29 Apr 2020

Resepi Potato Fingers Untuk Minum Petang

Assalamualaikum Readers



Resepi Potato Fingers Untuk Minum Petang | Dapat resepi ni di FB tapi bila cari balik dah tak jumpa. Banyak kali tuan empunya resepi akan hide lepas share resepi. Tak pasti kenapa dan sebab itu Nina screen shot simpan dalam fon dan cuba buat. Tak cuba tak tahu kan. Sesuai sangat untuk minum petang Nina dan keluarga pada 10 April lepas 😋 Dah lama buat baru teringat nak share. Hehe.. sesuai lah buat untuk anak-anak bulan puasa ni. Tak susah nak buat.



Potato Fingers dah siap!


Potato fingers ikut suka hati nak bentuk macam mana



Makan panas-panas cicah sos cili memang sedap 😋😄 Tapi tak sesuai buat frozen sebab bahan utama kentang. Memang takkan tahan lama sebabnya rasa kentang akan bertukar rasa masam. Kalau teringin nak makan, kena habiskan juga. Ikut resepi ini akan dalam satu tapaware dalam 25-30 biji. Kalau nak buat dalam kuantiti sikit boleh kurangkan bahan-bahan ya. 




Gaulkan semua bahan-bahan. Lobak terlebih banyak pula Nina letak


Bahan-bahan pun simple



Bahan-bahan :


3 biji kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
1 pokok daun bawang dihiris
Setengah batang carrot dicincang
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam


Nota : Tepung beras untuk potato fingers yang ranggup. Kalau tak ada tepung beras boleh letak tepung jagung saja.




Dah boleh start buat bentuk janji menjadi bila goreng



Cara-caranya :


1. Rebus kentang dan lenyekkan.

2. Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan.

3. Bila doh nampak kering tambah 2 sudu kecil butter/minyak.

4. Bentukkan macam mana korang suka. Boleh buat dengan anak-anak.

5. Biarkan selama 5-10 minit dalam dalam peti ais sebelum goreng.




28 Apr 2020

Pantun Jarjit Singh Versi Selebriti

Assalamualaikum Readers


Semenjak PKP melanda Malaysia, ramai rupanya rakyat negara ni masuk dalam ketegori kelakar, harap boleh jadi pelawak antarabangsa macam Harith Iskandar tu. Boleh jadi bawang rangers, suami pakai baju isterilah, jadi penulis lirik dan macam-macam lagi dalam ig tu. Tapi budak-budak Twitter lain pulak, Nina dah lama tak tengok twitter sejak account kena delete sebab setahun tak buka 😂😂 Malas nak buat account baru 😆😆 Nina simpan sini. Haha.. memang berbakat budak-budak Mesia. Dalam banyak-banyak watak Upin Ipin, muka Jarjit jugak.



Belanja satu gambar tunang tahun lepas (belum buat entri lagi), posing style Dua Lipa takkan lapuk di telan zaman


Rajin betoi edit muka-muka watak Upin Ipin masuk dalam klip video Dua Lipa. Hahaa rakyat tak ada kerja kat rumah















27 Apr 2020

Origina Dairy Tamar Milk Sedap!

Assalamualaikum Readers



Origina Dairy Tamar Milk Sedap | Sedap pula di minum dan makan bersama aiskrim Magnum macadamia salted caramel 😋😋 Bulan puasa ni antara yang menjadi pilihan berbuka ialah susu kurma selain buah kurma. Hari ke-2 berpuasa, tunang buat surprise mai rumah. Tiba-tiba muncul depan rumah. Dalam kepala memikirkan mimpi apa mamat ni, mesti ada benda tak kena. Antaranya nak Nina masak 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Jadi hari tu terpaksa relakan hati masak gulai ikan jenahak untuk dia (nasib makan sampai licin). 



Origina Dairy Tamar Milk dan Magnum Macadamia Salted Caramel beli di 7E


Origina durian belanda pun sedap



Oleh itu dirasuahkan dengan air kurma dan aiskrim 🙄🤣 Pandai betoi nak makan itu ini belikan jajan. Nanti Nina share resepi gulai bakal laki cheq suka makan naa dan beberapa lagi resepi masakan bodo-bodo tapi dia suka. Ok apa yang best susu kurma ni ialah tak rasa manis sebab gula tapi rasa susu asli dicampurkan dengan kurma. Lain dari rasa susu kurma Farm Fresh. Yang belum pernah minum boleh cari tapi Nina tak tahu harga. Nama pun orang belanja.



Susu import dari Australia. Kalau farm fresh dari Kuantan


Susu dah tuang semua ke dalam gelas ni. Tak puas minum


Magnum Macadamia Salted Caramel pun sedap! Manis tak sampai tahap potong kaki


Entah kenapa warna kuning, mungkin sebab kacang macadamia warna kuning kot



First time Nina minum susu kurma ni, sesuai untuk sesiapa yang tengah diet dan penghidap kencing manis sebab tak ada gula. Sesuai untuk kanak-kanak juga. Sekarang bersepah produk berasaskan susu kurma, McDonald’s pun dah keluarkan kurma latte. Sedapnya kalau dapat rasa semua 😅😂 Selamat berbuka semua 🙋🏻‍♀️


26 Apr 2020

NEW McDonald’s BBQ Beef Burger

Assalamualaikum Readers


NEW McDonald’s BBQ Beef Burger | Sehari sebelum puasa, Nina keluar semata-mata ke McD sebab nak cuba menu baru antaranya foldover ikan dan aiskrim pisang sayangnya tak ada lagi. Mungkin di KL saja dah keluar menu tu 😌 Tak nak menghampakan diri nampak lah iklan burger baru di board tu. Gigih tunggu dalam long Q mesti kena cuba sesuatu walaupun tau nanti tak boleh puasa 🤪🤪 Dah cuba McD baru ni? Food Panda boleh hantar tapi teringat kakak kawan tunang Nina dah dijangkiti dari rider food panda. Scary! Baik lah pi beli sendiri, order, bayar duit dapat makanan terus balik. Nasib baik ada McD Bagan Ajam boleh pi beli tanpa ada roadblock polis.



NEW McDonald’s BBQ Beef Burger


Set besar RM 19.50 (french fries + minuman Ice Lemon Tea)



Nampaknya bulan puasa ni kena pi McD lagi lah sebab nak cuba foldover tu. Dah la keluarkan time puasa saja 🤦🏻‍♀️ BBQ beef burger ni, jangan expect akan sama rupa bentuknya dengan iklan. Jauh panggang dari api. Nampak mengecewakan tapi bila tengok patty dan sos BBQ meleleh keluar rasa hampa tu berlalu pergi 😆 Patty yang tak nipis dan tak tebal di apit bersama kepingan cheese dan sos BBQ (nasib baik meleleh) kecuali roti bun nampak kemek janji kenyang.



Sos BBQ meleleh. Nasib McD tak kedekut sos


Not bad rasa patty BBQ beef ni bagi Nina. Patty lembut sekejap kunyah dah habis


Promosi McDonald’s sepanjang ramadhan ini. Semua sedap! 





Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka. Yang belum cuba boleh ke McD atau food panda akan hantarkan sampai ke rumah. Musim PKP ni banyak panda bersidai di McD ambil order. Dorang pun cari rezeki jugakkan. In Shaa Allah kita boleh hadapi bulan ramadhan tahun ini dengan tabah. Alhamdulillah petang mesti hujan lebat, tak rasa dahaga sangat 😍


24 Apr 2020

Bungkus Je.. Berbuka Di Rumah Dengan Royale Chulan Penang

Assalamualaikum Readers



Bungkus Je.. Berbuka Di Rumah Dengan Royale Chulan Penang | Selamat berpuasa buat semua umat Islam untuk hari yang pertama. Tahun ni rasa sebak dan sayu pun ada, tak dengar keriuhan di masjid, berterawih. Semoga terus kuat dan waktu nak berbuka juga terasa lain. Tak dapat ke bazar, hanya berbuka di rumah oleh itu Royale Chulan Penang mengambil kesempatan untuk meraikan bulan ramadhan bersama para pelanggannya dengan menu-menu berbuka yang kecur air liur 😋😋



Bungkus Je.. Berbuka Di Rumah Dengan Royale Chulan Penang



Malas nak masak untuk berbuka? Tak boleh berbuka di luar macam selalu? Bungkus je dan makan di rumah. Kalau tak tahu nak bungkus di mana boleh try bungkus makanan dari Royale Chulan Penang. Ini tahun pertama hotel-hotel buat takeaway dalam bulan ramadhan untuk orang ramai berbuka. Apa kata, cuba masakan dari Royale Chulan Penang yang menyediakan takeaway untuk berbuka dan merasai lauk masakan melayu yang tiptop. Jom tengok set yang ada dan harga setiap set ⤵️⤵️
                        

SET A

RM45 for 2 pax
RM80 for 4 pax


SET B

RM108 for 6 pax
RM200 for 8 pax


SET C

RM300 for 10 pax


Boleh tengok poster dekat bawah untuk lebih lanjut hidangan Set A, Set B, Set C dan juga hidangan Ala Carte.






Bagi yang nak order boleh la start menempah dengan :

- Call atau WhatsApp
016-330 3408

atau call

+604-259 8888 (ext 8910)

Sertakan :

 1. Nama
2 . Alamat
3. Tarikh pick up
4. Menu & Quantity

Order mestilah dibuat 6 jam lebih awal

Bayaran : Instant Transfer
Affin Bank
101070012325
Boustead Weld Quay Sdn Bhd



23 Apr 2020

Selesai Ujian Saringan HIV Untuk Pengantin

Assalamualaikum Readers



Selesai Ujian Saringan HIV Untuk Pengantin Di Klinik Kesihatan Butterworth | Ujian HIV Sebelum Berkahwin | Alhamdulillah selesai satu bab rabu lepas. Nina ajak tunang buat ujian 6 bulan sebelum majlis. Tak nak buat ujian dalam bulan puasa, hanya perlu bawa borang yang lengkap dan interview dengan pegawai pejabat agama. Borang nikah dah submit secara online. Mudah dan cepat. Nak buat ujian saringan HIV hanya di Klinik kesihatan kerajaan sahaja. Tak boleh sesuka hati buat di klinik biasa. 



Borang ni boleh download di website jabatan agama islam. Setiap negeri ada kot


Tunggu result HIV 30 minit saja. Kami nak buat ujian Talasemia lepas raya (yang ni tak perlu pun tapi sebab tak nak zuriat ada masalah darah better check walaupun keluarga normal)



Sebelum buat ujian, ada baca beberapa pengalaman blogger tapi macam menakutkan, kena ujian itu ini 😅🥴😱 Nasib baik Nina dah print segala borang di ofis dan simpan dirumah. Pheww.. Kami sampai klinik dalam 10.00 pagi. Selesai check suhu terus ke kaunter, isi borang. Ada doc dan staf tanya rukun iman kat tunang. Stay negeri sama, mudah nak buat segala urusan ke sana ke sini ke sana sini 😆😆 Paling selamat, dari rumah ke klinik tak perlu hadap roadblock polis 👮🏻‍♂️👮🏻



Banyak betul borang kena isi


Buku pink ni macam-macam soalan, semuanya tanya ada sejarah penyakit ke tak, bila mula datang period etc


Tunggu giliran sekejap, tak banyak test, hanya ambil darah dan tunggu result. Then tunggu doc chop borang dah settle. Nampak macam staf tak nak orang stay lama dalam klinik.



Selesai tunang buat bayaran RM 1/seorang, tunggu angka giliran sebelum doctor check borang dan kami kena masuk bilik lain, ambil darah. Tunggu result dalam setengah jam. Ambil darah pun mudah, urat timbul sambil doc bebel isu nikah online yang dikhuatiri tak sah (masalah internet dan akad nikah tak lancar). Layan saja 😆 Dalam sejam setengah dah selesai. Ambil borang doc cakap result negatif, kami pun keluar dari klinik. Risau stay lama dalam kawasan high risk. 



Menyesal pun ada sekarang ni. Hahaha.. Kalau tidak bulan puasa tahun ni ada orang tolong masak



22 Apr 2020

Pokok Bayam Brazil Beli Di Lazada

Assalamualaikum Readers



Pokok Bayam Brazil Beli Di Lazada | Cuti PKP boleh dikatakan Nina manfaatkan masa yang ada selain buat workout untuk maintain badan dan berat, cuba masak bermacam jenis resepi baru, hafal surah dan bercucuk tanam 😜😁 Satu pencapaian tahun 2020 yang tak disangka-sangka 💪🏼💪🏼 Dah lama aim nak tanam pokok bayam Brazil ni, terjebak dengan blogger Azhafizah dan Alia 🤣🤣 Dua orang ni memang kaki tanam dan masak. Kalau ke rumah blogger Alia, banyak pokok dia tanam, petik dan terus masak. Harap boleh ikut jejak mak, kaki gardening juga. Admire 😍😍



Anak pokok bayam Brazil beli di Lazada


Tunggu dalam masa 2 minggu dah boleh petik daun bayam Brazil ni. Tanam dalam pasu gantung, jimat ruang



Pokok bayam Brazil dikenali sebagai Sissoo spinach atau sambu ini antara salad kegemaran rakyat Brazil (makan mentah bersama tomato dan minyak zaitun) tapi di Malaysia macam-macam jenis masakan boleh dapat di google 😋 Tak sabar tunggu anak pokok bayam ni membesar. Nina order hari khamis minggu lepas dan semalam dah sampai rumah tunang. Pagi ni dah alang nak ke klinik terus bawa ke rumah. Berminat nak beli anak pokok bayam Brazil di Lazada boleh terjah link ni 👉🏽👉🏻 Bayam Brazil RM 8.00



Anak pokok bayam Brazil di bungkus kemas dalam polybag dan diwrap dalam kotak



Alhamdulillah anak pokok sampai dalam keadaan baik dan sudah selamat Nina pindahkan ke pasu gantung. Next time nak beli pokok basil, oregano dan bunga melur 😅😅 Kalau dah terjebak tu memang tak boleh buat apa. Tambah-tambah tanam pokok dan menjadi, lagi suka hati 😆😆😆


21 Apr 2020

Risau Kucing Sakit Waktu PKP

Assalamualaikum Readers


Risau Kucing Sakit Waktu PKP? Kita sedia maklum, harimau Malaya di zoo USA dijangkiti virus Covid-19 😞😞 Mana tak risau fikirkan kucing tak sihat, jarak rumah ke klinik veterinar lebih dari 10km. Tak pasal kena tahan polis then patah balik rumah. Alhamdulillah, usaha bawa sekor kucing ke klinik semalam dipermudahkan. Pergi dan balik tiada sekatan. Pheww.. Nasib baik sehari sebelum tu wasap staf klinik tanya buka atau tak. Bagusnya klinik haiwan beroperasi seperti biasa waktu PKP.



Masalah sekor ni kerap telinga ada mites, 2x seminggu kena cuci. Doc cakap dia tak tahan panas kena buka kipas baru kulit tak naik fungus (macam ruam) then hilang bulu, kulit gatal berair. 2 minggu nanti kena pi inject lagi.


Si gemok ni kuat makan, menu dry food tukar-tukar supaya tak jemu. Masalah dia satu saja suka sengkak perut. Risau ada masalah sembelit kalau sehari tak melabur. 



KKM menasihatkan haiwan peliharaan dijaga dengan baik, walaupun tak ada bukti manusia boleh berjangkit dari haiwan. Nina tak biarkan kucing keluar merayau jauh dari rumah atau mengawan dengan kucing jalanan. Nak keluar mesti ada penjaga, kerap juga mandikan sebab bila makan wet food suka jilat bulu, soo dia punya bau tu semerbak bau ikan. Tuan tengah cuti-cuti kerajaan bagi boleh la belek kucing kalau kebiasaannya seminggu sekali.



Kesian dua-dua kaki kena potong. Tak pasti sebab apa. Segan nak tanya doc walaupun dia peramah

Apa lah nasib harimau ni




Kalau baca berita, musim covid ni banyak yang menyeksa binatang, ada tuan yang panik takut kena jangkit sampai buang binatang dan seksa mereka. Tak fikir benda tu akan buat Allah lagi murka ☹️😔 Banyak nampak kucing-kucing dibuang di kawasan rumah (selalunya ibu dan anak-anak). Mungkin alasan tuan tak kerja dan tak mampu nak membeli makanan kucing kot sampai gamak buang. Sama-sama kita buat baik antara binatang yang juga makhluk Allah.


19 Apr 2020

Seri Muka Kerepot

Assalamualaikum Readers



Siapa suka seri muka? Kita geng 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️ Sedap dimakan sambil menyembang tengok-tengok dah habis sepinggan. Itulah perangai tunang kami. Sikit-sikit cakap bila nak belajaq buat. Dia ingat senang nak buat, mak Nina buat berkali-kali pun kadang kala lapisan hijau tak jadi licin, berkerutu la. 



Kadang-kadang jadi 🤦🏻‍♀️ Disebabkan kuih seri muka Nina tak menjadi, kena jadi detektif. Belek semula jenama tepung apa yang Nina guna. Rasanya guna tepung cap lain, perasan juga kalau guna tepung gandum cap Sauh, memang menjadi. Siap timbul keputihan putih-putih disebabkan telur tak pukul rata 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Siapa ada masalah macam ni? Boleh bagi tips tak? 



Seri muka kerepot. First time buat terus jadi macam ni, terus rasa geram. Dah la tekstur hijau keras sikit tak lembut macam mak buat. Frustttnya!

Tepung ni merata cari semenjak covid pupus terus. Nampaknya kena beli dalam shopee


18 Apr 2020

Resepi Jemput-Jemput Maggi

Assalamualaikum Readers


Resepi Jemput-Jemput Maggi | Menu sarapan pagi hari rabu lepas. Stok maggi terlalu banyak hasil pemberian orang. Separuh dari stok tu sedekah pula dari simpan dan tak makan. Sampai dah tak tahu nak buat apa dengan maggi. Jadi godek-godek dalam buku resepi mak dan jumpa resepi ni. Mudah tau nak buat, boleh buat sarapan atau minum petang. Guna dari brand maggi memang sedap sikit. Rasa pedas-pedas manja gitu 😜 Anak-anak pasti suka.



Jemput-jemput maggi


Sedap makan panas-panas cicah sos cili 


Jemput-jemput maggi ni kalau terlebih tepung pun tak sedap juga. Nina guna sepaket maggi untuk 2 orang makan. Kalau ikut dalam resepi kena guna 2 paket untuk 4 orang makan. Pandai-pandai sendiri buat sukatan, kalau makan lebih dari 2 orang.



Guna apa saja perisa pun boleh


Bahan-bahan diadun dulu pun boleh



Bahan-bahan :


1 bungkus maggi direbus dan toskan (rebus sekejap jangan hingga kembang)
3-4 cawan tepung gandum (sukatan bergantung kepada maggi)
2 camca sayur campuran - kacang peas (optional)
5 ekor udang (dipotong dua)
1 batang daun sup atau daun bawang
Garam secukup rasa
2 biji cili padi (hiris halus)
1 biji telur



Siap digaul



Cara-caranya :


1. Rebus maggi jangan sampai terlalu kembang. Air rebusan maggi jangan di buang.


2. Masukkan tepung ke dalam bekas maggi. Masukkan udang, daun sup, cili padi, garam, telur dan air rebusan maggi. Gaul hingga sebati sebelum digoreng. Telur tu untuk lembutkan adunan bila dah siap dogoreng.


Mudah nak buat kan? Selamat mencuba 😬



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com