31 Mar 2023

Exclusive Ramadhan Buffet The Tamarra By Irama Dining

 Assalamualaikum readers


Exclusive Ramadhan Buffet The Tamarra By Irama Dining | Buffet Ramadhan Sedap Di Penang | Selamat berpuasa buat semua pembaca. Untuk puasa hari yang ke 5 ini, alhamdulillah dapat jemputan dari The Tamarra untuk berbuka bersama mereka. Buat warga Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang berbuka di sini. Salah satu tempat makan yang paling kami laki bini suka. Menu hotel tolak tepi 😄




Lokasi The Tamarra by Irama Dining ni sangat unik, berbuka di tepi laut dan feeling sama seperti menjamu selera di hotel 5 bintang dengan persembahan live band. Terima kasih banyak-banyak owner Tamarra kerana menjemput Nina dan hubby. Jom kita tengok menu-menu berbuka untuk tahun 2023 pula. 



PEMBUKA SELERA


Nasi Kerabu Udang Lagenda with Lada Solok - Signature dishes Irama Dining

Pelbagai jenis hidangan kerabu

MENU UTAMA


Nasi Kuning Kacang Dhal

Itik Salai ni antara menu yang paling di tunggu sebab menepati selera Nina dan hubby. Kami tambah nasi sebab lauk ni

Terung Berlada Merah

Pasta bersama sos seafood, ada sotong

Nasi Beriani Kambing - menu popular tahun lepas. Nasi lembut, lamb pun lembut. Denyuttt makan menu ni. Haha


PENCUCI MULUT


Perisa Strawberi & Butterscotch

Perisa Vanila, Vanilla dengan sos coklat & Peppermint dengan cip coklat


MINUMAN SEJUK / PANAS


Teh Tarik & Kopi

Air Tembikai, Lemon & Asam Boi, Jagung & Sirap Pandan


KAUNTER AKSI


Wajib cuba ais kacang dan cendol yang diletakkan isi durian

Gulai Kawah

Kebab

Mee Kari

Satay condiment bersama sos blackpepper

Kambing golek pujaan hati! Sedap dan juicy


Untuk seberang tempahan boleh hubungi no yang tertera di bawah :


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com