30 Jun 2019

Baju Tunang Di Butik HIJABISTA.HUB, Bandar Setia Alam

Assalamualaikum Readers
 
 
Baju Tunang Di Butik HIJABISTA.HUB, Bandar Setia Alam | Baju cantik di butik HIJABISTA.HUB | Entri sebelum ni, Nina ada up pasal apa ke Setia Alam kan, nak dijadikan cerita, menangis sepanjang jalan, mood up and down sepanjang sehari di Selangor, hari jumaat, 21 Jun lepas disebabkan perangai tailor. Kalau ikutkan hati, rasa nak viralkan. Hahaa.. Mengenangkan penat lelah drive dari Penang-Klang (bukan Nina drive pun, over lebih) semata-mata nak ambik baju tunang. Murung tau, nasib jumpa butik ni tapi tutup sebab jumaat, lepas makan Nando's terus mai butik balik.


HIJABISTA.HUB @ Bandar Setia Alam ni banyak baju-baju pesen kebaya . Muka manyak happy

Leona Kebaya - RM 219 (size L) . Dari M ke L sebab badan dah gemok mendadak naik



Ya Allah, dugaan betul haritu. Seminggu awal dah inform tailor, nak mai fitting dan ambik baju, sampai depan rumah sunyi sepi, call berkali-kali tak jawab. Dah la banyak kes raya lepas tailor melayu buat hal rosakkan baju customer. Otak ni fikir macam-macam, bf pun bising (hati dia mengatakan tailor ni sengaja tak nak jumpa sebab tak jahit lagi). Hampa rasa? Bermulanya drama dalam kereta, call mak ngah tanya apa patut buat bla.. bla. Dah tenang, dapat idea pi beli baju backup (incase baju tetap tak siap).




Kesian driver. Terima kasih banyak sebab sabar layan kerenah

Yang stay area berdekatan boleh datang cari baju untuk majlis tak kisah tunang, kenduri, dinner atau apa-apa saja



Pertama kali sampai butik ni, wow rasa macam masuk butik mak-mak datin. Kami pusing satu butik cari baju yang Nina nak sampai staf tu datang tanya, hahaha.. rambang mata sampai lupa nak tanya. Rupanya, baju yang nak beli tu stok baru keluar, masih panas. Nanti ada masa godek-godek baju yang ada.






26 Jun 2019

Murung Sebab Tailor Terus Lunch Di Nando's @ Setia City Mall

Assalamualaikum Readers
 
 
Lunch Dengan Menu Baru Nando's Setia City Mall | Kemain tajuk entri lunch sampai ke Shah Alam. Haha.. Nina buat apa kat Setia Alam ni? Nak dijadikan cerita menangis, mood up and down sepanjang sehari di Selangor hari jumaat, 21 Jun lepas disebabkan perangai tailor. Murung sehari, sebab tak nak Nina sedih dan murung, bf bawak makan di Setia City Mall. Cerita tailor tu nanti ya.
 

Baju raya tahun ni yang baru dapat lepas raya. Hantar jahit lace saja pun lewat pos
 
Sampai pun plaza tol Setia Alam

Setia City Mall

Kami cuba set ini. Ada sorang pakcik Nando's kat sini sangat friendly
 
 

Sementara tunggu habis solat Jumaat, kami singgah Setia City Mall. Dua-dua orang dah lapaq + letih. Disebabkan kami berdua tak pernah jejakkan kaki ke Shah Alam dan Setia Alam jadi harapkan pertolongan waze sajalah. Nasib juga ada mall ni kalau tak, murung nak cari kedai makan. Yang banyak kedai mamak area Setia Alam. Not bad mall ni, ada macam-macam restoran cuma berapa kali pusing cari tempat parking. Memang kena park tepi jalan eh? Tolong jawab sat.

 
 
Apa yang pelik kat sini? Haha

Sedap nasi kuning tu, lupa dah nasi apa

Makin kembang nampaknya tuan blog ni. Cantik padang kat sebelah mall ni, rasa nak guling-guling

 
 
Jangan lupa singgah ke Nando's cuba menu baru mereka. Nina pun tak pasti bila menu baru ni muncul. Kalau ada lagi promosi ni bagus la sebab berbaloi siap dapat sup cendawan. 
 


24 Jun 2019

Molten Chocolate Pie McDonald's

Assalamualaikum Readers
 

Molten Chocolate Pie McDonald's Review | Akhirnya sampai juga di Malaysia pada 6 Jun lepas. Ramai yang berminat nak cuba menu terbaru McD ni. Buat peminat coklat jangan lupa cuba. Terus terang, Nina tak berapa suka. Lebih suka kepada menu burger dan aiskrim McD terutamanya durian.


 
Benda wajib beli aiskrim Durian dan Ice Mocha

Molten Chocolate Pie - RM 3.95

  

Macam mana rasa molten chocolate pie ni? Rasanya tak ubah macam salted caramel dan chocolate pie McDonald's sebelum ni tapi tanpa kehadiran rasa salted caramel. Jadi, kali ni 100% rasa coklat. Versi McDonald's ni tetap sedap dan perlu makan ketika masih panas. Nak kurangkan rasa mual coklat padankan dengan aiskrim, memang nice!
 
 
Makan panas-panas cukup crispy

seperti lava coklat yang meleleh

Ice Mocha penyelamat tekak yang muak selepas kunyah kali ke 4

 
 
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba molten chocolate pie! Cukuplah rasa sekali. Memang tak kena dengan tekak. Huhuhu... Hanya dapat makan separuh saja dah muak.
 
 

21 Jun 2019

Cerita Aidilfitri 2019

Assalamualaikum Readers
 
 
Alhamdulillah, selamat sebulan kita berpuasa, cukuplah 6 hari cuti raya tahun ni. Apa beza raya Nina tahun ni? Sama dengan tahun lepas #teamrayalena. Ya, 1 Syawal 1440H, lepas solat hari raya dengan mak di masjid, balik rumah makan dan lena. Raya tahun ni frust sebab baju raya, tailor lewat pos dan duit raya tak meriah macam tahun lepas. Sob.. sob.. Syukur masih dapat beraya dengan parents lagi.

 
Hari Raya Ke 2 (6.6.19)
 
 
Pagi raya, semua family sebelah mak berkumpul di rumah pak long, dimulakan dengan bacaan yassin, sesi makan-makan, sukaneka dan lain-lain. Gambar makanan memang tak pernah nak snap. Majlis tak habis lagi, Nina terpaksa balik kampong sebelah bapa. Nasib 1 negeri. Tiap-tiap tahun ada bacaan yassin, makan-makan dan selfie di rumah pusaka Tok. Paling best ada DURIAN BALIK PULAU!
 
 
Sebelum bacaan yassin diketuai sepupu
 
Potluck
 
Durian Balik Pulau
 
Bersama bapa yang tersayang

Hanya ini saja yang tinggal, pak su dah balik

Anak, cucu dan cicit Mohd Zin yang datang

 
 
Tahun ni, tak dapat banyak duit raya macam tahun lepas, sebab dah war-war nak bertunang. Sadisnya.. Lepas makan-makan, sembang dan selfie. Itulah kerja yang dibuat hari raya ke 2 selain masak bihun goreng untuk potluck.
 
 
Hari Raya Ke 4
 
 
Sebelum start kerja, marilah ternak lemak di majlis kenduri kahwin bekas officemate Mattel memerangkap SA Honda Juru sekarang. Tahniah Wanie dan Zikri!! Cantik sangat macam Barbie doll.
 
 
Tahniah Wanie & Zikri

 
 
Hari Raya Ke 12 (16.6.19)
 
 
Rayakan sebulan, baru dapat mai beraya dengan family bf, ada makan-makan. Banyak kali dah abah dan mama bf belanja makan sampai naik segan. Disebabkan itu, niat Nina nak bagi duit raya untuk adik-adik bf, dapat merasa popia carbonara sedap Aqilah buat.
 
 
Sweetnya bakal adik ipar ni, paling manja dengan Nina

Nanti nak buat lah. Boleh makan puas-puas

Terima kasih mama bf

 
 
Sambil beraya sambil buat insurans dengan mama bf. Hehe.. Alhamdulillah dapat duit raya. Memberi dan menerima. Itulah memori raya tahun ini. Maybe tahun depan dapat beraya sebagai isteri. Kahkah..
 
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca dan blogger, mana tau ada tersalah bahasa dan perasaan ke.    


12 Jun 2019

Kad Raya Pertama

Assalamualaikum Readers
 
 
Tahun ni masih terima kad raya, yang pertama dan terakhir dari blogger LZ pada 3 Jun lepas. Terima kasih LZ sebab teringat nak kirimkan kad raya untuk Nina. Sengaja tahun ini Nina tak nak buat kad raya selain tak ada bajet dan nak tengok berapa orang sudi kirimkan kad raya. Apapun sangat berbesar hati masih lagi terima kad raya walaupun cuma satu. Jangan lupa terjah blog LZ ya.
 
 
Cantik kad raya LZ

Cantik dan kemas siap kad
 


11 Jun 2019

Tempat Makan Viral Di Snoworld Cafe Penaga, Pulau Pinang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Tempat Makan Viral Snoworld Café Di Penaga, Pulau Pinang | Sedap ke tidak? Meh baca. Zaman sekarang ni semua benda nak kena viral baru orang kenal, orang tau, orang serbu terutama tempat makan. Orang buat bisnes zaman dulu kekal dan dapat bertahan sampai sekarang, tak perlu kuasa viral pun. Perasan tak? Last-last yang viral ni, buka bisnes tak sampai setahun dah tutup. Berleter pulak Nina. Heee.. Kami terjah kedai ni selepas viral di FB pada 2 Mei lepas.
 
 
Snoworld Café. Nampak sedap kan

Spaghetti Aglio Olio - RM 8.90 . Rasanya tak cukup garam. Tawar sikit

Grilled Lamb Chop - RM 18.90. Daging liat sikit, perlu improvement lagi

 
 
Sebelum terjah tu, silap sendiri sebab tak scroll baca komen-komen sampai habis. Rupanya hampir 90% netizen kata makanan tak sedap, tawar dan service tak bagus. Alamak, jawabnya kena berleter sepanjang jalan dari Penaga ke Butterworth lah. Bf kata mudah sangat percaya benda-benda viral terus nak terjah. Lepas ni kena berhati-hati. Seeloknya kalau dah tak sedap tu jangan la komen pedas-pedas, kesian owner, komen la yang positif sikit. Bukan tak nak support bisnes orang kita sendiri kena selamatkan bisnes, tak gitu?
 
 
Harga untuk minuman dan dessert. Aiskrim tu better makan di Bukit Bendera

Harga makanan nampak menarik. Agak tak berapa berbaloi. Heee
 
 

Orang melayu Penang ni kadang-kadang lebih suka masuk kedai cina dari bangsa sendiri. Sanggup beratur panjang tanpa fikir halal haram. Kedai nasi kandar tu lain lah. Memang sedap. Contoh sekarang yang viral air The Alley. Tak kuasa nak minum sebab status halal was-was. Nina tak suggest makan kat sini sebab tak ngam dengan tekak. Hehe..
 
 

8 Jun 2019

Pringles Sweet Chili And Tom Yum

  Assalamualaikum Readers
 
 
Pringles Sweet Chili And Tom Yum | Pringles dengan perisa baru yang super tak berapa pedas tapi nice. Sangat sesuai untuk kaki tak makan pedas. Gerenti tak keluar asap. Nina beli sebelum puasa, tak sure sekarang ada jual lagi atau tak. Tak nampak pun tanda-tanda limited edition. Sesekali layan Pringles ala Thai pun syok jugak. Kung krap kung krap dah habis sebotol Pringles.


NEW Pringles Sweet Chili And Tom Yum



Pringles Sweet Chili rasanya tak pedas, cili sikit saja nama pun cili manis kan? Rasa macam makan keropok sos cili manis. Ala yang selalu orang jual keropok lekor sekali dengan sos haaa sebiji tau. Tak pedas sangat tapi ada kemanisan.



Pringles Sweet Chili



Pringles Tom Yum rasanya pedas sikit dan ada rasa tom yam. Nina suka makan tom yum lagi dari sweet chili. Nama pun beli untuk tester saja. Mesti no high expectation. Saja beli untuk suka-suka mengunyah di rumah sambil layan tv.   



Pringles Tom Yum
 


6 Jun 2019

Beli Kitkat Percuma Glass Jar

  Assalamualaikum Readers
 
 
Lamanya tak makan kitkat, kalau perasan kitkat ni ada macam-macam jenis dan perisa siap free gift. Mungkin itu salah satu marketing untuk tarik minat pembeli. Apa yang menarik, ada 2 warna untuk glass jar ni. Nina tak ingat beli bila tapi dalam bulan puasa lepas. Tengah tunggu turn nak bayar, toleh kiri kanan nampak la rak kitkat ni. Macam-macam flavour!!
 
 
Kitkat free glass jar
 
Kitkat Glass Jar
 
 
Bila tangan gatal nak membeli makan ambil satu kotak. Hehe.. Sebab tengok glass jar kitkat ni lawaaaa. Rugi kalau tak grab satu. Nina bukan peminat kitkat tapi suka buat koleksi kesemua free gift tak kira mug atau apa saja yang comel-comel. Kitkat yang beli tu bagi bapa makan, habis dalam beberapa hari. Suka sangat makan makanan manis. Nasib tak ada kencing manis. 
 
 
 
 


4 Jun 2019

Spicy Chicken Korean Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers
 
 
Spicy Korean Burger McDonald's | Spicy Chicken Korean Burger McDonald's | Akhirnya, dapat juga menikmati kelazatan McD Spicy Korean Burger yang baru iaitu patty ayam! Malam raya baru terhegeh-hegeh nak cari tudung raya untuk mak disebabkan baju raya Nina tak dapat pos. Curier pun nak cuti raya jugak. Sabaq jelah dengan tailor. Tahun 2017, dah ada burger ni tapi hanya ada patty beef saja. Yang belum cuba, cepat ke McD.


Packaging kotak simple


Nampak beshe-beshe

 


 
Walaupun rupamu hitam tetapi memikat. Macam orang la juga, hitam tapi manis. Eh eh.. Rasa kali ini sedap dan pedas. Ramuan yang sama macam dulu, patty ada perisa kimchi, sayuran, grilled unions, keju dan spicy Korean sauce yang meleleh. Kat Penang ni ada satu branch McD yang paling Nina suka sebab lokasi dalam mall biasa-biasa (Megamall Perai - dah jadi port indon, bangla etc untuk lepak). Stafnya tak kedekut bahan-bahan, semuanya sos lebih, keju lebih, isi durian lebih.
 
 
Patty ayam yang besar dan lembut

Spicy Chicken Korean Burger McDonald's dengan sos meleleh


 
Packaging burger pun menarik, comel. Yang penting rasanya tak berubah dan kelembutan burger hitamnya. Isi ayam pun besar. Cubalah sebelum habis promosi. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟🌟
 


2 Jun 2019

Terima Kasih Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Lamanyaaa ambil masa nak update entri khas untuk dara pujaanku di KL sana. Blogger kalau part time jawabnya ada time dipukul ombak, sat tenggelam sat timbul. Nasib baik timbul muncul lagi di blog ni haaa.. Nina dapat lama dah kiriman dari Anies ni tapi lupa nak publish. Harap tuan empunya ni jangan mare. Haha.. Nanti cepat tua. Terima kasih sudi pos barang tiap-tiap tahun ye.  
 
 
Tak pernah tak comel



1 Jun 2019

Berbuka Puasa Di Lexis Suites Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Berbuka Puasa Di Lexis Suites Penang | Sebelum bulan puasa berlalu, kami antara yang bercadang nak iftar together-gether. Terima kasih ex officemate memerangkap staf Honda sekarang sebab sudi belanja berbuka di Lexis, 18 Mei lepas. Wanie antara kami berempat yang dah resign di Mattel tinggal sorang lagi, belum ada rezeki nak dapat kerja baru. Yang mana dah resign, wajib belanja. Haha gituu.. Nasib baik, sempat lagi nak beli voucher early bird di Lexis dengan tawaran harga RM 60nett.


Makan penuh meja uuollss

Antara menu-menu di bawah ni Nina suka sup tulang


Nak dijadikan cerita, hari yang sepatutnya Nina kena review di Lexis, tak dapat pi sebab kena stayback di ofis settle kerja sampai pukul 9 malam. Tak pernah balik selewat tu. Rasa nak cekik-cekik client melayu tu, dengan muka innocent. Last minute bagi tau nak jual tender bla.. bla.. Rupanya ada hikmah, dapat juga cuba menu ramadhan buffet ala Arabian. Hee.. Terliur tau tengok bloggers lain tayang makanan.


Tudung tak jadi don't care janji selfie
 
Bimbo akan mai setiap meja selepas lucky draw



Syukran pengantin baru, semoga murah rezeki Wanie selepas kawen ni. Makanan di Lexis tak pernah mengecewakan tekak Nina. Alhamdulillah kami berempat makan dengan sepuas-puasnya. Sapa yang tak habiskan, dorang bungkus bawa balik masuk dalam handbag. Haha.. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan ramadhan tahun depan.
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com