28 Oct 2022

4Fingers Boneless Chicken Bites Rice

Assalamualaikum readers


4Fingers Boneless Chicken Bites Rice | 5 hari bekerja dalam seminggu, mesti fikir nak bawa bekal apa, nak masak menu apa dan lain-lain. Bila scroll Food Panda, bosan dengan menu-menu makanan yang ada, disebabkan tiada yang menarik, terpaksa order juga. Kalau tidak, lapar. 4Fingers ni memang kurang makan sebab tak pernah served makanan dalam keadaan panas, mungkin branch di Penang saja 😂 Entah dah berapa jam, makanan di masak pun pelanggan tak tahu.


4Fingers Boneless Chicken Bites Rice Box + Iced Lemon Tea (Large) - RM 24.60

Nina ambil soy garlic, Japanese rice (plain) dengan nacho cheese dip


Dalam hidup, ini baru kali kedua Nina makan. Tengok dalam FP, ramai customer complaint tapi tak pernah ambil peduli. Masih menyediakan makanan yang sejuk untuk pelanggan. At least, ayam tu suam-suam la macam ayam McD, ini tidak. Bukan tak sedap tapi ayam tu dah tak crunchy. Ahhh membebel pun tak guna, dah bayar, dah masuk perut. Sekian terima kasih.  

27 Oct 2022

Review The School for Good and Evil (2022)

Assalamualaikum readers


Review The School for Good and Evil (2022) | Netflix bagaikan wayang dalam rumah. Anytime anywhere boleh tengok. Filem yang kelihatan seakan Harry Potter tetapi untuk Netflix? Filem adaptasi daripada siri novel popular dan tajuk yang sama. 



SINOPSIS : 


Mengisahkan Sophie (Sophia Anne Caruso) dan Agatha Sofia Wylie), yang suatu hari secara tiba-tiba memasuki dunia fantasi penuh dengan pelbagai manusia dan makhluk lain termasuk dari kisah legenda seperti King Arthur, Cinderella dan sebagainya termasuk sekolah Good and Evil. 


Rambut Agatha ni kalau cicak jatuh boleh mati


Sekolah ini mendidik pelajar mereka dan menyeimbangkan antara baik dan jahat. Pelajar di sekolah ini akan ditentukan siapa baik atau jahat, Sophie dan Agatha yang berkawan baik dari kecil nampaknya akan bermusuh. Dalam usaha untuk kembali ke dunia sebenar, sekolah ajaib yang diketuai oleh Schoolmaster (Laurence Fishburne) diserang oleh penjahat yang merupakan kembar kepada Schoolmaster. Kenapa mereka bermusuh?


Cucuk jari terus ada magic

Sophie mengorat Trevor

Last-last jadi bf Agatha


Sophie di bawah bimbingan Lady Lesso (Charlize Theron), Agatha pula di bawah Professor Dovey (Kerry Washington). Rupanya ada banyak perkara di sekolah ini dan satu persatu di rungkaikan oleh Agatha. Siapa peminat fantasi, wajib tengok!

25 Oct 2022

Review The Curse of Bridge Hollow (2022)

 Assalamualaikum readers


Review The Curse of Bridge Hollow (2022) | Cuti di habiskan dengan tengok movie, tak dapat tengok wayang, tengok di Netflix pun jadi lah. Ada banyak review, Nina tak ada masa nak taip dalam blog lagi. Jangan lupa update sudah.



SINOPSIS :


Filem ini bermula dengan perpindahan Sydney bersama keluarganya ke sebuah pekan bernama Bridge Hollow. Sydney yang mulanya tidak suka berpindah, akhirnya menjadi teruja dengan kemeriahan Halloween di pekan baru tersebut. Ayahnya pula seorang guru Sains dan tidak mempercayai kewujudan hantu. Kebetulan rumah yang didudukinya sekarang adalah rumah seorang pemuja hantu bernama Madame Hawthorne. 


Madame Hawthorne


Sydney balik ke rumah dengan gembira sebab dapat explore rumah sendiri yang berhantu dan main papan ouija, dan terjumpa sebuah bilik rahsia dan terjumpa tanglung berbentuk labu. Tanpa sengaja Sydney telah melepaskan hantu Jack Stinky yang diperangkap di dalam tanglung.


Datuk bandar dan ibu Sydney

Tanglung labu


Jack yang ingin menguasi pekan tersebut pada setiap malam sambutan halloween menghidupkan patung-patung Halloween di bandar itu untuk jadikan bala tenteranya. Bersama ayah dan rakan-rakan barunya, Sydney cuba menangkap semula hantu tersebut. Berjayakah mereka?


24 Oct 2022

Milo Ice Sedap!

Assalamualaikum readers


Milo Ice Sedap! | Selamat bercuti buat semua. Plan nak ke KL terpaksa ditunda sebab mak tok admitted. Ada masa Nina bw sorang-sorang. Nowdays, ramai yang demam, batuk dan selsema. Musim penyakit orang kata. 



Nina pun dah start batuk, jangkit dari Harraz. Itu perkara biasa bagi mak-mak 🤷‍♀️ Sebelum stop minum ais, Nina try milo ice ni, memang sedap dan rasa sejuk di tekak. Macam ada ice di tekak. Memang cool untuk dicuba!

21 Oct 2022

Konvoi Karnival GEN BLU YAMAHA 2022, Teluk Batik Perak

Assalamualaikum readers


Konvoi Karnival GEN BLU YAMAHA 2022, Teluk Batik Perak | Sangat havoc ride ramai-ramai! Rupanya setiap 5 tahun sekali Yamaha akan adakan karnival. Ramai mat rempit rider dari seluruh negeri join. Kami konvoi under company hubby, kedai legend jual moto Yamaha di Penang. Seramai 50 orang + 2 org (Ford 4x4-bawa sebiji moto) join termasuk staff dan customer. Bawa moto masuk pertandingan tapi tak menang pun 😂





Ride dari pukul 2.00 petang, pukul 8.30 malam baru sampai Lumut (berapa kali berenti daaa)

10.30 malam baru checked in hotel. Nasib ada kosong


Konvoi under company, rasa selamat sikit sebab ada beberapa marshall yang iring pergi dan balik. Tokey tak mau berlaku accident. Stay 1 malam di Teluk Batik, homestay disediakan tapi siapa nak privacy boleh cari hotel lain (sendirian berhad).



8.00 pagi dah siap parking, lambat gerak memang tak dapat la nak park macam ni ikut group

ATV percuma



Flyboard ni nampak seram

Hujan dan angin kuat, tersadai jet ski. Tak dapat naik

Semua tak dapat main. Naik jelah buaian ni


Yang best karnival ni boleh tengok persembahan Baby Shima lepas tu kau main lah Flyboard, Jet Ski, Banana Boat, ATV berapa kali pun boleh sebab semuanya FREE! Yang tak bestnya, hujan, semua benda tak boleh main. Nina sempat naik banana boat. 


Bertuah manusia-manusia yang dapat bawa balik moto Yamaha sorang satu. Tak ada rezeki dalam cabutan bertuah. Bila tengok pelampung comel-comel tu, teringat anak. Seronoknya kalau dapat bawa Harraz pi Teluk Batik. Ada rezeki in shaa Allah tapi bapaknya plan nak pi ride ke Ganu nanti. Mana boleh bawa anak. Kita hanya merancang Allah menentukannyaa. Cewahhh


p/s: Yang tak kelakarnya, waktu balik sepanjang jalan hujan lebat. Baju dari kering, basah lencun dan kering semula sampai Penang 😂 

20 Oct 2022

Makanan Sedap Di Tok Papa Kitchen, Sungai Ara

Assalamualaikum readers


Makanan Sedap Di Tok Papa Kitchen, Sungai Ara | Pernah tak rasa bosan nak scroll cari semua makanan dalam apps FP atau Grab Food? Kalau tak bawa bekal, memang pening kepala fikir nak makan apa untuk lunch. Hasil dari kerajinan Nina mencari maka jumpa restoran ni. 



Set Ayam Buttermilk + Iced Thai Tea - RM 16 

Ayam buttermilk banyak


Tok Papa Kitchen ni terletak 5km dari office. Kali kedua order dan pickup sendiri sebab nak tahu lokasi. Rupanya terletak bawah condo yang baru dibuka. Patutlah tak pernah dengar tapi ramai review kata sedap dan portion tak kedekut. 



Set Sweet Rice Chicken Popcorn + Iced Thai Tea - RM 14.92 (sambal tok sedap tapi sikit)

Nina tak snap pulak gambar entrance resto. Memang rushing ambil makanan sebab lapar. Next time boleh order lagi. Sekali sekala support bisnes orang kita. Dari airport Penang ke resto ni pun dalam 7km. Yang pasti sampai jangan lupa singgah makan.

19 Oct 2022

BARU Downy French Lavender

 Assalamualaikum readers


BARU Downy French Lavender | Mengundang bencana betul bila ke Mydin. Lalu semua bahagian, semua benda nak dibelek, di tengok. Salah satunya pi Mydin sorang-sorang ter-ambil downy ni. Heheh.. boleh bagi alasan tu 😃 Begitulah wanita, nampak barang baru semua nak try. Sangat sesuai untuk peminat tegar lavender dan purple! Eh tiberr


 Downy French Lavender


1 botol ni jangan harap lah, liquid penuh. Memang dijual hanya separuh botol. Bertahan untuk 10 kali cucian dengan hanya 1 penutup botol. Itu untuk mesin front load sesuai lah. Sangat jimat. Mesin lain tak pasti. Sedap peluk Harraz bila dia berpeluh. Haha



Bau harum dan fresh lavender tu. Baju pun lembut, mudah iron. Sangat lembut baunya bila dibasuh dan dipakai. Mengandungi 100% minyak french lavender selain gabungan bunga rose dan jasmine. Harga untuk 800ml hanya RM 10.00. Berbaloi ke tidak? Kalau softener kat rumah tu dah habis, recommended untuk try.

17 Oct 2022

Eureka Savoury Cheese Sedap!

Assalamualaikum readers


Eureka Savoury Cheese Sedap! | Bukan sebarang popcorn! Why Harraz tayang makan di rumah sedangkan mama kat ofis 😂 Bertuah punya anak, dia bedal popcorn SIL (dia pun kerja). Rupanya memang sedap popcorn ni. Ada bermacam flavour. No wonder SIL borong 3 pack, kunyah sambil tengok TV. 





Mengundang ketagihan popcorn ni. Yang tengah berdiet, Nina tak pasti sesuai ke tak sebab sebiji popcorn semuanya bersalut flavour sama ada caramel atau cheese. Berminat nak cuba boleh cari di Lotus, Mydin atau 7E. Harga tak silap bawah RM 7.

10 Oct 2022

Telefilem Mandi Mayat (2022)

 Assalamulaikum readers


Telefilem Mandi Mayat (2022) | Cuti umum harini dapat layan telefilem. Kalau hari bekerja memang tak tengok TV. Telefilem seram lakonan Zul Ariffin dan Khatijah Tan bersiaran di Astro Citra (ada ulangan). Yang belum tengok silakan. Banyak pengajaran. Teringat family sebelah bapa Nina pun menguruskan mayat ahli keluarga dan juga orang lain termasuk Pak Su, pernah bekerja di bahagian forensik hospital. Banyaklah koleksi cerita seram yang dishare. Hihi


Telefilem Mandi Mayat (2022)


Memang ngam tengok Mandi Mayat ni. Jangan sampai terkena badi mayat. Buruk padahnya. Memang betul ada pantang larangnya. Yang lemah semangat jangan lah tengok. Banyak pahalanya bila buat kerja fardu kifayah ni tapi tak semua ada keberanian. 


Syawal hina mayat, terus badi mayat ikut balik rumah


SINOPSIS :


Syawal (Zul Ariffin) bekerja sebagai pengurus jenazah di rumah mayat hospital. Dia yang baru sahaja bekerja mula mendapat mayat dari pelbagai latar dan sebab kematian. Semenjak itu, Syawal mula mengalami pengalaman aneh apabila dia melanggar petua orang tua tentang pengurusan jenazah dari ibunya (Khatijah Tan) yang juga seorang pemandi jenazah sehinggalah dia akhirnya terkena badi mayat.


9 Oct 2022

Telefilem Debunk (2022)

 Assalamualaikum readers


Telefilem Debunk (2022) | Siapa yang belum tengok, silakan. Mak tok dah 2 kali tengok, dia sangat suka layan cerita seram tak sama macam MIL 😂 Memang lain dari yang lain cerita ni. Spesis hantu yang pakai make up dan suka order Food Panda 😆


Telefilem Debunk (2022)


Debunk, telefilem seram komedi berkonsepkan mockumentary bersiaran pada hari Sabtu, 1 Oktober 2022, pukul 10.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra HD. Tonton lakonan Sharifah Sakinah dan Wan Chai. Jangan risau boleh tonton secara online strim di Astro GO / Ultra Box!



Siapa kenal Ryan Bakery, mesti kenal Wan Chai. Famous juga di Tik Tok. Hubby yang ajak tengok telefilem ni, nampak iklan dalam tik tok. Sesuai sangat Sakinah jadi hantu yang tak makan sambal belacan. 


SINOPSIS :


Mengisahkan tentang pertemuan dua makhluk dari alam yang berbeza. Sofi (Wan Chai), si penyangkal hantu (DeBunker) mula mempercayai kewujudan hantu apabila dia bertemu dengan Edna (Sharifah Sakinah), si hantu. Edna merupakan seorang cheerleader yang tidak sedar dirinya telah mati dan menjadi hantu.


7 Oct 2022

Bawa Harraz Ke Cherok To' Kun (Hutan Simpan)

 Assalamualaikum readers


Bawa Harraz Ke Cherok To' Kun (Hutan Simpan) | Hampir terlupa nak abadikan dalam blog sebab semua gambar dalam phone hubby. Terletak di kawasan hutan simpan Bukit Mertajam, nama Cherok To'Kun bukan asing lagi. Dah lama berhasrat nak hiking di sini dari zaman single tak dapat-dapat. Trail tak lah susah sangat. Kawasan ini akan di tutup sehingga bulan 12, 2023. Untuk memulihara kawasan hutan. 



Jernih dan sejuk air bukit. Boleh diminum tanpa was-was

A few minutes later....

Nasib la nak tak bawa baju, kalau tak jadi anak itik dah



Dahulu kawasan ini merupakan tempat rekreasi sebab ada air terjun, selepas dijadikan hutan simpan kawasan mandi dah di tutup. Mungkin atas faktor nak menjaga alam sekitar. Yang ada hanya air yang mengalir dari batu dan akar pokok. Boleh la rendam kaki Harraz. Jadi parents ni kena la bawa anak explore alam sekeliling, kalau tak nak anak jadi anxiety bila besar nanti. Takut nak cuba sesuatu. Dah la lahir zaman covid. 


Tak pasti berapa usia pokok di sini. Yang pasti akar pokok besar-besar

Nampak agak tak sesuai untuk kanak-kanak, tapi selagi boleh jalan, kami bawa

Musim hujan atau tengkujuh, baru kawasan ni penuh dengan air


Starting dari sini, Harraz dah suka mandi air terjun. Tak takut tapi suka termasuk kalau ke pantai. Tak ada rezeki lagi nak hiking macam zaman-zaman muda. Dapat tengok nature pun jadilah 😂

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com