4 April 2020

Resepi Fettucine Carbonara Udang Dan Cendawan

Assalamualaikum Readers



Resepi Fettucine Carbonara Udang Dan Cendawan | Selagi RMO tak habis, selagi tu boleh masak macam-macam, dapat petua masakan dari mak. Kadang-kadang makan nasi pun bosan, jadi kena cari menu lain yang boleh buat perut kenyang contohnya berasaskan gandum. Menu ini, Nina masak 29 Mac lepas bersamaan hari ke 22 perintah kawalan pergerakan. Masak hidangan untuk makan lunch dan dinner. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga gantikan dengan spaghetti. Sesuai untuk hidangan vegetarian tapi Nina derhaka sebab masuk mozarella cheese. 



Fettucine Carbonara Udang & Cendawan

Bahan-bahan yang diperlukan



Harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan bau sos carbonara tanpa menggunakan prego atau sup cendawan. Sesuai untuk 2 orang makan. Resepi ni agak ‘muak’ kalau makan dalam portion yang banyak sebab itu Nina makan bersama buah kiwi. Nasib beli untuk buat simpanan kalau teringin nak makan buah. 



Bahan-bahan :


100g fettucine
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin (hanya guna Buttercup)
3 ulas bawang putih, dicincang
6-7 ekor udang
1 cawan whipping cream (guna Anchor)
1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji cendawan butang, hiris nipis
3 sudu besar serbuk parmesan cheese (guna mozarella cheese)




Sedap bila part menumis, bau wangi

Whipping cream dan susu full cream akan buat creamy . Berlemak-lemak bila tabur cheese

Dah siap gaul bersama fertucine jadi begini. Boleh juga masukkan fettucine dan biarkan mengembang bersama whipping cream dan susu full cream



Cara memasak :


1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.


2. Masukkan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Masak seketika sehingga cendawan menjadi lembut dan bertukar warna.


3. Masukkan udang dan biarkan separuh masak.


4. Masukkan whipping cream dan susu full cream bersama garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih dan taburkan dengan serbuk parmesan cheese/mozarella. Kacau sebati.


5. Bila kuah dah serba sedap, masukkan fettucine dan gaul sebati. Boleh hias dengan hirisan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan!



No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com