Assalamualaikum readers
Review Filem Pulung Gantung (2025) | Nina kembali dengan entri review filem seram. Kadang kalau suami tak ada di rumah, layan sorang-sorang pun boleh, kadang maktok (nenek) umur 83 tahun pun suka nonton filem seram, cumanya kalau scene jumpscare maktok tidak terkejut, malah Nina diketawakan 😂
Apa maksud Pulung Gantung (Pati Ngendat)?
Ia adalah salah satu mitos yang berkembang dalam masyarakat di Gunung Kidul. Tak pernah ke Jogya lagi jadi tak tahu. Ia fenomena bunuh diri. Digambarkan sebagai cahaya kemerahan yang jatuh dari langit dan menimpa bumbung rumah.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang Ryan yang menerima panggilan mengatakan bapanya sudah meninggal. Ryan dan tiga orang rakannya pulang ke kampung untuk menghadiri pengebumian bapanya.
Tanpa disedari, mereka telah memasuki sebuah kampung yang dihantui oleh makhluk misteri bernama Pulung Gantung - satu entiti yang sering menyebabkan mangsanya menggantung diri apabila dihantui perasaan tertekan dan sedih. Menjadikan orang depresi, stress, dan jiwa yang lemah sebagai mangsanya.
Ketika ingin pulang ke rumah, Alana telah dirasuk bola api Pulung Gantung. Ryan berusaha untuk menyelamatkan teman wanita nya dari menjadi mangsa seterusnya. Berjayakah Ryan?
Filem ini menerima kritikan kerana dianggap kurang menonjol dari segi keseraman dan jalan cerita yang kadang-kadang kelihatan tidak serius. Elemen komedi lagi menyerlah dari berbanding unsur seram. Namun gabungan suasana kampung yang sunyi, mitos lama, dan kejadian mistik yang benar berlaku di lokasi shooting menambahkan aura misteri kepada filem ini.
🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.