21 Sept 2022

Souvenir From Maldives

 Assalamualaikum readers


Souvenir From Maldives | Wowww seronoknya dalam hati. Orang ikhlas beli kita terima. Lagipun Nina tahu SIL honeymoon dah habis lebih dari 5K. Haaa itu tak termasuk beli bermacam jenis souvenir. Kami 3 beranak dapat lah souvenir sorang satu. Harraz dapat bantal star fish tapi tak guna lagi sebab conpem jadi bantal busuk 😂😂




Sampai di rumah, tengok muka pengantin dah jadi kelabu asap sebab sunburn. Memang Maldives cantik tapi kalau jenis sayang kulit, pulau tu tak sesuai. Yang banyak tourist pun mat saleh, afrika. Orang cina sorang pun tak ada. Apa pun cantik beg ni, sayang pula nak guna.

26 Feb 2021

Terima Kasih Blogger Sal

 Assalamualaikum Readers


Terima kasih Blogger Sal yang susah-susah pos hadiah giveaway nun jauh dari KL dan berkomplot dengan Blogger Anies 😂😂 Cerita mek Nis tu sambung entri lain. Sabtu lepas, alhamdulillah selamat mendarat parcel di rumah MIL, punggung pun tak panas lagi dah Poslaju hon depan rumah. Memang dah agak parcel Sal yang sampai bukan parcel orang lain. Dalam rumah tu kaki shopping on9 ada 4 orang tak termasuk Nina 😎


Terima Kasih Blogger Sal, menarik hadiahnya

Mouse pad + Keychain Aussie & Indonesia + FM Korea & Aussie


Tersenarai antara 15 orang pemenang GA pertama yang Sal anjurkan. Alhamdulillah meriah. Tahniah buat semua pemenang. Semoga murah rezeki Sal dan rajin-rajinkan lah BW ke blognya. Banyak kisah yang menarik untuk dilihat dibaca. 


25 Feb 2021

Terima Kasih Blogger Anies!

Assalamualaikum Readers


Seorang hamba Allah bernama Khairani, dia memang suka buat surprise! Untuk tahun ni advance sikit sebab termasuk sekali dalam parcel Blogger Sal. Whatsapp saja penghubung kami, dalam fon nak mengarut banyak mana pun tak ada orang tahu. Harap habis PKP meh turun Penang, makan-makan sambil ternak lemak macam sebelum-sebelum ni.


So sweet. Cara bungkus pun sweet angat! Sampai MIL tanya "sapa hantaq parcel siap ada kotak?" Hahaha

FM Vietnam + Key chain Sabah + 2 botol Evian (macam tahu-tahu, confirm kena sorok nanti habis hubby guna 😂)


Jangan lupa jenjalan blog si kembar berdua ni (Sal & Anies). Korang pasti terhibur dengan ayat-ayat bersahaja, yang pasti bukan ayat-ayat cinta. Ehh tiber 😚 

18 Feb 2020

Souvenir Dari Blogger Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Souvenir Dari Vietnam | Top Komen Blog Anies | Minggu ini dapat parcel, seingat Nina tak beli barang online pun. Belek-belek rupanya dari Blogger Anies . Memang sejenis suka pos barang diam-diam. Haha.. Dah masak perangai, bukan baru kenal. Ini antara entri bodek penghargaan sebab Nina berjaya termasuk dalam top komen di blog Anies untuk tahun 2019. Bertambah lagi nampaknya koleksi pemberian Anies dan souvenir. Dah lama rasanya tak berjumpa dengan Anies. Banyak benda nak share.



Comel-comel souvenir dari Vietnam

 

Semoga untuk tahun 2020 ni, Anies dapat tamatkan zaman bujangnya dan dapat sambung Master. Doa-doakan juga buat tuan blog yang struggle nak kawen ni. Semoga dah jadi bini nanti blog tak terabai dan doa-doa semoga bakal laki boleh sambung taip entri kalau bini busy. Eh eh.. terlajak dari jalan cerita dah ni. Semoga murah rezeki Anies. Jangan lupa terjah blog dia okay.

 

21 Jul 2019

Terima Kasih Blogger Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Rasa macam tiap-tiap bulan dapat parcel dari Anies. Rasa macam buah hati dia pulak. Hahaha.. Pos senyap-senyap pulak tu. Apapun terima kasih tak pernah lupa orang di utara ni selain boyfriend dia tu. Kalau ikutkan dah banyak dapat barang comel-comel siap penuh satu kotak semua barang-barang purba pemberian Anies. Dah tak tau nak merepek apa kat dia ni selain dalam whatsapp.
 

Comel FM Da'nang ni, kalau kat HCM susah nak jumpa macam ni
 
 

2 Jun 2019

Terima Kasih Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Lamanyaaa ambil masa nak update entri khas untuk dara pujaanku di KL sana. Blogger kalau part time jawabnya ada time dipukul ombak, sat tenggelam sat timbul. Nasib baik timbul muncul lagi di blog ni haaa.. Nina dapat lama dah kiriman dari Anies ni tapi lupa nak publish. Harap tuan empunya ni jangan mare. Haha.. Nanti cepat tua. Terima kasih sudi pos barang tiap-tiap tahun ye.  
 
 
Tak pernah tak comel



30 Apr 2019

Souvenir Dari Jari Manis

Assalamualaikum Readers
 
 
Agak lama tak bw, sorry sangat-sangat yang mana sempat Nina akan terjah. Bukan sombong tapi masa 'me time' tak pernah cukup. Bila ada free time baru Nina bw, itu pun di office. Sementara kerja tak ada dapat la jenguk blog kengkawan. Tup-tup dapat kiriman ni 5 April lepas. Hairan juga sebab dah lama tak bw tapi tersenarai juga dalam top komen blog Jari Manis!

 
Comel-comel FM Indochina

 
Terima kasih JM. Semoga murah rezeki selalu. Aminn..
 


2 Apr 2019

Souvenir Vietnam And Thailand

  Assalamualaikum Readers
 
 
Meriah peti kotak penyimpanan khazanah khas untuk simpan souvenir atau apa segala pemberian dari blogger atau kengkawan. Walaupun tak meminta-minta tapi kalau orang tu sentiasa nak belikan bila pi bercuti pasti kita tak dilupakan. Sengaja nina nak simpan kenangan dalam blog, kadang-kadang lupa siapa yang beri sebab banyak sangat. Jadi, boleh refer blog. Oh ya, maaf kalau nina tak kirimkan hadiah top komen blog sebab bulan ni hari sabtu pun kena kerja. 
 
 
 
Maceh Zatul & Kak Phai. Nina dah tak boleh nak travel macam tahun-tahun lepas dah
 


25 Jan 2019

Terima Kasih Blogger Siti Yang Menaip

Assalamualaikum Readers
  
 
Salam Jumaat buat semua.. Tahun baru ni tak banyak yang berubah, rutin sama macam tahun lepas. Agak lama tak blogwalking, sorry sesiap memang tak sempat nak jenguk blog sendiri. Bila ada free time me time baru BW. Kerja tak pernah habis orang kata. Tak sangka tersenarai juga dalam top komen blog Siti Yang Menaip. Terima kasih banyak SYM. Semoga murah rezeki dan tiap-tiap tahun boleh travel lagi. Hehe..
 
 
 
Comel FM
 

21 May 2018

Souvenir From Spain, Portugal And UK

Assalamualaikum Readers 😉


Souvenir From Spain, Portugal And UK | Niat kirimkan kawan beli baju Hard Rock Cafe, sekali makcik ni bagi buy 1 free 3 😃😃 Terima kasih Kemar (ex-ofismate a.k.a travelmate). Syok 2 minggu jelajah Spain dan lompat sekejap ke Lisbon dan London. 


Tengok baju Hard Rock, FM dengan keychain dah happy. Seronok collect bendera dan cop passport. Rasa berbaloi


Alhamdulillah diberi kawan-kawan yang baik (1 rezeki tu), ye tak lupa Khairani. In shaa allah balik dari Singa, Nina settle hadiah top komen. 


11 Jan 2018

Souvenir From Macau

Assalamualaikum Readers 😃


Souvenir From Macau | Sapa tak kenal Macau ni tempat apa. Macam Las Vegas pun tapi versi Asia. Terima kasih Blogger Anies kirimkan dari jauh. Jangan lupa baca entri HK & Macau coming soon di blognye 😆


Dapat cip pun jadi lah


11 Aug 2017

Kad Raya, Souvenir Pattaya Dan Belanda

Assalamualaikum Readers 😎


Kad Raya Blogger & Souvenir Pattaya Dan Belanda | Entri basi berbulan lepas, nasib lah labu, ku abadikan jugak dalam blog. Terima kad raya ke 2 dari Ipoh pada 20 Jun lepas. Tak tahu pengirimnya sebab tiada nama, apa pun terima kasih ye awak 😙 Comel kad rayanya.


Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih hamba ucapkan buat blogger dan officemate. 


Kad raya ke 2

Akan hamba selidik list pemenang kad raya express Hehe



Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih diucapkan buat blogger dan officemate. Semoga murah rejeki, yelah tak baik meminta-minta 😉



Kasut Dutch Lady sinonim dengan Belanda (officemate), FM Pattaya (Anies)

16 Feb 2017

Souvenir Dari Blogger Jari Manis!

Assalamualaikum Readers..

Sehari sebelum fly, terima sampul surat setem Putrajaya dah agak mesti dari JM sebab ada minta alamat. Hee.. Terima kasih sekali lagi, ini kali ke 2 dapat FM dari Blogger Jari Manis! Dalam kebusyaan tuan blog, tersenarai dalam Top Komen Blog JM dari Julai - November. Akan sentiasa sokong blog travel JM. Sekarang dah ada slogan sendiri uolsss 😘😎



Sweetnya siap print sendiri


Fridge Magnet Shanghai



"We as blogger we support each others"


4 Sept 2016

Souvenir From Perth


Assalamualaikum Readers..

Souvenir yang tak di sangka, bertambah lagi koleksi dari Aussie. Kangaroo merajuk ni dah ada kawan dengan Koala SYM . Haha 😀 Terima kasih Kak Alia teringat juga nak belikan bawa balik dengan perut memboyot tu. In Shaa Allah, tahun depan start travel boleh belikan something. 

Kangaroo merajuk. Asyik nak tunjuk bontot baru nampak I ❤ Australia 

25 May 2016

Souvenir Dari Jakarta, Indonesia


Salam Readers..


Souvenir yang tak dijangka sebenarnya sebab kami bertiga travel lain negara, flight pun tak sama tapi ingat juga nak beli something. Kalau hati teringat mesti nak je belikan untuk kengkawan baik. Keychain dan T-Shirt ni diberi oleh 2 orang officemate. Orang Medan tapi baru dapat cuti nak makan angin di Jakarta. Yelah pulau Sumatera dan Jawa kan jauh tu. Nina pun ada tergerak hati nak beli Fridge Magnet lebih. Fuhh nasib ada..

 
Baju dari Meliana Modesta Naibaho

Keychain dari Winda Natalia Sitepoe . Baru tau tarikh kemerdekaan Indonesia . Dah 50 tahun merdeka ye



Terima kasih ya mbak Meliana dan Winda. Entah bila boleh cuti-cuti di Jakarta kan. Hehe.. kena gigih simpan duit macam ni. Dorang kerja keras di usia muda cari duit untuk hantar kat family, hidup di Malaysia, pi travel lagi. Haa.. Belajar ikut cara cewek 2 orang ni survive tau. Berkesan juga deh. 


5 Dec 2015

Souvenir From Melbourne And Hatyai

Salam Readers..


Alhamdulillah bertambah koleksi souvenir dari kengkawan blogger yang super duper baik hati, teringat nak belikan souvenir buat kite. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak ! Gracias kepada kak Farah yang sudi bagi FM Siput dari Hatyai masa event "Penang Hop-On Hop Off" dan tak lupa Siti Yang Menulis yang sudi beri Koala semasa event "Jump Street Trampoline Park Penang" . 



Souvenir from Hatyai, Thailand

Blog Kak Farah @ Mrs Secretary Pak Haji 


Souvenir From Melbourne, Australia

Blog CT @ SYM


23 Jul 2015

Souvenir From Egypt

Salam Readers..


Kejutan selepas raya bila terima sampul berat siap sticker strawberry gituw. Sweet sangat si pengirim. Excited nak tengok isi, bila buka nampak sampul duit raya Ana Muslim + 2 Fridge Magnet dari Egypt ! Confirm dari Anies The Great ! . Sayang dia ketat-ketat sebab buat kejutan. Alhamdulillah, barang yang dihantar selamat sampai ke tangan. Terus whatsapp. Siapa tak kenal blogger yang rajin review movie, share resepi, travelog ke Mesir etc :)


Souvenir from Egypt


p/s: Semoga persahabatan kita berkekalan. Entah bila boleh jumpa face 2 face. Hehe.. Takziah di atas pemergian ayah tercinta pada 10 Julai lepas dan selamat dikebumikan jam 11.45 pagi. Al-fatihah.. 


4 Jun 2015

Souvenir From Bandung, Indonesia

Salam Readers..

Hi June ! 2 minggu blog berhabuk. Tiba masa mempublish komen-komen dan menerjah blog mana yang patut. Hee.. Sempena bekas intern pergi berhoneymoon di Bandung selepas majlis kawen bulan 2 haritu maka dapat la souvenir Bandung. Majlis kawen Part 1 dan Part 2 haa.. Tiada air bandung mahupun mee bandung. Alahai lama tak makan, kang mengidam pula. Oke dah merepek ni. Terima kasih Ika sebab teringat kawan lama ni. Kalau rajin Nina buat giveaway eh. Hehehe


Souvenir Fridge Magnet from Bandung, Indonesia

21 May 2015

Terima Kasih Blogger Jari Manis

Salam Readers..


Alhamdulillah bertambah lagi koleksi dari blogger. Menjadi top komen di blog sis JM ! Mesti kenal kan dengan akak Jari Manis yang selalu travel ke Korea. Terima kasih daun keladi sis.. Ada rezeki kita ke Seoul ramai-ramai. Hehe :) 


Souvenir dar Korea !

15 May 2015

Souvenir From Bangkok

Salam Readers..

Tok.. tok.. tok, bunyi tuktuk yang famous di Thailand atau ia sejenis kenderaan ala teksi yang diupgrade. Pandai je aku kan, pi Bangkok pun tak pernah. Benda ni ada di Indonesia, Thailand, Filipina dan India kalau tak silap. Lebih murah dari teksi atau bas.


Keychain from Bangkok


Souvenir ke 2 dari Bangkok. Kalau tahun lepas dapat 'T-Shirt Gajah' dari Cik Rahim, kali ni dari Law WE, jiran depan meja memerangkap Tooling Eng. Untungnya last year Dept Maintenance ke Mattel Bangkok, tahun ini Dept Tooling Engineering pula. Patut la 5 hari tak nampak muka di office. Pegi senyap-senyap ada makna tu.




Terima kasih jiran, beli juga souvenir walaupun kena 'kacau' di lorong-lorong sekitar Bangkok. Maklum ler kat sana susah nak beza lelaki dan perempuan. Mak nyah Thai lawa-lawa. Kelakar dengar cerita Law confuse nak masuk tandas. Hahaha.. Jangan la apek tu serik nak ke sana lagi :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com