronok melancong bawa hairdryer. Plan nak beli hairdryer yang kecik & travel-friendly. Nina tengok ada sale di HomePro Tesco Penang. Ioulls tau semua hotel provide hairdryer tapi tak semua hotel di luar negara ada. Harga cuma RM 39.00


Philips Dry Care Hairdryer HP8108/00


Hairdryer ini datang dengan packaging purple, lengkap concentrator & instruction manual. Ringan & senang dibawa ke mana saja. Yang penting boleh lipat masuk dalam beg. Warna pun cantik, peach+putih. Bunyi hairdryer tak terlalu bising. Perlahan dari bunyi Blender/Vacuum. Haha, 2 benda ni kucing akan bertempiaran lari 😂😂


Comel warnanya dan ringan

Sesuai untuk rambut pendek & sederhana panjang


Nak lebih mudah mengeringkan rambut boleh pasang concentrator. Hairdryer ini ada 2 speed setting. Satu untuk cool airflow, kedua untuk hot & strong airflow (efficient drying).


Lengkap dengan instruction manual

Menggunakan 1000w power ideal untuk digunakan pada rambut


Dah sebulan guna tanpa merosakkan rambut. Seolah tak pernah pakai hairdryer tiap hari. Tak galak guna setting ke 2 (hot airflow) sebab yang pertama pun dah ok. Tak sesuai untuk rambut panjang. Dengan hairdryer ni tak perlu ambil masa lama nak bersiap ke kerja dan NO rambut hapak.



Autopublish. Semoga tuan blog selamat pergi & balik 😍


26 Apr 2018

Makan Dessert Merry Me Di Georgetown, Penang

Assalamualaikum Readers 😃


Merry Me Di Georgetown, Penang | Cafe Hipster Penang | Salah satu cafe yang Nina terjah bulan lepas 😅😅 Masalah nak cari cafe ni rupanya signage kecik je di celah kedai-kedai recycle. Nasib si Lokman kaki waze, senang jumpa. Haha.. 


Will you merry me? Tempat selfie depan pintu masuk

Waffle dan aiskrim sedap betul


Cafe ni sesuai untuk buat any occasion, ada 2 tingkat dan deco kedai very cantik amat. Time kami nak makan, ada satu group budak melayu tengah buat mak baby shower. Tempat dating sesuai tapi bf bukan jenis makan makanan cafe. Demand! 😒😒


Deco cafe tingkat atas

Aiskrim dari zaman tak maju hingga kini

Should try again! Sedap tapi sayang kalau datang petang stock strawberry dengan blueberry habis

Order mint. Sedap rasa sejuk tapi portion gelas besar tak habis minum.

Banyak jenis minuman boleh dipilih


Harga makanan cafe :


1 Croffle (Waffle+2 scoops ice cream) - RM 29
*Dark Chocolate
*Cheesecake Strawberry (sedap)
*Americano (coffee)

1 Mint Chocolate Chip - 19

Subtotal : RM 48
Service Charge (10% + gst) : RM 4.80

TOTAL : RM 52.80


Cara Order : Pilih menu dan bayar di kaunter. Pilih nak duduk di mana, waiter akan hantar makanan. 




Next cafe hunting haha



Alamat : 107, Lebuh Victoria, Georgetown, Pulau Pinang.


Outlets : Gurney Paragon & Auto City


Open : 11 AM - 11 PM (Daily)
(Tips datang pagi, tak ramai cus dan air soda sold out before 3)



Autopublish. I'm away ✈ 

24 Apr 2018

Maggi Pedas Giler Ayam Bakar

Assalamualaikum Readers 😃


Maggi Pedas Giler Ayam Bakar | Maggi paling sedap setanding Samyang !! Pedas pun setanding cuma harga jauh lebih murah 😉😉 Pendapar orang lain-lain tapi Nina makan 3x suap dah meleleh air mata dan jadi budak hingusan. Rasa pedas kari tu.


Lokman memborong tapi aku belanja eh budak ni

Maggi Pedas Giler!! RM 3.30


Tak payah tengok drama sedih makan ni pun dah menangis kesedapan. Haha.. Rasanya tangkap leleh dengan packaging maggi bowl ni. Siap ada ciri-ciri keselamatan dari terkena air panas.


Nampak tak langkah2 keselamatan

Maggi pun halus. Suka jenis macam ni tak kembang semangkuk

Selepas dikocak dikacau nampak kepedasan disitu


Walaupun pedas ya amat bagi Nina lah tapi sedap dan tak serik nak beli lagi. Hehehe.. 


23 Apr 2018

NEW Starbucks Signature Chocolate

Assalamualaikum Readers 😃

 
New Starbucks Signature Chocolate | Release di 7E terpilih seluruh Malaysia pada 11 April lepas, cepat-cepat suruh despatch carikan dan angkut 3 botol. Haruslah belanja sebotol. Rasa coklat yang padu dan tak cair. Limited edition ok, kalau nak kena pi Korea 😂😂


Starbucks Signature Chocolate

Bukan semua 7E ada tau. Beli di Sunway. Situ semua air Starbucks ada

Lokman ni baguslah mintak tolong carikan 7E yang jual, terus wasap gambar. Laku keras


Harga sebotol tak silap RM 13.80. Berbotol import dari Korea. Tak sure ada lagi ke tak, yang belum cuba cepat cari. Minum 2 botol tak cukup 😅😅


21 Apr 2018

Makan Nasi Beriani Di Hameediyah Penang

Assalamualaikum Readers 😃


Nasi Beriani Sedap Hameediyah Penang | Rabu minggu lepas pekena beriani sama itu ayam madu. Marbelles! Hari tu AL, ada hal nak settle dan off day BF. Semenjak mamat tu masuk kerja shift payah nak jumpa sebab cuti tak sama 😂😂


Beriani sedap Hameediyah Georgetown


Turn Nina belanja bf jadi ada 2 option sama ada makan di Kapitan atau Hameediyah, dua resto ini beriani sedap sama kambing, orang Kedah ni kalau tak bedal beriani mamak macam weng sikit kepala. Hahaha.. Serupa ketagih ketum 😅😅😅


Since kami sampai sebelum tengahari maka resto lengang dan seronok aircond sejuk. Start makan memang tak cakap dah senyap sunyi. Menikmati ayam madu dan udang besar (mahal). Mamak dah boleh kenal muka kami 😆😆


Harga makan berdua :

2 Beriani Kosong - RM 8
1 Ayam Goreng Berempah - RM 7
1 Papadom Kecil - RM 3
1 Udang Kari - RM 25
1 Ayam Madu - RM 8.50
1 Kambing Mysore - RM 12

SUBTOTAL - RM 63.50
GST 6% - RM 3.81

TOTAL - RM 67.30


16 Apr 2018

Arnott's Shapes Grilled BBQ

Assalamualaikum Readers 😉


Arnott's Shapes Grilled BBQ Baru |Sesuai untuk si diet dan kunyah-kunyah ketika borink. Haha.. Di entri lepas perisa cheese. Ini lagi sedap. Harga juga sama RM 2.80. 


Arnott's Shapes Grilled BBQ

Boleh try semuanya dan murah 


Terdapat dalam 3 perisa. Cheese pun ok. Memang sedap dan ranggup dikunyah. Cepat saja habis sebungkus. Rasa macam makan snek BBQ


14 Apr 2018

Maggi Letup Goreng Kari Berasap

Assalamualaikum Readers 😁


Maggi Letup Goreng Kari Berasap | Ingatkan berasap mulut dan bontot tapi tidakkkk 😅😅😅 Mencari di mana letup dan berasap tu? Konfus sekejap. Yang tak tahan pedas boleh cuba ini. Semangkuk RM 2.20


Maggi Letup

Senang saja nak makan


Dengan cup yang comey lote ni. Mudah dibawa ke mana saja dalam dan luar Mesia. Memang dijual untuk kaki travel kot. Tapi kalau bawa 10 cup dan berat beg 😂😂 


Mesti kasi tengok perencah

Gebu selepas dimandikan. Ok joke

Tadaaa siap untuk dimamah


Tak expect pun selepas makan tak rasa pedas tapi harus beri komen yang jujur. Tunggu review maggi yang baru eh. Rasanya korang tahu 😁


9 Apr 2018

Makan Di Magnifique Cakes, Bandar Perda, Penang

Assalamualaikum Readers 😄


Lunch Di Magnifique Cakes Bandar Perda | Entri lepas ada orang komen nama kedai kek tapi makan western 😅😅 Resto ni macam 3 in 1, jual kek, buat event birthday, party etc & serve masakan western jika walk in. Support bisnes orang kita. 


Grilled Lamb (banyak sangat olive oil) & Olio Pasta (banyak chicken bacon+biji cili) sedap dan pedas


Harga Berdua :

Grilled Lamb w Black Pepper Sauce - RM 27.90

Spicy Olio Pasta - RM 22.90

2 Ocean Blue RM 9.90 - RM 19.80

TOTAL - RM 70.60


Salah satu resto fav Nina, kalau datang Penang jangan lupa terjah ok. Kek pun sedap dan pelanggan pelbagai race. Paling popular spaghetti/burger 😃😃


5 Apr 2018

Tips Membeli Jagung Manis

Assalamualaikum Readers 😉


Tips Membeli Jagung Manis | Jagung, jagong, jangung, corn benda yang sama. Sapa suka makan? Masalah utama bila nak beli mesti sepah dengan kulit dan bulu-bulu bertaburan. Haip jangan lucah 😅😅 Ada sejenis manusia dah timbang letak balik dalam timbunan jagung 😂


Jagung manis malu nak tunjuk body


Di Cameron ada kes jagung fake. Hati-hati membeli. Ini tipsnya :


1. Beratnya. Jika masih berbungkus daun, angkat dan rasa beratnya. Jagung ringan kerana habis dimakan ulat atau biji jagung tak cukup padat.


2. Daun lembab. Buka sikit daunnya dan rasa. Jika lembab maknanya jagung muda, segar dan kandungan air yang tinggi.


3. Warna daun hijau terang. Boleh tengok warna bulu jagung terang berwarna coklat tua.


3 Apr 2018

Blogger Kaki Review

Assalamualaikum Readers 😉


Blogger Kaki Review? Kalau bukan kaki review tak jadilah blogger. Ye dok? Maceh admin-admin FB yang masukkan link entri dalam page restoran dorang. Kembang hidung, kuncup kembang 😄 Memang tak sangka ada link ni di page Ice Bucket Malaysia. Tetiba rasa terliur pulak nak makan di Ice Bucket lagi!


Boleh pi baca. Review jujur. Dalam entri ni 2 orang dah jadi mak budak


Boleh klik baca kat sini . Lama tak makan, kalau ke Ipoh jangan lupa singgah. Makan sampai gigi beku 😅


2 Apr 2018

Rexona Passion Deodorant Spray Review

Assalamualaikum Readers


Rexona Passion Deodorant Spray Review | Siapa pakai Rejona? Nina pakai brand ni dari sekolah. Mula dari roller, ada penutup botol spray sampai lah yang latest ni lagi mudah. Mudah dibawa 😀😀 Harga RM 11.00. Guardian ada SALE


Rexona Passion Deodorant Spray


Bau feminim, bunga-bungaan yang lembut dan wangi, tahan lama. Kalau pakai sejuk ketiak tapi akan berlengas jugak kalau panas terlampau tapi akan kering dan masih bau wangi selama 9 jam 😅😅 Balik kerja peluk2 kucing mesti suka hidu ketiak den. Hahaha


Tutup dan tak perlu risau masuk dalam beg akan tertekan

Nak pakai tolak ke atas dan tekan sepuasnya


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com