Cara berkesan untuk menyimpan duit | Misi tahun ni lebih kepada nak travel kahwin saja, sampai naik pening tak tau nak fly ke mana. Biasanya siapa yang cukup duit untuk diri dia memang mampu untuk savings. Bagus kalau begitu, anda manusia bijak ! Duit adalah keperluan manusia, cuba belajar simpan sedikit duit untuk masa depan, jadi haruslah simpan dari sekarang kan kan..
 |
Try untuk simpan duit matawang asing yang lagi besar nilainya dari duit Mesia tercinta ni |
Ingatlah, orang yang kaya biasanya dia lebih banyak menyimpan di masa muda dan orang muda yang kaya adalah hasil dari simpanan mak bapaknya. Jika ada yang kaya dengan usaha sendiri bermakna dia seorang yang berjimat. 100% fakta yang betol :)
1. Buka akaun ASB
Semua orang tau kan ASB bagus untuk simpanan masa depan. Jadi start simpan dari sekarang. Jangan terkejut kalau ada lagi manusia yang malas simpan duit dalam ASB. *kurang cerdik
2. Buka 1 akaun rahsia
Rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun dari suami / isteri, boyfriend / girlfriend. Akaun itu untuk diri sendiri, jaminan jika mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda tak ke naya? (teraniaya, susah) . Itulah kepentingan 1 akaun rahsia :)
3. Jangan guna lebih daripada pendapatan
Kalau gaji cuma RM 2000 janganlah guna macam gaji RM 5000, kalau macam tu sampai bila pun tak dapat simpan.
4. Jangan apply kad kredit
Jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad 10 nak ikut juga, HELLO itu kad hutang, esok lusa kena bayar. Latih diri untuk bayar cash tak rugi.
5. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan
Kenapa 10% ? Kalau gaji kecik maka 10% tu okay la, kalau gaji berjuta lemon suka hati la nak simpan berapa banyak pun.
6. Duit jangan simpan dalam tabung
Bukan tak tau diri sendiri macam mana kan ? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak ? Jangan apply terlalu banyak ATM Card buat buku je, automatik duit selamat. Sebab malas beratur panjang untuk keluarkan duit
7. Kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit
Seperti wayang, karoke, bowling, shopping :) Ini paling azab sebab kena lawan nafsu shopping. Dah berjaya selama 5 bulan tak shopping baju, kasut etc :)
p/s: Itu saja petua try saving lama-lama seronok tengok duit yang dah disimpan. Terbukti berjaya :)