3 Jun 2025

Harraz Sakit Gigi Kali Kedua

Assalammualaikum readers


Harraz Sakit Gigi Kali Kedua | Balik dari Sedim, badan Harraz dedaq (badan lemah dan panas), tak pasti sama ada sebab kesejukkan melampau mandi sungai pagi-pagi buta atau faktor lain. Once dah demam auto sakit gigi, menangis siang malam sambil pegang pipi.


Baca juga : Sedim Riverside Resort Kedah


8 Mei - Ke Klinik Pergigian Zee, doktor cakap tak perlu cabut hanya palam. 1st time Harraz cabut gigi di sini juga


Bulan lepas ada tampal gigi graham Harraz (sebelah kanan), tak cukup sebulan, gigi tu sakit semula. Risau tengok anak kesakitan, tak nak makan, badan susut. Bawa ke Klinik Pergigian Rohani, doktor kata tak boleh cabut kena tunggu bengkak surut dulu. Bagi ubat tahan sakit, kena tunggu seminggu lagi.


3 June - 4.05 pm sampai klinik Rohani

10.58 pm - menangis dan tak boleh tidur gusi bengkak

8.52 pagi - sambung menangis, tidur kejap dalam 2 3 jam selebihnya menangis, laki bini tak boleh tidur tengok keadaan anak

Malangnya, ubat surut bengkak yang klinik Rohani bagi tu tak function, pipi makin bengkak, lastly klinik ketiga dan jatuh hari Jumaat, kami ke Klinik Pergigian Gelugor, doktor sangat gently layan fobia Harraz 😦 sambil cakap "Harraz dah tak mau jumpa doktor, doktor buat gigi sakit". Doktor pun dah sebaya datuk.


Terpaksalah cerita dari A-Z apa yang 2 klinik tu buat (kalau boleh taknak buka aib orang). Hasil pemeriksaan dan effort doktor India, explain dengan cara lukis gigi di kertas sangat bagus. Nampak aura seorang doktor berpengalaman yang berkhidmat dengan tentera 😍 Doktor buat surat rujukan ke HPP (ada cop Lt Kol (Dr) tak sempat ambil gambar surat) . Katanya, gigi yang rosak tu dah cucuk gusi Harraz sebab tu bengkak.


5 Jun - Pipi bengkak macam ikan flower horn

6 Jun, 5.02 pm - Alhamdulillah sampai 10 minit sebelum klinik tutup, doktor dan staff lain tak suruh pulang tetap check gigi Harraz sebab kami ada surat rujukan

Masing-masing dah ready nak balik


Dapat surat rujukan, tak buang masa terus ke hospital, kesian anak dah beberapa hari tahan sakit. Dah mati kutu, tak tau nak buat apa. Alhamdulillah doktor Pediatrik memang pandai layan kanak-kanak, dapat sticker cartoon terus Harraz happy.


5.25 pm - masih di sini, tunggu giliran ambil ubat

Ubat dari hospital. Sangat bagus, dalam masa 24 jam bengkak surut.


12 Jun - Balik dari appointment gigi, doktor suggest 2 option (OP atau cabut + oxygen sedation). 

Rasa bersalah juga bila jadi ibu yang terpaksa bekerja, anak di bawah jagaan mama mentua, suka makan makanan manis dan lewat cerai botol susu. Kalau tak bekerja, mungkin gigi-gigi Harraz masih baik. Maafkan mama..

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com