16 Jan 2019

Makan Sushi King Di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

 Assalamualaikum Readers
 
 
Brunch Sushi King, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya | Cakap pasal makan dengan Nina takkan pernah habis. Sana makan sini makan, sampai bila nak habis daa.. Ada pulak kawan-kawan kaki makan yang suka suggest tempat makan apa lagi syiokk habis. Dah lama plan nak makan sini dengan adik-adik tapi timing tak kena. Sejak si Adik (panggilan untuk adik angkat) start kerja, niat nak belanja kakak Nina bila dapat gaji pertama tapi sampai gaji dia yang entah ke berapa baru dapat belanja. Ok lah janji ditepati bukan janji capati. Haha.. Entri peram dari 23 Sept 2018. Haa lama kan?
 
 
Tukang belanja ni memang suka sushi king

 
Bersama jr sekolah a.k.a gf tukang belanja

 
Semoga murah rezeki adik Lokman. Bila masuk sushi king ni, style order makanan dah bertukar sikit. Kalau dulu tak ambil set cuma ambil pinggan-pinggan yang berjalan tu. Sekarang lebih suka ambil set, lebih murah dan kenyang. Biasanya pinggan tu setiap warna, harga pun lain-lain. Rasa bersalah nak makan banyak-banyak sebab orang belanja. Masih ada hati perut, limpa apa semua tu. Haha..


Udang tak pernah dilupakan
 
Kecik aiskrim, tak puas kalau makan

 

Siapa yang lama tak ternak lemak di sushi king boleh singgah, ada set menu baru dan mesti lah sedap. Tengok pun dah rambang mata. Seronok juga sekali sekala orang belanja, kita pun nak murah rezeki kena belanja orang juga kan. Pesanan ikhlas untuk diri sendiri dan readers.
 


3 comments:

  1. Sushi King dah ada menu baru? Interesting. Dah dekat 2 tahun tak singgah Sushi King.

    ReplyDelete
  2. orang belanja... apa lagi.... ;-)

    ReplyDelete
  3. orang lanje, sila tingkat2kan piring sushi tu :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com