30 Jun 2019

Baju Tunang Di Butik HIJABISTA.HUB, Bandar Setia Alam

Assalamualaikum Readers
 
 
Baju Tunang Di Butik HIJABISTA.HUB, Bandar Setia Alam | Baju cantik di butik HIJABISTA.HUB | Entri sebelum ni, Nina ada up pasal apa ke Setia Alam kan, nak dijadikan cerita, menangis sepanjang jalan, mood up and down sepanjang sehari di Selangor, hari jumaat, 21 Jun lepas disebabkan perangai tailor. Kalau ikutkan hati, rasa nak viralkan. Hahaa.. Mengenangkan penat lelah drive dari Penang-Klang (bukan Nina drive pun, over lebih) semata-mata nak ambik baju tunang. Murung tau, nasib jumpa butik ni tapi tutup sebab jumaat, lepas makan Nando's terus mai butik balik.


HIJABISTA.HUB @ Bandar Setia Alam ni banyak baju-baju pesen kebaya . Muka manyak happy

Leona Kebaya - RM 219 (size L) . Dari M ke L sebab badan dah gemok mendadak naik



Ya Allah, dugaan betul haritu. Seminggu awal dah inform tailor, nak mai fitting dan ambik baju, sampai depan rumah sunyi sepi, call berkali-kali tak jawab. Dah la banyak kes raya lepas tailor melayu buat hal rosakkan baju customer. Otak ni fikir macam-macam, bf pun bising (hati dia mengatakan tailor ni sengaja tak nak jumpa sebab tak jahit lagi). Hampa rasa? Bermulanya drama dalam kereta, call mak ngah tanya apa patut buat bla.. bla. Dah tenang, dapat idea pi beli baju backup (incase baju tetap tak siap).




Kesian driver. Terima kasih banyak sebab sabar layan kerenah

Yang stay area berdekatan boleh datang cari baju untuk majlis tak kisah tunang, kenduri, dinner atau apa-apa saja



Pertama kali sampai butik ni, wow rasa macam masuk butik mak-mak datin. Kami pusing satu butik cari baju yang Nina nak sampai staf tu datang tanya, hahaha.. rambang mata sampai lupa nak tanya. Rupanya, baju yang nak beli tu stok baru keluar, masih panas. Nanti ada masa godek-godek baju yang ada.






6 comments:

  1. Tak baik kan tailor buat mcm tu..mngkin dia ada emergency kot (bersangka baik)..cantik2 baju butik tu..

    Semoga semuanya berjln lancar..

    ReplyDelete
  2. apa pnye perangai la tailor tu..
    elok viralkan je..
    geram plak rsnye.. haha

    ReplyDelete
  3. terkenang dulu kala, aida terus nikah :)
    x bertunang. gelojoh naw ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. naseb baik ada backup....nampak cantik butiknya...

    ReplyDelete
  5. mak aiiii kebaya kosong cm tu dah dua rat? waduhhh

    ReplyDelete
  6. Adoi.. kenapa tailor buat hal..
    Mujurlah ada plan backup..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com