Assalammualaikum readers
Filem Review Petaka Gunung Gede (2025) | Filem yang diangkat dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2007. Diceritakan dari Maya Azka sebagai sahabat sekaligus saksi kejadian melalui siaran YouTube Prasodjo Muhammad.
Sinopsis:
Mengisahkan pendakian dua orang sahabat, Maya Azka (Arla Ailani) dan Ita (Adzana Ashel) bersama teman-teman mereka menuju Gunung Gede, Jawa Barat. Perjalanan mereka pada mulanya berjalan lancar, sehingga tiba di Cibodas, rumah penginapan sementara menunggu untuk para pendakian, Ita datang bulan.
Berdasarkan kepercayaan setempat, pergi naik Gunung semasa datang bulan merupakan tindakan yang melanggar pantang larang. Ita diganggu makhluk hitam semasa berada di tandas. Maya mengajaknya pulang. Namun, Ita berdegil dan mahu meneruskan pendakian.
Selepas itu, bermulanya petaka satu persatu. Ita mengalami gangguan makhluk halus dan setiap kali gangguan, makhluk hutan memerintahkan supaya Ita segera dibawa pulang. Mereka cakap dia membawa 'barang' kotor, dan membuatkan ratu hutan marah.
![]() |
Gunung di Indonesia yang memiliki bunga Edelweiss |
Mereka akhirnya berjaya sampai di puncak gunung. Keadaan Ita semakin teruk, kerasukan dan pengsan. Ita masih berusaha menahan diri dari dirasuk di tambah konflik antara rakan-rakan Maya dan Ita. Berjayakah, Ita diselamatkan? Recommended untuk tengok, sedih dengan apa yang terjadi pada Ita.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.