14 Jun 2011

Ciri Anak Tunggal (Part 2)


Malam nie borink sikit.
Kenapa ye? sebab bilik dah nampak macam bilik kot.
Sambil menghadap screen lappy & kunyah swingam.
Nak sambung part 2 pulak, 
kalo sape yang dah baca entri lepas mesti diorang faham dilema aku nie.






Kelebihan menjadi anak tunggal


 Mungkin sesetengah orang akan cakap beruntungnya aku dilahirkan sebegini tapi pada masa yang sama ada orang akan cemburu dengan kelebihan aku. Mula ada PHD kan. Macam tu la manusia, bila tunggal nak adik beradik, bila ada adik beradik nak tunggal. Sekarang nie bersyukur dengan apa yang ada.


1) Bole dapat apa saja
Orang kata anak tunggal bole dapat apa saja yang diminta. Memang betul. Masa kecil, apa yang aku minta semua dapat. Nak patung Barbie dapat, nak Play Doh dapat satu set. Kalo ada situasi dimana mak aku tak nak beli apa yang aku minta, aku akan cakap "..tak ada sape pun syg Nina.." & mak keluarkan duit sambil buat muka.


2) Tak perlu berkongsi
Kesian kat korang yang ada ramai adik beradik kena kongsi segala benda. Aku? Well tak payah berebut nak tengok cete telenovela Sepanyol kat tv but now terpaksa berebut dengan bapa semata-mata Nora Elena.


3) Dapat lebih perhatian
Segala kasih sayang mak ayah & pakcik makcik, atuk nenek dicurahkan pada kita. Bukan aku nak riak ke apa, tapi cuba korang tanya Mak Long atau Mak Ngah aku; siapa anak saudara yang paling mereka sayang? Jadi setiap tahun aku mesti dapat duit raya lebih dari sepupu lain. 


4) Tiada tekanan
Tiada bandingan yang akan dibuat. Kalo aku dapat nombor yang tinggi dalam peperiksaan pun, aku masih lagi jadi anak yang pandai dalam keluarga. Kalo nak berumahtangga, aku tak perlu tunggu kakak yang disyaki lesbian untuk kahwin terlebih dulu.


5) Anak tunggal selalunya cantik
Yeke? mengikut kata kawan yang juga anak tunggal (lelaki, dia tu perasan sebab hensem). Bukan aku nak perasan ke apa, tapi teori ini bole dipakai. Ok, tuhan sudah takdirkan yang aku menjadi anak tunggal. Sebab aku nie anak tunggal, segala gene akan turun kat aku sorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain (+ mak berketurunan siam). Ok, kita ambil contoh Qila, dia ada 5 orang adik beradik. Kecantikan dia hanya 1/6 daripada manusia biasa sebab dia terpaksa berkongsi wajah dengan adik beradik lain.


*mak sudah pesan,
nanti beri cucu banyak sikit at least 3 orang.
Aaiiiyaaaaaa, cannot GO!
Dia tak kisah siapa bakal menantu (Hantu),
asalkan bole jaga aku..

12 Jun 2011

Ciri Anak Tunggal (Part 1)


Ketika ini mendengar lagu Maher Zain sambil menaip dengan hati yang lapang & rasa bersyukur. Kenapa tiba2 aku rasa macam nie? entah la. Mungkin selepas terbaca kisah anak tunggal kot. Ya, aku juga salah seorang darinya.
Anak tunggal selalunya manja, egois & cenderung kesepian, betol ke? Ada kekurangan & kebaikannya, tengok la:








Kekurangan menjadi anak tunggal


Aku takde abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah jadi anak tunggal Nina? Itu soalan yang selalu ditanya kawan. Sebagai anak tunggal, aku ada kekurangan yang bole buat korang menitis air mata, poyo pulak...


1) Tak bole kongsi kenikmatan
Menjadi anak tunggal memang bole dapat apa saja yang kita mahu.


2) Tiada tempat mengadu
Kalo ada orang buli aku kat skola dulu bole mengadu kat abang, mengadu kat cikgu bukan diorang pecaya.


3) Kena duduk rumah seorang diri
Selalu duduk rumah sorang2 bila mak ayah kuar tambah pula waktu malam, kena tido sorang, dah la penakut nak mampus.


4) Lonely
Masa kecil dulu aku mengaku yang aku cemburu tengok kawan2 aku bergurau dengan kakak & adik diorang, mandi same2. Seronok gila ada orang untuk bergaduh. Seronok gila ada adik beradik. Malas la aku nak tulis lagi nanti aku emo pulak.


Setakat ini saja sebab sibuk nak kemas bilik yang macam tongkang pecah, tak pasal2 aku kene bebelan yang panjang berjela. Tengok la esok ke tulat ke aku tulis part 2 pulak ye. oke bubye . 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com