24 January 2019

Pasta Sedap Di The Table Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
 
Pasta Sedap Di The Table Penang | Tempat Makan Sedap Di Penang | Salah satu restoran western kegemaran Nina dan milik orang kita, dia punya pasta kalah restoran orang putih tau dak. Sampai ada lah gegadis dari Sungai Petani mai cari makan sampai ke Penang. Nampak tak pengaruh post gambaq makanan kat IG, semua pakat nak ternak lemak. Heheh.. Kali ni mai dinner dengan bf sebab dia tak pernah ternak lemak kat sini dan hasilnya pingan licin. Berbaloi belanja dia makan, perut kenyang hati pun senang. Apa yang paling best ialah meatball homemade standing IKEA. Datang lah bila-bila masa mesti akan penuh dengan orang. Kami makan ni 19 Dec lepas, entri peram tak berkesudahan.
 
 
 
Meatball homemade sedap!

 
Spaghetti Aglio Olio Meatball pilihan Nina. Rasanya pedas dan sos blackpaper sedap. Tak terlalu pedas sampai terbakar mulut.

 
 
Makanan kat resto ni macam ada dadah, mesti ketagihan. Haha.. semua jenis mak nenek pasta sedap. Tukang masak lelaki tapi terror masak. Insaf seketika bila kenangkan skill memasak lama tak asah, sob..sob. Tak silap ini kunjungan ke 3 di The Table, lepas ni kalau ada blogger yang datang ke Penang, roger la I ya. Hahaha.. Pasti hari ternak korang akan lebih berjaya. In shaa Allah. Next time nak try kek mango, asyik lupa nak try.



Spaghetti Carbonara . Kuah lemak berkrim dan pekat, tak cair. Peminat cheese boleh cuba



Apapun, portion makanan di The Table tak pernah sikit, memang berbaloi dengan harga. Portion besar dan puas makan. Ada banyak menu spaghetti, nanti Nina try semua menu. Haha.. Kalau nak makan sini, wajib kosongkan perut, kalau tak macam mana nak isi menu-menu yang ada. Burger belum cuba lagi. Harga makanan kat sini mampu 'bayar' . Haa nak kata murah sangat tu tak lah.


Spaghetti Carbonara Meatball - RM 17.00
 
Spaghetti Aglio Olio Meatball - RM 17.00
 
Mango Tango - RM 8.50
 
Sky Juice - RM 1.00
 
 
Total - RM 43.50



Nak datang makan sini, senang saja nak cari lokasi. Confirm tak sesat, dah boleh start dinner lepas maghrib, nak solat pun Masjid Kapitan Keling dekat je. Boleh jalan kaki.



THE TABLE CAFE
 
27, Carnarvon Street,
Georgetown 10300 Penang.
 
012-385 3892
 
 

 


3 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Spaghetti Carbonara Meatball tu nampak ohsem betul kuah dia.. pekat memikat..

Farah said...

Interesting cause they don't look like western food though they are ones ^^

dear anies said...

banjir tuuuu... tp tu la yg best

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com