1 Feb 2016

Majlis Perkahwinan Shazwan Dan Syuhada

Salam Readers..


Permulaan tahun 2016 aku dah start makan nasi minyak orang. Bila pula orang nak makan nasi minyak aku? Itu salah satu soalan pada hari kejadian dan ada lagi gurauan yang seangkatan. Cissss olang-olang ini. Okey tahniah buat adik wan dan isteri, pak long dah ada menantu lepas ni ada cucu pula. Kemain aku ni. Nak tahu apa ayat-ayat gurauan tetamu :


  • Lepas ni turn hang pula.. Calon dah ada bila lagi
  • Kenduri Ina buat kat dewan ni pon okay juga
  • Bila cik abang nak mai? boleh berkenalan
  • Teringin nak makan nasi minyak Ina.. So sweet makcik


Bunga rampai untuk ditabur
Geng-geng mak dara
Flower girl


Rasa rimas dengan gurauan tapi hanya mampu senyum malas nak layan. Hari itu tuan rumah sponsor baju sedondon ala Boria. Letih juga sebab pagi dah kena cincang buah rojak, tiada rojak tonggek. Rojak laku lagi dari nasi minyak, adakah sebab adik manis yang potong buah atau mak dara yang hidang rojak. Dah start merepek..



Sedapnya rojak 
Rojak tak tonggek
Kekasih cerahku suatu masa dulu sekarang dah tinggi dari aku . Tunggu result SPM


Majlis dimulakan dengan tahlil dari geng masjid. Pengantin tiba dalam pukul 1.30 petang diiringi kumpulan nasyid. Nasib takda kompang. Perut lapaq tapi demi menunggu photographer, makan laksa jelah. Kenduri sekarang banyak dah pakai catering dan ada macam jenis hidangan selain nasi minyak. Kerja makan saja selagi makanan tak habis. Untuk majlis bertandang, kek diganti dengan pulut kuning 3 tingkat.



Majlis tahlil
Flower girl muka asal tak senyum
Pengantin lelaki kontrol perut
Makan beradab . diet ke?
Lauk catering dari Kulim
Pulut kuning 3 tingkat 

Groom dengan parents in law
Siblings
Nak tunggu turn Mimi mahu 6 7 tahun lagi
Tetamu dah makin kurang baru dapat makan
Ni edisi bajet gedik, makan kenyang kerja tak ada
Tahniah tuan rumah 


Sebelah malam pula, proses buka hadiah dan mengira duit yang dapat sambil buat game siapa teka paling tepat dapat makan KFC. Melepas blogger petai ni. Sob.. sob. Kesemua jumlah duit RM 3000 ++ Berbaloi si tukang kira-kira tu. Alhamdulillah lepas ni turn siapa pula? banyak lagi sepupu tak kawin. Hehe


Banyak akauntan mengira 


7 comments:

  1. cantiknya wedding ni. huhuu kak nina asal comel and makin lawa haa. hee lama tak jenguk sini. miss you sis;(

    ReplyDelete
  2. hehehe.. baju simple yet very nice...

    ReplyDelete
  3. Hai dah bergambar dengan mak dara boleh laa masuk turn.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. yang bab mengira duit paling best hahhahahah

    ReplyDelete
  5. asyik kenduri orang jer...gadis PBU bila pulak...

    ReplyDelete
  6. apasal anak dara sorang tu join geng mak dara? ;)

    ReplyDelete
  7. lepas ni baca review kenduri nina sendiri pula lah kan (nak juga cakap macam makcik-makcik nina tu :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com