18 Jun 2023

3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri

 Assalamualaikum readers


3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri | Siapa yang tak buntu bila nak update entri baru. Yes, Nina pun sejenis otak yang mudah sangat kekeringan idea dan kadang bila dah ada idea tapi tak tahu nak huraikan. Kadang, guna cara tulis tajuk entri dulu, baru cari idea untuk update entri tu.


Sekurang-kurangnya tak lari dari tajuk utama, dan bukan merapu-rapu. Bila dah ada tajuk post senanglah nak fokus pada isi kandungan. Kalau dah mati akal sangat, save draft tu nanti boleh sambung taip entri. Tahu tak sebenarnya tajuk entri ni boleh mempengaruhi readers untuk baca post korang tu. Sebab tu ada surat khabar letak headlines panas tapi isi kandungan biasa saja. Betul tak?




3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri



1. Cara Untuk (Dengan Tutorial / Tips)


Kalau entri tutorial/tips ni sebenarnya sangat popular sebab readers memang suka baca guideline untuk mencuba sesuatu atau menyelesaikan satu masalah.

* Cara untuk hilangkan jerawat dengan mudah

* Cara untuk cepat dapat jodoh

* Cara untuk memikat hati ibu mertua


2. (Nombor) Sebab

Pembaca suka baca entri simple tapi kadang-kadang tak kisah berapa panjang entri itu. Nombor pun memainkan peranan penting. Manusia kan suka nombor.

* 10 Sebab Anda Patut Beli Toyota Yaris

* 10 Sebab Perlu Melancong Ke Taiwan

* 20 Sebab Kena Menyimpan Di Usia Muda


3. (Adjective) Saya Untuk

Kalau ada sesuatu perkara yang mungkin beruna pada orang lain, In Shaa Allah pembaca lebih berminat untuk membaca entri tersebut. Benda tu kan sangat berguna, tak salah pun share.

* Rahsia kekal awet muda

* Cara DIY Kad Raya

* Mudahnya Buat Jus Buah


Jadi, macam mana idea ni? Rasa boleh follow tips-tips di atas? Hopefully, ianya sangat membantu untuk dapatkan tajuk entri yang bernas lagi umphhhh!


1 Jun 2023

2 Juta Pageviews Tercapai! Tips Naikkan Pageviews Blog Dengan Cepat

Assalamualaikum readers


 2 Juta Pageviews Tercapai! Tips Naikkan Pageviews Blog Dengan Cepat | Alhamdulillah, macam tak percaya blog Cik Suka Taip ni, dah cecah 2 Juta PV. Serious, lepas habis kuarantin dalam minggu ke 2, bulan Mei buka blog terus naik 2,001,000 PV.



Kadang tu paksa diri untuk terus menulis entri yang menarik untuk pembaca. Bukan gosip semata-mata. Cuma kadang target lain, dapatnya lain. Bila tak update hari-hari PV harian cuma, 500-800 PV sahaja. Kalau update hari-hari akan dapat 1K++ PV. Not bad, mungkin kena usaha lagi, buat autopublish ke. 


Blog Capai 2 Juta Pageviews, Terima Kasih Semua!


Sebelum ni tulis macam syok sendirian berhad sendiri, penat tulis tak ada orang baca. Jadi bila bulan berganti bulan, pageviews naik, syok tengok adsense pun naik jugak.


Seronok bila dapat cash out adsense sebab usaha menulis tu. Walaupun dah 13 tahun blogging, tapi adalah hasil masa Nuffnang dulu tapi masih tak buat bersungguh-sungguh. Sekarang ni blogger lain dah berjuta PV, Nina baru terhegeh-hegeh nak capai 2 juta PV.


Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat


#1 Tulis Entri Sebanyak Yang Boleh


Bila nak menulis entri ni idea terus kering? Betul tak? Kalau macam Nina, dapat idea terus masuk draft dulu. Lepas tu baru setkan tarikh untuk publish.


Tak kisahlah entri apa yang nak tulis, lirik lagu ke, resepi ke, janji dah siap dan ready untuk publish.


#2 Belajar Tentang Ilmu SEO


SEO bukan CEO ya. SEO maksudnya ialah search engine optimization, nak tahu lebih? Semua ni di hujung jari sahaja. 


#3 Tulis Entri Dengan Konsisten Dan Padat


Bila dah terbiasa update entri hari hari, dari situ cuba belajar untuk tulis entri yang lebih daripada 500 atau 700 patah perkataan. Jujur ya, google tak suka entri yang pendek pendek.


Google pandang pada entri yang panjang berserta SEO. Sebab tu pentingnya tulis entri yang padat dan konsisten. Tak dapat 2 post sehari, cukup 1 hari 1 post. Post yang padat dengan info info.


#4 Tajuk Entri Yang Kebabom Bagi Tarik Minat Pembaca


Ha yang ni pun penting jugak, bila entri menarik dah sah akan naikkan PV blog dengan cepat. Bila tajuk tu jadi pilihan untuk orang klik dan baca. Tapi jangan sesekali tipu pembaca.


Pernah tak baca tajuk entri yang kebaboom tapi entri tak menarik? Panas tak hati? Dah macam tajuk dalam surat khabar tapi isi tak menarik.


#5 Join Giveaway Atau Segmen Yang Dianjurkan Oleh Blogger Lain


Join pun boleh naikkan PV blog dengan cepat ke? Tipulah! Dulu kalau rajin join, seminggu sampai 6 giveaway tau.



Ha tengok! Sebab tu suka support blogger lain buat giveaway. Mana tahu rezeki dapat hadiah giveaway pastu dapat lagi PV. 


Kesimpulannya, ikut pada kerajinan masing-masing, kalau berusaha pasti berjaya. Semoga semua blogger berjaya dalam blogging!

12 Apr 2023

Tips Meringankan Blog Yang Berat

Assalamualaikum readers


Tips Meringankan Blog Yang Berat | Lama tak share tips blogging, apa yang mendorong untuk publishkan entri ni sebab rata-rata blog yang Nina terjah 'agak berat'. Itu tandanya kena ringankan blog secepat mungkin. Bukan apa, diri sendiri akan auto keluar dari blog tersebut kalau blog dia terlalu berat. Kalau perasan, dah banyak widget Nina remove sebab nak ringankan blog. Meh nak share tips ringkas.




Kalau boleh, bila klik blog orang lain, terus muncul di screen, dah tak ada loading-loading ni. Salah satu cara, pastikan sentiasa menyemak dan membaiki broken link yang ada di blog. Bagi yang nak tahu tips, boleh teruskan bacaan.


TIPS RINGANKAN BLOG YANG BERAT


Di bawah ni, Nina senaraikan beberapa tips untuk meringankan blog korang yang berat. Jom semak.


#1 Jangan Letak Terlalu Banyak Widget


Biasanya ramai yang seronok letak widget banyak-banyak. Samalah masa jadi newbie dulu. Bila widget dah penuh di kiri dan kanan sidebar blog, maka ianya akan memberatan blog korang dan automatik blog akan jadi lambat loading.


#2 Jangan Banyak Kolom Di Blog


Perasan tak kalau letak kolom di kiri kanan untuk sidebar, eh macam semak pulak. Akhirnya letak 2 kolom, kiri untuk sidebar dan kanan untuk entri. Orang ni nak baca entri bukannya nak tengok sidebar.


#3 Kurangkan Jumlah Entri Dalam Blog


Ini bukan bermaksud tak update entri, entri hanya 2-3 entri di home blog. Kalau sampai 10 entri di home, salah satu penyebab blog berat. Setakat ini, hanya 2 entri dan blog loading lajuuu bila buka guna fon.


#4 Tak Perlu Upload Banyak Gambar Di Sidebar


Ada terjumpa blogger letak berkeping gambar di sidebar. Pening jugak, better upload di social media lain. Blog pun tak berat.


#5 Susun Semua Jenis Gadjet Di Sidebar


Boleh susun bermula dengan gadget paling berat contoh macam chat box, chat box letak di bahagian bawah sidebar. Follower gadget pun sama. Senang bila blog loading tak jadi berat. Sebab gambar follower akan memberatkan blog.


Kesimpulannya, sebelum ini macam tak kisah sangat bila blog berat sebab yakin orang akan baca. Hakikatnya siapa nak baca blog yang loading macam siput? Harap entri ni membantu blog yang bermasalah. 


2 Apr 2023

Blog Performance March 2023

Assalamualaikum readers


Nampaknya walaupun dah tiga bulan monitor 'perkembangan' link di blog, masih banyak link yang tak di indeks. Ada beberapa link dah edit tapi nak tunggu result validation tu makan masa berbulan. Kena sabar menunggu nampaknya. Di tambah nilai matawang USD yang turun naik buatkan earning slow. Untuk bulan March ni, performance blog menurun menjunam sebab tak ada masa nak maintain publish blog setiap hari.




Well itu semua adalah masalah yang dihadapi bagi semua part time blogger. Redho sajalah. Dari tak ada entri dalam 2 3 bulan sudah 😂 Itu dah parah.

11 Mar 2023

Blog Performance February 2023

 Assalamualaikum readers


Start tahun 2023, setiap bulan nak update pasal blog performance sebab dari situ boleh tahu masalah blog dan paling penting kita tahu link blog diindeks atau tidak selepas buat audit di entri yang bermasalah. Benda ni ambil masa berbulan tapi bila berjaya, rasa puas hati. Untuk bulan Februari, performance blog agak sendu nak dibandingkan dengan Januari. Salah satunya, tak update entri lebih dari 3 hari.



Bukan mudah nak konsisten update blog. Kadang tu dah taip tapi disebabkan tak ada masa nak edit gambar, terus terperam. Sama lah bila rajin edit gambar, otak pulak blurr nak karang ayat. Takkan nak copy paste dari blog orang. Tolong jangan copy paste, hargai hasil tulisan orang. Google Adsense dah makin STRICT! Umpama cikgu BM yang tanda kertas peperiksaan. 


Boleh nampak link lama (minyak kasturi & Veet Hair Removal) dah diindeks dan menjadi hasil carian di Google

Kalau banyak readers dari mobile. Dinasihatkan untuk ubah font menjadi besar, reduce gambar dan ringankan blog untuk cepat loading di fon. Senang cerita, check blog sendiri di fon.

Untuk bulan Feb - 62 links berjaya di indeks. Alhamdulillah


Kalau nak earning naik tu rajin-rajin lah perbaiki entri lama-lama yang memang 'berhabuk' . Bab ni semua orang malas, yaaa Nina pun bukan rajin sangat tapi dengan duit blog ni jugak jadi penyelamat untuk beli luggage di Langkawi sebab MIL dan Nina terlebih shopping 😂😂

24 Feb 2023

Blog Performance January 2023

 Assalamualaikum readers


Rasanya tak pernah buat entri tentang blog performance lagi. Nina tertarik nak share entri lepas baca di blog Siinurul. Dengan ini, harap dapat konsisten dan rajin update blog. Itu yang belum tengok blog performance tu boleh tengok apa yang perlu dibaiki lagi.





Bukan mudah nak maintain rank blog. Tambah-tambah yang tak faham, tak reti nak perbaiki blog. Setakat ni masih banyak link blog yang tak diindeks. Lagi banyak page diindeks lagi tinggi link blog untuk muncul di enjin carian.


Banyaknya link yang tak diindeks dalam blog ni

Yang failed tu sudah 2 kali buat audit di entri tapi masih tak jumpa solution dan jawapan


Pergi ke Google Search Consule - Search Consule Insights


Masih banyak link dalam blog ni yang tak diindeks di halaman carian Google. Masih banyak yang perlu difahami dan diperbaiki untuk kurangkan error yang ada. Kalau ada perubahan tu, In Shaa Allah, Nina share dengan korang ya. 

23 Feb 2023

Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama

 Assalamualaikum readers


Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama | Alhamdulillah, memang target tahun ni kena dapat 100USD. Umpama nak capai KPI dalam dunia blogging. Walaupun mood baiki link dan performance blog ni up and down tapi kena usaha juga! Blog capai 100USD dalam bulan Jan 2023. Lari dari target dalam setahun. Cukup 100USD sebelum Harraz 2 tahun 😂 Nina berjaya GA ni sehari selepas Harraz lahir. Rejeki nak bawa anak makan angin kot. 


Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama


Terasa sangat lama nak cukupkan jumlah ni tapi once dah faham bila rajin update blog, tajuk blog menarik, baiki error link semua tu membuahkan hasil untuk tingkatkan earning. Kadang nak update 1 hari 1 entri pun tak mampu bila kerja hakiki lebih perlu diutamakan. 


21hb (setiap bulan) Google akan proses payment

6USD di tolak sebagai caj dari jumlah asal cashout. Nasib baik sotong tolak caj sikit saja 


Bagi yang belum pernah capai 100USD, jangan putus asa. Teruskan sampai dapat cashout ya. Bayangkan hasil titik peluh kita menaip, cari idea dan ayat nak mengarang. Semoga semua blogger di luar sana diberi rezeki untuk merasa 💕


10 Jan 2023

Pertama Kali Dapat 11USD Sebulan Google Adsense

Assalamualaikum readers


Pertama Kali Dapat 11USD Sebulan Google Adsense | Sedihkan baca tajuk entri? Orang lain dah berkali-kali cashout. Berdekah laki gelakkan Nina 😑 Kalau sehari dapat earn 11USD rasanya kaya dah. Yang tak boleh blah hari-hari dia tanya dapat berapa. Logik lah sebab bukan full time blogger pun. Ramai komen susah nak naikkan earn GA di sini. Meh Nina bagi tips. Hanya perlu rajinkan diri uollssss.


5 Dis 2022
GA bulan Disember 2022


Benda pertama ialah kena rajin cari dan remove video dari Youtube yang ada di blog. Jangan letak video, kalau tak nak masalah sama di kemudian hari. Video yang di upload dari fon, laptop boleh ya. Entri yang banyak video juga akan buat blog menjadi berat dan loading yang lama. Bila readers nak baca, kena tunggu lama, jadi tiada siapa berminat nak baca blog walaupun content menarik. 



Benda ke dua ialah remove komen-komen yang ada broken link. Komen-komen itu menyebabkan blog susah nak di-index ke dalam halaman carian google. Kerana apa kita kena remove, sebab blog itu sudah tiada. GA tak nak tengok komen-komen unknown ni.


Yang ke tiga, pastikan setiap gambar yang di upload ke dalam blog kena resize dulu supaya tak menyumbang kepada loading blog. Perasan jugak bila nak baca blog, loading terlalu lama sebab entri mengandungi gambar-gambar yang tidak di resize / saiz gambar terlalu besar sehingga 4MB, contoh saja. Itu semua mainkan peranan dalam earning blog.


Install photo resizer dalam fon. Mudahkan kerja-kerja edit gambar


Yang terakhir, korang akan terkejut bila check broken link di blog masing-masing. Mula-mula check ada 700++ broken link, patut susah nak naik GA 😠 Link yang menyumbang ialah entri giveaway, review untuk hotel, lagi banyak korang masukkan link dalam entri, lagi banyak 'kerja' pembuangan kena buat. Oh ya, entri dalam draft pun termasuk dalam broken link.


Masih banyak, nanti pelan-pelan kayuh


Semoga berjaya! Harap rajin-rajin godek entri-entri lama yang mengundang broken link banyak di blog. Menyesal pun ada sebab kena check satu persatu entri 😫 


3 Jan 2023

Top Komen Blog 2022

Assalamualaikum readers


Masih banyak entri dan komen yang tak dipublish kerana ketiadaan masa. Terima kasih kerana sentiasa meriahkan blog Nina dengan komen-komen kalian. Sangat menghargai semua yang sudi drop komen di blog. Walaupun tenggelam timbul, blog masih hidup dan kekal sehingga 13 tahun. Alhamdulillah 😍




Jemput baca blog-blog mereka. Ada juga nama-nama yang masih setia menjadi top komen setiap tahun berturut-turut termasuk blog-blog baru. Kalau ada rezeki, Nina ada kiriman sebagai tanda penghargaan. Minta jasa baik kengkawan yang tersenarai untuk email nama, alamat dan no. fon ke amanina0504@gmail.com. 

17 Nov 2022

Cara Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Transfer Online

 Assalamualaikum readers


Cara Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Transfer Online | Lagi sikit dapat cash out duit. Ini bukan kali pertama dapat duit dari blog. Sebelum ini dah merasa dari earning Nuffnang. Bukan bebelan biasa-biasa kalau kita menaip sambil dapat menjana income walaupun 1 sen, dah dikira rejeki. Alhamdulillah 🤲🏻


Untuk cash out Google Adsense ni harus cukup jumlah - USD100. Terutama yang baru pertama kali nak cash out macam Nina. Nak menuai hasil kena tahu cara-caranya. 


CARA KELUARKAN DUIT ADSENSE


Mula-mula kena setting di akaun Google Adsense masing-masing, bayaran akan dibayar melalui transfer ke bank. Kena setting siap-siap. 



Untuk yang belum setting part ni, boleh klik manage payment methods tu.



Lepas tu isi form seperti di atas. Pastikan semua info betul. Dah siap semua, klik save.


Lepas tu pilih primary. Pihak Google Adsense akan tahu ini pilihan utama kita.



Dah siap semua. Selamat mengumpul. Hehe.. Nak cepat kumpul jumlah yang boleh cash out kena rajin share entry blog di mana-mana tempat yang boleh dikongsikan untuk tarik lebih ramai orang baca di blog.


BERAPA LAMA TUNGGU BAYARAN GOOGLE ADSENSE?


Dari hasil pembacaan, tak perlu buat apa-apa. Tunggu email dari Google Adsense yang beritahu kita bayaran dalam proses. Lepas tu check akaun, duit dah masuk ke belum.


Conclusionnya, pihak Google Adsense akan bayar pada 22hb - 23hb setiap bulan. Proses cepat atau lambat duit masuk dalam akaun bank bergantung pada jenis bank. 


ADA SERVIS CAJ


Untuk info, transfer online ada servis caj dikenakan. Sikit dari jumlah bayaran yang kita terima akan ditolak untuk servis caj. Tapi tak banyak sangat sampai beratus (bergantung pada jumlah USD). Lagi tinggi USD lagi tinggi servis cajnya. Selamat menabung semua. Usaha membawa hasil.

27 Sept 2022

Blogging, Masih Relevan Lagi?

 Assalamualaikum readers


Blogging, Masih Relevan Lagi? | Lama tak up pasal blog sendiri yang memang makin tenggelam. Bercakap berkenaan dengan blog, dulu memang aktif update blog (hampir setiap hari) sampaikan benda merepek pun nak dipost dalam blog. Tak kisah apa jenis entri, orang still akan enjoy bila baca.


Bila tak buka blog beberapa hari banyak pula earning. Siapa macam ni?


Antara cara yang baik untuk improve penulisan kita ialah dengan menulis dan membaca blog bukan setakat Nina menulis bila nak keluarkan warning letter saja 😅 Sejak earning Google AdSense naik hari-hari walaupun sen dalam USD dah buat hati berbunga-bunga. Adalah semangat sikit untuk terus menulis blog. Bila Harraz dah besar nanti, boleh dia baca semua benda dalam blog.



Antara kebaikan apabila berblogging ialah :


1. Boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca penulisan dari blogger lain.


2. Boleh jana pendapatan sampingan dengan membuat review product, pengiklanan (GA dan lain-lain)


3. Selain menjadi external hardisk, boleh juga menjadi salah satu medium untuk simpan gambar-gambar dan cerita (kira macam backup). 


4. Secara tidak langsung boleh memperbaiki teknik dan kreativiti dalam penulisan. Siapa tahu boleh jadi freelance writer? 


5. Blogging ni bukan saja post cerita baru dan basi tapi boleh berkenalan dengan ramai orang, buat komuniti group dan organize event yang boleh eratkan silaturahim. Dah lama tak borak dengan group blogger Nina. Jumpa pun time event saja kan.



Nowdays, ramai readers blog lebih suka baca cerita sensasi dan kontroversi, viral. Kita? Just stick dengan cara penulisan masing-masing. Stick to our main purpose of blogging (which is sharing our experiences to others). Nina masih anggap berblogging ni adalah satu perkara yang masih releven pada masa kini. Teruskan menulis blog ya. 

14 Mar 2022

Top Komen 2021 Blog CikSukaTaip

Assalamualaikum Readers


Baru ada masa sikit nak war-warkan. Terima kasih kerana sentiasa meriahkan blog Nina. Sangat hargai semua yang drop komen di blog ni. Adanya mereka, blog masih wujud walaupun hubby suruh bersara jadi blogger demi rumahtangga. Alhamdulillah mood masih ada.













 

Jemput baca blog dorang. Ada juga antara nama-nama yang masih setia menjadi top komen setiap tahun berturut-turut termasuk blog-blog baru. Nina ada kiriman tanda penghargaan. Minta jasa baik kengkawan yang tersenarai untuk email nama, alamat dan no.fon ke namanina0504@gmail.com . Untuk pengetahuan, parcel mungkin agak lambat untuk di pos dan secara berperingkat.

25 Aug 2021

Pin Google Adsense Sampai

Assalamualaikum Readers


Pin Google Adsense Sampai | Lamanya tak buka blog, banyak benda yang berlaku dalam 2 minggu lepas. Balik rumah mak, dapat surat dari GA. Nak dekat sebulan tunggu surat sampai. Alhamdulillah rezeki dari France ke Penang 😅




Semoga mood berblogging terus mengalir gitu. Sayang nak tinggal begitu saja. Bila ada anak ni memang masa tu tak ada. Nanti Nina bw kalau ada masa okay. 


14 Apr 2021

Akhirnya Google AdSense Lulus!

Assalamualaikum Readers


Akhirnya Google AdSense Lulus! | Alhamdulillah rezeki anak mungkin 😍 Sekian lama apply dan kena reject, akhirnya lulus jugak. Seronok bukan main bila check email malam hari kedua di hospital 😬 So official dah jadi blogger sepenuh masa buat sementara waktu. Nak fokus besarkan anak.


Google AdSense Lulus!


Macam mana boleh lulus AdSense? Atas nasihat blogger Anies, Nina unpublish semuaaa entri yang tak ada content especially Wordless Wednesday 😂 Nasib baik tergerak hati nak belek semua entri sepanjang hari, seminggu sebelum bersalin. Dia punya instinct tu tak boleh bawa bincang. 


Terima kasih yang rajin drop komen . In shaa Allah, bila anak tidur, Nina akan curi masa BW sikit-sikit 🙏🏻


2 Apr 2021

Tertangguh Nak Pos Parcel Top Komen Blog

 Assalamualaikum Readers


Seperti yang dijanjikan Nina berbesar hati nak poskan hadiah top komen blog untuk tahun 2020 dan tahun-tahun sebelum tu tapi hingga ke bulan 4 masih tak pos. Harap korang bersabar. Masalah dengan consignment note PosLaju dah settle bila guna apps, yang lambat sebab tunggu blogger bagi details sampai ke sudah tak bagi 🙄🙄


Hadiah top komen dah siap masuk parcel ya


Ada sesetengah blogger memang takut sangat bila minta details bagai ni. Lain yang ditanya lain yang dijawab contoh : saya tak layak atau segan nak terima hadiah. Bla bla dengan jawapan yang entah apa-apa 😂😂 Isu ni bukan Nina sorang hadap tapi blogger Anies pun sama. End up tak payah bagi, bagi kat orang lain. Hahaha.. jangan kecam! Kalau orang tak sudi, kita simpan untuk yang sudi tahun depan 😎


29 Jan 2021

Menjadi Pengunjung 1,355,000 ! Blog Syaz Eym

 Assalamualaikum Readers


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa pun tak tau kecuali tuan empunya blog 😁😄 Malam kejadian tu, balik dari menternak lemak rumah MIL, baru perasan tak off PC. Nak buat peta dunia, perut masih kenyang jadi layan blog dulu. Buka blog Syaz Eym nampak pageviews dah hampir sambil komen sambil screen shot.




Seperti yang dijanjikan, Syaz ada kirim hadiahnya rabu lepas sampai. Rupanya dihadiahkan sehelai tudung bawal. Cantik corak bunga-bunga putih purple. Terima kasih banyak-banyak. Rajin-rajin singgah blog Syaz 😍

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com