15 Jan 2019

Map Travelodge Cameron Highlands, Pahang

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Map Travelodge, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang | Hotel Murah Dan Selesa di Cameron Highlands | Bersambung entri short vacay di CH bulan 8 lepas, ini semua unplanned trip lepas dapat wassup dari Blogger Zaf, katanya ada job review berbayar di CH, apa lagi wassup pulak Blogger Mek di Klate nuu.. Alhamdulillah, rezeki Nina mungkin, mek perlukan sorang lagi blogger. Dah confirm, apa lagi kalut cari hotel memandangkan Nina akan review 15 & 16 Ogos (cuti Hari Malaysia pada Isnin), jadi pagi Sabtu tu dalam pukul 8 plan nak gerak ke sana dengan BF.
 
 

Map Travelodge Tanah Rata
 
Pintu masuk

Receptionist

Deco yang ada
 


 
Alhamdulillah dengan kepantasan mencari tempat nak stay 1 malam di CH tu, godek punya golek dalam Booking.com jumpa la hostel ni. Ya ampun, best gila! Dah lama nak stay hostel macam ni tau. Macam biasa booking dan bayar kemudian. Yang bestnya ada bilik untuk ladies only, dan bilik bercampur lelaki perempuan untuk BF (ada la dia tengok rambut budak bertudung tu, bagi lelaki tengok free ke) Haha.. Nasiblah labu, sebab bukan orang tempatan saja tapi mat saleh pun banyak.
 
 
 
Almari pun besar

Comel katil
 
Hanger setiap katil

Kipas tak function, lagipun Cameron dah sejuk

Locker di bawah

Ini ruang tidur bilik bf



So far bilik yang Nina stay pun ada group minah saleh. Nampak tak, ada jugak minah saleh nak stay bilik ladies saja. Privacy untuk gadis lebih banyak dari bilik campur lelaki dan perempuan. Untuk bilik Nina hanya RM 35 (no window) maknanya tak menghadap tingkap, bilik BF RM 40 (window), view pagi, dia akan nampak padang SK Convent.
 
 
 
Toilet nice, bersih

Tengah malam turun ambil gambar

Ada selimut pun masih sejuk gedik lagi

Puas nak belek muka

Tak perlu nak berebut

Stay lama tak dak hal

Comelnya keychain

 
 
Apa yang best Map Travelodge ni :

 
  • Bilik bersih ya amat
  • Wangi
  • Cermin yang besar, puas nak belek muka
  • Katil yang selesa
  • Tandas yang bersih, ada 2 bilik tandas
  • Ada 2 hair dryer
  • Heater semua berfungsi dengan baik
  • Ada locker untuk setiap katil
  • No aircond atau kipas (Cameron dah sejuk)
  • Ada selimut pun masih rasa sejuk gedik, better bawak untuk keselesaan sendiri
  • Berdekatan dengan Starbucks, market pagi, Old Town, restoran mamak & melayu
  • Parking agak terhad tapi masih boleh park, cuma kena pandai cari
  • Boleh cari lokasi hotel pakai waze, confirm tak sesat
 


8 comments:

  1. kaunter reception mcm kt kopitiam ;-)

    ReplyDelete
  2. Hostel dia cantik and nampak cozy especially for capsule hostel macam ni.

    ReplyDelete
  3. Menariknya.. Kalau backpaking dengan kengkawan bolehlah stay hostel macam nie.. kemudahan pun best..

    ReplyDelete
  4. Berbaloi dgn hrga cantik selesa tu penting

    ReplyDelete
  5. takde tingkap pun ok, hostel cantik..

    ReplyDelete
  6. Wah! menarik sangat ni untuk backpackers kan...

    ReplyDelete
  7. menarik nyer.
    simple. sesuai kalau travel single, kan.
    CH memang sejuk. terutama mlm, ya Allah sejuk nyer!!!
    kipas memang boleh berehat la dari bekerja hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com