Tips Tajamkan Pisau Blender / Pengisar | Buat suri rumah yang rajin masak mesti banyak pakai blender. Kalau dah blend cili kering contohnya tapi tak halus cili boh boleh try tips ini 💃💃
Kena start simpan kulit telur, simpan banyak-banyak. Next time Nina tunjuk tips lain pulak 😀😀 Meh tengok step by step
Rezeki datang KL, kawan baik Nina tokey kek, tak sangka dalam diam buat kek dan sebelum balik singgah makan tengahari di rumah kawan area Taman Prima Saujana, Kajang. Terima kasih kari, masak lauk sedap macam zaman study dulu 😄😄
Spicy Korean Burger McDonald | Spicy Korean Burger McD Sedap | Dari pagi hingga 12 tengahmalam, drive thru jammed di semua Mcd area KL. Plan nak makan di KL saja sebab masa tu Penang belum launched.
Spicy Korean Burger McDonald
Patty perisa kimchi
Walaupun rupamu hitam tetapi memikat. Sedap tak berapa pedas. Patty daging burger ada perisa kimchi, sayuran, grilled onions, keju dan spicy Korean sauce. Yang sadisnya McD Batu Caves ni, bagi air 100 plus (Frozen Fanta habis) dan criss cut chips lemauuu 😒
Prefer makan Spicy Koran burger tanpa chipsnya yang masuk angin
Set spicy Korean Burger harganya RM 15.99 saja. Fade up dengan pekerja McD, cakap jelah air fanta habis 😌
Makan di Ben's The Gardens Mall | Makan Sedap Di Ben's | Misi JJCM di KL diteruskan selepas makan di Alexis Bistro. Lepak dengan kawan kolej 😂 Lama tak jumpa, hampir 7 tahun. Apa yang best di Ben's The Gardens ni? 😄😃
Muka happy lepas makan di Ben's The Gardens
One of my fav, banyak jenis spaghetti dalam portion yang besar dan resto luas, decoration lawa, banyak tempat boleh selfie, boleh buat any occasion dan ada playground. Nak buat reunion or jejak kasih sesuai 😀😅 Masa kami masuk, ada celebrate birthday.
Candid kerlass. Deco dalam Ben's lawa
Spaghetti di Ben's ada kepingan cheese, Coklat kek pun sedap
Piihan Pika semuanya rich with chocolate. Perfect kek coklat + eskem vanilla
Menu-menu di Ben's untuk reference korang Hehe
Menu Ben's harga boleh tahan tak terlalu mahal atau murah
Pavlova Sedap Di Alexis Bistro @ The Gardens | Pavlova Alexis | Birthday setahun sekali, kami pun plan nak lepak di Alexis. Area KL bersepah branch. One of the best place for cake lovers, dan well knows as 'expensive' bistro, air kosong saja RM 22 tak silap. Janji sedap dari Secret Recipe.
Pavlova tebal dan paling sedap pernah makan
Pavlova Alexis Bistro
Niat nak belanja Eika & Pika, asyik orang je belanja aku. Hee.. Tapi Pika nak share saja sebab besar. Puas hati dapat makan. Tak manis macam pavlova lain dan krimnya lembut di mulut 😋😘
28 . 27 . 26 y/o . Happy Birthday buat baby July & August! incl boyfie
So sweet . Disebabkan Eika customer tetap Alexis, air dan blueberry freee.
1 Pavlova - RM 17.80
1 Pavlova + blueberry - RM 17.80
3 mineral - free
Sub Total = RM 35.60
Service Charge = RM 3.56
GST 6% = RM 2.36
Total = RM 41.50
*Eika fasih Tagalog, dapat diskaun. Next time boleh p lagi 😆😆
Dorang ni tak penah miss wish birthday tiap tahun. Thank you so much girls. Find quality friends not quantity 😉😃
Kembali bersiaran untuk cerita sensasi lagi basi. Hahaha *ketawa ke tu? 😂 Hujung bulan lepas, berlepas awal pagi ke KL. Sesudah subuh sejuk ngap ngap dalam ETS 😑 Berharap sampai tengahari terus terjah makan nasi minyak memerangkap lunch.
Kawan dari kolej pengantin ni. 3 girls to let go. Selamat pengantin baru Mastura dan Afiq. Pengantin pon dah honeymoon.
Sedih nunggu Pika kutip, pakai baju moss green tunggu tepi pokok keladi, jadi iguana hampa tau dak. Driver tak nampak 😂😂 ala pokok depan pintu masuk parking Nu Sentral. Mesti korang tau.
Nasib hujan benti boleh selfie sat
My classmate & housemate. 8 years dah
Hujan turun semula.. sanggup redah hanya untuk aiskrim
Alhamdulillah dalam hujan renyai, hujan menyambut kedatangan Nina di Bangsar. Susah nau cari parking dalam kawasan Taman Bukit Antarabangsa 😂😂 Seronok sekali sekala berjimba di KL dengan kengkawan lama. Rindu bangat.
Makan Di Sushi King | Birthday Treat Sushi King | Craving teruk sejak puasa lepas, maka lepas raya haruslah penuhi selera tekak. 30 Jun punya kisah. Alhamdulillah, adik belanja makan 😃😃 Apa yang best kat Sushi ni? Kot-kot korang nak berjinak dengan makanan Japanese, tengok orangnya panjang umur, warga emas masih kuat, tak gemokk. Rahsianya jaga makan lah 😉
Makan Sushi King harus bersama Ice Green Tea. Makan mesti penuh meja
Kalau time Bonanza, mesti nak sapu pingan-pingan on the kaiten sebab hari biasa agak mahal based on color pingan. Kali ni kami oder set, jimat tapi jangan ambik pingan banyak nanti tak habis. Nasib tukang belanja tolong habiskan 😅😅
Kad Raya Blogger & Souvenir Pattaya Dan Belanda | Entri basi berbulan lepas, nasib lah labu, ku abadikan jugak dalam blog. Terima kad raya ke 2 dari Ipoh pada 20 Jun lepas. Tak tahu pengirimnya sebab tiada nama, apa pun terima kasih ye awak 😙 Comel kad rayanya.
Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih hamba ucapkan buat blogger dan officemate.
Kad raya ke 2
Akan hamba selidik list pemenang kad raya express Hehe
Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih diucapkan buat blogger dan officemate. Semoga murah rejeki, yelah tak baik meminta-minta 😉
Kasut Dutch Lady sinonim dengan Belanda (officemate), FM Pattaya (Anies)
Hai Ogos 😂 walaupun hari raya dan hari lahir dah lepas tapi still dapat duit raya, birthday gift dan kad raya !! 😅😅 Nasib baik bukan aku sorang dapat lewat, ada lagi pekerja situasi sama included bf.
Duit raya Mattel release 27 Julai
Birthday Gift untuk setiap pekerja. Received by security 3 Jun tapi dapat 3 Ogos. Kah!
Kalau dulu dapat angpow, kali ni duit raya pula serba hijo. Alhamdulillah dapat jugak, sapa lah peram lama-lama all this stuff 😝😝 Semua lawa dan exclusive. Mana nak dapat kat luar.
Nestle Bliss Plus Apple, Cranberry And Pomegranate | Nestle Bliss Plus Apple, Buah Markisa & Lemon | Dah try 3 perisa baru Nestle Bliss ni. Baru try 2 perisa ini dan dibeli di 2 pasaraya dengan harga berlainan. Kedua-dua perisa sedap!
Neste Bliss Plus beli di Econsave RM 5
Rasanya masam manis
Nestle Bliss Plus beli di Billion RM 5.59
Manis juga tak berapa masam walaupun ada lemon
Macam-macam keluaran Nestle Bliss kan? Setiap kali keluar perisa baru mesti nak try 😆😆
Review Filem xXx : Return of Xander Cage | What's up guys, lama tak up entri movie, bukan tak tengok tapi malas update 😂😂 Ini movie dari awal bulan Mac ok. Satu lagi filem Vin Diesel sebagai producer. Yang belum tengok boleh download. Filem yang menelan belanja $85M dan box office sebanyak $346.1 million. Perghh i knew it mesti best 💃💃
xXx Return of Xander Cage
SINOPSIS xXx : RETURN OF XANDER CAGE
Agen NSA, Augustus Gibbons cuba merekrut pemain bola sepak Neymar Jr. untuk program xXx apabila satelit jatuh dan membunuh mereka. Kemudian, 1 team, 4 orang ahli yang diketuai oleh Xiang (Donnie Yen) menyusup ke pejabat CIA untuk mencuri 'Pandora Box', sebuah peranti yang boleh control satelit untuk dijadikan bom.
Agen CIA, Jane Marke menjejaki ex Xander, Xander Cage (Vin Diesel) yang memalsukan kematiannya dan hidup sendiri di Dominica untuk kembali berkhidmat dan mengambil semula Pandora Box.
Xiang mencuri Pandora Box
Xander mendapatkan semula siaran tv untuk penduduk
Jane jahat rupanya
Cage mendapatkan bantuan kawan lamanya, Ainsley dan menjejaki Xiang bersama teamnya sendiri terdiri dari 3 orang, dibantu pakar senjata, Becky (Nina Dobrev). Cage bertemu Xiang dan Serena (Deepika) di sebuah pulau terpencil. Xiang juga agen xXx, direkrut oleh Gibbons, mencuri Pandora Box untuk mengelakkan penyalahgunaan dan perlu dimusnahkan.
Serena dan Xander
Berbincang sambil baling bom tangan
Tentera Rusia menyerang
Tentera Rusia menyerang pulau itu. Team Cage berjaya tumpaskan penyerang, Xiang melarikan diri bersama Pandora Box dan Cage mengejarnya ke pantai tapi Xiang berjaya lesap. Serena menyertai team Xander dan memusnahkan peranti satelit itu.
Mampu naik moto dalam laut
Hebat betoi meluncur pakai moto
Serena join team Xander
Selepas insiden satelit lain di Rusia, Jane tahu peranti yang dimusnahkan Serena hanya 1 prototaip, team Cage telah membuang masa. Cage perasan pengarah CIA terlibat dalam konspirasi bahawa Kotak Pandora sebenarnya berada di tangannya.
Team Cage dan Xiang menjejaki isyarat Pandora Box. Mereka berkerjasama melindungi diri dari tentera upahan Jane. Program xXx ditamatkan dan Jane menembak Xander. Kemudian menghantar pembunuh upahan untuk jejak team xXx yang berada di sebuah gudang.
Bila gegadis beraksi
Tony Ja tak pernah tak kelakar
Xander memakai kalis peluru. Jane menggunakan Pandora Box untuk menjatuhkan satelit ke gudang. Xiang berjaya masuk ke jet dan Jane jatuh dari pesawat sambil Xiang membawa Pandora Box. Usaha Becky menghentikan isyarat gagal. Xander berjaya menyelamatkan teamnya dan memusnahkan Pandora Box. Rupanya Gibbons memalsukan kematiannya dan tubuh semula program xXx.