31 Jan 2019

Makan Di Dave's Deli, Queensbay Mall, Penang

  Assalamualaikum Readers 
 
 
Makan Di Dave's Deli Queensbay Mall Penang | Entri makan tak habis-habis kan Nina. Hahaha.. Entri makan ni semua PERAM. Kalau buah dah boleh buat jeruk madu pak Ali. Semuanya tahun lepas, tak ada idea nak mengarut. Ok lah, nak dijadikan cerita, blogger Zafirah ni tetiba wasap ajak makan Dave's Deli, katanya mengidam. Ingatkan sesaja mengidam sebab dia kalau tengok ada set-set makanan murah mesti akan terjah. Rupanya mengidam sebab dah ada baby. Lambat betoi nak pikap. Hee..
 
 
Suka sos blackpaper. Sedap! Siap minta tambah
  
Cepat-cepat ke Dave's Deli. Boleh tengok di page Instagram
 

 
Bila check dalam IG, Dave's Deli tengah buat promosi makanan mur mur. Setiap set dengan air tak sampai RM 23 . Alhamdulillah ada orang belanja. Semoga murah rezeki baby nanti. Lama juga tak makan sini, ada dalam 4 tahun. Haa.. Makanannya not bad still sama macam tahun-tahun lepas, ayam tak kecik, portion still besar, puas hati makan.
 


25 Jan 2019

Lombong Cantik Guar Petai, Pulau Pinang

  Assalamualaikum Readers
 
 
 
Frog Hill Tasek Gelugor | Lombong Cantik Guar Petai | Tarikan Di Pulau Pinang | Pernah dengar Frog Hill? Bukit Katak? Tak pernah tau pun Pulau Pinang ada lombong. Hahaha.. Mula-mula dengar macam eh ada tasik lombong ke situ, ada yang cakap di Bukit Mertajam lah. Dah lama aim nak ke lombong cantik yang mempunyai air berwarna biru dan kehijauan, lepas viral tahun 2016. Viewnya sangat cantik, banyak juga orang dah explore dan jadi tempat photoshoot pengantin.
 
 
Lombong cantik Guar Petai atau Frog Hill Tasek Gelugor
 
Bukit Katak Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Periuk kera pun ada walaupun bukan tempat sejuk

 

Terletak dalam kawasan Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Sejak viral dalam Facebook, lombong yang terbiar ni dah jadi tarikan pelancong. Masa Nina pergi tu dalam tengahari jugak,berselisih dengan bas yang tengah tunggu penumpang. Rupanya jalan nak masuk hanya muat sebiji kereta / van dan jalan tak berturap, tanah merah. Nasib lah kereta kotor, kena redah selut dan lopak air. Bf guna waze dan Alhamdulillah tak sesat. Cari signboard Kg. Guar Petai dan nampak kilang batu bata warna tanah merah. Mula-mula sampai tu macam eh masuk dalam hutan ke? dah masuk separuh jalan, apek bas cakap kalau takut kereta kotor, tak payah masuk. And yes, kereta boleh cuci kan.



Panas baq hang janji sampai
 
Seakan-akan lombong tapi bukan
 
View dari atas, cantikkan.. Credit Penang Kini
 

 
Dah nama bukit mesti lah kena hiking, jadi bawak kasut yang sesuai. Hari tu unplanned aktiviti, pakai kasut sandal naik. Hehe.. Tak tinggi sangat pun tapi kena hati-hati. Ada beberapa tips yang Nina nak share, kalau ke tempat-tempat terbiar lama ni dan kita sebagai orang luar yang tak tau apa-apa : 
 
 
 
Jangan pergi seorang diri, jarak dari jalan utama ke kawasan lombong sangat jauh, kena redah hutan, semak dan ladang kepala sawit. Kalau jadi apa-apa yang tak diinggini, tiada siapa tau dan tak ada orang yang datang nak selamatkan kita. Kalau perempuan, pergi berkumpulan dan naik kereta.
 
 
 
Perbetulkan niat, jangan cakap besar. Mohon perlindungan dari Allah supaya kita tak terkena gangguan syaitan, tempat lombong dah lama terbiar dan ada kes mati lemas mesti kena berjaga-jaga. Pergi awal pagi, tak panas sangat. Kalau tengahari tu view cantik, air lombong terkena pancaran matahari tapi sun burn la. Kalau dah nak senja elok balik, orang kata tempat buang saka, segala macam.
 
 
Jangan mandi di lombong, mana-mana lombong sangat bahaya dan kita sendiri tak tau kedalaman air lombong dan setahu Nina, air lombong tak seperti air sungai, air panas, tasik, laut atau kolam renang. Banyak kes mati lemas di lombong. Kata penduduk, bukan bekas lombong pun kolam-kolam tu tapi bekas kilang bata korek tanah nak buat bata, bila korek makin dalam maka terhasil kesan kimia dalam air tu. So, rasanya air ni selamat mandi tak?
 

Terima Kasih Blogger Siti Yang Menaip

Assalamualaikum Readers
  
 
Salam Jumaat buat semua.. Tahun baru ni tak banyak yang berubah, rutin sama macam tahun lepas. Agak lama tak blogwalking, sorry sesiap memang tak sempat nak jenguk blog sendiri. Bila ada free time me time baru BW. Kerja tak pernah habis orang kata. Tak sangka tersenarai juga dalam top komen blog Siti Yang Menaip. Terima kasih banyak SYM. Semoga murah rezeki dan tiap-tiap tahun boleh travel lagi. Hehe..
 
 
 
Comel FM
 

24 Jan 2019

Tempat Makan Best Di The Table Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Tempat Makan Best Di The Table Penang | Tempat Makan Sedap Di Penang | Salah satu restoran western kegemaran Nina dan milik orang kita, dia punya pasta kalah restoran orang putih tau dak. Sampai ada lah gegadis dari Sungai Petani mai cari makan sampai ke Penang. Nampak tak pengaruh post gambaq makanan kat IG, semua pakat nak ternak lemak. Heheh.. Kali ni mai dinner dengan bf sebab dia tak pernah ternak lemak kat sini dan hasilnya pingan licin. Berbaloi belanja dia makan, perut kenyang hati pun senang. Apa yang paling best ialah meatball homemade standing IKEA. Datang lah bila-bila masa mesti akan penuh dengan orang. Kami makan ni 19 Dec lepas, entri peram tak berkesudahan.
 
 
 
Meatball homemade sedap!

 
Spaghetti Aglio Olio Meatball pilihan Nina. Rasanya pedas dan sos blackpaper sedap. Tak terlalu pedas sampai terbakar mulut.

 
 
Makanan kat resto ni macam ada dadah, mesti ketagihan. Haha.. semua jenis mak nenek pasta sedap. Tukang masak lelaki tapi terror masak. Insaf seketika bila kenangkan skill memasak lama tak asah, sob..sob. Tak silap ini kunjungan ke 3 di The Table, lepas ni kalau ada blogger yang datang ke Penang, roger la I ya. Hahaha.. Pasti hari ternak korang akan lebih berjaya. In shaa Allah. Next time nak try kek mango, asyik lupa nak try.



Spaghetti Carbonara . Kuah lemak berkrim dan pekat, tak cair. Peminat cheese boleh cuba



Apapun, portion makanan di The Table tak pernah sikit, memang berbaloi dengan harga. Portion besar dan puas makan. Ada banyak menu spaghetti, nanti Nina try semua menu. Haha.. Kalau nak makan sini, wajib kosongkan perut, kalau tak macam mana nak isi menu-menu yang ada. Burger belum cuba lagi. Harga makanan kat sini mampu 'bayar' . Haa nak kata murah sangat tu tak lah.


Spaghetti Carbonara Meatball - RM 17.00
 
Spaghetti Aglio Olio Meatball - RM 17.00
 
Mango Tango - RM 8.50
 
Sky Juice - RM 1.00
 
 
Total - RM 43.50



Nak datang makan sini, senang saja nak cari lokasi. Confirm tak sesat, dah boleh start dinner lepas maghrib, nak solat pun Masjid Kapitan Keling dekat je. Boleh jalan kaki.



THE TABLE CAFE
 
27, Carnarvon Street,
Georgetown 10300 Penang.
 
012-385 3892
  

19 Jan 2019

Card From Adelaide, Australia

Assalamualaikum Readers
 
 
Orang kata, kalau kita berbudi, orang berbahasa. Sesuai lah untuk sorang kawan ni. Tak ambil masa yang lama untuk kenal dan jadi rapat. Tak sangka terima postcard dari May (budak intern di company lama dulu). Finally cita-cita dia dari nak menjadi Engineer bertukar ke pemandu pelancong. Pulang ke Adelaide dan menetap di sana. Balik kerja sekejap di JB (katanya boss fussy, ye faham sebab sejenis tak reti nak cakap Cina). Di ofis dulu kena pulau je, eh pelik bangsa sepet ni. Nak cuti-cuti ke Aussie boleh jumpa. 
 
 
Comel Koala, nak pos FM harga postage mahal katanya.


18 Jan 2019

Pertama Kali Jadi Pengapit

Assalamualaikum Readers

 
Pertama Kali Jadi Pengapit | Musim cuti sekolah mestilah musim kawen-kawen, kalau scroll dalam FB dalam IG berderet gambar orang kawen, yang tak kawen lagi ni mesti rasa bestnya kalau dapat kawen. Haha.. Doa semoga urusan Nina dipermudahkan Allah. Bila dah ada jemputan, maka pakat angkat kuali berjemaah. Dalam bulan 11 dan 12 dapat jemputan 5 majlis daa.. (Ini entri peram dari 1 Dis 2018 ye) . Antara jauh dan dekat, antara rajin dan malas kena buat keputusan. Ditambah nak kira bajet minyak dan tol lagi. Jadi Nina main dadu, yang mana kawan baik saja kena attend. Kira pilih bulu juga (ada yang nak kawen baru teringat kawan, kalau tak sombong).
 
 
Panas betul time ni, nak senyum pun macam terpaksa je muka tu. Ehem pengapit lelaki single lagi, cousin groom.
 
Gambar ni makcik bawang tanya kenapa tak pakai heels? Habis tu nak lebih tinggi dari pengantin
 

 
Kali ni attend kenduri kawen kawan kursus MARA di Kubu Gajah, Selama, Perak. Pengantin kan lagi 2 hari nak kenduri baru wasap bagi tau minta jadi pengapit. Pertama kali, Nina jadi pengapit. Memang tak ada pengalaman. Maceh pengantin bagi peluang nak jadi pengapit hari tu. Terharu angat-angat, macam terima award. Pasangan pengantin ni satu sekolah, datang raya rumah Shera ni mesti berteka-teki mana satu bakal suami dia sebab ramai sangat lelaki. Hadeh.. Terjawab sudah.
 


Maceh bf, kesian kena makan sorang-sorang. Haha (bukan senang dapat makan best)

Semua simple! Dari pelamin hingga ke baju


 
Wedding ni tahun lepas, bayangkan dalam sehari ada 3 kenduri kawan. Ya rabbi, mana 1 nak pergi ni, last-last 2 majlis lagi di Kulim tak pergi. Faham jelah dah jadi pengapit ni mana boleh balik awal. Nak ternak lemak lagi, selfie tu wajib. Hurm.. kalau lah ada pintu Doreamon kan senang. Haha.. Tak ada kes nak merajuk ke kecik hati ke apa kan. Tahniah di ucapkan buat Shera dan pasangan, dari raya tahun lepas berteki-teki mana 1 orangnya bila tengok ramai beno kawan sekolah dating beraya. Hahah.. Pandai depa simpan rahsia. Apa pun sedap lauk kenduri.
 

Kawan sebilik, sebantal

 
 
SELAMAT PENGANTIN BARU
 
NURUL SYAHIRAH OSMAN & ZARIL FIKRI DARUS


Auspicious And Prosperous Celebration Of Chinese New Year, Lexis Suites Hotel Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
 
Auspicious & Prosperous Celebration Of Chinese New Year, Lexis Suites Hotel Penang | CNY Buffet Dinner | Tuan blog kembali lagi dengan entri makan-makannya yang tiada penghujung. Cewah.. Kali ini nak mempromosikan menu makanan untuk Tahun Baru Cina di Lexis Suites Penang. Menu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, apa yang ditunggu tu? Mestilah dim sum dan masakan Chinese yang dapat dimakan setahun sekali di Lexis ni. Semuanya sedap dan ekslusif hanya di Lexis Suites Penang sahaja. Tahun ini Lexis menyediakan menu untuk buffet dinner, steamboat set9-course set meal.
 
 
 
Fortune Yee Sang with Condiments and Dressing
 
 
 

 
 
 

Tahun baru cina bakal tiba tak lama lagi, dengan itu Lexis Suites Penang sudah mula mempromosikan menu-menu terbaik di hotelnya. Para tetamu boleh menikmati hidangan di Roselle Coffee House. Executive Chef, Johnno Fong dan team kulinari yang bertanggungjawab menyediakan hidangan buffet perayaan tahun ini. Sila bawa kaum keluarga, orang tersayang dan kawan-kawan untuk menjamu selera masakan Chinese ini. Pasti ada dikalangan orang Melayu yang gemarkan makanan Chinese, salah seorang blogger SYM. hehe
 
 
 
Hot Dishes
 
 
 
Sedap!

Try ini juga


Paling cepat habis

Isi ikan lembut. Suka

First time makan terus suka


 
 
Salad Bar & Chilled Table
 
 
Assorted Lettuce with 10 type condiments





Assorted Salads

Rojak buah 7 type of fruits with condiments and sauce
 
 
Cheese Platter (5 types of cheese)

  
 
Lexis Suites Penang menawarkan hidangan bersama kemeriahan tahun baru cina dengan tema tersendiri. Nampak meriah dengan dekorasi terutama tanglung. Suka theme di Lexis Suites, wajib selfie. Hehe.. Jangan lupa untuk mencuba Salmon Yee Sang. Ini antara senarai Chinese New Year Buffet Celebration 2019 yang terbahagi kepada beberapa bahagian :
 

 
*Salad bar & chilled table
Fortune Yee Sang with Condiments & Dressing
*Soup
*Hot Dishes
*Seafood On Ice
*Action Counter
*Goreng-goreng corner
*Dessert

 
dan juga 1 set of full steamboat - all ingredients & condiments on the side.
 
 
 
Soup
 
 
Chinese Emperor Seafood Chowder
 
Ang Ang Tomato Clamps Soup
 
Bread Roll & Butter

 
 
Seafood On Ice


Fresh Seafood with condiments
 




Ketika menjamu selera untuk buffet dinner, pelanggan dapat menikmati makanan sambil menyaksikan Dou Mask performance, God of Prosperity/Fortune walkabout, live band performance dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Bagi yang menikmati hidangan Steamboat set, didatangkan khas dengan tomyam, chicken soup, creamy fish soup atau herbal soup dan juga makan bersama chicken meat slice, lamb slice, fish fillet, flower crab, baby octopus, prawn, enoki mushroom, scallop and banyak lagi.
 

 
Action Counter
 
 
Baked Whole Fish with Thai King Sauce

Ini paling nina suka
 
Steamed 4 types of Dim Sum

Mixed Bun and Man Dou



 
 

 
Goreng-Goreng Corner

 
 
 
Spring Roll, Cucur Manis. Tempura Squid, Pumpkin Fritter



Untuk sesiapa yang berminat nak mencuba Salmon Yee Sang, boleh menempah dengan harga RM 108 per set untuk 10 orang. Available untuk dine-in atau take away dari 4th - 19 Februari 2019 mulai jam 11 pagi hingga 10 malam. Early bird discount of 20% akan diberi untuk harga orang dewasa jika membuat tempahan dari 14th - 28th January 2019. Apa tunggu lagi, cepat-cepat tempeh sekarang.




Dessert
 




Assorted fruit platter

Mandarin Orange
 
Chocolate fountain with rock condiments
 
Mini French Pastries



 

Ice kacang, 3 type of ice cream and condiments

 
 

 


Warm water, ice water, fruit punch, sirap sunset

Jangan lupa try honey ginger tea. So refreshing

 
 
Terpulang mengikut citarasa masing-masing, wajib cuba signature dishes seperti Braised Dried Oyster Moss Assorted Mushroom with Broccoli, Steamed Grouper with Thai Fragrant Sauce, Seafood Treasure Fried Rice with Ebiko or Double Boiled Exclusive Sea Coconut with Ginseng Root and Sea Bird Nest. Kesemua 9 menu set didatangkan bersama dengan Yee Sang set untuk setiap meja.
 
 
 
Recommended to try
 
Bila dah ramai blogger yang balik. Kita sambut birthday bf

Minta staff hotel simpankan kek


With all the bloggers. Thank you so much Lexis Suites Hotel Penang
 
 
  

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 04-628 2888
atau email kepada reservations@lexissuitespenang.com Selamat tahun baru cina dan selamat bercuti readers !
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com