Assalamualaikum Readers
Minuman BeFine Yogurt Sedap | Sejak sekolah memang tak suka makan yogurt, dulu mesti tertunggu lori nestle mai sekolah jual air minuman buah tu tapi yogurt tak beli ler, tengok kawan kelas makan tapi tekak tak boleh terima 🤦🏻♀️🤦🏻♀️ Bila dah membaca dan membaca rupanya banyak khasiat yogurt ni. Sampai lah Nina cuba sendiri minuman yogurt, ini tekak terima. Nasib sedap! Rasa yogurt berlemak dan buah yang segar. Minum segelas memang puas tambah cuaca panas macam ni.
BeFine Yogurt Drink RM 5.95 |
Setakat ni paling suka perisa strawberi. Ketiga-tiga rasa buah sebenar bila minum |
Nina borong 3 perisa BeFine di Mydin walaupun harga agak pricey. Sebab nak cuba ketiga-tiga flavour kecuali plain. Katanya minuman ini diperkaya dengan probiotik Bifidobacterium, probiotik ini merupakan hasil kombinasi beberapa laktik asid yang membantu menguatkan lagi sistem imunisasi dalam usaha mencegah jangkitan virus penyakit-penyakit dan influenza tapi jangan percaya 100%, kita masih lagi perlu jaga pemakanan dan jaga kebersihan.
Klik logo untuk lebih info berkaitan Bifido Bacterium (mudah difahami sejenis bacteria baik untuk kesihatan tubuh) |
Mulberi pun sedap. Rasa masam beri tapi tak terlalu masam. Kesemua warna perisa yogurt warna putih |
BeFine yogurt drink ni sangat best sebab mengandungi 0% kolesterol dan 0% lemak . Kalau diet still boleh minum BeFine. Lemak berkrim disukai ramai. Rasa manis bukan dari gula tapi dari buah. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Yang belum cuba, boleh cari di pasaraya terpilih di bawah ni ⤵️
Saya baru first time try semalam. Try yg strawberry. Sedap rasa yogurt dia light2 je tak masam sangat tak manis sangat kan
ReplyDeleteMemang ada nampak di pasaraya tapi belum tergerak nak beli lagi.
ReplyDelete