31 Jul 2021

Hydrocyn Aqua Wound Gel Untuk Luka Bersalin

 Assalamualaikum Readers


Hydrocyn Aqua Wound Gel Untuk Luka Bersalin | Gel Luka Bersalin Normal | Entri ni agak scary sikit tapi untuk tambah ilmu pengetahuan boleh la baca ya. Sebenarnya tak tahu pun jahitan bersalin tu tapi boleh agak based on panjang luka jahitan yang dah bercantum hasil guna gel ini.


Hydrocyn Aqua Wound Gel beli di farmasi


Bersalin tak kira normal atau czer kena jaga luka tu elok-elok tapi nak sembuh dalam masa 2 minggu ialah bersalin normal. Benang jahitan akan larut dengan sendirinya bila dah bercantum semula. Tengok juga luka tu pendek atau panjang 🤭🥴


Vagina boleh buka sehingga 10cm ya. Masa lahir Harraz bukaan dah 7cm. Sakit contraction tu jangan cakap kejang otot-otot menahan sakit



Bergantung kepada bukaan. Ada sesetengah doktor atau bidan akan gunting untuk mudahkan proses bersalin walaupun dah nampak kepala baby. Bila tanya kenapa gunting untuk kelahiran pertama supaya nanti deliver yang ke 2 dan seterusnya tanpa luka jahitan



Cara nak guna gel ni mudah saja, lepas cuci bersih luka dengan air, terus dap dap dengan tisu (tisu serviette) sebab tak terlekat di luka dan sapu gel ni nipis-nipis. Alhamdulillah lahir Harraz dalam size ‘medium’ dan hanya 2nd degree 🤣 tak kecik tak besar sebab tak nak baby besar nanti susah nak push dan luka jahitan pun panjang. Untuk bakal-bakal ibu untuk 1st born siap sedia mental dan fizikal. 


28 Jul 2021

Buat Swab Test Sebelum Masuk Kerja

Assalamualaikum Readers


Buat Swab Test Sebelum Masuk Kerja | Alhamdulillah rezeki dapat kerja company f&b pula. Cuba nasib dan cari pengalaman baru. Mungkin dengan adanya kad vaksin typhoid mudah nak kerja dalam sektor makanan.


Rasa macam nak terajang doktor India tu sebab gerudi lobang hidung sampai sakit, tak macam swab test masa nak bersalin


Singgah rumah tok udin, kutip beri



Semoga Allah permudahkan urusan Nina dan hubby nak handle rumahtangga dan besarkan anak. Jangan lah Harraz meragam bila bangun tidur tengok mama baba tak ada 😭 faham sangat tengok air muka bila kami balik kerja. Nasib ada maksu tolong jagakan. Macam ni mama kena bagi upah 😬


Alhamdulillah negative. Hubby siap usha Nina kerja part time di kedai bakery dan kena berleter sebab tak ada SOP . Kena covid tak pasal


Segala kos ditaja oleh B Braun Medical Industries. Sebelum kami enter masuk mestilah nak bebas dari covid kan. Harap bulan depan dapat vaksin under company. Bukan mudah nak masuk B Braun tu 😬 happy sebab boleh pi kerja dengan SIL 🤣 jimat minyak kereta.

27 Jul 2021

Kiehls Turmeric and Cranberry Seed Energizing Radiance Masque

Assalamualaikum Readers


Kiehls Turmeric and Cranberry Seed Energizing Radiance Masque | Antara mask terbaru dari Kiehl's yang paling Nina suka. Kalau tengok tekstur mask macam pakai mask kunyit tapi tak ada lah muka kuning bila pakai 😂 Kalau tengok muka orang India kuning tu sebab pakai mask kunyit la. Harga boleh tahan mahal. Hahah.. ini pun dapat free gift sempena birthday tahun lepas.


Kiehl’s Turmeric and Cranberry Seed Energizing Radiance Masque


Hasil campuran kunyit dan biji cranberry membuatkan sel-sel kulit mati mudah ditanggalkan dan membuatkan kulit muka lembut dan licin. Bau sangat wangi dan tekstur yang berbiji ni tak sesuai untuk muka yang berjerawat. Akan menyebabkan redness di kulit. 


Nampak biji-biji cranberry


Review :


  • Gently exfoliate kulit dan membuang sel-sel kulit mati ketika membilas.

  • Hanya ambil masa 5-10 minit untuk mask kering.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit, kecuali muka yang berjerawat dan bernanah.

  • Bahan dari kunyit mematikan jerawat dan dapat mengurangkan penghasilan minyak di muka.

  • Rasa segar, licin dan bersinar kulit muka selepas menggunakan.

  • Terdapat dalam 2 size : 28ml - RM 71.00 & 100ml - RM 190

26 Jul 2021

Video Call Menggunakan Zoom

 Assalamualaikum Readers


Video Call Menggunakan Apps Zoom | Hidup di zaman teknologi ni adakalanya kena bersyukur. Dah lama tak join reunion dengan budak-budak asrama masa study dulu. Last reunion di Ipoh tahun lepas, tak dapat join sebab pregnant.


Video call guna Apps zoom. Hilang rindu bila sekali sekala video call ramai macam ni


Masing-masing dah ada anak, ada yang belum kawen. Nasib ada group whatsapp, merepek jelah dalam group tu selain gosip. Nama pun perempuan kalau tak gosip tak sah (jadi pembaca saja). 


Dengan apps Zoom ni, boleh video call tapi tak cukup korum. Ada yang sibuk dengan life masing-masing. Entah bila Malaysia nak sembuh ni.


24 Jul 2021

Resepi Kuah Lontong

Assalamualaikum Readers


Resepi Kuah Lontong | Lama rasanya tak masak kuah lontong ni hinggalah SIL no.2 bagi cadangan menu untuk raya haji yang lepas. Walaupun kami semua orang utara tapi menu makanan Johor kena dengan tekak 🤣



Nina tak ikut menu yang betul-betul. Main campak bahan ikut selera sendiri. Janji kenyang. Yang nak cuba masak boleh try resepi ni. Nak sedap kena ikut petua ni :

- masak waktu pagi, bahan-bahan sediakan pada waktu malam. Esoknya terus masak.

- didih sayur saja supaya kuah lodeh tahan lebih lama tanpa masukkan santan.

- biarkan reneh lama sebelum masukkan kesemua sayuran.






Bahan-bahan :


1/4 kubis (dipotong)

1 batang karot - potong panjang

5 batang kacang panjang

2 keping fucuk - rendam

1 ikat soo hoon - rendam

2 keping tempe & tauhu - potong dadu & goreng

2 batang cili merah - dihiris

2 batang serai - diketuk

1 cawan udang hidup

2 santan kotak

1 sudu besar serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan kisar :

6 ulas bawang merah ros

1 inci kunyit hidup


Caranya :


1. Masa bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.


2. Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan mendidih lagi.


3. Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga ke lembut.


4. Masukkan santan dan kacau rata supaya tidak berketul.


5. Masukkan pula udang dan serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.


6. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang telah digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Terus kacau seketika dan siap.

21 Jul 2021

Hubby Selesai Dos Pertama Sinovac

 Assalamualaikum Readers


Alhamdulillah harini teman hubby pi cucuk vaksin di Equatorial Hotel. Rezeki dapat vaksin under PIKAS. Memang risau setiap kali balik dari kerja sebab banyak berurusan dengan kilang. Doa seorang isteri jugak.


2 jam setengah tunggu . Setakat ni 3x jadi penunggu vaksin

Geng Sinovac - simptom lepas cucuk lapar memanjang 🤣🙄

Terima kasih Miti


Tinggal Nina yang masih menunggu vaksin. Kekadang tu risau jugak sebab menyusu takut effect baby. Harraz sensitif kalau Nina salah makan (durian, oren) mesti susah nak berak, perut kembung. Kena avoid sumber makanan berasaskan masam dan panas.


7:45 PM - market Jelutong beli nasi kandar . Lama tak tengok view langit kesukaan di pantai.


Baru cakap teringin manggis . Maceh hubby belikan, masuk kereta nampak ni terus happy . Setahun tak makan sebab tak jumpa orang jual

Isi putih gebu! 3kg RM 20


Semoga urusan terima vaksin dipermudahkan. Kes naik mendadak dan sekarang dah malas nak ambik tahu. Boring dah dengan pkp tak habis-habis.

20 Jul 2021

Menu Hari Raya Aidiladha 1442H

Assalamualaikum Readers


Menu Hari Raya Aidiladha 1442H | Kalau tahun lepas boleh balik beraya dengan parents, tahun ni tak dapat maka 2 tahun dah Nina tak dapat masak juadah hari raya dengan mak 😭😭 Sayu dihati siapa tahu.


Juadah raya aidiladha

Jemput makan, sambal mil tak sempat buat 😅


Bila pkp ni nak jumpa orang jual lemang dan daun palas pun susah. Ketupat palas dan ketupat nasi mengaku memang FAIL nak menganyam dengan mak 🤣🤣 Nina beli nasi impit dan lemang instant cap Nona. 



Sedekahkan doa pada yang telah tiada. Nina amalkan baca setiap minggu



Maka pagi tadi mil masak kuah kacang dan rendang. Nina masak lontong (versi utara). Boleh verangan masak nasi ambeng dalam mimpi 🤣😂 Selamat hari raya haji buat semua ya. Moga kita terus tabah dan stay safe.


19 Jul 2021

Si Kentang

Assalamualaikum Readers


Ada yang cuti atau monday blues kat tempat kerja tu? Nina dan Harraz nak ucapkan selamat hari raya haji buat semua. Tahun ni kita semua terpaksa berkorbankan hati sebab tak dapat balik beraya tak kira rentas negeri atau daerah. 


Kalaulah mama jadi penternak kentang kan dah kaya. Ini asyik ternak lemak. 


Budak 3 bulan lebih ni dah pandai bersembang, mengadu, semua bahasa sama



Kesian mak asal call mesti cakap rindu cucu sorang dia 😭 Sampai bila lah kerajaan nak kurung rakyat tapi kes tak turun malah naik berganda-ganda. Mental dah penat, tenat. Tabah la ya tak dapat balik beraya, tapi mesti ada yang dah curi-curi sekali bawa balik virus hadiah untuk parents, itu yang kita tak nak.

18 Jul 2021

L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Liquid

Assalamualaikum Readers


L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Liquid | Terpengaruh dengan Shopee sale bulan 1 aritu, Nina terbeli lipmatte ni sebab murah. Walaupun salah pilih code color tapi not bad, sesuai dengan warna kulit 😆 fuhh selamat duit.


L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Liquid



Walaupun iv thru video call janji lipmatte mau kebabomm


Baru 2x pakai itupun ada iv thru video call minggu lepas 🤣 bukan interview phone call, no offer letter macam sebelum ni 🙄 Nina suka teksturnya yang tahan lama, tak melekit dan cepat kering. Tak perlu touch up banyak kali even makan dan minum.


Mudah nak apply di bibir. Berusnya yang seakan bentuk 3 segi - macam alat sapu simen atau masak burger

Murahkan?


Nak tanggalkan lipmatte ni hanya perlu guna makeup remover saja. Pakai face mask pun masih elok walaupun ada kesan di mask. Nanti ada sale shopee nak beli lagi produk L’Oreal yang jauh lebih murah dari drug store.


15 Jul 2021

Chicken Grill Burger Di Man Burger Sungai Dua, Penang

 Assalamualaikum Readers


Chicken Grill Burger Di Man Burger Sungai Dua, Penang | Makanan Viral Di Penang | Teringin nak makan dari pregnant lagi, baru dapat makan sebab sebelum ni bukan main panjang. Mungkin sebab lockdown jadi tak ramai orang. Alhamdulillah ada rezeki dapat makan.


Paling popular

Mozarella cheese meleleh



Berdekatan dengan pintu masuk USM (area masjid). Betul-betul kedai depan McD 😂 Bezanya McD tak boleh request nak letak cheese.


Hubby punya dia kata roti tak sedap yang lain ok


Alang-alang tu order sekali untuk hubby. Kitaorang baru 1st nak merasa. Setengah jam menunggu order 😂 next time order thru whatsapp jelah. Kalau boleb rentas negeri nanti, masukkan dalam list street food. 

14 Jul 2021

Resepi Udang Masak Lemak

 Assalamualaikum Readers


Resepi Udang Masak Lemak | Masih tinggal di rumah mil buat sementara waktu ni sebelum kami balik ke rumah sendiri bila nina dah start kerja. Hubby memang request suruh show off tonjolkan bakat jadi menantu serba boleh 😆😂 



Selain kemas rumah, sidai baju, lipat, mandikan anak, jaga anak haruslah masak. Katanya lama tak rasa isteri masak 😅🤪 adik2 ipar lah banyak cekadak bosan dah makan menu mama masak. Semalam masak menu ini. Tengok bahan semua ada. 



Mudah dan cepat nak masak. Nina dan hubby memang suka menu masak lemak. Bila laku keras masakan nina, dapatlah pujian. Sebenarnya menantu bukan tak pandai masak tapi malas tak pun bahan tak ada 😂 Nampaknya lepas ni masak seminggu sekali 😬


Bahan-bahan :


*1 biji bawang besar

*Kunyit sebesar ibu jari

*12 biji cili padi

*2 biji cili merah

1 batang serai (di ketuk)

10 ekor udang

2 asam keping

Setengah cawan santan

1 helai daun kunyit (hiris halus)





Cara memasak :


1. Blend bahan bertanda * dan tumis bahan dengan api sederhana.


2. Masukkan serai, asam keping, santan dan garam.


3. Gaul dan biar sehingga mendidih.


4. Jika sudah mendidih masukkan udang dan daun kunyit.


5. Biarkan seketika sehingga udang masak dan tutup api.


13 Jul 2021

Bayi Lelaki Mudah Terkena Angin Pasang Atau Hernia

 Assalamualaikum Readers


Bayi Lelaki Mudah Terkena Angin Pasang Atau Hernia | Jadi 1st parents ni banyak benda kena tahu, baca, observation etc. Masuk usia 2 bulan, perasan pusat Harraz agak besar dan tersembul keluar, terdetik rasa risau. Mostly hernia banyak menyerang bayi dan kanak-kanak lelaki. Alhamdulillah, masuk 3 bulan pusat Harraz dah normal ke dalam. 


Contoh Hernia dari Google

Walaupun benjolan pusat Harraz tak sama tapi tetap risau. Alhamdulillah bukan hernia. Legaaa


Sebelum ni setiap kali mandi dan tukar pampers memang wajib sapu minyak. Untuk elakkan kembung perut. Selain perut, periksa alat kelamin sama ada bengkak atau tidak. Tanda lain muntah, perut buncit serta benjolan keras dan sakit, tidak kentut dan buang air besar. Jika ya, segera ke hospital jika anak menangis tak henti-henti.


Apa itu hernia?


Berasal dari perkataan Latin. Masalah kesihatan yang melibatkan penonjolan keluar organ atau tisu lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen yang kelihatan ketika meneran, menggeliat atau batuk. Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan berumur kurang dari satu tahun.


Hernia ada macam-macam jenis, kalau nak taip macam banyak pula. Boleh baca di sini untuk info lanjut. 


12 Jul 2021

Happy 54th Birthday Mama! (MIL)

Assalamualaikum Readers


Baru naik ke bilik sambil update blog, selepas perut kekenyangan makan hidangan adik ipar order Manhattan Fish Market dan kek aiskrim Inside Scoop sempena birthday MIL. Next birthday sil bongsu hujung bulan ni. 


Biscoff Ice Cream Cheesecake

Rasanya sedap, lemak-lemak masin dan terasa kopi sedikit. Kalau makan banyak terus muak. Manis pun ya. Terpaksa minum air pepsi untuk hilang rasa muak cheesecake tu


Happy birthday mama. Pengorbananmu tak dapat dibayar. Sebagai menantu perempuan tunggal, nina dan hubby sedar kami wajib menjaga mama dan abah sehingga ke akhir usia. Menjadi tanggungjawab anak lelaki. Walaupun suka berleter macam mak kandung sendiri 🤣🤣


Sebelum ni celebrate birthday Nina, dalam bulan Julai ni happy sikit sebab 3x celeb birthday. Hehe.. tak ada hadiah dari anak-anak dan menantu. Kami pun blur nak beli hadiah apa 😂😂 kecuali maktok bagi duit. Ini lah small celebration dikala pandemic. Jadilah kenangan dari tak ada langsungkan.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com