14 January 2019

96 Teko : Rotinteko @ Bukit Mertajam, Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
 
96 Teko : Roti & Teko, Bukit Mertajam, Penang | Ya habibi, ana datang lagi dengan entri makan-makan. Sabaq jalah kalau masuk blog Nina. Tambah-tambah kalau readers tengah lapar. Maafkan kita awak awak semua. Dah lama nak try makan sini, ada lah keinginan tu dalam 5 bulan, plan nak terjah dengan blogger Zaf tak kesampaian, pi terjah dengan bf. Haa.. Dari pemerhatian Nina, kalau nak cari café ni tanpa pakai waze jawabnya sampai ke sudah tak jumpa. Rupanya di bawah apartment, kat area situ ada 2 apartment dengan nama yang berlainan, kalau tak tau nama memang salah masuk kawasan. Makan kat sini bertarikh 8 Dis 2018. Yaaa lama baru nak up story.
 
 
 
96 rotinteko

Burger arang

 
 
96 Teko ni bangunan 2 tingkat dan di tingkat atas ada hall untuk adakan sebarang event. Dalam IG, bila usha rupanya dah banyak orang buat dinner anniversary, birthday, farewell etc. Kesian tak tau. Haha.. Makanan di sini more to western food, next time nak try pasta pulak sebab malam tu, try burger arang saja memandangkan perut sengkak lagi. Yelah tak sampai sejam makan, lepas tu makan lagi.
 
 
 
Bangunan restoran ni

 
 
Food presentation simple sangat dan size burger medium, nampak tinggi disebabkan patty 2 lapis, sos cili, mayonis, cheese dan salad. Air pulak Nina pilih Strawberry Soda dan Cappucino Cold (bf). Harga makanan di sini affordable, korang boleh juga pilih roti yang bermacam jenis dan dressing pun berlainan. Ala macam masuk Subway. Apa yang menarik perhatian ialah deco kedai ni, antic vs modern. Tak masuk dalam pun, just makan kat luar sebab bf boleh bagi makan kucing jalanan yang ada kat café ni.
 
 

Total makan berdua :
 
Charcoal Rome 96 - RM 12.90
Strawberry Soda - RM 8.90
Cappucino Cold - RM 9.90
 
Total : RM 31.70
 

 
 
96 Teko : rotinteko
  
 
Alamat : G-11, Kondominium Prominence,
Lorong Perda Utama 3, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam.
 
 
Official FB : rotinteko96
 
 
 


4 comments:

  1. nyum nampak sedap! bangunan pun lawa

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete
  2. Berger dia tu nampak ohsem sangat..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com